top of page

Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-26

Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan. Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang. Sebab kuk-Ku serba mudah, dan beban-Ku pun ringan. " – Matius 11:28-30

RENUNGAN: Yesus yang rendah hati dan lemah lembut meminta kita memberikan beban kita kepada-Nya, dan sebagai gantinya Dia akan memberi kita rehat. Tuhan Yesus Kristus mengasihani kita kerana Dia datang ke bumi ini dan memahami penderitaan, beban dan ketakutan kita. Oleh sebab itu, Yesus meminta kita untuk mengambil kuk-Nya, kerana kuk-Nya mudah dan beban-Nya ringan. Hebatnya Penyelamat kita!

bottom of page