top of page

Renungan Pra-Paskah

Hari Pra-Paskah Ke-40

Mereka pun pergi melakukannya. Mereka memperkukuh makam itu dengan memateraikannya supaya tidak dapat dibuka langsung, dan mereka menugaskan pengawal berjaga di situ. - Matius 27:66 AVB

RENUNGAN: Pada zaman ini, musuh-musuh kerajaan Allah tidak pernah berhenti dalam menyekat kebenaran Allah daripada disampaikan kepada jiwa-jiwa sesat. Seperti pengikut Yesus, pengalaman seperti penderitaan, dukacita, dan ratapan adalah sesuatu perkara biasa, dan kerapkali pengalaman tersebut disertai titisan air mata. Kita juga mempunyai persoalan yang masih belum dijawab. Namun demikian, di dalam kerajaan Allah, walaupun kita mungkin mengalami kekalahan dari segi duniawi dan mengalami tamparan yang hebat, Yesus telah memperoleh kemenangan atas alam maut dan akan memerintah untuk selama-lamanya.
Jika Allah tidak menjawab doa kita, ini tidak bermaksud bahawa Dia telah melupakan kita. Walaupun kita tidak nampak Allah bekerja, ini tidak bermaksud Dia tidak peduli. Setelah kita menderita untuk sementara waktu, Allah yang menyelamatkan kita akan memulih dan menguatkan kita. Kita berada di ambing kemenangan. Kita hanya perlu berdiam dan ketahui bahawa Dia adalah Allah.

bottom of page