top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6127)
KD Post (3258)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Jangan anggap diri bijak takutlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·6 May 2022Jangan anggap dirimu bijak, takutlah kepada Tuhan dan jauhilah kejahatan. Itulah yang kelak mendatangkan kesihatan bagi tubuhmu dan kekuatan bagi tulang-tulangmu. Amsal 3:7-8 AVB https://bible.com/bible/2271/pro.3.7-8.AVB0017
- Apabila Anak-Anak Kecil membuat anda GilaIn Keluarga·31 October 2023Rumah anda tidak semestinya menjadi medan pertempuran yang melagakan ibu bapa dengan anak-anak. Berikut adalah beberapa idea untuk berdamai. Saya pasti ibu bapa tidak akan terkejut apabila mendapati kanak-kanak boleh menjadi sangat berbakat dalam permainan kuasa. Pergelutan ini bermula dengan sengit apabila kanak-kanak berumur antara 12 dan 15 bulan. Ada yang bermula lebih awal. Jika anda pernah melihat kanak-kanak yang masih kecil terus mencapai soket elektrik atau alat kawalan televisyen sambil ibunya menjerit, "Tidak!" anda telah menyaksikan rebutan kuasa. Ia mungkin bukan tindakan yang sengaja dilakukan pada peringkat ini, tetapi lambat laun, ia akan sengaja dilakukan. Saya yakin bahawa kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas yang kuat semangatnya cenderung untuk mencabar ibu dan ayahnya apabila dia percaya dia boleh menang. Dia akan berhati-hati memilih senjata dan memilih medan di mana pergelutan itu akan diadakan. Saya memanggil arena ini sebagai "medan perang zaman kanak-kanak." Mari kita lihat beberapa pertempuran biasa yang sering berlaku dalam sejarah keluarga. Waktu tidur Salah satu pertelagahan terawal bermula pada umur 18 bulan dan satu hari – lebih kurang beberapa jam sebelum atau selepas umur tersebut. Pada masa itu, kanak-kanak kecil yang biasanya tidur tanpa mengeluh sejak dia dilahirkan akan tiba-tiba berkata, “Saya tidak akan kembali tidur” atau “Saya tidak letih.” Itulah tembakan pembukaan dalam apa yang mungkin menjadi pertempuran selama lima tahun. Ia berlaku begitu cepat dan tidak dijangka sehingga ibu bapa mungkin terpedaya. Mereka akan periksa sama ada terdapat masalah pertumbuhan gigi, demam bersuhu rendah atau ketidakselesaan lain. “Kenapa sekarang?” mereka bertanya. Saya tidak tahu jawabannya. Kanak-kanak kecil tiba-tiba memutuskan bahawa mereka tidak mahu tidur lagi, dan mereka akan melawan habis-habisan. Walaupun taktiknya berubah sedikit, waktu tidur akan terus menjadi medan perang untuk tahun-tahun yang akan datang. Kanak-kanak berumur 6 tahun yang kreatif boleh menangguhkan waktu tidur sekurang-kurangnya 45 minit dengan sistem taktik penangguhan yang bertenaga dan disusun dengan baik. Selepas ibunya mengenakan baju tidur anak, membawanya enam gelas air, membawanya ke bilik mandi dua kali, membacakan cerita sebelum tidurnya, dan kemudian memarahinya kerana keluar dari bilik tidurnya sekali atau dua kali, dia sudah sangat letih. Ia berlaku setiap malam. Seorang rakan kolej saya bernama Jim mendapati dirinya melalui langkah-langkah sebelum tidur sebegini ini setiap petang bersama anak lelakinya yang berusia 5 tahun, Paulie. Jim mengenali taktik itu sebagai permainan dan memutuskan bahawa dia tidak mahu bermain lagi. Apabila ibu bapa bermati-matian cuba mengelakkan menjatuhkan hukuman, tahap kerengsaan mereka akan mencapai tahap berbahaya. Dia duduk bersama anaknya pada petang itu dan berkata, “Paulie, keadaan akan berbeza malam ini. Saya akan mengenakan pakaian tidurmu; anda boleh minum air, dan kemudian kita akan membaca cerita bersama-sama. Bila selesai, saya berjalan keluar dari pintu, dan saya tidak mahu kembali. Jangan panggil saya lagi. Saya tidak mahu mendengar apa-apa daripada anda sehingga pagi. Faham?” Paulie berkata, "Ya, Ayah." Apabila kerja rumah tangga dan bacaan cerita sebelum tidur selesai, pelukan terakhir diberi dan lampu dipadamkan. Jim mengucapkan selamat malam kepada anaknya dan keluar dari bilik. Rumah menjadi sunyi dan aman tetapi keadaan ini tidak berkekalan. Selepas kira-kira lima minit, Paulie memanggil bapanya dan meminta air minum sekali lagi. “Tidak boleh, Paulie,” kata ayahnya. “Awak tak ingat apa yang saya cakap? Sekarang pergi tidur.” Selepas beberapa minit, Paulie merayu sekali lagi untuk mendapatkan segelas air. Jim lebih jengkel kali ini. Dia bercakap dengan keras dan menasihati anaknya supaya melupakannya. Tetapi budak itu tidak putus asa. Dia menunggu selama beberapa minit dan kemudian memanggil semula. Setiap kali Paulie menghubungi ayahnya, Jim menjadi lebih jengkel. Akhirnya, dia berkata, “Jika kamu meminta air sekali lagi, saya akan masuk ke sana dan memukul kamu!” Itu menenangkan budak lelaki itu selama kira-kira lima minit, dan kemudian dia berkata, “Ayah, apabila kamu masuk ke sini untuk memukul saya bolehkah kamu membawakan saya segelas air?” Kanak-kanak itu mendapat air tersebut. Dia tidak mendapat pukulan itu. Makanan Meja makan adalah satu lagi medan perang utama zaman kanak-kanak, tetapi ia harus dielakkan. Saya menasihati ibu bapa supaya tidak terjebak dalam arena ini. Ia adalah suatu serangan hendap. Seorang jeneral sentiasa mahu bertempur dengan tentera musuh di medan yang boleh menghasilkan kemenangan, dan masa makan adalah bidang yang selalunya mengecewakan. Seorang ibu yang meletakkan empat biji kacang hijau pada garpu dan bertekad untuk duduk di situ sehingga anak memakannya akan selalu kecewa. Kanak-kanak itu boleh bertahan lebih lama daripadanya. Oleh sebab masa makan adalah tiga kali sehari, dia akhirnya akan menang. Sebagai ganti merayu, merasuah dan mengugut anak-anak, saya mengesyorkan agar anda meletakkan makanan yang baik di hadapannya dengan hati ceria. Jika dia memilih untuk tidak makan, maka senyum dan biar dia pergi. Dia akan kembali. Apabila dia kembali, keluarkan makanan yang sama dari peti sejuk, panaskan dan letakkan di hadapannya semula. Lambat laun, dia akan menjadi cukup lapar dan makan. Jangan benarkannya makan snek atau gula-gula sebagai ganti makanan berkhasiat. Tetapi juga jangan takut kesan fizikal kelaparan. Seorang kanak-kanak tidak akan kelaparan dengan adanya makanan yang baik untuk dimakan. Terdapat perasaan yang menggerogoti dalam diri yang mengubah sikap seseorang daripada “Yuck!” kepada “Yum!” biasanya dalam masa beberapa jam. Kerja sekolah Mungkin kini tiada sumber konflik antara generasi yang lebih besar daripada kerja sekolah, dan terutamanya kerja sekolah yang perlu dibuat di rumah. Ini adalah satu lagi medan perang di mana anak muda mempunyai segala kelebihan. Hanya dia yang tahu dengan pasti apa yang ditugaskan dan bagaimana kerja itu sepatutnya dilakukan. Kanak-kanak yang sukar ditangani akan mengambil kesempatan akibat jurang maklumat ini antara rumah dan sekolah, dengan mendakwa bahawa “Saya sudah menyelesaikan kerja rumah di sekolah,” atau “Tiada apa-apa yang perlu dilakukan malam ini.” Ibu bapa harus tahu bahawa kebanyakan pelajar mengalami penurunan prestasi akademik antara Darjah 6 dan Tingkatan 3 di sekolah. Ada yang akan berhenti belajar sama sekali pada tempoh ini. Yang lain hanya akan mengalami kemerosotan produktiviti. Hanya segelintir yang akan kekal tidak terjejas sama sekali. Sebabnya ialah serangan besar-besaran yang berlaku terhadap deria remaja oleh proses pembesaran. Keyakinan diri goyah hingga ke asasnya. ‘Hormon gembira’ mula bertindak, dan seks menjadi fokus utama. Siapa yang boleh berfikir tentang sekolah selepas perkembangan baru tersebut? Lebih-lebih lagi, siapa yang mahu berfikir tentang sekolah? Sebagai ibu bapa, anda harus berhati-hati terhadap gangguan ini dan jangan kecewa apabila ia datang. Percutian dan Hari Istimewa Mengapakah kanak-kanak menjadi paling jelik dan menjengkelkan semasa bercuti dan pada masa lain apabila kita sedang cuba menggembirakan mereka? Secara adil dan munasabah, anda akan menjangkakan bahawa mereka akan berfikir, “Amboi! Ibu dan ayah sudah benar-benar melakukan sesuatu yang baik untuk kami. Kami dibawa untuk percutian ini yang mahal sedangkan mereka boleh memilih membelanjakan wang itu untuk diri mereka sendiri. Dan ayah mungkin lebih suka pergi memancing atau melakukan perkara lain. Tetapi mereka mengambil berat tentang kami dan telah memasukkan kami dalam rancangan mereka. Wah! Saya akan menunjukkan sikap dan kerjasama yang sebaik mungkin. Saya akan cuba berbaik dengan kakak saya, dan tidak akan membuat sebarang tuntutan yang luar biasa. Cuti ini memang akan menyeronokkan!” Adakah kanak-kanak berfikir seperti itu? Memang tidak! Memang kurangnya perasaan syukur antara generasi. Sebelum keluarga itu meninggalkan bandar, anak-anak sudah berebut tentang siapa yang boleh duduk di tepi tingkap dan yang siapa akan memegang kucing peliharaan. Kakak berteriak, “Saya akan laporkan kepada ayah!” setiap beberapa minit. Ketegangan juga berlaku di tempat duduk hadapan. Apabila mereka sampai ke Pulau Pinang, ayah sudah hampir meletup. Cukup sukar untuknya menyiapkan kerja pejabat dan mengemas kereta. Tetapi pertengkaran ini akan membuat dia gila. Sepanjang lebih kurang 300 km, dia telah mengharungi pertengkaran, ejekan, jelingan, cubitan, air mata, cuitan dan lawatan ke bilik air yang tidak dijadualkan. Kini dia mula hilang kawalan. Dua kali dia menghayun dengan liar ke arah badan yang menggeliat di tempat duduk belakang. Pukulannya terlepas dan bahunya berasa sakit. Dia memandu lebih laju pada masa ini, tetapi dia sudah berhenti bercakap. Satu-satunya petunjuk tentang apa yang dia rasakan ialah matanya yang merah dan kedutan di pipi kirinya. Selamat bercuti, Ayah. Tinggal 13 hari lagi. Apabila ibu bapa bermati-matian cuba mengelakkan hukuman, tahap rasa jengkel mereka mencapai tahap yang berbahaya. Pada masa itu, apa sahaja boleh berlaku. Sebab itu saya berhujah bahawa mereka yang menentang hukuman dera (memukul) atas alasan ia membawa kepada penderaan kanak-kanak adalah salah. Dengan melucutkan keupayaan ibu bapa untuk menangani tingkah laku yang buruk pada peringkat awal, mereka sebenarnya meningkatkan kemungkinan mudarat akan tercetus apabila perasaan marah meningkat. Sebelum kita meninggalkan isu urusan percutian keluarga, mari kita bincangkan mengapa kanak-kanak seolah-olah lebih menjengkelkan pada hari-hari istimewa itu. Terdapat dua sebab. Pertama, orang dewasa dan kanak-kanak akan saling menjengkelkan antara satu sama lain apabila mereka terkurung bersama untuk jangka masa yang panjang. Tambahan pula, seorang kanak-kanak yang sukar ditangani nampaknya terdorong untuk mencubai garis sempadan tingkah laku yang ditetapkan apabila dia fikir bahawa ia telah berubah. Ini memang benar dalam kes anak-anak kita. Pada hari-hari apabila kita merancang perjalanan atau cuti lain, kita boleh menjangkakan mereka akan jadi panas baran. Seolah-olah mereka diwajibkan untuk bertanya, “Memandangkan ini adalah hari istimewa, apakah peraturannya sekarang?” Kita kadangkala perlu menghukum atau memarahi mereka semasa kita sebenarnya ingin memupuk hubungan. Mungkin itulah sebabnya Erma Bombeck berkata, “Keluarga yang bermain bersama-sama akan saling menjengkelkan.” Akibat Kuasa Kami menekankan idea bahawa masalah antara generasi bukan semata-mata masalah perbezaan pendapat. Jika konflik hanya sekadar perbezaan pendapat, maka rundingan dan kompromi akan menyelesaikannya dengan cepat. Sebaliknya, mereka merupakan medan di mana kewibawaan ibu bapa boleh dicabar dan terjejas. Apa yang kami cadangkan? Patutkah ibu bapa mengekalkan setiap aspek kuasa selama mungkin? Tidak! Walaupun dengan risikonya, penentuan nasib sendiri adalah hak asasi manusia, dan kita mesti memberikannya secara sistematik kepada anak-anak kita. Untuk menahan kebebasan itu terlalu lama akan mencetuskan perang revolusi. Maka, inilah matlamat kita sebagai ibu bapa: kita tidak boleh memindahkan kuasa terlalu awal, walaupun anak-anak kita membawa kita setiap hari ke medan perang. Ibu yang melakukan kesilapan itu adalah antara orang yang paling kecewa di atas muka bumi ini. Namun demikian, kita juga tidak boleh mengekalkan kuasa ibu bapa terlalu lama. Kawalan akan dilucutkan dari genggaman jika kita enggan menyerahkannya secara sukarela. Pemberian penentuan nasib sendiri harus diberi langkah demi langkah bersesuaian dengan tahap kematangan, dengan pelepasan kawalan sepenuhnya semasa anak-anak sudah menjadi orang dewasa muda. Nampaknya mudah, bukan? Kita semua tahu keadaan sebenarnya tidak begitu. Saya menganggap peralihan kuasa yang teratur ini sebagai salah satu tanggungjawab yang paling sensitif dan sukar dalam bidang keibubapaan. ________________________________________ Rencana ini diterjemah dari Bahasa Inggeris dan Soalan dan Jawapan dipetik daripada The Complete Marriage & Family Home Reference Guide dengan izin.0031
- Hendaklah pemikiran seperti Tuhan Yesus Kristus yang merendahkan diri dan taat sehingga kematianIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·25 May 2022Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan, tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia. Dalam keadaan sebagai manusia, Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat hingga kepada kematian, bahkan kematian di salib! Filipi 2:5-8 AVB https://bible.com/bible/2271/php.2.5-8.AVB0037
- 3 Perkara Untuk Dikatakan – Dan Tidak Dikatakan – selepas mengakui Ketagihan Pornografi AndaIn Keluarga·30 June 2022Oleh Joe Dallas Selepas mengakui ketagihan pornografi anda kepada isteri, anda perlu membina semula kepercayaan. Ramai lelaki salah cakap. Garis panduan ini akan membantu anda mengetahui perkara yang patut dan tidak patut anda katakan. Dalam kerja saya sebagai kaunselor, saya telah melatih ramai lelaki menjalani proses membina semula perkahwinan mereka selepas kerosakan dan kesan sampingan ketagihan pornografi. Saya telah berjalan bersama mereka melalui pelbagai cabaran, tetapi yang paling sukar dari segi emosi ialah kepedihan yang dialami oleh isteri akibat ketagihan mereka. Menyedari kesilapan anda adalah satu perkara; melihat kesannya kepada orang yang anda cintai adalah perkara berlainan. Sangat perit untuk menyaksikan kesakitan pasangan anda dan mengetahui bahawa anda yang bertanggungjawab. Ini sering menyebabkan suami meminimumkan betapa seriusnya tingkah laku mereka atau memberi alasan untuknya. Tetapi keengganan seorang suami untuk menangani dan mengakui kesakitan isterinya yang mendorong isteri untuk mengeluh, “Adakah dia tahu betapa teruknya dia telah menyakiti saya? Setiap kali saya membangkitkannya, dia menggangapnya remeh atau enggan bercakap mengenainya. Bagaimana kita boleh mara ke hadapan jika dia enggan menghadapi masalah itu?" Wanita dalam situasi ini menghadapi dilema yang dahsyat. Mereka mahu memaafkan, dan sebenarnya menyedari bahawa mereka perlu memaafkan untuk kesihatan emosi dan rohani mereka sendiri. Tetapi mereka tidak boleh memilih untuk mempercayai semula dengan begitu sahaja, kerana kepercayaan yang hancur tidak boleh dibina semula melainkan suami menghadapi kegagalannya dan mengakui betapa parah kegagalan tersebut. Keengganan mengakui kesalahan dengan sepenuhnya hanya akan melumpuhkan proses penyembuhan. Tiga kesilapan yang perlu dielakkan Sepanjang karier kaunseling saya selama 31 tahun, saya telah mendapati tiga kesilapan biasa yang dilakukan oleh lelaki apabila cuba membina semula kepercayaan dalam perkahwinan. “Saya betul-betul minta maaf!” Kesungguhan memang baik dan elok, tetapi memanipulasi keadaan untuk disenangi semula dengan permintaan maaf yang paling hebat adalah kurang matang dan biasanya tidak menyakinkan. Ini tidak bermaksud bahawa air mata yang ikhlas atau ungkapan penyesalan yang mendalam adalah salah. Tetapi adalah tidak adil untuk mengharapkan isteri anda mempercayai bahawa lakinya telah dipulihkan hanya kerana permintaan maaf yang dramatik. Jika anda benar-benar menyesal, katakan demikian dengan semua emosi yang anda rasakan. Tetapi jangan harap kesungguhan sahaja adalah bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa anda tidak akan tersilap lagi. Pengakuan yang paling bersemangat tidak boleh dibandingkan dengan gaya hidup yang konsisten. Taubat sejati hanya dibuktikan melalui perubahan tingkah laku dari segi jangka masa panjang. “”Janganlah pandang terlalu serius, ini perkara biasa bagi lelaki." Jangan fikir walaupun hanya untuk seketika bahawa menggunakan pornografi bukan pengkhianatan terhadap kepercayaan isteri anda. Apabila anda meminimumkan keterukan pengkhianatan itu, anda memberi isteri alasan yang baik untuk berfikir anda akan menggunakannya semula. Jika pornografi hanyalah ‘perkara lelaki’ – dan andailah anda kekal lelaki sepanjang hayat – mengapa dia harus percaya bahawa anda akan berubah? Ungkapan ‘perkara lelaki’ membayangkan bahawa kebanyakan lelaki melihat pornografi, sesuatu yang boleh dipertikaikan. Ia juga bermaksud bahawa jika kebanyakan lelaki melakukannya, ia mesti bukan masalah besar, dan ini tidak tepat. Jika anda ingin memulihkan hubungan yang telah anda rosakkan, anda tidak harus menafikan betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan. Apabila dia berkahwin dengan anda, dia mempercayai bahawa anda akan mengatasi naluri asas yang keji, tidak kira betapa berleluasanya naluri tersebut. Anda tidak akan memenangi kembali kepercayaannya dengan memberi alasan untuk tingkah laku buruk dengan mengelakkan tanggungjawab. “Saya sudah minta maaf. Kenapa kita tidak boleh kembali seperti biasa?" Mendesak untuk pemulihan cepat selepas pengkhianatan seksual dan emosi adalah tidak adil dan tidak sensitif, terutamanya jika anda adalah orang yang menjejaskan hubungan anda berdua. Bolehkah anda bayangkan jika seorang lelaki memukul muka isterinya, menjatuhkannya ke tanah, dan kemudian memandangnya dengan tidak sabar dan berkata, “Maaf, sayang, sekarang bangun dan mari kembali seperti biasa?” Permintaan ini adalah keterlaluan. Dengan cara yang sama, adalah keterlaluan bagi seorang suami untuk mendesak isterinya pulih dari pengkhianatan tanpa memberinya masa untuk bersedih dan sembuh. Berilah isteri seberapa banyak ruang dan masa yang dia perlukan untuk menangani kesakitannya. Sementara itu, biarkan dia melihat tingkah laku anda yang berubah dan buktikan kepadanya bahawa sikap anda sekarang berbeza. Masa untuk pemulihan, serta integriti anda yang berkekalan, akan membolehkan dia kembali kepada perkongsian hidup yang sejati dan menyeluruh. Mengubah tingkah laku anda – dan hati – kemungkinan besar bermakna bahawa anda perlu mendapatkan kaunseling dan sokongan untuk menyelesaikan isu yang mendorong penggunaan pornografi anda. Tiga perkara benar untuk diisytiharkan Adalah tidak cukup sekadar mengelak daripada mengatakan perkara yang salah. Semasa anda berusaha untuk membina semula kepercayaan isteri, pastikan anda menyampaikan ketiga-tiga perisytiharan ini. Mulakan dengan pengisytiharan niat, seperti, “Ini adalah langkah-langkah yang akan saya ambil supaya perkara ini tidak akan berulang. Dan ini adalah rancangan saya untuk membina semula ikatan kami dan memulihkan kepercayaan anda.” Kemudian buat pengisytiharan kesedaran, seperti, “Saya faham bahawa saya telah merosakkan hubungan kita, dan membahayakan keluarga kita. Saya sedar ia akan mengambil masa untuk memahami sepenuhnya betapa dahsyatnya kelakuan ini.” Akhir sekali, buatlah pengisytiharan inspirasi, seperti, “Saya menjemput anda untuk mengesahkan bahawa saya akan kerap membina hidup saya, akauntabiliti saya dan komunikasi kami." Pengisytiharan ini akan membantu membuktikan kepada isteri bahawa anda serius tentang mengubah perangai anda, bahawa anda sedang berusaha untuk memahami kesakitan yang anda sebabkan dan bahawa anda sedang memikul bertanggungjawab untuk memperbaiki perkahwinan anda. Selagi anda bersedia untuk mengakui kesilapan dan menunjukkan keprihatinan terhadapnya, serta mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengelak daripada mengulangi kesalahan, ikatan dengan isteri anda bukan sahaja akan pulih tetapi menjadi lebih kukuh dari sebelumnya. © 2018 Joe Dallas. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.0017
- Kami menerima Roh Kudus dan menjadi anak TuhanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·23 November 2021Kerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, "Abba, Bapa." Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh kita bahawa kita anak Allah. Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan Kristus, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak. Roma 8:15-17 AVB https://bible.com/bible/2271/rom.8.15-17.AVB003
- Saling membantu akan memenuhi hukum yang diberikan Kristus kepada kitaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·25 September 2022Saling membantu untuk membawa beban Saudara. Dengan demikian Saudara memenuhi hukum yang diberikan Kristus kepada kita. Galatia 6:2 FAYH https://bible.com/bible/2727/gal.6.2.FAYH003
- Yesus kata manusia hidup dengan Firman TuhanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·12 June 2022Yesus menjawab, "Telah tersurat: 'Manusia hidup bukan dengan roti sahaja tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut Allah.' " Matius 4:4 AVB https://bible.com/bible/2271/mat.4.4.AVB0017
- Tiada apa dapat memisahkan kita dari kasih TUHAN yang ditemui dalam Tuhan Yesus KristusIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·15 May 2022Sebab aku yakin bahwa tidak ada musuh yang dapat pisahkan kita dari kasih Allah — baik musuh itu mematikan kita, atau membuat kesusahan waktu kita masih hidup. Dan malaikat-malaikat Tuhan maupun semua roh-roh jahat tidak mampu mencegah Allah supaya Ia berhenti mengasihi kita. Kita tidak perlu takut lagi terhadap ancaman dalam waktu sekarang, maupun yang akan datang, atau semua kuasa Iblis. Karena biarpun kuasa berada setinggi langit atau di bawah bumi, tidak ada kuasa dalam semua penciptaan Allah yang dapat memisahkan kita dari kasih Allah, yang kita temukan dalam Tuhan kita Kristus Yesus. Roma 8:38-39 AMD https://bible.com/bible/199/rom.8.38-39.AMD0015
- Selamat Hari Bapa kepada yang bergelar Bapa. Tuhan memberkati!In Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 June 2022Sebagaimana bapa mengasihani anak-anak, demikianlah Tuhan mengasihani orang yang takut kepada-Nya; Mazmur 103:13 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.103.13.AVB0013
- Teman dunia atau teman Tuhan?In Grafik Firman Tuhan & Animasi·27 March 2022Saudara seperti seorang istri yang tidak setia kepada suaminya. Tidakkah Saudara insaf bahwa persahabatan dengan dunia menjadikan Saudara musuh Allah? Sekali lagi saya katakan: jika Saudara ingin menjadi teman dunia, Saudara menjadikan diri Saudara musuh Allah. Yakobus 4:4 FAYH https://bible.com/bible/2727/jas.4.4.FAYH001
- Imamat 10 AVBIn Kehidupan Kristian·18 September 2024Imamat 10 AVB Imamat 10 | AVB Audio Drama | Alkitab Versi Borneo | Leviticus 10 | VisualBible.info009
- Fikiran yang dikuasai Roh Kudus adalah kehidupan dan kesejahteraanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·5 June 2022Fikiran yang dikuasai oleh sifat tabii yang berdosa, adalah kematian. Tetapi fikiran yang dikuasai oleh Roh, adalah kehidupan dan kesejahteraan. Roma 8:6 AVB https://bible.com/bible/2271/rom.8.6.AVB003
bottom of page










