top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6127)
KD Post (3258)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Ayub 9:27 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·26 July 2021Jika aku berfikir, 'Aku akan melupakan keluhanku, aku akan membuang muka murung dan tersenyum.'2111
- Ratapan 3:22-23 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·15 November 2021Kerana kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap, belas kasihan-Nya tidak akan pudar. Semuanya baru setiap pagi. Besarnya kesetiaan-Mu!218
- 10 Cara Membantu Perkahwinan Kawan yang menghadapi MasalahIn Keluarga·5 September 2021oleh Mitch Temple Agak biasa untuk kami mengenali seseorang yang perkahwinannya menghadapi masalah dan kami tidak pasti bagaimana menolongnya. 10 petua praktikal ini akan membantu anda mula membantu orang lain. Adakah anda tertanya-tanya bagaimana anda dapat menolong rakan dan ahli keluarga yang menghadapi masalah dalam perkahwinan? Berikut adalah beberapa petua dan sumber yang diuji masa untuk menjauhkan mereka dari mahkamah perceraian dan mencapai perdamaian. 1) Dengar. Mendengar bukan bermaksud sekadar mendengar sahaja. Ini melibatkan empati, berusaha memahami, dan menunjukkan minat yang sejati. 2) Jangan beri nasihat. Tugas utama anda adalah mendengar. Biarkan kaunselor atau pembimbing yang memberi nasihat. 3) Jangan memburukkan lagi masalah. Jangan biarkan sokongan anda dilihat sebagai dorongan untuk menyerah kalah atau bercerai. Tugas anda adalah membantu menolong mereka mencari pertolongan dan perdamaian yang betul (Sekiranya ketagihan atau penderaan terlibat, pastikan mereka selamat dan mendapat bantuan profesional yang mereka perlukan). 4) Bantu mereka berfikir di ‘luar kotak’ perceraian. Buku-buku dapat memberikan pasangan bahan kaji selidik dan nasihat praktikal untuk membantu mereka mempertimbangkan fakta-fakta mengenai perceraian dan bagaimana mendapatkan bantuan yang mereka perlukan untuk perkahwinan mereka. 5) Galakkan mereka. Hantar e-mel dan kad nota yang menggalakkan. 6) Bantu mereka mencari pertolongan yang sesuai. Dapatkan kaunselor berlesen yang baik di tempat tinggal mereka atau minta rujukan dari doktor anda. Focus on the Family Malaysia menawarkan khidmat rundingan kaunseling percuma (sila hubungi mereka di 03 - 7954 7920). 7) Hubungkan mereka dengan pasangan pembimbing. Sekiranya anda tidak berkelayakan untuk menolong, hubungi kaunselor atau pembimbing anda untuk mengesyorkan pasangan yang lebih tua yang bersedia membimbing pasangan yang lebih muda. 8) Rujuk mereka ke laman web yang dapat membantu mereka. Laman web menawarkan beratus-ratus artikel, nasihat praktikal dan sumber mengenai pelbagai masalah perkahwinan. 9) Galakkan mereka menyelesaikan masalah dan jangan hanya berharap masalah akan diselesaikan dengan sendirinya. Focus on the Family Malaysia menawarkan ‘pemeriksaan perkahwinan’ dalam talian yang dikenali sebagai program Prepare-Enrich yang mengukur lebih daripada 18 bidang utama perkahwinan - mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Ini adalah tempat yang baik untuk pasangan mula berusaha membaiki perkahwinan mereka selain daripada bekerja dengan kaunselor profesional. 10) Rujukkan mereka kepada buku dan seminar yang bagus. Cari buku atau seminar yang dapat memberikan galakan dan arahan yang diperlukan. Hak Cipta © 2008, Focus on the Family Malaysia. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa dijamin.2158
- KekekalanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·3 November 20212110
- 1 Korintus 13:2 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·31 July 2021Kalaupun aku diberi kurnia untuk bernubuat, dan mengetahui semua rahsia serta ilmu, malah memiliki kekuatan iman yang dapat mengalih gunung-ganang, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku langsung tidak bererti.1319
- Aku telah berkelakuan bodoh tetapi ku mahu kau KembaliIn Keluarga·30 August 2024oleh David Clarke Perkahwinan anda belum berakhir sehingga hakim memutuskan bahawa anda berdua bercerai. Jika anda telah melakukan kesilapan dalam perkahwinan, pertimbangkanlah lima perkara yang tidak boleh dibuat dan enam perkara yang boleh dibuat bila cuba mendapati semula pasangan. “Saya telah kehilangannya, Doc,” Lucas berkata. “Saya telah berkelakuan bodoh. Saya menyakitinya dengan teruk …dan dia telah putus asa terhadap hubungan kami.” Semasa kami berbincang di pejabat kaunseling saya, Lucas bersandar ke depan dan berbisik, “Dia mahu bercerai. Apa yang aku boleh buat?” “Dia memang sudah putus asa,” saya berkata. “Tetapi perkahwinan belum berakhir sehingga hakim memerintah bahawa anda berdua sudah bercerai. Saya mempunyai pelan tindakan yang memberimu peluang terbaik untuk memenanginya kembali.” Sekiranya anda telah membuat kesilapan dalam perkahwinan, pertimbangkan lima perkara ini yang tidak boleh dilakukan dan enam perkara yang boleh dilakukan semasa cuba memenangi pasanganmu. Ini adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyakinkan pasangan untuk menghentikan proses perceraian dan sebaliknya, berusaha membaiki perkahwinan anda berdua. Saya menulis senarai ini terutamanya untuk si- suami sebab keadaan yang kerap dilihat dalam amalan kaunseling saya (dan sebab wanita memulakan lebih daripada 65 peratus kes cerai di Amerika Syarikat), prisip-prinsip ini juga boleh digunakan oleh para isteri. Perkara yang tidak boleh dibuat 1. Jangan berhenti. Saya melihat ramai lelaki yang memulakan proses sini dengan kukuh, tetapi bila menghadapi kemarahan dan penolakan berterusan dari pasangan yang dilukai, menjadi tawar hati dan berhenti. Pemberhentian adalah penghinaan muktamad kepada pasanganmu: ia menunjukkan anda tidak cukup ambil berat untuk mencuba dan ia mengesahkan keputusannya untuk memutuskan hubungan anda berdua. Teruslah berusaha sehingga si-isteri menerimamu kembali atau hakim memberi perintah perceraian. 2. Jangan cakap kepada keluarga dan kawan-kawannnya. Dalam krisis ini, kamu fikir siapakah akan mereka sebelahi? Mereka juga membencimu kerana anda mencederakan orang yang sangat mereka sayangi. Bercakap kepada mereka akan membuatmu kelihatan seperti orang kecundang yang cuba mengawal dan memanipulasi mereka untuk mendapat sokongan. 3. Jangan mendesaknya dari segi kewangan. Ramai lelaki yang berbuat demikian untuk memberi tekanan dengan harapan isteri akan menghentikan proses perceraian. Kelakuan ini amatlah bodoh. Dengan mengancam keselamatan and keselesaannya, anda mengukuhkan perasaannya yang anda tidak mencintainya. Anda akan menyebabkannya memperhebatkan usaha menjauhi diri darimu. Berikannya akses lengkap dan tak bersyarat kepada akaun-akaun bank anda. Jangan cuba membatalkan kad-kad kreditnya atau mengurangkan had perbelanjaan kad tersebut. Bayar semua bil yang merupakan tanggungjawab anda – dan bil-bil lain juga. 4. Jangan ‘kejar’ dia. Jangan hantar bunga, manisan atau apa-apa hadiah. Jangan ajaknya berpacaran. Jangan kata, “Aku cinta padamu”(melainkan satu kali dalam surat yang akan dihuraikan di bawah rencana ini.) Jangan tanya, “Adakah kau cinta padaku?” Jangan sentuhnya. Jangan cuba memujuknya berbincang tentang hubungan anda berdua. Jangan mengajaknya berbincang tentang apa-apa! Anda telah hilang hak berbincang dengannya tentang apa-apa perkara melainkan anak-anak, isu kewangan dan kecemasan. Jika dia menghubungimu dan mahu berbincang, OK. Tetapi biarlah dia yang memulakan proses komunikasi. 5. Jangan mendesak mendapat kaunseling pasangan. Sebelum dia mempertimbangkan mendapat kaunseling pasangan, dia mesti melihat perubahan ketara dalam peribadi-mu. Anda sendiri akan berjumpa dengan kaunselor sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Kamu perlu jadi sihat dari segi rohani dan emosi – dan buktikan kepadanya. Buat tawaran untuk membayar kos kaunseling perseorangan supaya dia dapat pulih dari luka yang disebabkan oleh tindakanmu. Jika dia percaya anda telah benar-benar berubah, dia mungkin bebas memilih untuk mendapat kaunseling pasangan. Perkara yang mesti dibuat Lima perkara pertama yang anda mesti lakukan terkandung dalam surat kepada pasanganmu. Surat ini mesti segera dihantar. Ia boleh ditulis dengan tangan atau dicetak, tetapi ia mesti dirakamkan atas kertas dan dihantar dengan pos biasa. Surat ini menggambarkan dengan jelas kerja yang akan anda lakukan dalam tempoh tiga bulan yang akan datang. Ia menyatakan lima pesanan utama (Perkara yang mesti dibuat): “Saya harus dipersalahkan”, “Saya akan memberi ruang kepadamu”, “Aku berusaha mencapai kemajuan dalam peribadi-ku”, “Saya akan merapatkan hubungan saya dengan Tuhan” dan “Saya merancang memenangi hatiku kembali”. Anda boleh membuat beberapa pindaan kepada contoh berikut supaya ia sesuai dengan keadaanmu (terutamanya jika anda merupakan si-isteri yang bersalah). Sayang ____[Nama]____ Pertama sekali, saya telah melakukan kesalahan terhadap anda dan anak-anak kita. Saya telah melukai-mu dengan teruk dan saya tiada alasan untuk perbuatan ini. Saya tidak menyalahkan kau kerana mahu memutuskan hubungan kita. Kedua, saya akan memberi ruang kepada anda. Kamu perlu masa untuk pulih dari luka yang diakibatkan perbuatanku. Kehadiranku hanya akan mendatangkan lebih banyak kepedihan kepadamu. Oleh demikian, saya akan berpindah keluar rumah secepat mungkin. Saya akan berhubung dengan anda tentang anak-anak, hal kewangan dan kecemasan. Saya minta bahawa kita membentuk jadual untuk saya melawat anak-anak. Saya akan cuba sedaya upaya menyokongmu dan anak-anak dari segi kewangan. Ketiga, saya akan secara rutin berjumpa dengan seorang kaunselor selama tempoh tiga bulan yang akan datang untuk berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalahku. Saya perlu tahu kenapa saya melayani-mu dengan buruk – dan menyelesaikan punca masalah. Tidak kira apa keputusan anda buat tentang hubungan kita, saya akan berubah. Saya akan berubah. Saya tahun anda tidak percaya. Ia akan memakan masa – masa yang lama – untuk membuktikannya. Keempat, saya akan merapatkan hubungan dengan Tuhan. Saya akan menghadiri suatu tempat beribadat setiap minggu. Saya hanya boleh berubah perangai dengan bantuan kuasa Tuhan. Akhir sekali, setelah saya sembuh dan menjalani proses pemulihan, saya akan cuba sedaya upaya memenangi hati anda kembali. Walau saya tidak menunjukkannya – perbuatanku menunjukkan keadaan sebaliknya – saya memang mencintaimu dan mahu bersama denganmu. Yang ikhlas ____[Nama Anda_____ 6. Hubungi Dia. Selepas tiga bulan memberi si-isteri ruang dan mendapat kaunseling, sudah sampai masanya untuk berhubung dengannya. Mintakan kawan baik, yang kenal anda berdua, menghubunginya. Orang ini akan melaporkan tentang kemajuan anda, dan berkongsi tentang perubahan yang anda lakukan, mendapat tahu tentang proses pemulihan si-isteri dan bertanya sama ada dia bersedia berbincang tentang kaunseling pasangan. Jika dia belum bersedia, kawan ini akan memintanya berhubung dengannya bila si-isteri bersedia. Terus berikan ruang kepada si-isteri dan berusaha mencapai kemajuan dalam proses perubahan anda. Berita buruk – anda sudah kehilangan pasang dan perlukan mukjizat untuk mendapatinya kembali. Berita baik – Tuhan melakukan mukjizat. Tiada jaminan rancangan saya akan berjaya. Tetapi, di depan Tuhan, si-isteri dan anak-anak, anda akan tahu bahawa anda telah cuba sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan anda. © 2018 David E. Clarke Semua hak terpelihara. Digunakan dengan izin1314
- Bersyukurlah sebab kami menerima kerajaan yang tidak dapat digoncang.In Grafik Firman Tuhan & Animasi·26 July 2021Kamu telah datang ke perhimpunan yang meriah, perhimpunan anak-anak sulung Allah, yang nama mereka terdaftar di syurga. Kamu sudah datang kepada Allah yang menghakimi semua orang, dan kepada roh-roh orang baik yang sudah disempurnakan. Kamu sudah datang kepada Yesus, Pengantara yang mengadakan perjanjian baru itu, dan kepada darah percikan yang menjanjikan perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada yang dijanjikan oleh darah Habel. Oleh itu, pastikanlah supaya kamu dengarkan Dia yang berfirman itu. Mereka yang tidak mahu mendengarkan Dia yang datang ke bumi dan menyampaikan berita daripada Allah, tidak dapat menyelamatkan diri. Jika kita meninggalkan Dia yang berfirman dari syurga, pastilah kita tidak akan dapat menyelamatkan diri. Pada masa itu, suara-Nya menggoncangkan bumi. Tetapi sekarang Dia telah berjanji, “Sekali lagi bumi akan Aku goncangkan, dan bukan bumi sahaja tetapi langit juga.” Kata-kata “sekali lagi” menunjukkan bahawa seluruh alam yang diciptakan akan digoncangkan dan disingkirkan, supaya apa yang tidak dapat digoncangkan akan tertinggal. Oleh itu, hendaklah kita bersyukur, kerana kita menerima suatu kerajaan yang tidak dapat digoncangkan. Hendaklah kita bersyukur dan menyembah Allah dengan hormat dan takut, menurut cara yang diperkenankan oleh-Nya, kerana Allah kita seperti api yang memusnahkan. IBRANI 12:23-29 BM https://bible.com/bible/402/heb.12.23-29.BM1212
- Bersyukurlah TUHAN mendengar suara dan permohonan kamiIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·1 August 2021Aku kasih akan Tuhan , kerana Dia telah mendengar suaraku; dan permohonanku. Kerana Dia telah menundukkan telinga-Nya ke arahku, maka aku akan menyeru-Nya seumur hidupku. Mazmur 116:1-2 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.116.1-2.AVB1210
- Mari kami jadi dewasa membedakan yang benar dari yang salahIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 August 2021Saudara tidak akan dapat mengunyah makanan rohani dan memahami hal-hal yang lebih dalam mengenai firman Allah, kalau Saudara belum menjadi orang Kristen yang lebih baik dan belajar membedakan yang benar dari yang salah dengan melakukan hal-hal yang benar. Ibrani 5:14 FAYH https://bible.com/bible/2727/heb.5.14.FAYH126
- Apakah saya perlu log-in 2 kali? Satu untuk Komuniti Digital dan satu lagi Akademi Komuniti Digital?In Tips Komuniti Digital·10 July 2021Jawaban ya. Applikasi Komuniti Digital mempunyai 3 bahagian utama. 1) Bahagian Umum. Semua orang boleh melayari www.komuniti-digital.com secara percuma. Semua video, audio dan artikel(blog) adalah percuma. 2) Bahagian komuniti online (Online Community) di Komuniti Digital. Bahagian ini, sesiapa sahaja boleh menjadi ahli (member) Komunti Digital untuk berinteraksi di antara member. Contohnya : - Group : member boleh memulakan Group secara Public, Private atau secret. - Forum : member boleh menyumbang pendapat, kata-kota dorongan, idea, pelajaran untuk member yang lain. (nota : orang umum boleh membaca artikel kita, walaupun mereka tIsak log-in). - Chat : member boleh chat diantara satu sama lain. - blog : member boleh membuat komen blog Komuniti Digital. - profile : member akan mempunyai profile tersendiri dan mempunyai profile peribadi. member boleh follow posting kita. 3) Akademi Komuniti Digital Bahagian ini adalah bahagian pemuridan bersiri secara kendiri atau secara kumpulan kecil. - member perlu log-in. - log-in di Komuniti Digital adalah berbeza dengan log-in Akademi Komunti Digital. - kami cadangkan kita mempunyai log-in yang sama e-mail dan password untuk kedua-duanya. - Adalah lebih baik, jikalau kita log-in dengan SSO (Facebook atau Google). Dengan itu, kita tidak perlu mengingat banyak password. - contohnya, kita boleh gunakan Facebook untuk log-in ke Online Community (di Komuniti Digotak dan log-in ke Akademi Komuniti Digital.1211
- Mazmur 20:4 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·20 July 2021Semoga Dia memenuhi hasrat hatimu dan menjadikan semua rancanganmu berhasil.1211
- Kejadian- TUHAN menciptakan langit, bumi dan segala isinyaIn Pelayanan Kanak-Kanak·7 August 20211226
bottom of page










