top of page

Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-19

Andainya kamu milik dunia, maka dunia akan mengasihimu seperti kepunyaannyai sendiri. Tetapi Aku telah memilihmu dan kamu bukan lagi milik dunia. Maka itulah dunia membencimu. – Yohanes 15:19 AVB

RENUNGAN: Tuhan Yesus Kristus mengingatkan kita bahawa kita hanya menetap di dunia ini bagai pengembara sebab kita bukan milik dunia ini. Sama seperti dunia yang meyalibkan Tuhan Yesus di kayu salib, mereka juga akan memperlakukan kita dengan penghinaan yang sama. Membela keadilan dan perbenaran Tuhan dan mendukung nilai-nilai kerajaan-Nya akan mengakibatkan kita diejek dan dimalukan. Oleh sebab itu, Tuhan Yesus Kristus memberikan kita suatu gambaran semakan realiti bahawa kita akan diketepikan dan dibenci kerana pilihan yang telah kita buat untuk mengikuti-Nya.

bottom of page