Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-23

"Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya;i dan semuanya itu akan diberikan kepadamu." – Matius 6:33 AVB

RENUNGAN: Adakah saya berasa cemas tentang pekerjaan atau perniagaan saya dalam keadaan kucar kacir sekarang? Adakah saya berasa resah hati atas ketidakpastian keadaan akibat wabak virus ini? Marilah kita mengutamakan kepada mengembalikan keintiman hubungan kita dengan Tuhan Yesus Kristus. Hubungan ini bukan untuk dirundingkan atau dipertimbangkan, kerana Dia berjanji bahawa segala sesuatu yang lain akan ditambahkan kepada kita.