top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6127)
KD Post (3258)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Ashbury RevivalIn Doa·18 February 20232122
- Terpagut UlarIn Inspirasi & Renungan·12 March 2023Di area kita pernah alami hal buruk, di area yang sama Tuhan Yesus akan mengubahnya untuk mendatangkan pemulihan, berkat dan kebaikan..2136
- Apa Yang Kita Perlu Untuk SembuhIn Inspirasi & Renungan·14 November 2021Renungkanlah: Markus 2:17 (AVB) Yesus terdengar pertanyaan itu lalu menjawab, "Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa. Apabila kita mula-mula datang kepada Yesus, kita tahu sedikit sebanyak bahawa kehidupan kita adalah kucar-kacir. Apabila kita bertumbuh dalam iman setiap tahun, mungkin kita akan mula memerhatikan (jika kita jujur) bahawa kekucar-kaciran hidup kita sebenarnya jauh lebih parah. Ya, Yesus telah melakukan pekerjaan yang mendalam di dalam hidup kita, tetapi masih ada banyak kerja yang perlu Dia lakukan. Kami sedar bahawa kami tidak rosak dengan sekelip mata. Jika kita tidak menjadi rosak semalaman, kita tidak akan boleh dipulihkan semalaman. Jika penyakit rohani kita menjadi lebih parah dari masa ke semasa, penyembuhan kita juga mungkin akan akan mengambil masa ke semasa. Renungan harian berikut adalah berdasarkan Matius 5:3-12 yang kita panggil “Ucapan Bahagia”. Apabila Yesus berkata, “Berbahagialah…” dia merujuk kepada keadaan dalaman yang bahagia dan tenang. “It is a state of being .. where we feel whole, complete and at rest” Apabila watak Kristus terbentuk dalam diri kita, kita akan bertumbuh dengan kesihatan rohani. Walau bagaimanapun, penyembuhan itu bukan hanya peribadi. Ia juga muncul dalam hubungan yang sembuh. Apabila kita membiarkan perkara itu berlaku lebih banyak setiap tahun, komuniti Kristian kita akan menjadi lebih tulen dan lebih dipenuhi dengan kuasa-Nya. Dengan cara itu kita benar-benar menjadi cahaya dunia. (Matius 5:14-16)2186
- Mazmur 124:8 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·20 November 2021Kami mendapat pertolongan daripada nama Tuhan, yang telah menjadikan langit dan bumi.214
- Ibrani 4:16 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·21 November 2021Oleh itu, marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.215
- Amsal 21:2 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·23 November 2021Setiap jalan orang lurus menurut pandangannya sendiri, tetapi Tuhan sajalah yang menimbang hati.214
- Kolose 3:15 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·25 November 2021Biarlah damai Kristus menguasai hatimu. Kamu telah dipanggil untuk mendapat damai itu dalam satu tubuh. Kamu haruslah bersyukur.216
- Roma 15:13 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·17 November 2021Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Kudus.2112
- Kita semua perlu kasih kurnia Allah.In Inspirasi & Renungan·15 March 2022Markus 3:13-19. Dari Markus 3:1-12, kita dapati 3 perkara: 1. Opposisi terhadap Yesus Kristus makin bertambah sehingga ada pihak yang mahu membunuh dia. 2. Kemasyhuran Yesus sebagai penyembuh mula bertambah dan ramai orang mencari dia. 3. Roh jahat mengenal dia sebagai Anak Allah. Di tengah perlakuan-perlakuan ini, Yesus Kristus memilih muridnya. Dia memilih 12 murid untuk menjadi rasul. Mereka ditugaskan untuk memberitakan injil. Dan mereka di kurniakan dengan kuasa untuk mengusir ruh jahat. Antara yang dipilih ialah Yudas Iskariot yang kelak akan mengkhianati Yesus. Yudas Iskariot ialah watak yang trajik. Dia dipilih oleh Yesus sendiri dan dialah yang akan jadi pengkhianat. Soalan yang timbul ialah: adakah Yesus membuat kesilapan. Jawaban: tidak. Yesus tak silap. Yesus tahu Yudas akan mengkhianatinya, tetapi tetap memilih dia. Ini bermakna dalam rancangan Allah, Yudas dipilih untuk mengkhianati Yesus. Saya tidak percaya Yudas merancang untuk menjadi pengkhianat dari saat dia dipilih. Saperti murid yang lain yang dipilih, dia merasa bangga. Tetapi lama kelamaan apabila opposisi bertambah dan dia dapati Yesus menyifatkan penetua Judaisme sebagai munafik, dia kecewa dan mulai menyesal menjadi pengikut Yesus. Kita jangan lupa Yudas ialah Yahudi, pengikut Judaisme. Atau apabila opposisi bertambah, Yudas nampak peluang untuk dapat wang. Jadi ini ialah dua kemungkinan mengapa Yudas menjadi pengkhianat. Tetapi sesudah dapat wang itu, dia menyesal apabila dia dapat tahu Yesus akan dibunuh atas salib. Dia pulangkan wang itu dan membunuh diri. Ada apa ajaran untuk kita dari Yudas Iskariot, watak yang tragik dalam Alkitab? Ajaran yang pertama ialah menjadi pengikut Yesus bukan senang. Dalam Lukas 14:25-35, Yesus mengajar kita ada pengorbanan untuk menjadi murid Yesus. Kita akan dapat berkat dan kehidupan kekal dan kuasa dan pengampunan dosa apabila kita percaya Yesus. Tetapi sambil itu kita kena lepaskan hak milik kita atas semua barang duniawi yang kita ada. Ini bukan bermakna kita akan menjadi miskin dengan serta merta. Maknanya ialah kita pegang harta kita dengan cengkaman yang longgar. Ada bisnesman Kristian yang diberkati banyak oleh Allah, tetapi dia tidak kedekut. Lukas 14: 33Begitu juga sesiapa antara kamu yang tidak meninggalkan segala miliknya, tidak boleh menjadi murid-Ku." Bukan senang menjadi murid Yesus. Ada yang korbankan harta, keluarga , bahkan nyawa juga. Tetapi keuntungan ialah sesuatu yang abadi. Ada satu soalan lagi yang mungkin timbul. Soalannya: Boleh kah kita salahkan Yudas? Bukan kah sudah ditentukan oleh Allah bahawa dia akan mengkhianati Yesus? Jawaban: Allah Daulat, tetapi manusia bebas buat keputusan. Justeru itu manusia bertangungjawab atas keputusan yang dibuatnya, walaupun Allah Daulat. Sama juga, kita pilih percaya Yesus, tetapi menurut Efesus 1:4, Allah telah pilih kita sebelum dunia diciptakan. Kia ada banyak jenis murid Yesus. Dan semua jenis ini membentuk satu spektrum. Spektrum itu terdiri daripada murid yang berbuah dan berkorban, ke yang murtad kerana kesusahan atau tarikan wang. Spektrum mempunyai orang saperti Paulus dan Yohanes ke Petrus hingga ke orang yang setia dan kecil, hingga orang yang suam, hingga ke Yudas Iskariot. Mari kita memutus untuk menjadi setia sampai akhir dan sentiasa berdoa supaya Allah memelihara kita dan memberi kita kasih kurnia supaya kita tidak menjadi Yudas. Tuhan berkati.2142
- Puisi Perjuang Kanser - Keterbatasan KanserIn Inspirasi & Renungan17 July 2021pengharapan itu tidak pernah mengecewakan, kerana kasih Allah telah dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus, (Roma 5:5) pengharapan itu adalah sauh yang kuat bagi jiwa kita, (Ibrani 6:19) mari, apapun keadaan kita, tetaplah datang kepada Yesus yang senantiasa merancang sesuatu yang penuh harapan dan bukan rancangan kecelakaan, (Yeremia 29:11) hallelujah.21
- Bersyukurlah TUHAN sudah menegakkan takhtaNYA di Syurga dan berkuasa atas segala sesuatuIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·27 July 2021Seperti bapa sayang kepada anak-anaknya, demikian Tuhan sayang kepada orang-orang yang takut akan Dia. Sebab Dia sendiri tahu apa kita, Dia ingat, bahwa kita ini debu. Adapun manusia, hari-harinya seperti rumput, seperti bunga di padang demikianlah ia berbunga; apabila angin melintasinya, maka tidak ada lagi ia, dan tempatnya tidak mengenalnya lagi. Tetapi kasih setia Tuhan dari selama-lamanya sampai selama-lamanya atas orang-orang yang takut akan Dia, dan keadilan-Nya bagi anak cucu, bagi orang-orang yang berpegang pada perjanjian-Nya dan yang ingat untuk melakukan titah-Nya. Tuhan sudah menegakkan takhta-Nya di sorga dan kerajaan-Nya berkuasa atas segala sesuatu. Mazmur 103:13-19 TB https://bible.com/bible/306/psa.103.13-19.TB214
- Mazmur 92:5 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·28 July 2021Ya Tuhan, betapa agung hasil kerja-Mu, fikiran-Mu sungguh dalam!2114
bottom of page










