top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Terpagut UlarIn Inspirasi & Renungan·12 March 2023Di area kita pernah alami hal buruk, di area yang sama Tuhan Yesus akan mengubahnya untuk mendatangkan pemulihan, berkat dan kebaikan..2136
- 2 Korintus 5:1 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·14 July 2021Kami tahu bahawa apabila khemah tempat kami tinggal di bumi ini roboh, Allah telah menyediakan tempat kediaman bagi kami di syurga, yang tidak diperbuat oleh tangan manusia, dan yang bersifat kekal.218
- Bersyukurlah TUHAN sudah menegakkan takhtaNYA di Syurga dan berkuasa atas segala sesuatuIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·27 July 2021Seperti bapa sayang kepada anak-anaknya, demikian Tuhan sayang kepada orang-orang yang takut akan Dia. Sebab Dia sendiri tahu apa kita, Dia ingat, bahwa kita ini debu. Adapun manusia, hari-harinya seperti rumput, seperti bunga di padang demikianlah ia berbunga; apabila angin melintasinya, maka tidak ada lagi ia, dan tempatnya tidak mengenalnya lagi. Tetapi kasih setia Tuhan dari selama-lamanya sampai selama-lamanya atas orang-orang yang takut akan Dia, dan keadilan-Nya bagi anak cucu, bagi orang-orang yang berpegang pada perjanjian-Nya dan yang ingat untuk melakukan titah-Nya. Tuhan sudah menegakkan takhta-Nya di sorga dan kerajaan-Nya berkuasa atas segala sesuatu. Mazmur 103:13-19 TB https://bible.com/bible/306/psa.103.13-19.TB214
- Mazmur 92:5 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·28 July 2021Ya Tuhan, betapa agung hasil kerja-Mu, fikiran-Mu sungguh dalam!2114
- Amsal 15:1 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·29 July 2021Jawapan yang lemah lembut meredakan murka, tetapi perkataan yang tajam membangkitkan amarah.218
- Yakin dan Percaya pasti Mujizat terjadiIn Kesaksian·29 July 2021Kisah benar terjadi di kehidupan saya...... Selama 2 bulan saya telah bekerja sebagai jurujual Air Soya dan Tau Fu Fa berhampiran tempat tinggal saya, oleh sebab sekarang MCO dan bisnes tidak berapa bagus, dan majikan buat keputusan untuk berhentikan beberapa pekerja dari situ dan saya telah diberhentikan kerja pada 12 Julai 2021. Dari hari itu saya bersungguh-sungguh dan berusaha mencari pekerjaan sudah beberapa pekerjaan yang saya mencari termasuk mencari pekerjaan di dalam online, tetapi hanya satu pekerjaan yang memanggil saya untuk temuduga sebagai tukang potong ayam / ikan di sebuah pasaraya, masa saya mohon juruwang, oleh sebab tiada kekosongan dan ada kekosongan hanya jawatan itu, lepas temuduga tiada jawapan dalam beberapa hari. Pada 27 Julai 2021 pagi terjaga dari tidur, ada panggilan tak dijawab dan saya pun telefonnya tersebut, ternyata panggilan dari LuLu Hypermarket yang telefon saya tadi dan katakan dia ada terima Resume saya dan suruh saya datang temuduga pada 29 Julai 2021. Selepas tamat panggilan dan pada petang itu saya terus mencari lokasi tempat yang hendak temuduga sambil beli belah disana. Pada 29 Julai 2021 sebelum ke sana tempat untuk temuduga, hati saya berkata, yang temuduga berhampiran tempat tinggal tidak ada jawapan atau panggilan untuk masuk kerja, mungkin itu bukan kehendak Tuhan, dan Tuhan akan berikan pekerjaan dan pengalaman sesuai untuk saya sampai itu saya yakin dan percaya pekerjaan ini adalah sesuai dengan kehendak Tuhan, sebab saya sudah banyak pengalaman dalam bidang juruwang. Selepas temuduga, PUJI TUHAN! Temuduga sudah berjaya dan akan lapor diri untuk masuk kerja pada 5 Ogos 2021. Beryukurlah kepada Tuhan, sebab Kau tunjukkan Kasih SetiaNya dan Kau menyediakan yang ku perlu. Amin.2118
- 1 Korintus 10:31 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 August 2021Setiap yang kamu lakukan, baik makan mahupun minum, lakukanlah untuk memuliakan Allah.2114
- JANGAN MEMANFAATKAN KELEMAHAN ORANG LAIN!In Inspirasi & Renungan24 August 2021Amen ! Inilah pelajaran untuk kita hidup di dalam masyarakat. Saling membantu dan menghormati satu sama lain. Tq kerana mengongsikan ini .. blessings !!! 👍🏼👍🏼👍🏼21
- Kau Sangat Kucinta BERSYUKUR SELALU BAGI KASIH-MU DI DALAM HIDUPKU TAKKAN 'KU RAGU ATAS RENCANA-MU 'In Pujian & Penyembahan·19 August 20212125
- RENCANA TUHAN TEPAT PADA WAKTUNYA.In Kehidupan Kristian·19 August 2021Yeremia 29:11 (TB) Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan. Jeremiah 29:11 (KJV) For I know the thoughts that I think toward you, saith the LORD, thoughts of peace, and not of evil, to give you an expected end.2124
- Berkomitmen, Walaupun Anda Tidak Berasa Berbuat DemikianIn Keluarga·8 July 2021Kita semua pernah berasa sindrom "Hei, bagaimana dengan saya?" Kadangkala ia menyelinap pada kita ketika kita berasa bahawa keperluan emosi kita tidak dipenuhi - dan kita membencinya. Atau mungkin kita mempunyai pasangan yang sukar dicintai dan kita sudah bosan cuba memelihara keadaan hidup kita. Masa itulah tercetusnya sindrom "Hei, bagaimana dengan saya?" Bila ia tiba, dan kita berasa kasihan pada diri sendiri - atau hanya bosan mencuba - apa yang boleh kita lakukan? Pilih untuk membuat keputusan yang bijak. Apabila keadaan menjadi sukar, jangan bergantung pada perasaan atau emosi. Perasaan kita tidak akan membantu kita untuk membuat keputusan yang tepat; sebaliknya keputusan yang tepat akan menjadikan emosi kita yang baik - dan ganjarannya yang positif. Berikut adalah beberapa cara untuk mengawal emosi dengan keazaman anda: 1) Buatlah keputusan untuk mengeluarkan perkataan "perceraian" dari kamus anda. Suami saya, Bill dan saya telah memberi kaunseling kepada pasangan agar mereka kembali bahagia dari berbagai krisis: kehilangan anak, kehilangan rumah, semua jenis ketagihan, hubungan sulit, dan banyak kes "Saya sudah bosan mencuba". Walaupun anda berasa ingin mengajukan perceraian tidak bermakna anda harus melakukannya! Apabila anda membuat keputusan untuk mengeluarkan perkataan 'perceraian' dari kamus kata anda, dapatlah anda mula membangun kembali keinginan anda untuk berkahwin dan keinginan anda untuk pasangan anda. Sekiranya anda perlu memupuk motivasi, fikirkan tentang: ◦ Anak-anak anda. ◦ Masa yang sudah anda labur dalam hubungan ini. Statistik menunjukkan bahawa pasangan yang sengsara sekarang, tetapi bertahan beberapa tahun kemudian, menilai perkahwinan dan hidup mereka sebagai lebih bahagia daripada mereka yang terus bertindak dan bercerai. Hanya mulakan di mana anda boleh. Walaupun anda berasa tidak rela. 2) Buatlah keputusan untuk memilih sukacita. Kadangkala hidup tidak adil. Kadangkala perkahwinan tidak adil. Ia adalah hubungan yang kekal tidak kira kaya atau miskin, kesakitan atau kesihatan, dan sama ada keadaan menjadi lebih baik atau lebih buruk. Jim dan Sally Conway, dalam buku mereka yang berjudul “Sifat Perkahwinan yang Berpanjangan” (Traits of a Lasting Marriage), meninjau pasangan-pasangan yang mempunyai hubungan berjangka panjang yang bahagia dan rahsia yang mereka dapati adalah bahawa pasangan tersebut telah memutuskan untuk berada dalam perkahwinan berjangka panjang yang bahagia! Keputusan untuk memilih sukacita, untuk menjadi orang yang bahagia tanpa mengira keadaannya, adalah keputusan yang akan mewujudkan kebahagiaan. Sekiranya anda mencari kebahagiaan sebagai tujuan, anda tidak akan mencapainya, kerana anda tidak dapat mengawal keadaan dan anda tiada kawalan terhadap pasangan anda. Tetapi anda boleh mengawal diri dan emosi anda. Sekiranya anda memilih sukacita, tidak lama lagi anda dapati bahawa anda memilikinya. Beberapa perkara untuk membantu anda memilih sukacita mungkin seperti berikut: ◦ Membuat senarai ciri terbaik pasangan anda, (mungkin hanya ada beberapa sahaja) dan kemudian memutuskan untuk memujinya setiap hari dengan membangkitkan salah satu ciri yang baik. ◦ Melakukan perkara yang anda sukai yang sama sekali tidak berkaitan dengan hubungan anda: makan tengah hari dengan kawan, berjalan-jalan di pantai atau tepi tasik, menghabiskan masa sehari di spa. Kadang-kadang anda hanya memerlukan waktu rehat emosi untuk mengembalikan harapan dan kekuatan. • Putuskan untuk menjadi yang terbaik. Seorang wanita bertanya kepada saya sama ada dia harus tunduk pada suami yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Dia berkata, "Nampaknya tidak adil." Dia betul. Tidak adil. Walaupun begitu, kedua-dua pasangan tidak harus menunggu untuk melihat siapa yang akan mengambil inisiatif membaiki keadaan dan menjadi orang yang lebih baik. Salah seorang harus memilih untuk melayani yang satu lagi dalam cinta terlebih dahulu. Anda boleh bertegas bahawa anda betul, tetapi anda mungkin hanya akan berpegang teguh pada pendapat anda sahaja - dan bukan perkahwinan anda. Hidup ini penuh dengan pilihan. Kebijaksanaan adalah pintu masuk menuju kebahagiaan. Kita perlu ingat perkara-perkara ini dan membuat keputusan yang bijak seumur hidup - walaupun kita tidak begitu rela. Hak Cipta © 2006, Pam Farrel. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa terjamin. Digunakan dengan izin.2118
- Jadi pengejar TuhanIn Inspirasi & Renungan21 July 2021wow, saya tidak menafikan bahawa ada kecenderongan di dalam diri saya menjadi pengejar Tuhan. mana tidaknya, saban hari datang meminta Tuhan mengabulkan janji-nya memberikan apa yang kita mahu. tapi persoalannya, apakah kita berhenti bersama dengan Tuhan jika apa yang kita mahu tidak ditepati? pendapat saya.21
bottom of page







