Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.

Renungan Pra-Paskah
Hari Pra-Paskah Ke-4
Yesus berkata kepada semua, "Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku." - Lukas 9:23 AVB
Tuhan Yesus Kristus tidak berminat untuk meningkatkan keahliannya di gereja-Nya melalui syarat kemasukan yang mudah! Dia menyukarkannya kerana Dia mementingkan hati dan pendirian kita terhadap dosa bagi Semua pengikutnya. Tuhan Yesus mengatakan bahawa kita harus menyangkal diri kita sendiri dan memikul salib kita. Apakah makna menyangkal diri kita sendiri? Apakah kita perlu buat setiap hari secara praktikal? Apakah yang mesti kita lakukan untuk memikul salib kita setiap hari? Renungkan.