top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Kenapa Anda tidak seharusnya Berputus Asa terhadap Perkahwinan AndaIn Keluarga·October 8, 2024Oleh Teri K. Reisser dan Dr Paul C. Reisser Anda tidak terhad kepada pilihan bercerai atau terus terperangkap dalam perkahwinan yang memeritkan. Anda boleh tinggal bersama dan memupuk tiga sikap utama yang akhirnya mungkin membantu membina perkahwinan yang lebih baik. Melissa duduk di pejabat kaunseling saya dan berkata, “Gene dan saya telah berkahwin selama 22 tahun. Pendapatannya lumayan, dan ini membolehkan saya tinggal di rumah dengan tiga anak kami yang baik. Sekarang mereka berada di kolej dan hidup mereka memuaskan. Kawan-kawan fikir bahawa perkahwinan kami sempurna tetapi saya berasa seolah-olah sudah mati dalam jiwa saya. Saya berasa rumah kami sungguh kosong dan sunyi. Perkahwinan kami kosong dan sunyi juga. “Saya mendapati bahawa saya akan berkhayal tentang bagaimana kalau saya bersama lelaki lain. Sekiranya saya dapat meninggalkan perkahwinan ini tanpa dibenci oleh anak-anak, saya akan berbuat demikian. Saya kerap mendengar kisah tentang perasaan tidak puas hati di pejabat kaunseling saya. “Suamiku tidak beri perhatian,” “Isteriku tidak menghormati ku,” “Kehidupan seks kami tidak wujud lagi”, “Saya tak dapat bernafas.” Setengah dari rungutan ini timbul kerana realiti membayar bil, pekerjaan dan penjagaan anak-anak kecil telah memadamkan apa yang bermula sebagai percintaan yang hangat. Seperti yang dialami oleh Melissa, kesemua anak akhirnya meninggalkan rumah dan ibu sepenuh masa akan menghadapi kekecewaan. Individu dalam keadaan ini mungkin mempertimbangkan perceraian. Tapi tak kira bagaimana seseorang menilai pilihan-pilihannya, bercerai bukan jalan kemas menuju ke arah kebahagiaan. Jauh sama sekali. Saya tidak membuat penilaian buruk terhadap orang yang telah bercerai, tetapi saya percaya pasangan yang mempertimbangkan perceraian harus cuba pilihan lain dahulu. Sebelum saya berkongsi tentang kekurangan dalam pilihan untuk bercerai, saya perlu beri sedikit penjelasan: · Saya tidak mengesyorkan bahawa sesiapa dalam perkahwinan bermasalah ‘tahan kesakitan sahaja’ dan menderita dengan senyap untuk selama-lamanya. · Saya tidak menumpukan perhatian kepada situasi yang melibatkan apa-apa bentuk penderaan. Penderaan memerlukan perpisahan segera untuk memastikan keselamatan keluarga. Jika perlu, bantuan hendaklah diminta dari pihak penguatkuasa undan-undang, kaunselor professional dan peguam. · Nasihat saya juga tidak ditujukan kepada pasangan yang menghadapi isu ketagihan atau sikap tidak bertaubat kerana kecurangan. Kes-kes ini memerlukan usaha yang intensif untuk menghasilkan penyembuhan dan pemulihan. Keburukan Bercerai Di sini ada beberapa sebab kenapa anda harus berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan untuk bercerai: Ada kemungkinan besar anda tidak akan lebih bahagia. Institute of American Values telah menerbitkan laporan yang mencabar apa yang dipanggil ‘andaian perceraian’. Ramai orang yang mengandai bahawa seseorang dalam perkahwinan bermasalah hanya ada dua pilihan – kekal berkahwin dan kekal sengsara atau bercerai dan menjadi lebih bahagia. Penyelidik mendapati bahawa orang dewasa dalam perkahwinan yang tidak bahagia dan bercerai tidak berasa lebih bahagia daripada pasangan dalam perkahwinan bermasalah yang kekal berkahwin. Tambahan pula, dua dari tiga orang dewasa dalam perkahwinan bermasalah tetapi memilih untuk tidak bercerai menganggap diri mereka dalam perkahwinan bahagia lima tahun kemudian. Para pengkaji melaporkan bahawa perceraian tidak mengurangkan gejala kemurungan. Anak-anak pastinya tidak akan lebih bahagia. Perceraian akan menggegarkan kestabilan dunia anak-anak anda. Kesannya akan menjalar ke semua arah dalam hidup mereka – keluarga, hubungan dengan ahli keluarga lain, sekolah, aktiviti, persahabatan, percutian, taraf hidup dan pada masa yang akan datang, perkahwinan mereka. The Unexpected Legacy of Divorce karya Dr Judith Wallerstein menerangkan suatu kajian selama 25 tahun ke atas 131 kanak-kanak dari pasangan yang bercerai, di mana umur mereka adalah dalam lingkungan 3 sampai 18 tahun. Kajian tersebut menunjukkan bahawa perceraian sering mempunyai kesan negatif ke atas kanak-kanak sehingga zaman dewasa yang lewat. Seperti Melissa, ramai pasangan yang tidak bahagia menganggap bahawa adalah lebih baik untuk menunggu sehingga semua anak telah berpindah keluar rumah sebelum bercerai. Dalam dua dekad yang lepas, kadar ‘perceraian zaman tua’ yang melibatkan pasangan yang usia menjangkau 50 tahun telah meningkat dengan hebat. Seiring dengan kecenderungan ini, sebilangan besar buku dan makalah telah menyatakan kesan negatif yang mendalam terhadap orang-orang dewasa semasa perceraian ibu bapa mereka. Taraf hidup anda akan merosot selepas bercerai. Perceraian mahal terutamanya jika hak penjagaan anak menjadi isu. Dalam kebanyakan kes, pembahagian harta adalah 50–50 dan selalunya mengakibatkan sumber kewangan yang akan dikurangkan untuk semua pihak yang terlibat; Namun begitu, kaum wanita yang lebih terjejas dari segi kewangan. Menangani butiran kewangan untuk sesuatu perceraian – bukan sekadar pembahagian harta, tetapi menguruskan insuran, cukai, pinjaman dan perbelanjaan yang berterusan – juga menjadi proses yang sangat mencabar. Tiga sikap mental untuk kebahagiaan dalam perkahwinan. Apakah yang anda boleh lakukan sekiranya berada dalam perkahwinan yang tidak bahagia? Laporan Institute of American Values mengenalpasti tiga sikap orang yang telah berkahwin yang boleh digunakan untuk meramal sama ada sesuatu pasangan akan terus tinggal bersama dan akhirnya mendapat perkahwinan yang lebih bahagia. Saya memang menggalakkan pasangan-pasangan berusaha untuk memupuk sikap-sikap berikut: Berazam untuk meneruskan hubungan perkahwinan. Apabila ditemuduga, pasangan yang mendapati perkahwinan bertambah baik telah menyatakan bahawa mereka tidak berusaha membaiki hubungan, sebaliknya mereka ‘tahan sahaja’. Pasangan-pasangan tersebut melaporkan bahawa lama-kelamaan masalah mereka bertambah baik, dan ini menambahkan kebahagiaan mereka. Saya tidak mengesyorkan rancangan di mana pasangan bertahan lebih lama daripada masalah dalam perkahwinan mereka melalui keazaman yang degil. Namun demikian, komitmen untuk terus tinggal bersama, ‘tidak kira apa’ boleh menjadi asas untuk mencari jalan membaiki perkahwinan anda. Ini adalah persoalan kritikal yang memberi kesan mendalam terhadap komitmen ini: Adakah terdapat pihak ketiga? Jika kamu mahu terus bersama dengan pasangan dan berusaha membaiki hubungan perkahwinan yang rosak, hubungan dengan orang lain mestilah ditamatkan. Jika tidak, proses berhubung dengan pasangan anda ibarat berjalan merentasi padang gurun Sahara manakala hubungan dengan pihak ketiga seolah-olah oasis yang sejuk dan menyegarkan. Perkahwinan anda tidak akan bertahan lama. (Dan, oasis itu adalah khayalan semata-mata.) Menetapkan Etika Perkahwinan Para pasangan yang menghadapi masalah boleh berdamai dengan penerimaan nasihat kaunselor, seminar perkahwinan, buku-buku yang baik atau berhubung dengan seorang mentor. Dalam buku The Good News About Marriage, seorang pengkaji bernama Shaunti Feldhahn telah menunjukkan bahawa kebanyakan perkahwinan gagal bukan kerana masalah besar yang sistemik seperti penderaan pasangan atau ketagihan. Sebaliknya, apa yang sering berlaku ialah suami isteri yang saling mencintai akan tersandung oleh perkara kecil yang selalunya disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang keperluan pasangan atau apa yang akan menyakiti pasangan. Melissa sedang menghadapi isu yang sering timbul di kalangan para isteri – berasa dirinya tidak dihargai. Sesi-sesi kaunseling bersama suaminya, Gene, akhirnya mendedahkan beberapa isu yang kerap dihadapi oleh para suami: Dia berasa tidak dihormati, rungutan tentang ‘kemarau seks’ dan hubungannya dengan isteri diketepikan bila dibandingkan dengan hubungan dengan anak-anak. Paling baik pun, dia kadangkalanya diiktiraf sebagai pihak yang membiayai perkongsian hidup mereka. Mereka bersetuju untuk berusaha memperkayakan perkahwinan mereka dari segi emosi dan bukan mengganggapnya sebagai hubungan perniagaan. Memilih untuk berpuas hati sambil terus setia kepada pasangan Akhirnya, kebahagiaan anda tidak bergantung kepada situasi anda atau merupakan tanggungjawab pasangan anda. Memupuk kepuasan di tengah-tengah situasi yang tidak sempurna atau keadaan yang sangat sukar merupakan ikhtiar seumur hidup yang memang berbaloi. Tindakan ini bertentangan dengan sikap ‘saya mahu cara saya sendiri’, tetapi kepuasan hati adalah permulaan kebijaksanaan dan kematangan emosi. Saya menyarankan supaya anda fikir mendalam tentang tanggungjawab anda yang menimbulkan rasa tidak puas. (Ingat, walaupun anda memutuskan hubungan perkahwinan, anda masih bawa bersama peribadi serta kelemahan anda.) Proses ‘Jemputan’ Saya selalu membimbing pelanggan-pelanggan dalam proses pelbagai langkah yang dipanggil ‘jemputan tersebut’. Ini melibatkan pengenalpastian apa yang anda mahu atau perlu dan kemudiannya, memberitahu pasangan dengan permintaan yang spesifik dan realistik. Seterusnya anda menjemput pasangan anda dengan cara yang mesra dan murah hati untuk menangani isu-isu yang timbul. Jemputan ini melibatkan pengakuan kecederaan yang telah berlaku dan keinginan untuk penyembuhan. Sekiranya pasangan bertindak balas dengan positif, bagus-lah! Sekarang mulakan proses penyembuhan. Sekiranya tindak balas pasangan adalah negatif, saya menasihati dengan bersungguh-sungguh supaya: Jangan mendesak pasangan memberi sesuatu yang dia enggan beri. Anda harus menghapuskan perasaan marah dan keinginan menghakimi pasangan anda, walaupun anda berpendapat bahawa dia harus dikecam. Sebaliknya, fikirkan satu atau beberapa cara yang bertanggungjawab dan beretika untuk memenuhi keperluanmu, seperti menjalinkan persahabatan dengan mereka yang sama jantina denganmu, ‘melabur’ dalam hidup anak-anak atau cucu atau melayani Tuhan. Memenuhi keperluan anda dengan cara yang sewajarnya akan mengurangkan perasaan jengkel dan menjadikan anda lebih bermurah hati terhadap pasangan. Ia juga mengurangkan risiko anda akan terjebak dalam hubungan sulit. Gene telah menerima jemputan Melissa untuk berusaha memupuk hubungan perkahwinan mereka. Tiga tahun kemudian, Melissa percaya bahawa dia telah membuat pilihan yang betul. Perkahwinan boleh diibaratkan sebagai sebidang taman: Ia perlu perhatian berterusan untuk terus membuahkan hasil. Jika pasangan memilih untuk bekerjasama menangani perkahwinan yang bermasalah, mereka boleh mengubah suatu gumpalan rumpai liar menjadi beberapa ekar tanah yang indah. Hakcipta Teri K. Reisser. Semua hak terpelihara. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin.0013
- Jangan anggap diri bijak takutlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·May 6, 2022Jangan anggap dirimu bijak, takutlah kepada Tuhan dan jauhilah kejahatan. Itulah yang kelak mendatangkan kesihatan bagi tubuhmu dan kekuatan bagi tulang-tulangmu. Amsal 3:7-8 AVB https://bible.com/bible/2271/pro.3.7-8.AVB0017
- Apabila Anak-Anak Kecil membuat anda GilaIn Keluarga·October 31, 2023Rumah anda tidak semestinya menjadi medan pertempuran yang melagakan ibu bapa dengan anak-anak. Berikut adalah beberapa idea untuk berdamai. Saya pasti ibu bapa tidak akan terkejut apabila mendapati kanak-kanak boleh menjadi sangat berbakat dalam permainan kuasa. Pergelutan ini bermula dengan sengit apabila kanak-kanak berumur antara 12 dan 15 bulan. Ada yang bermula lebih awal. Jika anda pernah melihat kanak-kanak yang masih kecil terus mencapai soket elektrik atau alat kawalan televisyen sambil ibunya menjerit, "Tidak!" anda telah menyaksikan rebutan kuasa. Ia mungkin bukan tindakan yang sengaja dilakukan pada peringkat ini, tetapi lambat laun, ia akan sengaja dilakukan. Saya yakin bahawa kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas yang kuat semangatnya cenderung untuk mencabar ibu dan ayahnya apabila dia percaya dia boleh menang. Dia akan berhati-hati memilih senjata dan memilih medan di mana pergelutan itu akan diadakan. Saya memanggil arena ini sebagai "medan perang zaman kanak-kanak." Mari kita lihat beberapa pertempuran biasa yang sering berlaku dalam sejarah keluarga. Waktu tidur Salah satu pertelagahan terawal bermula pada umur 18 bulan dan satu hari – lebih kurang beberapa jam sebelum atau selepas umur tersebut. Pada masa itu, kanak-kanak kecil yang biasanya tidur tanpa mengeluh sejak dia dilahirkan akan tiba-tiba berkata, “Saya tidak akan kembali tidur” atau “Saya tidak letih.” Itulah tembakan pembukaan dalam apa yang mungkin menjadi pertempuran selama lima tahun. Ia berlaku begitu cepat dan tidak dijangka sehingga ibu bapa mungkin terpedaya. Mereka akan periksa sama ada terdapat masalah pertumbuhan gigi, demam bersuhu rendah atau ketidakselesaan lain. “Kenapa sekarang?” mereka bertanya. Saya tidak tahu jawabannya. Kanak-kanak kecil tiba-tiba memutuskan bahawa mereka tidak mahu tidur lagi, dan mereka akan melawan habis-habisan. Walaupun taktiknya berubah sedikit, waktu tidur akan terus menjadi medan perang untuk tahun-tahun yang akan datang. Kanak-kanak berumur 6 tahun yang kreatif boleh menangguhkan waktu tidur sekurang-kurangnya 45 minit dengan sistem taktik penangguhan yang bertenaga dan disusun dengan baik. Selepas ibunya mengenakan baju tidur anak, membawanya enam gelas air, membawanya ke bilik mandi dua kali, membacakan cerita sebelum tidurnya, dan kemudian memarahinya kerana keluar dari bilik tidurnya sekali atau dua kali, dia sudah sangat letih. Ia berlaku setiap malam. Seorang rakan kolej saya bernama Jim mendapati dirinya melalui langkah-langkah sebelum tidur sebegini ini setiap petang bersama anak lelakinya yang berusia 5 tahun, Paulie. Jim mengenali taktik itu sebagai permainan dan memutuskan bahawa dia tidak mahu bermain lagi. Apabila ibu bapa bermati-matian cuba mengelakkan menjatuhkan hukuman, tahap kerengsaan mereka akan mencapai tahap berbahaya. Dia duduk bersama anaknya pada petang itu dan berkata, “Paulie, keadaan akan berbeza malam ini. Saya akan mengenakan pakaian tidurmu; anda boleh minum air, dan kemudian kita akan membaca cerita bersama-sama. Bila selesai, saya berjalan keluar dari pintu, dan saya tidak mahu kembali. Jangan panggil saya lagi. Saya tidak mahu mendengar apa-apa daripada anda sehingga pagi. Faham?” Paulie berkata, "Ya, Ayah." Apabila kerja rumah tangga dan bacaan cerita sebelum tidur selesai, pelukan terakhir diberi dan lampu dipadamkan. Jim mengucapkan selamat malam kepada anaknya dan keluar dari bilik. Rumah menjadi sunyi dan aman tetapi keadaan ini tidak berkekalan. Selepas kira-kira lima minit, Paulie memanggil bapanya dan meminta air minum sekali lagi. “Tidak boleh, Paulie,” kata ayahnya. “Awak tak ingat apa yang saya cakap? Sekarang pergi tidur.” Selepas beberapa minit, Paulie merayu sekali lagi untuk mendapatkan segelas air. Jim lebih jengkel kali ini. Dia bercakap dengan keras dan menasihati anaknya supaya melupakannya. Tetapi budak itu tidak putus asa. Dia menunggu selama beberapa minit dan kemudian memanggil semula. Setiap kali Paulie menghubungi ayahnya, Jim menjadi lebih jengkel. Akhirnya, dia berkata, “Jika kamu meminta air sekali lagi, saya akan masuk ke sana dan memukul kamu!” Itu menenangkan budak lelaki itu selama kira-kira lima minit, dan kemudian dia berkata, “Ayah, apabila kamu masuk ke sini untuk memukul saya bolehkah kamu membawakan saya segelas air?” Kanak-kanak itu mendapat air tersebut. Dia tidak mendapat pukulan itu. Makanan Meja makan adalah satu lagi medan perang utama zaman kanak-kanak, tetapi ia harus dielakkan. Saya menasihati ibu bapa supaya tidak terjebak dalam arena ini. Ia adalah suatu serangan hendap. Seorang jeneral sentiasa mahu bertempur dengan tentera musuh di medan yang boleh menghasilkan kemenangan, dan masa makan adalah bidang yang selalunya mengecewakan. Seorang ibu yang meletakkan empat biji kacang hijau pada garpu dan bertekad untuk duduk di situ sehingga anak memakannya akan selalu kecewa. Kanak-kanak itu boleh bertahan lebih lama daripadanya. Oleh sebab masa makan adalah tiga kali sehari, dia akhirnya akan menang. Sebagai ganti merayu, merasuah dan mengugut anak-anak, saya mengesyorkan agar anda meletakkan makanan yang baik di hadapannya dengan hati ceria. Jika dia memilih untuk tidak makan, maka senyum dan biar dia pergi. Dia akan kembali. Apabila dia kembali, keluarkan makanan yang sama dari peti sejuk, panaskan dan letakkan di hadapannya semula. Lambat laun, dia akan menjadi cukup lapar dan makan. Jangan benarkannya makan snek atau gula-gula sebagai ganti makanan berkhasiat. Tetapi juga jangan takut kesan fizikal kelaparan. Seorang kanak-kanak tidak akan kelaparan dengan adanya makanan yang baik untuk dimakan. Terdapat perasaan yang menggerogoti dalam diri yang mengubah sikap seseorang daripada “Yuck!” kepada “Yum!” biasanya dalam masa beberapa jam. Kerja sekolah Mungkin kini tiada sumber konflik antara generasi yang lebih besar daripada kerja sekolah, dan terutamanya kerja sekolah yang perlu dibuat di rumah. Ini adalah satu lagi medan perang di mana anak muda mempunyai segala kelebihan. Hanya dia yang tahu dengan pasti apa yang ditugaskan dan bagaimana kerja itu sepatutnya dilakukan. Kanak-kanak yang sukar ditangani akan mengambil kesempatan akibat jurang maklumat ini antara rumah dan sekolah, dengan mendakwa bahawa “Saya sudah menyelesaikan kerja rumah di sekolah,” atau “Tiada apa-apa yang perlu dilakukan malam ini.” Ibu bapa harus tahu bahawa kebanyakan pelajar mengalami penurunan prestasi akademik antara Darjah 6 dan Tingkatan 3 di sekolah. Ada yang akan berhenti belajar sama sekali pada tempoh ini. Yang lain hanya akan mengalami kemerosotan produktiviti. Hanya segelintir yang akan kekal tidak terjejas sama sekali. Sebabnya ialah serangan besar-besaran yang berlaku terhadap deria remaja oleh proses pembesaran. Keyakinan diri goyah hingga ke asasnya. ‘Hormon gembira’ mula bertindak, dan seks menjadi fokus utama. Siapa yang boleh berfikir tentang sekolah selepas perkembangan baru tersebut? Lebih-lebih lagi, siapa yang mahu berfikir tentang sekolah? Sebagai ibu bapa, anda harus berhati-hati terhadap gangguan ini dan jangan kecewa apabila ia datang. Percutian dan Hari Istimewa Mengapakah kanak-kanak menjadi paling jelik dan menjengkelkan semasa bercuti dan pada masa lain apabila kita sedang cuba menggembirakan mereka? Secara adil dan munasabah, anda akan menjangkakan bahawa mereka akan berfikir, “Amboi! Ibu dan ayah sudah benar-benar melakukan sesuatu yang baik untuk kami. Kami dibawa untuk percutian ini yang mahal sedangkan mereka boleh memilih membelanjakan wang itu untuk diri mereka sendiri. Dan ayah mungkin lebih suka pergi memancing atau melakukan perkara lain. Tetapi mereka mengambil berat tentang kami dan telah memasukkan kami dalam rancangan mereka. Wah! Saya akan menunjukkan sikap dan kerjasama yang sebaik mungkin. Saya akan cuba berbaik dengan kakak saya, dan tidak akan membuat sebarang tuntutan yang luar biasa. Cuti ini memang akan menyeronokkan!” Adakah kanak-kanak berfikir seperti itu? Memang tidak! Memang kurangnya perasaan syukur antara generasi. Sebelum keluarga itu meninggalkan bandar, anak-anak sudah berebut tentang siapa yang boleh duduk di tepi tingkap dan yang siapa akan memegang kucing peliharaan. Kakak berteriak, “Saya akan laporkan kepada ayah!” setiap beberapa minit. Ketegangan juga berlaku di tempat duduk hadapan. Apabila mereka sampai ke Pulau Pinang, ayah sudah hampir meletup. Cukup sukar untuknya menyiapkan kerja pejabat dan mengemas kereta. Tetapi pertengkaran ini akan membuat dia gila. Sepanjang lebih kurang 300 km, dia telah mengharungi pertengkaran, ejekan, jelingan, cubitan, air mata, cuitan dan lawatan ke bilik air yang tidak dijadualkan. Kini dia mula hilang kawalan. Dua kali dia menghayun dengan liar ke arah badan yang menggeliat di tempat duduk belakang. Pukulannya terlepas dan bahunya berasa sakit. Dia memandu lebih laju pada masa ini, tetapi dia sudah berhenti bercakap. Satu-satunya petunjuk tentang apa yang dia rasakan ialah matanya yang merah dan kedutan di pipi kirinya. Selamat bercuti, Ayah. Tinggal 13 hari lagi. Apabila ibu bapa bermati-matian cuba mengelakkan hukuman, tahap rasa jengkel mereka mencapai tahap yang berbahaya. Pada masa itu, apa sahaja boleh berlaku. Sebab itu saya berhujah bahawa mereka yang menentang hukuman dera (memukul) atas alasan ia membawa kepada penderaan kanak-kanak adalah salah. Dengan melucutkan keupayaan ibu bapa untuk menangani tingkah laku yang buruk pada peringkat awal, mereka sebenarnya meningkatkan kemungkinan mudarat akan tercetus apabila perasaan marah meningkat. Sebelum kita meninggalkan isu urusan percutian keluarga, mari kita bincangkan mengapa kanak-kanak seolah-olah lebih menjengkelkan pada hari-hari istimewa itu. Terdapat dua sebab. Pertama, orang dewasa dan kanak-kanak akan saling menjengkelkan antara satu sama lain apabila mereka terkurung bersama untuk jangka masa yang panjang. Tambahan pula, seorang kanak-kanak yang sukar ditangani nampaknya terdorong untuk mencubai garis sempadan tingkah laku yang ditetapkan apabila dia fikir bahawa ia telah berubah. Ini memang benar dalam kes anak-anak kita. Pada hari-hari apabila kita merancang perjalanan atau cuti lain, kita boleh menjangkakan mereka akan jadi panas baran. Seolah-olah mereka diwajibkan untuk bertanya, “Memandangkan ini adalah hari istimewa, apakah peraturannya sekarang?” Kita kadangkala perlu menghukum atau memarahi mereka semasa kita sebenarnya ingin memupuk hubungan. Mungkin itulah sebabnya Erma Bombeck berkata, “Keluarga yang bermain bersama-sama akan saling menjengkelkan.” Akibat Kuasa Kami menekankan idea bahawa masalah antara generasi bukan semata-mata masalah perbezaan pendapat. Jika konflik hanya sekadar perbezaan pendapat, maka rundingan dan kompromi akan menyelesaikannya dengan cepat. Sebaliknya, mereka merupakan medan di mana kewibawaan ibu bapa boleh dicabar dan terjejas. Apa yang kami cadangkan? Patutkah ibu bapa mengekalkan setiap aspek kuasa selama mungkin? Tidak! Walaupun dengan risikonya, penentuan nasib sendiri adalah hak asasi manusia, dan kita mesti memberikannya secara sistematik kepada anak-anak kita. Untuk menahan kebebasan itu terlalu lama akan mencetuskan perang revolusi. Maka, inilah matlamat kita sebagai ibu bapa: kita tidak boleh memindahkan kuasa terlalu awal, walaupun anak-anak kita membawa kita setiap hari ke medan perang. Ibu yang melakukan kesilapan itu adalah antara orang yang paling kecewa di atas muka bumi ini. Namun demikian, kita juga tidak boleh mengekalkan kuasa ibu bapa terlalu lama. Kawalan akan dilucutkan dari genggaman jika kita enggan menyerahkannya secara sukarela. Pemberian penentuan nasib sendiri harus diberi langkah demi langkah bersesuaian dengan tahap kematangan, dengan pelepasan kawalan sepenuhnya semasa anak-anak sudah menjadi orang dewasa muda. Nampaknya mudah, bukan? Kita semua tahu keadaan sebenarnya tidak begitu. Saya menganggap peralihan kuasa yang teratur ini sebagai salah satu tanggungjawab yang paling sensitif dan sukar dalam bidang keibubapaan. ________________________________________ Rencana ini diterjemah dari Bahasa Inggeris dan Soalan dan Jawapan dipetik daripada The Complete Marriage & Family Home Reference Guide dengan izin.0031
- TUHANlah kekuatankuIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·July 12, 2022Aku mengasihi-Mu, ya Tuhan, Engkaulah kekuatanku. Mazmur 18:1 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.18.1.AVB006
- Hendaklah pemikiran seperti Tuhan Yesus Kristus yang merendahkan diri dan taat sehingga kematianIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·May 25, 2022Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan, tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia. Dalam keadaan sebagai manusia, Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat hingga kepada kematian, bahkan kematian di salib! Filipi 2:5-8 AVB https://bible.com/bible/2271/php.2.5-8.AVB0037
- Imamat 10 AVBIn Kehidupan Kristian·September 18, 2024Imamat 10 AVB Imamat 10 | AVB Audio Drama | Alkitab Versi Borneo | Leviticus 10 | VisualBible.info009
- Berjaga-jagalah agar tidak sombong dan angkuhIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·March 24, 2022Kesombongan mengakibatkan kehancuran; keangkuhan mengakibatkan keruntuhan. Amsal 16:18 BIMK https://bible.com/bible/27/pro.16.18.BIMK0013
- Satu tubuh, satu roh, satu TUHAN, dengan satu Bapa Syurgawi, melalui sekalian, dalam sekalianIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·November 24, 2021Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh – sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu – satu Tuhan, satu iman, satu baptisan; satu Allah, iaitu Bapa sekalian, yang di atas sekalian, melalui sekalian, dan dalam kamu sekalian. Efesus 4:4-6 AVB https://bible.com/bible/2271/eph.4.4-6.AVB0037
- Bersyukurlah kepada TUHANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·October 13, 2022Bersyukurlah kepada Tuhan, kerana kebaikan-Nya; kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya. Mazmur 107:1 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.107.1.AVB002
bottom of page








