top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- HikmatIn Inspirasi & Renungan·6 June 2023Dengan hikmat, kita akan mengatakan hal-hal yang hebat.. Kita mengucapkan kebenaran, bukan kepalsuan, kejahatan atau kefasikan..1248
- HilangIn Kesaksian·30 September 2023Beberapa tahun yang lalu, saya menghadiri satu program Kristian selama hampir dua bulan sambil menunggu kelulusan permohonan ijazah saya. Hampir segala-galanya disediakan oleh mereka, termasuk tempat untuk tinggal. Semasa program itu, kami kadang-kadang menghadiri gereja-gereja berbeza di kawasan itu dan mengambil bahagian dalam ibadah mereka. Pernah suatu ketika semasa kami melakukan pelayanan, hujan sangat lebat, jadi saya meminjamkan payung saya kepada orang-orang yang ada di sana. Selepas beberapa jam, kami semua bersedia untuk pulang ke tempat penginapan kami, yang mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit menaiki kereta. Tetapi apabila kami hendak pergi, saya tidak menemukan payung saya yang mana agak menyakitkan hati, kerana saya sayang payung itu dan ia sangat berguna pada masa itu. Esok harinya, saya bertelefon dengan ibu saya. Saya memberitahunya mengenai payung yang hilang. Kemudian, dia berkata bahawa saya sepatutnya berdoa supaya ia dikembalikan kepada saya, yang mana pada masa itu sangat tidak masuk akal bagi saya. Apa yang hilang sudah hilang, saya tidak akan mendapatkannya kembali. Walau bagaimanapun, saya hanya diam dan tidak mengatakan apa-apa selepas itu. Selepas panggilan berakhir, dengan hati yang berat, saya berkata, "Tuhan, saya mahu payung saya kembali" dan melanjutkan hari saya. Pada petang itu, selepas menghadiri salah satu kelas, saya melihat payung saya, dengan nama saya di dalamnya, dibuka untuk dikeringkan di dalam bilik tamu. Saya agak terkejut. Saya bertanya kepada rakan-rakan saya tetapi tidak ada yang tahu. Kemudian, dengan diam-diam saya berkata dalam hati, "Saya tahu ini adalah Engkau, Tuhan." Saya fikir, seorang malaikat pasti telah meletakkannya di sana, dan ya, memang seorang malaikat. Ia adalah salah seorang mentor kami yang melihat payung itu pada hari berikutnya di gereja itu dan melihat nama saya lalu mengembalikannya. Kita mungkin berpikir bahawa perkara yang telah hilang, tidak akan pernah dikembalikan kepada kita. Ia mungkin sesuatu yang terlalu kecil atau terlalu tidak signifikan untuk diminta. Tetapi saya percaya bahawa tidak ada yang terlalu kecil atau tidak signifikan bagi Tuhan kita untuk diperhatikan. Apa pun yang mempunyai nama kita di atasnya, itu adalah milik kita dan akan dikembalikan kepada kita apabila masanya telah tiba. Bersedia dan terimalah ❤️ "APA YANG HILANG AKAN DIKEMBALIKAN!" AMIN.1251
- SALAH FAHAM #KomunitiDigital #Lawas #SeminarGenZ&AlphaIn Muda Mudi·20 April 20241243
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 6): Bertaubatlah kerana Kerajaan Tuhan Sudah DekatIn Doa dan Puasa NECF 202114 August 2021Pertaubatan : Satu seruan agung untuk setiap lapisan umat Tuhan pada hari ini untuk mempersiapkan diri menanti kedatangan Tuhan.11
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 8) : Menempatkan Hidup Kita di Hadapan Tuhan: Pertaubatan dan TransformasiIn Doa dan Puasa NECF 202113 August 2021Amen! Pertaubatan yang sejati secara dalaman tidak mudah dan tidak dapat terjadi dengan begitu sahaja. Justeru, pertaubatan adalah proses yang perlu dilatih sewaktu kita menjalani hidup sehari-hari. Tuhan Yesus, bantulah kami untuk terus hidup dalam pertaubatan dan transformasi sejati. Kami boleh kelihatan baik secara luaran tetapi hanya Tuhanlah yang boleh memahami setiap isi hati kami. Kami mahu terus hidup menyenangkan hati mu Yesus, amen. "Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati."- 1 Samuel 16:711
- Benarkah kami hidup sehati dan sefikiran dan saling berkongsi milik?In Grafik Firman Tuhan & Animasi·15 November 2021Semua pengikut Kristus hidup sehati dan sefikiran. Tidak seorang pun menganggap apa yang dimilikinya kepunyaannya sendiri. Mereka saling berkongsi milik. KISAH RASUL-RASUL 4:32 BM https://bible.com/bible/402/act.4.32.BM117
- Amsal 16:3 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·26 November 2021Serahkanlah perbuatanmu kepada Tuhan, maka rancanganmu akan terlaksana.119
- 1 Korintus 15:58 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·27 November 2021Oleh itu, saudara-saudara yang kukasihi, teguhkan pendirian, jangan berganjak, dan bersungguh-sungguhlah dalam pengabdianmu kepada Tuhan. Kamu tahu bahawa dalam Tuhan, jerih lelahmu tidak akan sia-sia.116
- Berpuasa sebagai batu lonjatan.In Inspirasi & Renungan·2 December 2021Markus 2:18-22 Markus 2: 18Pada suatu masa ketika para murid Yohanes Pembaptis dan murid orang Farisi berpuasa, beberapa orang datang kepada Yesus lalu bertanya, "Murid Yohanes Pembaptis dan murid orang Farisi sedang berpuasa, mengapa murid-murid-Mu tidak?" Di dalam Alkitab, amalan berpuasa tidak masuk dalam hukum atau perintah atau Taurat. Maksudnya berpuasa bukan sesuatu yang wajib kecuali di Imamat 23:27 dimana Israel di seru menahan nasfu pada hari Pendamaian. (Yom Kippur) Orang ramai berpuasa atas sebab2 yang tertentu. Misalan: semasa berkabung (2 Samuel 1:2) mengiringi doa (Kisah Para Raul 14:23) semasa kecemasan (Esther 4:16), Musa semasa dia bertemu dengan YHWH (Keluaran 34:28) amalan kehidupan beribadat Hana (Lukas 2: 37) Waktu sedih dan berdoa (Nehemiah 1:4). Di dalam petikan Markus ini, dua golongan orang Yahudi sedang berpuasa, bukan semua warga Yahudi. Kita pun tidak tahu apa sebabanya, mereka berpuasa. Mari kita kaji jawaban Yesus Kristus. 1. Yesus tidak kata murid-muridNya tidak perlu berpuasa. Dia hanya jawab belum sampai masanya. 2. Yesus menjawab dengan kiasan (allegori.) (Allegori ialah sejenis perumpamaan atau parable ). Maksud kiasan ini ialah waktu Yesus bersama dengan muridNya, mereka tak patut berpuasa. Lepas dia, Yesus, tidak lagi bersama mereka, barulah mereka boleh berpuasa, bukan wajib berpuasa. Siapa pengantin lelaki? Kita kata pengantin lelaki ialah Yesus Kristus. Ini berasakan kata-kata Yohanes dalam Yohanes 3: 27- 29. Dan dari Efesus 5: 25 dan 2 Korintus 11:2, kita juga simpulkan bahawa pengantin lelaki ialah Yesus Kristus. Kedatangan Yesus Kristus ke dunia ialah masa sukacita (Mazmur 98, Luke 2:10-14). Pada masa sukacita orang tidak berpuasa. Berpuasa ada kaitan dengan berkabung dan kecemasan. Dalam perkahwinan, upacara itu tamat dengan para jemputan beredar. Dalam kiasan ini, pengantin lelaki di ambil dari para tetamu dan pengantin perempuan. Butiran ini ada kaitan dengan Yesus Kristus di tangkap dan hadapkan ke Sanhedrin dan ke Pilatus. Yesus teruskan keteranganNya dalam ayat 21 dan 22. 21Tiada siapa akan menampal pakaian lama dengan perca kain baru, kerana tampalan baru itu akan mengecut dan semakin koyaklah pakaian lama. 22Begitu juga, tiada siapa menuangkan air anggur yang baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Kalau dilakukan, air anggur baru akan memecahkan kirbat, dan kedua-duanya terbuang. Air anggur baru mesti dituangkan ke dalam kirbat yang baru." Maksud kiasan ini ialah dia Yesus datang membawa ugama yang baru. Ugama baru ini ada kaitan dengan ugama Israel yang sedia ada, iaitu Judaisme. ( Kaitannya ialah Judaisme adalah Perjanjian Lama dan Yesus membawa Perjanjian Baru.) Amalan baru tidak boleh di tampal kepada Judaisme. Atau amalan baru dalam Perjanjian Baru tidak boleh masuk kedalam agama lama. Kalau kita campur aduk begitu sahaja, masaalah besar akan berlaku. Kedua-dua agama rosak. Ada 3 applikasi buat kita pada zaman modern ini. 1. Kalau kamu tak erti apakah itu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, kamu patut hubungi kita untuk keterangan selanjut. 2. Untuk kita sekarang, tiada musim berpuasa ditetapkan. Orang berpuasa pada Lent ialah amalan tradisi gereja. Selain tradisi gereja, orang Keristian boleh berpuasa atas sebab2 yang tertentu. (Matius 17:21) 3. Kita harus tanya mengapakah Markus laporkan peristiwa ini. Ajaran pokok bukan ajaran mengenai puasa. Dalam petikan kita, soalan puasa ialah batu lonjatan untuk kesaksian oleh Yesus Kristus mengenai misiNya ke dunia ini. Kita boleh belajar bagaiman pakai situasi tertentu sebagai batu lonjatan untuk bersaksi. Tuhan berkati.1125
- Kolose 3:23-24 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·11 December 2021Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, kerana kamu tahu bahawa daripada Tuhan kamu akan menerima warisan sebagai ganjaranmu. Kristus ialah Tuanmu dan kamu hamba-Nya.1118
- 2 Korintus 9:10 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·12 December 2021Allah telah menyediakan benih untuk disemai dan roti untuk dimakan. Semoga Allah melipatgandakan benih yang telah kamu semai dan memperbanyak buah hasil perbenaranmu.1110
- Mazmur 62:1 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·14 December 2021Sesungguhnya, jiwaku senyap hening menantikan Allah; daripada-Nya datang penyelamatanku.116
bottom of page








