top of page
pr sam.jpg

Hello

Pastor Sam Surendren

Pastor Sam telah melayani sepenuh masa dalam pelayanan Kristian selama 35 tahun. Beliau pernah menjadi pensyarah di Kolej Damansara Utama (Pulau Pinang), dan pada masa yang sama juga beliau menjadi perintis Excel Point Community Church (EPCC) pada Tahun 1997 dengan hanya 3 orang jemaat dengan Iman.

 

Pastor Sam memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Southwestern Assemblies of God (Texas) dan beliau menamatkan pengajian dalam Diploma Latihan Teologia dan Diploma Lanjutan di Christ for the Nations Institute (Dallas, Texas), Amerika. Beliau juga menamatkan pengajian dalam Sarjana Sastera dalam Pengajian Kepimpinan Pastoral di Malaysia Baptist Theological Seminary (Pulau Pinang).

 

Kerana bebannya untuk transformasi Gereja dan Negara, Pastor Sam berbakti sebagai Ahli Majlis NECF untuk 2 Penggal dan sekarang menjadi Pengerusi Komisi Bahasa Malaysia NECF sejak tahun 2017. Beliau menulis sebuah buku bertajuk "Found In Christ" dan juga telah menginspirasikan 9 Buku Saat Teduh, dua Buku Panduan Pemuridan dan sebuah buku Kounseling Pra-Nikah.

 

Pastor Sam bernikah dengan isteri tercintanya Susie Tan selama 29 tahun, dan mereka memiliki dua orang anak, Jeremy Sean, 24 Tahun dan Ashley May, 21 Tahun.

bottom of page