top of page

Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-38

Aku memberi mereka kemuliaan yang Kau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sebagaimana Kita adalah satu. Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam-Ku, supaya mereka bersatu sepenuhnya. Dengan demikian dunia akan tahu bahawa Engkau sebenarnya telah mengutus-Ku, dan Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi-Ku. - Yohanes 17:22-23 AVB

Renungan: Yesus membesar di dunia yang penuh dengan keganasan, di mana peperangan mencetus di antara bangsa-bangsa; golongan memerintah memanipulasikan orang awam melalui dasar berat sebelah dan politik pecah dan perintah. Kerajaan Allah tidak sedemikian, kerana umat Allah adalah satu. Kita diseru untuk bersatu secara sempurna, sepertimana Bapa, Anak, dan Roh Kudus adalah satu. Pada malam di mana Yesus menyiapkan diri untuk disalibkan, Dia memperingati kita dalam doa, agar kita bersatu dan saling mengasihi. Dalam doa Yesus yang terkandung dalam Yohanes 17, kita diingati bahawa perpaduan kita memuliakan Allah.
Dengan demikian, dunia akan tahu bahawa kita adalah murid Yesus kerana kita saling mengasihi. Ini akan membuka hati pintu mereka terhadap kasih Allah akan ciptaan-Nya.

bottom of page