Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-18

"Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya. Kamu sahabat-sahabat-Ku jika kamu melaksanakan perintah yang telah Kuberikan." – Yohanes 15:13-14 AVB

RENUNGAN: Dr. Li Wen Liang, seorang doctor mata dari negara China, cuba mengeluarkan amaran pertama mengenai wabak coronavirus yang berbahaya. Beliau meninggal apabila dijangkiti virus Covid-19 ketika bekerja di Hospital Pusat Wuhan.

Beliau dengan berani menghantar amaran pada 30 Disember 2019 kepada rakan-rakan perubatan walaupun pihak polis berusaha menghalangnya. Hari ini dia dikenang oleh ramai orang sebagai seorang doktor yang mengorbankan diri untuk menyelamatkan mereka dengan membunyikan penggera tentang wabak ini.

Tuhan Yesus Kristus memberitahu kita bahawa kasih yang paling besar adalah apabila seseorang mengorbankan diri bagi rakan-rakannya. Inilah adalah teladan Tuhan Yesus apabila Dia mati disalibkan untuk menyelamatkan kita dari dosa-dosa kita. Pada hari ini, Tuhan Yesus memerintahkan kita untuk melakukan tindakan yang sama - untuk menjadi korban demi orang lain. Marilah kita mematuhi Tuhan Yesus Kristus kita dengan hidup bagai korban demi orang lain, seperti yang dilakukan oleh Doktor Li.