top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Yohanes 1:5 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·16 December 2021Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.114
- Amsal 29:25 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·9 December 2021Rasa takut terhadap manusia mendatangkan jerat, tetapi sesiapa percaya kepada Tuhan akan terselamat.116
- Kasih Karunia dan Kemaafan dalam KeibubapaanIn Keluarga·28 September 2022Oleh Danny Huerta Kasih karunia dan kemaafan perlu untuk rumah tangga yang sihat. Ketahuilah bagaimana kasih karunia dan kemaafan adalah sebahagian tujuh ciri yang perlu dalam keibubapaan. Memberi kasih karunia memang sukar. Otak manusia seolah-olah magnet yang menarik sikap negatif. Kita selalu “tersangkut” menumpukan perhatian kepada fikiran negatif, balas dendam dan bukan pada kemaafan. Namun demikian, kasih karunia dan kemaafan penting untuk wujudnya kasih di sebuah keluarga. Ia bermula dengan sengaja mengutamakan hubungan kita dalam setiap situasi. Kita tidak harus memikirkan tentang salah laku semata-mata tetapi mesti sedar bahawa kita semua adakalanya perlu kasih karunia; jika kita mahu menerimanya, kita mesti memberi. Beberapa tahun dahulu, saya memberi kaunseling kepada seorang ayah yang bergelut dengan isu kemarahan. Semasa kami berbincang, dia mengaku menyimpan perasaan dendam dan marah terhadap ayahnya. Kami berbincang bagaimana ini membelenggu perkahwinannya dan peranannya sebagai ayah. Dia mengambil keputusan membuat senarai perkara untuk memaafkan ayahnya. Dia kemudian melaporkan bahawa tindakan memaafkan memberinya kebebasan yang tidak pernah dialaminya. Dia menjadi lebih berbelas kasihan, akrab dan sabar terhadap isteri dan anak-anak. Jika kasih karunia dan kemaafan adalah ubat penawar sikap negatif, bukankah kita sepatutnya lebih rela memberi penawar tersebut? Ya, memang sukar. Kasih karunia adalah menerima dan menghapuskan “hutang” dari orang yang telah melukai, mengecewakan atau tidak menghormati anda. Ia memerlukan kita memaafkan orang yang kita percaya tidak layak dimaafkan untuk sesuatu luka yang tidak dapat dilupai. Ia bermakna pembebasan sebarang kemarahan yang telah bertapak di hati kita. Bila kanak-kanak belajar bagaimana menangani hidup, hubungan sesama manusia dan emosi, kesilapan dan kekusutan akan berlaku. Kadangkala kita tiada kesabaran untuk menangani kekusutan tetapi bila kita dapat memaafkan anak-anak, suasana kebebasan, keakraban dan kasih diwujudkan. Akhirnya, kanak-kanak mendapat manfaat kasih karunia dan kemaafan dengan cara-cara berikut: Belajar bagaimana memaafkan orang lain Bila hidup kamu adalah contoh kasih karunia, anak-anak belajar bagaimana membebaskan diri dari ketaksuban tentang kesilapan orang lain. Mereka tidak digelincirkan oleh sikap marah, sebaliknya pemberian kemaafan membolehkan mereka mara ke depan. Belajar bagaimana menangani persengketaan dengan berkesan dan membaiki keadaan Kanak-kanak yang dibesarkan untuk memahami kasih karunia dan kemaafan lebih mampu mengatasi persengketaan. Konflik menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang isu-isu dan mempunyai pendapat sendiri; kasih karunia dan kemaafan menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang hubungan dengan orang lain. Mengalami kebebasan dari perasaan malu dan ketaksuban dengan kesempurnaan Kanak-kanak belajar mengutamakan sikap amanah dan hubungan dengan orang lain dan bukan manipulasi dan kesempurnaan. Mereka menyedari bahawa tiada manusia yang sempurna termasuk diri sendiri. Alami dan pelajari tentang kasih ibu bapa Kanak-kanak belajar bagaimana dan apa yang perlu dibuat untuk membina semula kebolehpercayaan. Mereka juga belajar bagaimana kasih berfungsi. Jika kamu mengasihi seseorang, kamu akan mengetahui kasih karunia dan kemaafan. Dua tahun dahulu, anak perempuan saya berada dalam fasa “memecahkan” perkataan secara kreatif. Dia mengkaji perkataan forgive dan berkata, “Ayah, kemaafan memang adalah hadiah! Lihat, perkataan “for-give”. “For” maksudnya untuk orang lain dan “give” bermakna ia diberi dengan percuma. Kemaafan benar-benar suatu hadiah untuk pemberi dan penerima. Sifat ini membenarkan kasih sayang berkembang maju dalam sebuah keluarga. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.1135
- Mazmur 73:26 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·15 July 2021Tubuh dan hatiku layu, tetapi Allah kekuatan hatiku dan untukku selama-lamanya.1115
- Mazmur 33:5 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·1 August 2021Tuhan mencintai perbenaran dan keadilan; bumi ini dipenuhi kasih setia-Nya.115
- Kebangunan Rohani Metodis "Sisa kayu yang direnggut dari dalam api"In Inspirasi & Renungan13 August 2021Amen .. biarlah semangat yang sama membakar di hati kami semua !11
- 1 Yohanes 5:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi24 July 2021Haleluya! Dulu saya tidak yakin bahawa doa saya mendapat jawapan dari Tuhan. Sekarang saya pasti Tuhan mendengar doa saya. Saya mahu berdoa selaras kehendakNYA.11
- WANITA TUA & TAYAR KEMPISIn Inspirasi & Renungan27 August 2021amin. marilah kita mengusahakan diri kita menjadi tasik Galilea, dan bukannya laut mati. hidup ini adalah kesempatan.11
- BERJUANG SAMPAI AKHIR | BHG. 3In Inspirasi & Renungan22 August 2021segala puji dan syukur kepada Yesus. kami tidak mahu tawar hati dalam masa-masa kesesakan kerana boleh mengecilkan kekuatan kami, (Amsal 24 ayat 10 Itb)11
- Bersyukurlah dan bertekun dalam doaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi2 August 2021amin, Tuhan memberikan kekuatan dan kerelaan supaya menjadi pelaku Firman, bukan sekadar pendengar sahaja. bersyukur di dalam segala keadaan.11
- ROTI HANGUS TIDAK MENYAKITKAN.In Inspirasi & Renungan10 November 2021Itulah kasih krunia mengatasi kesalahan yang dibuat!11
- Bagaimana Sign-Up atau Log-In Komuniti Digital?In Tips Komuniti Digital·9 July 2021Komuniti Digital boleh dilayari dengan percuma tanpa log-in atau menjadi member. Tetapi, kita perlu log-in atau sign-up, jikalau kita mahu 1) Memulakan Kumpulan baru 2) Membuat posting di Forum Komuniti Digital 3) Membuat comment di Blog dan Forum Pertama, kita layari : www.komuniti-digital.com Jikalau kita lupa password kita, ikut arahan di bawah.1115
bottom of page






