top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Bersyukurlah, Tuhan melakukan perkara yang jauh lebih banyak dari yang kami mintaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·31 July 2021Dengan kuasa Allah yang bekerja dalam diri kita, Allah dapat melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan. Hendaklah Allah dimuliakan selama-lamanya di kalangan jemaah, melalui Kristus Yesus! Terpujilah Allah! Amin. EFESUS 3:20-21 BM https://bible.com/bible/402/eph.3.20-21.BM1112
- Bagaimana Untuk Menafsirkan Alkitab Dengan Betul - Prinsip HermeneutikaIn Soalan Tentang Kekristianan·13 July 20211. Ayat Alkitab Menafsirkan Ayat Alkitab Seringkali Alkitab menafsirkan dirinya. Dalam beberapa contoh, seorang penulis Alkitabiah yang lain menafsirkan petikan Alkitabiah yang lain. 2. Konteks Menafsirkan Ayat Alkitab Ayat-ayat, fasal-fasal dan kitab yang mengelilinginya memberikan konteks langsung kepada sesuatu ayat Alkitab, begitu juga konteks dari segi sejarah, budaya dan linguistik ayat itu. 3. Niat Menafsirkan Ayat Alkitab Semua ayat Alkitab mempunyai niat yang dimaksudkan. Oleh itu, ianya adalah benar bahawa sesuatu ayat Alkitab mempunyai satu tafsiran yang tepat manakala ianya boleh mengandungi banyak aplikasi yang tepat. 4. Yang Jelas Menafsirkan Yang Kabur Ayat Alkitab tidak harus ditafsirkan untuk berlawanan dengan mesej keseluruhan Alkitab. Ketika kita menghadapi sesuatu ayat yang kabur, kita mencari ayat yang jelas untuk membantu menafsirkannya. petikan : Domba2domba.blogspot.com1132
- KAWANIn ALL·20 April 20241125
- Bagaimana Untuk Add Ikon Komuniti Digital ke Home Screen Anda (IOS dan Android)In Tips Komuniti Digital·9 July 2021Untuk memudahkan penggunakan applikasi Komuniti Digital, anda boleh "add" ikon Komuniti Digital di Home Screen smartphone anda. UNTUK IOS 1) tekan "Safari" untu melayari : www.komuniti-digital.com 2) Tekan icon "arrow ke atas" 3) Dari drop down menu, cari "Add to Home Screen" dan tekan. 4) Nama "Home|Komuniti Digital" boleh ditukarkan kepada "Komuniti Digital" 5) Ikon Komuniti Digital akan muncul di homescreen anda UNTUK Android 1) Tekan "Chrome" App 2) Layari : www.komuniti-digital.com 3) Tekan menu icon (3 dot di sebelah kanan atas) dan tap "Add to homescreen" 4) Tukar nama shortcut, dan ikon "komuniti digital" adakan ditambahkan di homescreen anda.1112
- Markus 4: 1- 20. Ibarat Tentang PenaburIn Inspirasi & Renungan·22 August 2022Teks ini bertajuk ibarat (parable) tentang seorang penabur. Yesus ceritakan ibarat ini dan kemudian dia terangkan maksud ibarat ini. Dan keterangan Yesus sempurna jelas. Jadi saya tidak akan tambah kepada keterangan Yesus Kristus. Apa yang saya mahu buat ialah terangkan mengapa Yesus mengajar mengunakan ibarat. Kita kaji dahulu kata Yesus dalam ay. 11,12. 11Yesus berkata kepada mereka, "Kamu telah diberi rahsia kerajaan Allah. Tetapi orang luar akan mendengar segala sesuatu melalui ibarat, 12 supaya: 'Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti; kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan berpaling dan diampuni!' " Apakah maksud kata-kata Yesus ini? Ayat 12, ialah singkatan petikan dari Yesaya 6:9,10. Ayat 12 mula dengan kata supaya. Ini ialah terjemahan Yunani ina (hina) yang bukan senang hendak terjemah. Kalau terjemah sebagai supaya saperti di teks ini, ia nampak sebagai Yesus hendak buat orang luar tidak faham. Tetapi ini bukan maksud Yesus. Kata ina ada maksud “self fulfilling”. Self fulfilling ertinya: orang yang mendengar itu lah bertanggungjawab samaada dia faham atau tidak faham. Dalam ibarat penabur ini, ada empat jenis tanah. Dan Yesus terangkan bahawa ini ialah empat jenis manusia. Ada jenis yang tak mahu tahu maksud injil Yesus Kristus. Ada manusia yang cetek sahaja. Ada manusia yang cepat terima dan cepat kehilangan iman. Hanya satu jenis sahaja yang teruskan bertumbuh dan berbuah lebat. Manusia saperti anak murid Yesus Kristus, mereka mahu tahu lebih lagi. Sebab itulah mereka datang tanya maksud ibarat. Kalau manusia itu tak mahu tahu, dia tidak akan datang ke Tuhan dan diselamatkan. Maka petikan dari Yesaya 6 itu digenapi oleh orang itu sendiri. “Self fulfilling” Applikasi untuk kita ialah apakah respons kita terhadap Yesus Kristus. Kamu ini apa jenis tanah? Tuhan berkati.11119
- Bercakap Tentang Seks Dan Akil balighIn Keluarga·14 December 2023Sebagai ibu bapa, anda adalah orang yang terbaik untuk mendidik anak anda tentang keseksualan. Walau bagaimanapun, budaya anak-anak kita memberi ancaman kepada perspektif yang sihat tentang keseksualan. Selama beberapa dekad, media sosial dan budaya kita pada umumnya telah mempersembahkan karikatur lucu tentang perbualan tentang seks di mana si-Ayah tergagap-gagap dan telapak tangannya berpeluh sambil menerangkan mengenai seks secara berbelit-belit kepada anak pra-remaja – yang sebenarnya, sudah tahu semua butir terperinci perkara tersebut. Walau bagaimanapun, bercakap tentang seks dan akil baligh dengan anak-anak anda adalah lebih unik dan halus perbezaannya daripada imej biasa ini. Kelucuan itu timbul daripada ketegangan yang dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa ketika berbincang tentang seks dengan anak-anak mereka. “Apa yang akan terjadi jika kita memberitahunya terlalu banyak?" “Adakah ini akan menghilangkan kesucian hatinya?” “Bagaimana jika dia mula bertanya tentang apa yang kita lakukan?” Apa yang tidak lucu ialah realiti bahawa terlalu ramai kanak-kanak belajar tentang seks daripada semua orang kecuali ibu bapa mereka. Bahasa kesat dari taman permainan dan kelucahan boleh memberi kanak-kanak permulaan dalam pemahaman baru tentang seks dan akil baligh. Lebih teruk lagi, melihat bahan lucah dengan tidak sengaja atau sengaja akan memberi gambaran seks pertama yang sumbang untuk kanak-kanak. Apa yang sepatutnya dilihat sebagai komunikasi yang paling indah, bermakna dan peribadi antara suami isteri menjadi perasaan ingin tahu yang boleh merosakkan dengan cepat. Pendidikan Seks atau Keutuhan Seksual? Usaha oleh sekolah awam untuk membetulkan maklumat yang salah akibat khabar angin dan kekurangan maklumat di rumah sering menyebabkan tertinggalnya perkara yang penting: rangka kerja moral di mana fakta tentang pembiakan harus dijelaskan. Tanpa konteks etika yang betul, pendidikan seks hanya menjadi pengetahuan asas dalam anatomi, fisiologi, penyakit berjangkit dan kontraseptif. Ramai orang telah cuba mengajar prinsip seksualiti kepada para belia dan usaha mereka harus dipuji. Tetapi konsep penting ini tidak selalu disertai dengan maklumat perubatan yang tepat atau kemahiran untuk menolak cadangan mengadakan hubungan seks. Tambahan pula, pemberian fakta kepada para belia biasanya bermula pada tahap yang lewat (iaitu, semasa remaja) dan jarang melibatkan perbincangan berterusan tentang subjek ini. Apa yang lebih menjolok mata ialah kegagalan bercakap tentang seks dan akil baligh dalam konteks kesucian. Dr Danny Huerta sering menasihati ibu bapa mengenai topik ini dalam usaha mempromosikan keutuhan seksual mengatasi kesucian seksual. Ringkasnya, kesucian menyampaikan mesej tiada kompromi dalam hal keintiman seksual. Jika gagal, anak muda mungkin putus harapan. Walau bagaimanapun, keutuhan seksual menggabungkan asas penebusan, penyembuhan, dan harapan sebagai ganti kehancuran sambil tetap menekankan nilai dan kepentingan keperawanan dan keintiman seksual. Perbualan tentang Seks dan Akil baligh harus bermula di Rumah Tempat terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang seksualiti adalah di rumah daripada mereka yang paling mengambil berat tentangnya. Sesiapa sahaja boleh mengajar fakta asas tentang pembiakan dalam satu atau dua jam (atau ia boleh dibaca dalam mana-mana buku rujukan). Tetapi anda berada dalam kedudukan terbaik untuk meletakkan maklumat ini dalam konteks dan perspektif yang betul selama beberapa tahun. Tiada formula ringkas untuk menjalankan tugasan ini, tetapi ingati-lah prinsip-prinsip berikut: 1. Fakta Tidak Semestinya Buruk Memberi maklumat kepada kanak-kanak tentang pembiakan, termasuk butiran mengenai persetubuhan, tidak menghilangkan kemurniannya. Kesucian adalah berkait dengan sikap, bukan maklumat. Seorang kanak-kanak yang bersekolah yang memahami butiran seks, sambil melihatnya sebagai kelakuan yang, dalam konteks yang betul, menyatakan cinta dan memulakan kehidupan baru, masih mengekalkan kesucian hatinya. Tetapi seorang kanak-kanak yang tahu sedikit tentang seks sudah boleh mempunyai pemikiran yang rosak jika dia telah terdedah kepadanya dalam konteks yang menjatuhkan maruah, mengejek atau menghina. 2. Pertimbangkan Semula Pendapat dan Perasaan anda Jika anda berasa gagap atau berasa tertekan untuk membincangkan perkara ini dengan anak anda, fikirkan sejenak tentang sikap anda sendiri. Buku yang boleh dipercayai, bermaklumat dan menghormati seks dan perkahwinan juga boleh membantu. Tetapi bagi kebanyakan orang, kegelisahan tentang seks mungkin berpunca daripada pengalaman hidup, terutamanya jika ia melibatkan penderaan seksual yang dialami semasa zaman kanak-kanak, remaja atau dewasa. Masih belum terlambat untuk menangani isu sedemikian dengan individu yang mempunyai latihan dan pengalaman dalam bidang ini dan boleh membantu anda berusaha ke arah penyembuhan. 3. Ambil Masa Anda Jangan tunggu untuk memberitahu anak anda semua yang anda ketahui tentang seks semasa satu sesi maraton yang sengit. Ini menimbulkan bahaya bahawa sudah terlambat atau memberi terlalu banyak maklumat yang sukar ditangani kepada kanak-kanak. Sebaliknya, berikan maklumat secara beransur-ansur semasa perbualan selama tempoh beberapa tahun. Prinsip ini adalah sama untuk mana-mana bidang hidup yang lain. Topik seperti iman, nilai hidup, tanggungjawab, perhubungan, pengendalian wang memerlukan pelbagai perbualan berterusan. Sama seperti bercakap tentang seks dan akil baligh, subjek ini terlalu penting untuk satu perbualan sahaja. 4. Perlu atau Tidak Perlu Dalam banyak keadaan, anda akan memberikan maklumat berdasarkan keperluan untuk diketahui. Anak anda yang berumur lima tahun mungkin ingin mengetahui bagaimana bayi dalam kandungan Mak Cik Susie akan keluar. Tetapi anak anda mungkin tidak terfikir untuk bertanya bagaimana bayi itu sampai di sana. Dan anda tidak perlu membincangkan subjek pada masa itu. Sebaliknya, jika anda masih belum mengadakan sebarang perbincangan tentang pembiakan dengan anak anda yang berumur sepuluh tahun, anda perlu mengambil inisiatif untuk memulakannya. Dia perlu mendengar daripada sumber yang lebih berwibawa dan matang. 5. Anda Tidak Perlu Tahu Semua Jawaban Bagaimana jika anak anda bertanya soalan yang anda tidak boleh jawab? Beritahunya dengan jujur, dan kemudian lakukan penyelidikan. Kewibawaan anda akan meningkat di mata anak anda dengan sikap jujur dan bukan dengan menipu. Tambahan pula, anda mungkin tidak mempunyai pengetahuan terperinci tentang selok-belok kitaran haid atau peringkat perkembangan akil baligh. Tetapi anda tidak terlalu tua untuk belajar. Ke Mana Kita Pergi Dari Sini? Perbualan tentang keutuhan seksual, seperti yang dinyatakan sebelum ini, boleh dan harus berkekalan selagi anak-anak tinggal di rumah anda. Jadi, ke mana anda pergi dari sini? Bergantung pada pemahaman anak anda tentang topik rumit seperti seks dan akil baligh, anda mungkin mempunyai beberapa pilihan. Utamakan anak anda dan perkembangannya. Kemudian, anda boleh mengetahui cara mengendalikan perbualan penting dengan anak anda dengan sewajarnya. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin. Dipetik daripada The Complete Book of Baby and Child Care yang diterbitkan oleh Tyndale House Publishers.1121
- Amos 5:24 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·8 December 2021Sebaliknya, biarlah keadilan bergulung-gulung seperti air dan perbenaran seperti sungai yang selalu mengalir.115
- Bersyukurlah kerana Tuhan telah berikan kemenangan melalui Yesus KristusIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·21 July 2021Karena dosa seperti sengat yang mengakibatkan maut, dan Hukum Taurat, yang menyatakan dosa kita. Betapa besar rasa syukur kita kepada Allah! Dialah yang telah memberikan kemenangan kepada kita melalui Yesus Kristus Tuhan kita. Karena itu, Saudara sekalian yang saya kasihi, karena kemenangan pasti datang, maka berdirilah dengan teguh dan tetap serta lakukanlah selalu pekerjaan Tuhan, karena Saudara tahu bahwa apa pun yang Saudara lakukan bagi Tuhan tidak akan sia-sia. 1 Korintus 15:56-58 FAYH https://bible.com/bible/2727/1co.15.56-58.FAYH Doa: Bapa kami yang di Syurga, terimakasih kerana Bapa berikan kami kemenangan kerana Tuhan Yesus Kristus telahpun menang. Terimakasih kerana semua pekerjaan Tuhan yang kami lakukan tidak akan sia-sia tetapi mendatangkan hasil dalam rencana ! Dalam nama Yesus, Amen.1150
- Seluruh Perlengkapan Senjata Allah | Bagian 1: Efesus 6:10-13In Inspirasi & Renungan·1 August 2021Seluruh Perlengkapan Senjata Allah | Bagian 1: Efesus 6: 10-13 | | The Armor of God | B Indonesia1136
- Mazmur 136:26 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·5 December 2021Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.114
- Mazmur 18:6 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·20 December 2021Dalam kesesakanku aku berseru kepada Tuhan; aku meraung kepada Allahku. Dia mendengar suaraku dari Bait Suci-Nya; raunganku sampai kepada pendengaran-Nya.119
- Adakah Anda menghadapi risiko Perceraian bila sudah Lanjut Usia?In Keluarga·17 December 2021Oleh Teri K. Reisser & Dr. Paul C. Reisser Adakah rasa sakit hati atau rasa tidak puas hati terpendam dalam perkahwinan anda? Jangan biarkan ia membawa kepada perceraian pada usia tua! Inilah cara untuk mencipta dinamik hubungan perkahwinan yang sihat. Deb dan Don* kedua-duanya berusia awal 60-an apabila Deb memaklumkan Don bahawa dia tidak mahu melakukan hubungan seks dengannya lagi. Ini sukar diterima oleh Don. Selama beberapa dekad, Deb telah mematuhi cara Don melakukan hubungan seks. Sebenarnya, dia telah mematuhinya dalam banyak perkara, tahun demi tahun. Ini bukan sekadar seks. Akibatnya, dia bangun pada suatu pagi dan memutuskan bahawa dia telah bosan dengan keadaan di mana dia tidak kelihatan dan tiada suara dalam hubungan itu. Selama setahun, Don cuba menukarkan keputusannya tetapi tidak berjaya. Pada mulanya Deb tidak dapat memberitahu Don kenapa dia tidak berpuas hati. Namun begitu, dia mula mencari suaranya dalam terapi dan meluahkan perasaannya. Seperti yang diamalkannya selama beberapa dekad, Don dengan tegas menyatakan pendapatnya tentang apa yang dirasakan oleh Deb dan apa yang Deb lakukan adalah salah. Untuk menukarkan keputusan Deb, Don berpindah keluar dari rumah dengan pengumuman bahawa dia tidak mahu hidup dalam perkahwinan tanpa seks. Deb tiba-tiba mendapati dirinya menikmati kebebasan hidup seorang diri. “Anak-anak telah berpindah keluar dari rumah”, fikirnya. “Saya hanya mempunyai beberapa tahun lagi dalam hidup ini. Jadi saya ingin mencari kebahagiaan, dan itu tidak akan berlaku dengan Don.” Siapakah yang menghadapi risiko perceraian pada usia tua? Bolehkah ini berlaku kepada anda dan pasangan anda? Anda mungkin ‘bergerak’ tanpa haluan yang tentu dalam apa yang kelihatannya pada zahirnya perkongsian yang stabil dan mesra. Tetapi anda mungkin sebenarnya berada dalam apa yang digelar sebagai “perkahwinan pengelap cermin depan” oleh pakar dalam pencegahan hubungan sulit, Dave Carder – perkahwinan di mana anda berdua sedang menjalankan tugas masing-masing tetapi tidak berinteraksi antara satu sama lain. Atau anda mungkin berasa terlalu sibuk dan letih untuk menangani rasa sakit hati atau ketidakpuasan hati yang tersembunyi di bawah perbualan yang sopan tetapi cetek. Kerana Deb dan Don telah mengabaikan punca konflik mereka untuk sekian lama, tugas saya untuk membantu mereka memulihkan perkahwinan menjadi lebih sukar. Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu untuk mewujudkan dinamik hubungan yang sihat dalam perkahwinan anda supaya tidak menghadapi situasi seperti Deb dan Don. Mengapa perceraian berlaku bila usia sudah meningkat? Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, anda mungkin pernah mendengar ungkapan grey divorce. Ia merujuk kepada perkahwinan yang berakhir di kalangan orang yang berumur 50 tahun ke atas. Kadar perceraian dalam kumpulan ini meningkat dua kali ganda antara 1990 dan 2015, menurut artikel Pusat Penyelidikan Pew yang memetik Pusat Statistik Kesihatan Kebangsaan dan Biro Banci Amerika Syarikat. Daripada jumlah ini, 34% melibatkan perkahwinan selama 30 tahun atau lebih, dan 12% berlaku dalam perkahwinan lebih daripada 40 tahun. Beberapa sebab dan faktor telah dicadangkan untuk perkembangan ini. Di pejabat kaunseling saya, saya telah mendengar berbagai ragam semua factor tersebut. Memahaminya boleh membantu anda mengenal pasti isu-isu dalam perkahwinan anda yang mungkin memerlukan perhatian. Hubungan yang menjadi renggang Sebab pertama dan paling utama pasangan bercerai bila usia sudah meningkat adalah kerana lama-kelamaan, hubungan mereka menjadi renggang. Ini disebabkan oleh pasangan yang sibuk dengan perkara harian kehidupan: kanak-kanak, kerjaya dan aktiviti sukarelawan lain. Dalam semua bidang ini, suami dan isteri dengan mudahnya mendapati diri mereka berada di landasan hidup yang selari atau mencapah. Selepas anak-anak meninggalkan rumah, mereka sering memandang satu sama lain dan bertanya, “Kau ni siapa?” Konflik yang tidak diselesaikan Selain daripada hubungan renggang, dan yang jauh lebih berbahaya, adalah konflik bertahun-tahun yang tidak diselesaikan, kebencian dan kemarahan yang terpendam. Semua orang terlalu sibuk, tidak menumpukan perhatian atau terlalu letih untuk menangani perkara ini, apatah lagi menyelesaikannya. Melakukannya memerlukan tumpuan, tenaga dan keberanian yang tinggi. “Kau ni siapa?” boleh dengan mudah berubah menjadi “Saya benar-benar tidak menyukai anda, dan keadaan ini sudah berlarutan sekian lama.” Jam yang berdetik Sebab ketiga perceraian bila usia sudah meningkat adalah sesetengah orang dalam lingkungan umur ini mempunyai perasaan yang berterusan bahawa jumlah tahun yang bahagia sudah terhad. Pasangan yang tidak berpuas hati mungkin berkata kepada diri mereka sendiri: Saya tidak mahu menghabiskan 25 tahun terakhir dalam hidup saya dengan perasaan tidak puas hati. Dan saya tidak boleh melihat diri saya gembira dalam perkahwinan ini, dan ia akan memerlukan terlalu banyak usaha untuk menyelesaikan semua isu-isunya. Tiga faktor tambahan juga boleh mengurangkan komitmen pasangan untuk kekal bersama selepas beberapa dekad perkahwinan: · Kanak - kanak kini sudah dewasa dan mempunyai kehidupan mereka sendiri dan selalunya mempunyai keluarga sendiri untuk diuruskan. Satu atau kedua-dua pasangan mungkin percaya bahawa anak mereka tidak akan terjejas jika mereka bercerai. (Ini adalah tanggapan yang salah.) · Jika jumlah harta yang terkumpul sudah mencukupi, cadangan berpisah mungkin tidak begitu berbahaya dari sudut kewangan, terutamanya jika kedua-dua pasangan mempunyai pendapatan semasa persaraan. · Jika terdapat pihak ketiga dan pasangan tidak rela menamatkan hubungan sulit tersebut, sama ada emosi atau fizikal, tugas saya sebagai kaunselor hampir sudah bertukar menjadi pengarah pengebumian perkahwinan. Sebab untuk berfikir dua kali sebelum bercerai bila tua Walaupun keputusan meninggalkan perkahwinan yang tidak memuaskan mungkin nampaknya menarik, perceraian bukanlah tiket untuk mendapat kebahagiaan. Berikut ialah beberapa sebab untuk mempertimbangkan semula keputusan menandatangani surat cerai: Perceraian pada zaman tua mewakili berakhirnya suatu tamadun Suka atau tidak, pasti ada kesan buruk dari perceraian. Anak-anak anda, sama ada sudah dewasa atau sebaliknya, pasti akan terjejas. Keyakinan mereka terhadap idea perkahwinan akan goyah. Jen Abbas de Jong, yang menulis Generation Ex: Adult children of divorce and the healing of our pain, menjelaskannya demikian: Jika anda hampir menyelesaikan teka-teki jigsaw sehingga hanya tinggal beberapa keping dan seseorang masuk dan membalikkan meja, mengoyakkan teka-teki anda, adakah anda berasa lebih baik atau lebih teruk kerana teka-teki itu sudah hampir selesai? Anda berasa lebih teruk, bukan? … Sebahagian sebab perceraian itu sangat menyakitkan ialah semua yang anda percaya tentang perkahwinan semasa membesar – dan yang mungkin menjadi asas perkahwinan anda – telah berubah. Selalunya, semua hubungan keluarga menjadi lebih rumit. Apabila Atuk dan Nenek berpisah, interaksi dengan cucu mungkin akan terjejas, jika tidak musnah sama sekali. (Ini benar terutamanya jika anak-anak anda menyalahkan satu pihak kerana perpisahan itu dan membencinya.) Kehilangan hubungan anda dengan seorang atau lebih cucu adalah harga besar yang terpaksa dibayar. Selain itu, hubungan di luar keluarga juga berubah. Menghabiskan masa dengan rakan-rakan yang anda bergaul sebagai pasangan suami isteri mungkin akan menjadi lebih janggal. Ataupun persahabatan akan terlerai sama sekali. Rancangan kewangan mesti diatur semula Sumber dan aset (termasuk rumah anda) yang diperolehi dengan susah payah selama beberapa dekad usaha selalunya terjejas, terutamanya selepas membayar yuran peguam. Utamakan hubungan anda dengan betul Berikut ialah beberapa tindakan yang saya syorkan untuk pelanggan saya untuk membantu mereka menghalang perkahwinan dari berakhir dengan perceraian: · Pasangan anda perlu menjadi hubungan yang utama dalam hidup anda – bukan ibu bapa anda, anak-anak anda, adik-beradik anda, majikan anda, pelanggan anda, rakan anda atau seseorang yang anda temui di Facebook. · Jangan biarkan konflik anda membara atau meletus tanpa memikirkan cara untuk menanganinya. Mempelajari cara bercakap tentang isu asas tanpa kritikan atau penghinaan ialah kemahiran yang boleh dipelajari daripada kaunselor, atau pasangan mentor yang berpengalaman. · Kenali, dan dikenali oleh, pasangan anda. Saya menekankan kepada pelanggan saya betapa pentingnya untuk mengikuti perkembangan terkini dalam fikiran dan hati pasangan anda, dan saya secara rutin memberi mereka satu set soalan “bertanya khabar” untuk membantu proses ini. (Lihat “Membuat penilaian dengan pasangan anda untuk mengelakkan perceraian bila usia meningkat” di bawah.) Deb dan Don tiba di pejabat saya tiga bulan selepas perpisahan mereka. Don memberitahu saya beberapa kali mengapa dia fikir pendapat Deb adalah salah. Saya dapat menerangkan kepada Don bagaimana sikap mendominasinya telah menyakitkan Deb. Kerana takut mereka akan bercerai, Don kini berusaha mendengar pendapatnya – satu langkah yang besar untuknya. Deb mungkin atau mungkin tidak bertindak balas terhadap perubahan tingkah lakunya. Bagaimana dengan perkahwinan anda? Jangan biarkan konflik anda membara atau meletus tanpa memikirkan cara untuk menanganinya. Sebaliknya, pelajari cara bercakap tentang isu asas dengan sikap ambil berat dan rasa hormat. Berikut adalah berita yang sangat baik: Sama seperti gaya hidup sihat bukan sahaja mencegah penyakit tetapi juga membantu anda menikmati kehidupan sepenuhnya, maka pelbagai langkah pencegahan ini boleh menghindari perceraian dan membantu anda memupuk perkahwinan yang sangat memuaskan. Membuat penilaian dengan pasangan anda untuk mengelakkan perceraian pada usia tua Proses ini melibatkan usaha mendengar pasangan anda tanpa memberi sebarang maklum balas negatif, nasihat atau cara menyelesaikan masalah (kecuali pasangan anda secara khusus memintanya). Sehubungan itu, ini adalah janji temu mingguan yang melibatkan soalan-soalan berikut: · Apakah perkara terbaik dan terburuk yang berlaku kepada anda minggu ini? · Bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya memenuhi keperluan anda minggu ini? · Bagaimanakah saya kurang memenuhi keperluan anda minggu ini? · Apa yang anda rasa sekarang? · Adakah terdapat sesuatu yang boleh saya lakukan secara berbeza yang akan lebih membantu kami? · Apa yang paling anda risaukan sekarang? (Ini adalah satu-satunya soalan yang paling penting yang boleh anda tanyakan.) · Adakah terdapat apa-apa cara saya boleh membantu anda dengan kebimbangan itu? *Nama-nama telah ditukar untuk melindungi identiti. © 2019 Teri Reisser. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.1140
bottom of page









