top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- SuccessIn Inspirasi & Renungan30 January 2025This men's leather jacket with a hood is a stylish and versatile piece, perfect for any season. Crafted from premium leather, it delivers a sleek and durable design, while the detachable hood provides flexibility for different looks and weather conditions. Whether you're going for a casual streetwear vibe or a more polished outfit, this jacket is an essential addition to any wardrobe.01
- Gambaran Keseluruhan Ulangan | Bhg 3 | Buku Lengkap Peta & Carta Alkitab Nelson | Terjemahan SendiriIn Kehidupan Kristian·21 August 2024Gambaran Keseluruhan Ulangan | Bhg 3 | Buku Lengkap Peta & Carta Alkitab Nelson | Terjemahan Sendiri Gambaran Keseluruhan Ulangan | Bhg 3 | Buku Lengkap Peta & Carta Alkitab Nelson | Terjemahan Sendiri02135
- Inspirasi Pemuridan #5: Akademi Pemuridan Digital (Model Dewan Syarahan Tiranus Di Efesus)In Pemuridan Digital·20 August 2021Kisah Para Rasul 19:8-10 (AVB) 8 Paulus masuk ke saumaah dan bercakap di situ dengan beraninya selama tiga bulan. Dia berbincang dengan orang di situ dan berusaha meyakinkan mereka tentang kerajaan Allah. 9 Akan tetapi, beberapa orang berkeras hati dan tidak mahu percaya malah memburuk-burukkan Jalan Tuhan di hadapan orang ramai. Oleh itu, Paulus meninggalkan mereka lalu membawa murid-murid Yesus bersamanya ke dewan syarahan Tiranus dan di situlah dia mengadakan perbincangan. 10 Hal itu berlaku selama dua tahun, hingga semua penduduk Asia, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, telah mendengar firman Tuhan. ' Di dalam cerita kisah pekerjaan Roh Kudus melalui para rasul, Lukas menunjukkan kita bahawa Kerajaan Allah memecah-longgarkan tempat-tempat yang belum dijangkau. KPR adalah satu drama di mana Yesus bertakhta di setiap daerah, kota dan bandar kerajaan Roma. Apabila kita membaca ayat di atas, kita dapat melihat penambahan jemaah dan gereja yang luar biasa. Semua ini berlaku di dalam jangka masa 2 tahun. Kisah Para Rasul adalah tentang penggerakan Roh Kudus yang luar biasa. Revolusi ini mengambil tempat di dalam kehidupan orang biasa yang hanya percaya di dalam beberapa bulan atau beberapa minggu sahaja ! Mereka dilatih oleh para rasul dan orang-orang yang percaya. Revolusi pemuridan berlaku seperti ribut, dan menyalakan semangat penginjilan dan ketaatan yang sungguh-sungguh di merata-rata tempat di Europa dan Asia di dalam beberapa puluh dekad dan bukan berabad-abad. Perkembangan injil memenuhi semua tempat - bandar, pulau, kota, kem askar, dewan kota, istana, senat, pasaran dan sebagainya. Oleh itu, apabila, kita sebagai, murid Yesus mula mengambil tanggung-jawab kita untuk memberitakan injil dan taat kepada firman Tuhan dengan pertolongan Roh Kudus, kita akan dapat melihat Kerajaan Allah berkuasa di seluruh tempat, di seluruh lapisan masyarakat dan di seluruh suku-suku bangsa. Revolusi Pemuridan digambarkan dengan indah sekali di dalam KPR 19. Paulus memenangi beberapa orang : Paulus memenangi beberapa jiwa dan mula memuridkan mereka (KPR 19:1-9). Beliau fokus selama 3 bulan di dalam bidang penginjilan. Paulus melatih mereka : Apabila ada rintangan, beliau pergi ke tempat lain di mana beliau dapat melatih muridnya tanpa penganyiaan. (KPR 19:9) Gerakan bermula dengan murid yang baru percaya : Murid yang baru percaya ini, dinyalakan dengan kasih kepada Yesus yang mendalam dan dipenuhi dengan Roh Kudus, membawa berita baik ini kepada setiap kota, bandar dan perkampungan kerajaan Roma. (Asia Minor - bahagian barat Turkey moden) di dalam jangka masa 2 tahun sampai setiap orang dapat mendengar firman dan berita baik Allah. Hal ini dilakukannya dua tahun lamanya, sehingga semua penduduk Asia mendengar firman Tuhan, baik orang Yahudi maupun orang Yunani. (KPR 19:10) Pusat latihan untuk memperkembangkan kerajaan Allah : Paulus menggunakan Efesus sebagai pusat latihan selama 3 tahun (permulaan dengan 2 tahun dan tambahan 1 tahun). Beliau mengutus orang yang baru percaya untuk memberitakan injil. Orang yang baru percaya ini berada di hadapan perkembangan kerajaan Allah. Dengan ini, Paulus harus bergantung kepada Roh Kudus untuk memimpin orang yang baru percaya ini. KPR 14:23 menyatakan orang yang baru percaya mula melayani Tuhan dan memimpin dari awal lagi, dengan pimpinan kuasa Roh Kudus. Dari tempat orang yang belum percaya : Perkembangan kerajaan Allah bukan melalui orang Yunani yang percaya. Kebanyakan orang yang datang dan percaya adalah dari orang yang menyembah berhala Artemis (KPR 19:27) dan dukun (KPR 19:18-19). Allah melakukan mukjizat pemuridan di antara ajaran yang sesat, tahap buta huruf yang tinggi dan tubu dosa (stronghold) dalam kehidupan mereka. Kebanyakan orang yang beriman (beribu-ribu) telah dimenangi melalui kesaksian orang Kristian yang baru yang ghairah dengan pemberitaan injil. Proses memenangi jiwa baru dan melatih mereka untuk memberi kesaksian dan memenangi jiwa baru untuk melatih mereka melakukan yang sama. Dengan ini seluruh tempat dan orang dapat dijangkau. Apa yang berlaku di dalam Kisah Para Rasul melalui rasul-rasul dan orang biasa yang percaya adalah revolusi pemuridan. Ia mencabar cara pemikiran kita tentang kebolehan Allah melakukan melalui orang Kristian biasa. Bolehkah revolusi pemuridan berlaku di zaman kita sekarang? Di era digital yang sekarang ini, kita mempunyai teknologi di mana ruang pembelajaran dapat dilakukan secara virtual dan pemuridan dapat dilakukan secara virtual. Ruang akademi virtual ini haruslah mempunyai ciri-ciri seperti: Pembelajaran secara kendiri Pembelajaran secara kumpulan Permantuan perkembangan pembelajaran Komuniti sosial untuk pelajar berinteraksi. Mempunyai urutan pelajaran yang sistematik Ebook dan nota untuk pelajar secara peribadi dsb. Kelebihan pembelajaran digital Tidak terbatas dengan ruang fizikal, negeri, lokasi. Pembelajaran dapat dilakukan secara rentas daerah, negeri dan negara. Tidak terbatas dengan waktu. Bila bila masa yang sesuai Koleksi sumber pembelajaran yang dapat membantu untuk meningkat/mengukuhkan pelayanan Akademi Komuniti Digital (www.komuniti-digital.com/som) akan sedikit sebanyak seperti dewan syarahan Tiranus, dimana, pelajaran pemuridan dapat dipelajari dan dibincang. Daripada sini, setiap pelajar, akan mengambil initiatif untuk memuridkan orang lain. Apakah ini boleh berlaku di musim kita sekarang? Kongsikan pendapat anda di bawah 👇🏻.70101
- Kesaksian ChariahIn Kesaksian·8 July 2021Saya telah dilahirkan anak lelaki kepada keluarga saya di Malaysia. Keluarga kami mempunyai tradisi keagamaan dan politik yang panjang dan penting di Malaysia. Sebagai orang-orang kenamaan agama kami telah memainkan peranan utama dalam semua aspek kehidupan seharian kami. Saya telah dibesarkan mengikut segala cara dan adat agama kami, upacara-upacara penyucian, doa, puasa dan sebagainya. Tetapi saya juga mempunyai kesempatan untuk kerap mengembara dan bermastautin semasa kecil di berbagai-bagai negara asing dan menimba ilmu pengetahuan mengenai kebudayaan-kebudayaan dan agama-agama yang berlainan. Saya berpeluang berkenalan dengan penganut-penganut agama-agama lain dan teramat ingin tahu, yang manakah satu-satunya agama yang betul. Memang jelas tidak mungkin adanya Tuhan yang Esa tetapi ada pula pelbagai jalan untuk mengenal Dia kerana ajaran dan perintah-perintah setiap agama itu kerap bercanggah; maka tidak mungkinlah Tuhan yang sama yang memberi ajaran agama-agama tersebut kepada manusia. Renungilah alam ciptaan-Nya! Belajarlah hukum-hukum fizik. Setiap hari kita dapat menikmati seorang Pencipta dengan kebijaksaan, pengetahuan dan logik yang tidak terbatas! Selanjutnya, Pencipta ini tidak mungkin begitu mengelirukan dan kelam kabut seperti yang dilambangkan oleh agama-agama di dalam dunia ini. Saya teringat kepada satu peristiwa ketika berumur enam tahun. Oleh kerana darjatnya ayah sering ke merata-rata tempat sehingga kadang-kadang saya tidak bertemu dengannya untuk berbulan-bulan. Pada suatu hari, saya amat merinduinya dan ingin bertemunya. Terlintas pada fikiran saya pula untuk berdoa kepada Tuhan agar membawa ayah pulang. Tetapi pada ketika itu, timbul pula masalah yang besar! Saya tidak erti langsung bagaimana berdoa kepada Allah untuk keperluan yang khusus. Saya tidak mampu berdoa kepada Allah untuk hasrat itu dalam tertib yang berpatutan, disusuli dengan ayat-ayat yang betul dan teratur bentuknya. Saya hanya mengenal Tuhan sebagai Tuhan yang sangat, sangat jauh. Dia Tuhan Kudus yang hanya dapat dijangkau melalui pendalaman dan mematuhi perintah-perintah di dalamnya, upacara-upacara penyucian yang betul serta Bahasa Arab yang betul. Sebaliknya, saya mempelajari bahawa agama Kristian itu sebagai agama yang mudah, berasaskan kasih dan maaf - yang sentiasa sedia menerima mereka yang lemah dan tidak layak. Saya selalu kagum apabila menonton filem-filem Kristian semasa kecil. Sebagai contoh, dalam kisah Quo Vadis, golongan orang Kristian yang ditindas dan diseksa oleh orang Rom, dengan hati yang rela sedia memaafkan perbuatan orang Rom yang keji itu. Golongan orang Kristian itu kemudiannya telah dibuang untuk dibaham singa-singa buas yang lapar di gelanggang perlawanan (amphitheater). Berhadapan dengan maut, mereka mula memuji dan menyembah Tuhan mereka. Saya dapat merasai satu tenaga kuat yang tidak dapat dijelaskan tersebar daripada kumpulan Kristian itu. Mereka lemah, namun kuat. Mereka menghadapi maut, tetapi pasti akan hidup untuk selama-lamanya. Saya sangat kagum tetapi juga keliru. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berdoa dengan neutral dan memohon kepulangan ayah tidak lewat dari esok. Pada keesokan harinya, terdapat ketukan di pintu. Ketika saya membuka pintu, terlihatlah wajah ayah yang bersenyum ke arah saya. Ayah memaklumkan bahawa dia mahu memeranjatkan kami dengan kepulangannya! Alangkah gembiranya perasaan saya dan saya tahu bahawa doa saya itu telahpun dikabuli Allah. Pada waktu itu, saya sudah yakin akan kewujudan Tuhan. Tetapi masih terletak pada hati saya azam untuk mengetahui siapakah Tuhan yang sebenarnya! Ketika di tanahair, saya dapati bahawa adat istiadat dan hukum-hukum agama saya sukar dituruti. Terdapat beribu-ribu lagi perintah-perintah yang harus ditaati sehingga saya menjadi sangat takut sekiranya melakukan kesilapan dan seterusnya gagal. Maka, saya tidak dapat menemui ketenteraman jiwa. Pada satu ketika, saya telah menerima sebuah Al-Kitab dan mula membacanya. Saya membaca keempat-empat Injil Matius, Markus, Lukas dan Yahya di dalam Perjanjian Baru. Setiap ayat yang dibaca menyeru kepada hati saya. Saya dapati bahawa di depan Allah, kita semua pendosa. Tidak kira betapa kuat dan tekunnya kita cuba memenuhi kehendak hukum-hukum itu, kita tidak mungkin akan berjaya. Ini kerana Allah itu lebih Kudus dari yang disangka. Cuma satu dosa memadai dalam hidup kita untuk membatalkan kemasukan kita ke dalam Syurga. Tambahan pula saya mengakui bahawa saya telah berdosa sekurang-kurangnya sekali di dalam hidup saya. Tetapi Allah telahpun berfirman: Efesus 2:8 (AVB) Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah *** Pada satu hari, ayah dan saya sakit tenat. Saya telah menemui beberapa orang doktor, tetapi mereka semua tidak berjaya menentukan jenis penyakit itu. Biarpun saya memakan semua ubat yang diberikan, saya merasa letih dari hari ke hari. Saya telah hilang berat badan sebanyak dua belas kilogram dan terasa bahawa sudah hampir tiba masanya untuk menemu ajal. Kemudian barulah saya mula berdoa kepada Tuhan. Saya mengaku segala dosa-dosa saya dan memohon ampun dari Tuhan. Saya menerima korban yang diberi Tuhan melalui anaknya Yesus Kristus dan kematian Yesus sebagai ganti saya untuk dosa-dosa saya. Walaupun saya tidak terdaya untuk makan, berdiri atau melakukan apa-apa perkara yang fizikal - saya berupaya untuk berdoa dan bersedia untuk bertemu dihakim-Nya pada Hari Kiamat buat selama-lamanya. Memanglah menjadi hasrat saya untuk ke syurga. Setelah empat atau lima hari terlantar di dalam bilik tanpa rawatan, saya dimasukkan ke dalam hospital. Di masa yang sama, ayah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada satu pagi, saudara-mara saya telah mengejutkan saya dari tidur dan menyampaikan berita sedih bahawa ayah telahpun meninggal dunia... Punca rasmi kematian arwah ayah ialah kerana lemah jantung. Tetapi sebenarnya, doktor-doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit yang dihidapi kedua-dua ayah dan saya. Terdapat khabar angin bahawa kami berdua telah diracun ataupun mangsa-mangsa ilmu sihir. Saya percaya bahawa saya masih hidup kerana firman-Nya di dalam Markus 16:17-18 yang berbunyi : Markus 16:17-18 Tanda-tanda ini akan menyertai mereka yang percaya: Dengan nama-Ku mereka akan menghalau roh-roh iblis, dan mereka akan bertutur dalam bahasa-bahasa baru. Mereka akan memegang ular tanpa mudarat. Kiranya mereka terminum racun, mereka tetap selamat. Mereka akan meletakkan tangan pada orang sakit dan orang itu akan sembuh. Beberapa tahun kemudian saya telah menghidap penyakit batin pula dan pakar psikologi tidak dapat membantu saya. Saya terkenang akan kepada Tuhan, yang mampu menolong dalam situasi-situasi yang rumit; Tuhan yang menyebabkan orang yang beriman kepada-Nya rela memaafkan musuh-musuh mereka dan menyembah Dia ketika berhadapan maut di gelanggang lawan itu (amphitheater); Allah yang mampu memulihkan apabila seorang itu terminum racun dan juga yang rela membantu ketika kemasyghulan. Secara kebetulan isteri saya telah membawa saya ke upacara ibadat seorang Evangelist (pengkhabar Berita Baik) Amerika (Ray Jennings). Di sanalah kami sekeluarga menukar kepercayaan kepada agama Kristian. Si Evangelist itu menumpangkan tangannya di atas saya lalu berdoa untuk penyembuhan saya. Dengan serta-merta, saya dipulihkan menurut firman Allah: "Kepada mereka yang percaya akan diberi tanda-tanda ini: ... jika mereka meletakkan tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh" Pada hari ini saya bergerak dengan kehadiran Tuhan dalam hidup saya dan saya tahu bahawa Dia bersama saya. Kerana itu, saya mahu kita semua tahu bahawa Tuhan yang Esa dan benar yang diperkisahkan Al-Kitab itu akan juga bersama-sama kamu apabila kamu membuat keputusan untuk mengikut cara yang ditunjukkan Yesus Kristus.7029
- Curahkanlah Kasih Mu (Malaysia)In Kehidupan Kristian·22 December 2024Curahkanlah Kasih Mu | Fill Us With Your Love | Bahasa Melayu | Malay | Malaysia | Lagu-Rohani.com01527
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 1): Diamlah dan Ketahuilah bahwa Akulah Allah!In Doa dan Puasa NECF 2021·7 August 2021Bacaan Alkitab hari ini : Kejadian 1-10 Dalam Matius 24, Yesus terlebih dahulu memberitahu tentang masa-masa yang sukar yang akan berlaku sebelum kedatangan- Nya. Kita akan melihat penghakiman bagi negara-negara dengan peningkatan bencana dan kekacauan global. Bagaimanakah kita melalui masa-masa seperti itu dengan penuh kemenangan dengan kedamaian dan iman yang tidak tergoyahkan? Mazmur 46 ialah suatu mesej abadi dan Tuhan menyampaikan ajakan-Nya bagi kita untuk datang, diam dan berlindung di dalam Dia sehingga kita dapat menjadi satu pasukan pemenang yang kuat, berteduh di dalam Dia dan bersinar dengan iman, pengharapan dan kasih di tengah-tengah kegelapan. Mazmur 46 mengutarakan tiga idea utama: 1) Ay. 1-3 – Jaminan perlindungan Ilahi Tuhan dan kedaulatan-Nya sebagai pelindung dan keamanan kita. 2) Ay. 4-7 – Jaminan atas penyediaan Ilahi dan pertolongan Tuhan untuk membawa kita ke dalam ketenangan, istirahat dan jaminan. 3) Ay 8-11 – Jaminan akan kehadiran dan kuasa Ilahi saat kita mengambil sikap penyerahan dan ketenangan di mana kemenangan sudah dimiliki, dan di mana kemuliaan-Nya akan kelihatan pada bangsa- bangsa. Sepanjang zaman, Tuhan konsisten dalam menunjukkan apa yang akan Dia lakukan untuk umat pilihan-Nya. Sungguh, Dia tidak akan lagi menahan damai-Nya tetapi akan muncul seperti orang yang perkasa dalam perang yang mengangkat teriakan perang. Pertempuran itu milik-Nya! Diingatkan bagaimana Dia menciptakan dunia dengan Firman-Nya yang memberi hidup! Ingatlah bahawa daripada kekacauan dan kegelapan, dunia wujud dan berada dalam kehidupan, terang, dan ketertiban! Mari kita “datang dan diam”. Dengan menanggalkan perjuangan dan ketakutan, marilah kita menggerakkan satu perubahan hati dan fokus Ilahi supaya kita boleh masuk ke tempat teduh dan MELIHAT DIA! Doa hari ini Berdoa agar waktu kita memulakan 40-Hari berdoa dan berpuasa untuk negara, kita akan belajar untuk diam di hadapan Tuhan, untuk lebih mengenal Dia melalui Firman-Nya yang hidup dan pekerjaan-Nya dalam hidup kita, dan bahawa kita akan dijamah oleh kasih-Nya, mencetuskan pertumbuhan kasih kita kepada orang lain. Berdoa agar orang Kristian di seluruh Malaysia akan bertemu dengan Tuhan dengan cara yang intim sepanjang musim yang penuh tekanan dan sukaar ini. Sebagai sebuah kota Tuhan, semoga Gereja bersinar dan menerangi masyarakat kita dengan terang Firman-Nya, dan mengajak mereka untuk mengenal Yesus, Terang dunia. Berdoa agar anak-anak Orang Asli dan Orang Asal akan menerima hak yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain, dan agar mereka tidak dieksploitasi di pasaran tenaga buruh dan didedahkan kepada semua jenis risiko yang tidak diingini.6071
- Kesaksian SheryIn Kesaksian·8 July 2021Nama saya Shery. Saya telah dilahirkan dan dibesarkan dengan cara kehidupan agama saya yang sepenuhnya. Apabila saya meningkat remaja, saya cuba mendalami agama saya dan menanamkan semangat iman di dalam diri saya. Saya cuba menerangkan agama saya kepada orang-orang beragama lain, khususnya Kristian dan cuba memancing perhatian mereka kepada agama saya. Bagi saya, agama saya adalah agama yang sempurna, lengkap dan universal. Saya mula mendalami agama saya dengan lebih mendalam agar saya dapat menyampaikan 'keindahan' agama saya kepada kawan-kawan Kristian saya. Namun sebaliknya timbul beberapa persoalan dan ketidakpuasan hati saya terhadap soalan dan juga jawapan-jawapan yang diberikan oleh mereka. Kelogikan jawapan yang diberikan oleh mereka menimbulkan keraguan di hati saya. Bermula dari saat itulah saya mencari jawapan yang pasti tentang persoalan dalam diri saya sendiri. Siapakah sebenarnya Yesus Kristus yang akan menghakimi Kita nanti? Saya berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat dengan bertanya kepada beberapa orang yang alim di dalam agama saya dan ajaran-ajaran Kristian. Saya tidak mendapat jawapan yang saya kehendaki, maka saya mencarinya sendiri dengan mengkaji dengan lebih lanjut tentang Injil. Setelah saya membuat penyelidikan and perbandingan dengan agama saya, saya mendapat beberapa jawapan mengenai siapa sebenarnya Yesus Kristus. Di dalam Injil, Yohanes 14:6-7 Yesus berfirman: Yohanes 14:6-7 (AVB) Yesus menjawab, "Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku. Dengan mengenal-Ku, kamu mengenal Bapa-Ku juga. Mulai sekarang kamu mengenal-Nya, malah sudah pun melihat-Nya. Setiap kali waktu saya berdoa, saya membaca ayat ini untuk meminta petunjuk agar ditunjukkan jalan yang lurus. Namun Yoh 14:6 tadi telah menjelaskan bahawa Yesus adalah jalan yang lurus. Jadi tidak perlu saya mencari jalan yang lain untuk mengenali Tuhan secara dekat. Dari saat inilah fikiran saya mula bercelaru. Saya merasa sangsi dengan apa yang telah saya buat selama ini. Saya juga mula meragui kenyakinan saya. Alkitab menyatakan bahawa Yesus adalah Firman Allah. Sifat-sifat Allah adalah Dia berfirman! Siapakah Yesus Kristus kalau Dia adalah Firman Tuhan? Adakah Dia Allah? Sebab bagi saya Firman Allah tidak boleh dipisahkan daripada Allah. Yesus adalah orang yang terdekat dengan Allah kerana Dia sendiri merupakan Firman Allah. Saya juga menemui ayat yang menerangkan siapa sebenarnya Yeus di dalam Injil Yoh 1:1-3 Yohanes 1:1-3 (AVB) Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. Dia bersama Allah pada permulaan. Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. Yohanes 1:14 Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran. Selanjutnya siapakah Yesus yang berkuasa ke atas maut? Di dalam Injil, Yoh 5:24 berbunyi : Yohanes 5:24 (AVB) Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar. Ayat-ayat di atas telah membantu menyakinkan diri saya dan dengan penuh keberanian akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih jalan yang lurus ini dan di dalam hati, saya yakin bahawa Yesus adalah jalan yang benar untuk ke Syurga dan kepada Allah. Di dalam 1 Korintus 8:6 (AVB) namun bagi kita Allah ialah esa, Bapa yang mencipta segala-galanya, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan kita juga esa, iaitu Yesus Kristus. Segala-galanya dicipta melalui-Nya, dan kerana Dialah kita hidup. Selepas saya mempercayai Yesus Kristus, saya dapat merasai ketenangan jiwa. Kalau sebelum ini jiwa saya bercelaru, penuh dengan persoalan, kini saya bebas dari perasaan itu. Saya sudah mendapat jawapan yang sebenarnya. Ayat-ayat di atas benar-benar telah menyakinkan saya bahawa Yesus Kristus adalah Penyelamat saya dan saya tetap seorang penyembah kepada Allah yang Maha Esa. Doa saya untuk kita yang belum percaya kepada Yesus Kristus, beranikanlah hatimu untuk mengenal pasti siapa Yesus Kristus. Saya yakin anda akan menemui kebenaran, jawapan dan hidup yang kekal. Roma 1:16-17 Aku tidak teragak-agak menyebarkan Injil, kerana Injil adalah kuasa daripada Allah untuk menyelamatkan setiap orang yang beriman, mula-mula kepada orang Yahudi kemudian kepada orang Yunani. Kerana di dalamnya perbenaran Allah dinyatakan dari iman ke iman, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: "Orang benar akan hidup dengan iman. Marilah kawan-kawanku, jangan lepaskan kesempatan untuk menemui kebenaran dan penyelamatan. Bacalah Injil dan percayalah kepada Yesus Kristus.6038
- Bilangan Sekilas Pandang | Buku Lengkap Peta dan Carta Alkitab Nelson – Terjemahan SendiriIn Kehidupan Kristian·6 July 2024Bilangan Sekilas Pandang | Buku Lengkap Peta dan Carta Alkitab Nelson – Terjemahan Sendiri Bilangan Sekilas Pandang | Buku Lengkap Peta dan Carta Alkitab Nelson – Terjemahan Sendiri01317
- MALAYSIAN WORSHIP COLLECTIVEIn Pujian & Penyembahan·14 September 2021Kami mempersembahkan 8 lagu pujian baharu karya anak Malaysia dari seluruh pelosok negara bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2021. Kami percaya bahawa Tuhan memberi setiap negara lagu-lagu dalam bahasa ibunda dan suara unik masing-masing – lebih-lebih lagi bagi negara yang majmuk dan berbilang kaum seperti Malaysia. Kami berharap lagu-lagu ini memberkati anda dan gereja anda. Kami juga menyediakan peluang untuk anda berkenalan dengan penulis-penulis lagu yang melayani Tuhan dalam pelayanan pujian dan penyembahan di komuniti masing-masing. Mari kita menyembah Tuhan bersama-sama!5037
- Tabiat #4: Sentiasa dipenuhi dengan Roh Kudus.In Kehidupan Kristian·20 July 2021Apakah maksudnya ? Maksudnya, kita menyerahkan kehidupan kita dan mendengar kehadiran roh kudus. We surrender ourselves and listen to the indwelling presence of the Holy Spirit. Ingatkah saudara-saudari, pesanan Yesus kepada murid-muridnya seperti yang tertulis di dalam Kisah Para Rasul 1. Yesus memesankan kepada murid-muridnya supaya jangan meninggalkan Yerusalem. Dan untuk mereka menantikan apa yang dijanjikan oleh Tuhan, Yohanes telah membaptis dengan air, tetapi mereka akan dibaptiskan dengan Roh Kudus. Dan mereka akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atas mereka, dan mereka akan menjadi saksi di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi. Oleh itu, apabila kita bergantung kepada Roh Kudus, kita akan mampu melakukan pekerjaan Tuhan. Efesus 5:18 Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. Bayangkan ..jikalau saya mempunyai gelas yang dipenuhi dengan air ini, kita akan katakan bahawa, gelas ini hanya separuh penuh. Jadi, gelas ini adalah penuh, hanya apabila air di dalam gelas ini, sampai ke bahagian atas gelas ini. Firman Tuhan yang telah kita baca, menyarankan kita untuk memenuhi diri kita dengan Roh ! Apa yang menarik di sini, ialah di dalam perkataan asal Yunani ini, memenuhi adalah perkataan yang bermakna “memenuhi secara berterusan” Jadi kita harus dipenuhi dengan Roh secara berterusan. Dan apabila kita melakukan ini secara berterusan, ia akan menjadi tabiat. Dan apabila kita dipenuhi Roh Kudus, seperti yang tertulis di dalam KPR 1:8, kita akan diberikan kuasa Dunamis. Dynamite power. Roh Kudus akan memperkasakan kita Roh kudus akan mengajar kita Roh Kudus akan memimpin kita Roh Kudus akan memberikan kita kedamaian Dsb. Yesus sendiri, setelah dia digoda oleh Iblis selama 40 hari di padang gurun, memulakan pelayananya, dengan dipenuhi oleh roh kudus. Apabila kita menerima Yesus secara peribadi, kita dengan akan menerima “indwelling presence of the holy spirit” Maksud saya ialah apabila kita menerima Yesus, Roh Kudus ada berdiam di dalam diri kita. Hari, ini, jikalau kita belum menerima Yesus sebagai juru selamat, inilah harinya, untuk kita menerima Yesus Kristus. Kita boleh doakan untuk saudara-saudari, untuk menerima Yesus. Saya cadangkan supaya anda menekan emoji angkat tangan di ruang komen, supaya kami dapat mendoakan untuk saudara dan saudari. Sila type emoji angkat tangan sekarang, kepada kita yang mahu menerima Yesus. Satu lagi, Apabila kita memilih untuk berdosa, kita memilih untuk berdosa kepada Roh Kudus yang di dalam kita. Roh kudus adalah salah satu peribadi tri-tunggal yang akan memampukan, membolehkan, memperkasakan dan memimpin kita melakukan pekerjaan Tuhan. Ada satu ketika, Yesus mengajar murid-muridnya tentang doa. Dan seterusnya menceritakan ibarat seorang yang pergi ke sahabatnya pada waktu malam untuk meminjamkan 3 buku roti. Dan bagaimana seorang itu, tidak segan-segan untuk berterusan meminta pinjaman roti daripada sahabatnya Dan kerana seorang itu, tidak berhenti-henti meminta sahabatnya untuk meminjamnya, sahabat tersebut memberikan pinjaman tersebut. Yesus mengatakan, Mintalah, kamu akan menerimanya carilah , kamu akan mendapatnya Ketuklah, dan pintu akan dibuka untuk mu. Lukas 11:13 Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya! Mari kita minta supaya Tuhan memberikan kita kepenuhan Roh Kudus, kerana kita yang meminta, akan menerimanya…. Dan kita lakukan ini secara berterusan .. Setiap hari kita minta supaya kita dipenuhi oleh Roh Kudus. Amen ?5037
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#11)In Manifesto Kerajaan Allah·16 October 2021Berpengasihan (Bahagian 1: Kemurahan Hati) 7Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. (Matius 5:7) Orang yang berpengasihan menunjukkan belas kasihan terhadap orang miskin dan musuhnya. Belas kasihan boleh membawa dua maksud - memberi apa yang kita tidak perlu memberi (seperti memberi bantuan secara sukarela kepada orang miskin) atau tidak memberi apa yang orang lain layak terima (iaitu balasan terhadap perbuatan salah mereka pada kita). Mari kita mempertimbangkan dahulu orang berpengasihan yang murah hati, terutamanya terhadap orang miskin dan orang berkeperluan. Suatu fakta yang ketara sekali di dalam Alkitab ialah Allah adalah pembela orang yang miskin. Sila baca ayat-ayat berikut yang jelas menggambarkan hakikat ini: 5"Kerana orang miskin ditindas dan kerana orang sesak merintih, Aku akan bangkit sekarang," firman Tuhan. "Aku akan memberi mereka kesejahteraan yang diingini." (Mazmur 12:5, AVB) 5Siapa mengolok-olokkan orang miskin, mencela Penciptanya, dan sesiapa yang gembira kerana sesuatu bencana, tidak terlepas daripada hukuman. (Amsal 17:5, AVB) 17Sesiapa mengasihani orang miskin memberikan pinjaman kepada Tuhan, dan Dia akan membalas jasa baiknya itu. (Amsal 19:17, AVB) 22Jangan rompak orang miskin kerana dia tidak berdaya, dan jangan hancurkan orang yang tertindas di sidang pengadilan, 23kerana Tuhan akan membela perkara mereka, lalu merampas orang yang merampasi mereka. (Amsal 22:22-23, AVB) Maka, tidak hairanlah apabila Allah memberkati mereka yang memiliki sifat yang indah kelima, iaitu berpengasihan, khususnya terhadap orang miskin. Tuhan Yesus sendiri telah mengatakan bahawa apabila kita melakukan baik terhadap orang yang miskin dan berkeperluan, tindakan itu seakan-akan kita melakukan kerja baik itu terhadap-Nya: 35Kerana Aku lapar dan kamu memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu memberi-Ku minuman; Aku orang asing dan kamu menerima-Ku masuk ke rumahmu; 36Aku tidak berpakaian dan kamu memberi-Ku pakaian; Aku sakit dan kamu melawat-Ku; Aku di dalam penjara dan kamu datang kepada-Ku.' 37Orang yang benar itu pun bertanya, 'Tuhan, bilakah kami melihat-Mu lapar dan memberi-Mu makanan, melihat-Mu dahaga dan memberi-Mu minuman? 38Bilakah kami melihat-Mu orang asing dan menerima-Mu masuk ke rumah, melihat-Mu tidak berpakaian dan memberi-Mu pakaian? 39Bila pula kami melihat-Mu sakit, atau di dalam penjara, dan datang kepada-Mu?' 40Raja akan menjawab, 'Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.' 45Dia akan menjawab, 'Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu tidak melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu tidak melakukannya kepada-Ku.' (Matius 25:35-40,45, AVB) Maka, firman Tuhan memang menggalakkan orang saleh Allah untuk menunjukkan belas kasihan terhadap mereka yang memerlukannya: 8Wahai manusia, engkau telah diberitahu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut Tuhan daripadamu selain menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu? (Mikha 6:8, AVB) 9"Beginilah firman Tuhan alam semesta, 'Jalankanlah hukum dengan benar. Tunjukkanlah kasih dan sayang antara satu sama lain. 10Janganlah menindas balu, anak yatim, pendatang, dan orang miskin. Janganlah merancang kejahatan dalam hatimu terhadap satu sama lain.' "(Zakharia 7:9-10, AVB) Di dalam Perjanjian Baru, Paulus juga telah mengajar dan melakukannya: 10Mereka hanya meminta agar kami ingat akan orang miskin, sesuatu yang sememangnya hendak kulakukan. (Galatia 2:10, AVB) 9Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa. 10Oleh itu, apabila ada peluang, kita haruslah berbuat baik kepada semua orang, lebih-lebih lagi saudara-saudara kita yang seiman. (Galatia 6:6-10, AVB) Maka, gereja di Yersalem telah mengambil langkah untuk membantu mereka yang miskin dan memerlukan bantuan. 34Tiada seorang pun di antara mereka yang kekurangan; kerana semua yang memiliki harta atau rumah telah menjualnya, membawa wang jualan itu 35dan meletakkannya di kaki para rasul; lalu dibahagikanlah antara mereka menurut keperluan masing-masing. (Kisah Para Rasul 4:34-35, AVB) Begitulah komuniti orang percaya yang saling membantu supaya kasih Allah ketara ditunjukkan secara praktikal. Iman yang sejati akan ditunjukkan dengan sifat berpengasihan yang membantu mereka yang mempunyai keperluan yang tulen. Yakobus menerangkan hal ini sedemikian: 14Saudara-saudaraku, apa gunanya seorang berkata, "Aku beriman," jika dia tidak membuktikan imannya melalui perbuatannya? Iman sedemikian tidak dapat menyelamatkannya. 15Katakanlah seorang saudara lelaki atau saudara perempuan memerlukan pakaian dan kekurangan makanan. 16Apakah gunanya kamu berkata kepadanya, "Selamat jalan, pakailah baju panas dan makanlah secukupnya," jika kamu tidak menghulurkan apa yang diperlukan tubuhnya? 17Demikian juga dengan iman, jika tidak dinyatakan melalui perbuatan, maka sia-sialah iman itu. (Yakobus 2:14-17, AVB) Terdapat suatu amalan yang diajar di dalam Hukum Taurat yang boleh membantu kita memberi kepada orang miskin dan berkeperluan dengan konsisten: 9Apabila kamu menuai hasil tanahmu, hendaklah kamu menuai ladangmu tidak habis sampai ke pinggir-pinggirnya, dan jangan kamu pungut saki-baki tuaianmu. 10Demikian jugalah, jangan kamu petik kebun anggurmu sampai habis licin dan janganlah kamu pungut buah-buah yang berguguran di kebun anggurmu. Hendaklah kamu tinggalkan semua itu untuk para fakir miskin serta pendatang. Akulah Tuhan, Allahmu. (Imamat 19:9-10, AVB) Syor yang diberikan kepada mereka yang sedang menuai ladangnya atau memetik hasil kebun mereka ialah supaya tidak mengutip hasil mereka dengan bersih, tetapi tinggalkan saki-baki untuk para fakir miskin atau pendatang untuk mengutip hasil anda untuk kegunaan mereka. Maka, amalan ini ialah sesuatu perbuatan yang sengaja meninggalkan hasil tuaian untuk orang lain yang memerlukannya masuk ladang atau kebun untuk berusaha mengutip hasil untuk diri mereka. Amalan ini sangat baik kerana dengan cara ini kita menjaga martabat orang miskin atau pendatang. Kita tidak memberi sedekah dengan percuma-cuma, tetapi membenarkan mereka mengutip hasil dengan usaha mereka sendiri. Dalam kata lain, kita bantu mereka bantu sendiri! Kita mungkin tidak ada ladang atau kebun untuk mengikuti amalan ini, tetapi kita boleh guna pakai prinsipnya. Apa yang kita boleh lakukan ialah mengasingkan duit setiap bulan untuk membantu mereka yang miskin dan berkeperluan. Simpan duit ini secara dana berasingan dan apabila situasi muncul untuk membantu orang yang miskin dan berkeperluan, kita dapat terus memberi dengan segera. Di dalam khutbah ini, Tuhan Yesus bukan sahaja mendorong kita menghulurkan bantuan sebagai orang yang berpengasihan, tetapi juga mengajar bagaimana memberi dengan hati yang murni: 1"Ingatlah: Jangan buat amal ibadati di muka umum supaya dilihat orang; kamu tidak akan mendapat ganjaran daripada Bapamu yang di syurga. 2Oleh itu, ketika kamu bersedekah kepada orang miskin, jangan heboh-hebohkan seperti orang munafik meniup sangkakala di saumaah dan di jalan raya, supaya dipuji orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, orang begitu sudah pun mendapat ganjaran mereka. 3Apabila kamu bersedekah kepada orang miskin, jangan sampai tangan kirimu tahu apa yang dilakukan oleh tangan kananmu. 4Jangan siapa pun mengetahuinya. Bapamu yang melihat amalmu yang tersembunyi itu akan memberikan ganjaran kepadamu." (Matius 6:1-4, AVB) Suatu perkara yang Tuhan Yesus sangat menentang ialah amalan ibadat orang munafik yang ingin menunjuk-nunjuk perbuatan baik mereka supaya mereka mendapat pujian orang. Perkataan “munafik” yang digunakan oleh Tuhan Yesus merujuk kepada para pelakon yang memakai topeng dan memainkan suatu peranan. Maka, mereka tidak menunjukkan diri mereka yang sebenar. Oleh sebab itu, Tuhan Yesus mengecam sikap kemunafikan orang Farisi secara langsung: 5Mereka melakukan sesuatu hanya untuk dilihat orang. Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Kitab Suci yang diikatkan pada dahi dan lengan mereka, serta betapa panjangnya rumbai jubah mereka. 6Mereka suka duduk di tempat terhormat di majlis jamuan dan kerusi khas di saumaah. 7Mereka suka diberi salam hormat di pasar dan suka dipanggil 'rabbi.' (Matius 23:5-7, AVB) Perbuatan baik mereka terus terbatal kerana niat dan motivasi hati yang salah. Mereka hanya ingin meninggikan diri di hadapan manusia melalui semua perbuatan baik mereka. Oleh sebab itu, perbuatan baik mereka selalu dibuat supaya dapat dilihat oleh orang ramai. Apatah lagi, apabila Tuhan Yesus memberi amaran ini: Jangan buat amal ibadat di muka umum supaya dilihat orang; kamu tidak akan mendapat ganjaran daripada Bapamu yang di syurga. Apabila kerja amal dibuat untuk mendapat pujian orang, Tuhan Yesus mengatakan bahawa ganjaran daripada Tuhan tidak akan diberikan. Hal ini kerana, apabila orang lain memuji kerja amal yang dilakukan, orang yang melakukannya sudah terima ganjarannya - iaitu pujian manusia. Maka, ganjaran daripada Tuhan terus ditarik balik! Kita tidak boleh terima kedua-dua ganjaran daripada manusia dan ganjaran daripada Allah: 44Bagaimana kamu mungkin percaya kepada-Ku, sedangkan kamu mencari pujian sesama sendiri? Kamu tidak berusaha mendapatkan pujian daripada Allah yang esa. (Yohanes 5:44, AVB) Dalam pada itu, suatu perkara yang kita perlu belajar dengan tekun dan jujur ialah disiplin kerahsiaan, iaitu amalan yang dilakukan secara tersembunyi. Amalan ini amat susah kerana daging atau sifat tabii kita ingin ditonjolkan dan diperakui oleh orang lain. Maka, untuk melakukan kerja amal kita secara rahsia, kita terpaksa mati seribu kali! Namun begitu, Tuhan Yesus mengajar bahawa sifat tabii kita perlu dimatikan bukan sahaja berkaitan dengan orang lain, malah dengan diri sendiri. Apabila kamu bersedekah kepada orang miskin, jangan sampai tangan kirimu tahu apa yang dilakukan oleh tangan kananmu. (Matius 6:3, AVB) Maksudnya, apabila kita memberi kepada orang miskin dan membantu orang lain, jangan puji diri kita sendiri di dalam hati pun! Wah, betapa susahnya untuk melakukan ini! Jika kita mendapati diri sendiri melakukan ini, kita mesti terus bertaubat dan menghentikan perbuatan memuji diri sendiri di dalam hati kita. Sebenarnya, tidak ada orang lain yang ketahui bahawa kita memuji diri sendiri jika kita tidak membuka mulut kita dan mengatakannya. Tetapi Tuhan tahu apa yang berlaku di dalam hati kita. Walaupun disiplin kerahsiaan ini sangat mencabar, namun begitu jika kita terus mengamalkannya, maka membuat kerja amal akan menjadi begitu semula jadi sehingga ianya menjadi amalan yang automatik. Dalam kata lain, kita tidak lagi anggap perbuatan membantu orang lain sesuatu yang luar biasa atau menakjubkan. Membantu orang lain yang memerlukan adalah normal dan kita tidak lagi akan memuji diri sendiri kerana melakukannya. Kita tidak terfikir pun tentang hal itu kerana memang kebiasaan untuk melakukannya. Begitulah, sifat indah berpengasihan akan menjadi sebahagian daripada amalan kita dalam perhubungan dengan orang lain. Kemurahan hati akan menjadi sebahagian daripada watak rohani kita.5077
- Isteri Yang BaikIn Bayu Pengharapan·21 August 2021Renungan: Matius 19:1-12 “Dan firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging” (ayat 5) Sewaktu Isabel berkahwin, dia berjanji menjadi isteri yang lebih berharga daripada permata. Ya, dia berdoa agar dapat menjadi isteri yang tidak mendatangkan kekurangan tetapi hanya berkat kepada suaminya. Ya, ya seorang isteri yang hanya berbuat baik kepada suami dan tidak berbuat jahat terhadap yang dikasihinya. Suaminya akan memanggil dia yang diberkati dan wanita yang termulia. Namun setelah bertahun-tahun, pada suatu pagi Isabel bangun keliru dan tidak tahu apa yang terjadi kepada perkahwinannya. Konflik sering terjadi kerana perbezaan cara membuat keputusan rumahtangga mahupun cara mendidik anak. Perhubungan emosinya terjejas, sungai cinta dan pengharapannya seakan-akan sudah gersang. Hanya air keruh yang bertakung. Setiap perkataan suaminya seperti membuat perasaannya terluka dan kemarahannya lebih parah. Walaupun dia tinggal serumah dengan suaminya, mereka seakan-akan beribuan batu berjauhan. Wah topik untuk bersembang-sembang juga berkering kontang. Dia terkejut sewaktu perkataan “Bercerai” muncul pada bibirnya. Dalam tangisannya dia berseru dan meminta Tuhan menyembuh luka-lukanya serta memperbaharui cinta kasihnya terhadap suaminya. Dia menengadah kepada Tuhan dan berdoa agar Tuhan mematahkan perselisihan mereka. “Tuhan, saya mahu mengampuni suami saya dan berdoa agar perkataanku dapat memancarkan kasih dan kesabaran kepada suamiku.” Isabel berseru dengan rendah hati kepada Tuhan agar rahmat-Nya akan menjamah hati kedua-dua insan yang digelar suami isteri. “Biarlah kasihku di akuarium cinta dipenuhi lagi, Ya Tuhan,” Isabel berseru. Puji Tuhan, Isabel tidak melemparkan perkahwinannya yang berharga itu dalam kekeruhan paya. Tuhan telah memperbaharui hatinya dan juga perkahwinannya serta memenuhi akuarium cintanya. Dia bersaksi bahawa Tuhan bukan sahaja memberinya suami baru tetapi dirinya juga berubah menjadi isteri yang sabar dan tabah. Segala yang menjadi isu rumahtangganya diserahkan kepada Tuhan dalam doa dan dia menantikan kebijaksanaan-Nya sewaktu berkomunikasi dengan suami. Kasih Tuhan juga mengalir dalam perhubungan dengan suaminya yang menjadi tali yang mengikatkan persekutuan antara mereka berdua. Doa: Tuhan Penyayang, aku mahu menjadi isteri yang memancarkan kasih dan kesetiaan kepada suamiku dalam perkataan mahupun tingkah lakuku.5025
bottom of page








