Support Us
Support Us
Cari
3189 results found with an empty search
- Doa Sebagai Permintaan
Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ayat 11 “Berilah kami makanan untuk hari ini.” Kita paling biasa dengan Doa permintaan. Kebanyakan masa apabila kita mendekati Allah Bapa dalam doa ia adalah meminta sesuatu daripada Dia. Dengan sendirinya, ia adalah biasa dan tidak bersalah. Di ayat ini Tuhan Yesus mengajar pengikutNya meminta supaya Allah Bapa untuk memberikan mereka makanan setiap hari, ia tidak bererti Dia tidak mahu mereka bekerja dan hanya menunggu untuk diberikan makanan oleh Allah Bapa secara ilahi ataupun Dia anggap mereka seperti peminta sedekah Tetapi Tuhan Yesus ingin mereka sedar dan belajar bahawa Allah Bapa tahu apa keperluan harian mereka dan ingin memberikan kepada mereka. Dia mengajar kebenaran ini dalam beberapa ayat berikut Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Janganlah khuatir tentang hidupmu, tentang apa yang kamu makan atau minum, atau tentang tubuhmu, dan tentang apa yang akan kamu pakai. Bukankah hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih penting daripada pakaian? 26Lihatlah burung di udara, yang tidak menyemai, atau menuai atau menyimpan hasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga memberinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung? 27Siapakah dalam kalanganmu yang dapat melanjutkan usianya sedikit pun dengan menaruh khuatir? 28Jadi, mengapakah kamu risau tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun. 29Namun demikian, Aku berkata kepadamu: Raja Salomo dengan segala kemegahannya pun tidak berpakaian seindah bunga itu. 30Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Begitu tipis kepercayaanmu! 31Jangan runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu. 32Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah mencari hal-hal ini. Akan tetapi, bapamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. 33Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu. Tuhan Yesus juga mengar pengikutNya untuk berani dan yakin meminta dari Allah Bapa 7"Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 8Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. 9Bapa manakah akan memberikan batu kepada anaknya yang meminta roti? 10Bapa manakah akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan? 11Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya. Mat 7:7-11 Daripada tiga petikan Firman ini, kita dapat belajar beberapa perkara penting mengenai doa sebagai permintaan kepada Allah Bapa kita; a) kita seharusnya jangan sambil lewa dengan Allah Bapa dan hanya tunggu menerima tanpa meminta, kerana apabila kita meminta sesuatu daripada Allah Bapa, ia menunjukkan kita bergantung dan berharap kepada Allah sebagai anakNya untuk membekalkan segala keperluan asas untuk kita dapat terus hidup di bumi ini termasuk makanan , minuman , pakaian .Kita sebagai anak Tuhan perlu datang kepada Allah Bapa dan meminta apa yang kita perlukan. Dia sebagai Bapa kita akan menentukan apa , bila dan bagaimana Dia akan bekalkan keperluan yang kita minta. b) kita perlu terus minta sehingga dapat. Adakalanya , apabila kita berdoa dan meminta sesuatu daripada Allah Bapa, mula mula ia seperti pintu masih tertutup, keadaan tidak berubah . Kita diajar jangan patah semangat atau berputus asa tetapi terus minta, ketuk dan cari sehingga mendapat jawapan. c) kita perlu yakin bahawa Allah Bapa akan selalunya memberikan apa yang baik dan sesuai bagi kita sebagai anak kesayangan Dia Doa Allah Bapa, ampuni aku di mana aku pernah sambil lewa dengan Engkau atau kurang iman bahawa Engkau boleh dan ingin memberikan kepada aku apa yang aku minta daripada Engkau. Aku bersyukur kerana Engkau adalah Allah Bapa yang baik dan mengasihi aku sebagai anakMu. Engkau tahu segala keperluan hidupku dan akan membekalkan kepadaku apa yang baik dan sesuai bagiku mengikut masa dan caraMu. Aku berdoa Engkau memimpin dan mengajar aku supaya apa yang aku minta daripada Engkau adalah perkara yang benar-benar penting dan yang selaras dengan kehendakMu dan yang akan membantu memajukan kerajaanMu. Amin. Pr. Lam Kee Hing
- Doa Sebagai Pengistiharaan
Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ayat 10 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Kebanyakan orang Kristian mengaitkan doa sebagai datang kepada Allah hanya untuk mengajukan permintaan untuk sesuatu keperluan atau keadaan. Sebenarnya, meminta merupakan hanya satu aspek dalam doa. Di dalam ayat 10 di dalam renungan kita hari ini, Tuhan Yesus mengajar pengikutNya bahawa satu aspek penting di dalam doa ialah pengistiharan. Dia mengajar mereka untuk sentiasa mengistiharkan bahawa apa yang terdapat di syurga dan apa yang telah ditentukan oleh Allah Bapa kita di syurga juga akan terlaksana di bumi. Itulah rencana Tuhan yang paling dasar. Dan sebagai pengikut Tuhan Yesus dan sebagai anak Allah peranan kita adalah menyatakan Kerajaan Allah di bumi ini dengan pimpinan dan pertolongan Roh Kudus Pengistiharan ini dalam doa hanya dapat dinyatakan jika kita tahu kehendak dan rencana Allah Bapa bagi peribadi, keluarga, kota, negara dan dunia kita. Oleh itu, kita perlu sangat peka dan semakin jelas mengenai kehendak Allah Bapa kita. Dia menunjukkan kehendakNya kepada kita melalui pelbagai cara termasuk FirmanNya, wahyu, nubuatan, visi, mimpi, hikmah ilahi dan lain lain. Yang amat penting ialah kita tahu kehendakNya dan berusaha melakukannya dengan pimpinan, kekuatan dan hikmah yang DiberikanNya melalui pimpinan dan pertolongan Roh Kudus. Oleh itu, kita perlu sedar mengenai dua perkara yang sering di salahlakukan oleh orang Kristian apabila kita berdoa. Pertama, Kita minta Allah Bapa untuk memberkati kehendak kita . Dalam lain kata, kita membuat rancangan kita samada untuk peribadi, keluarga kita atau gereja kita tanpa berdoa atau merujuk kepada Dia. Kemudian bila kita sudah siap merancangkan segala, barulah kita datang kepada Dia dan meminta Dia bersetuju dan memberkati rancangan kita! Kedua, kita lebih minat membangunkan rancangan kita lebih daripada Kerajaan Allah. Ini dinyatakan apabila kita asyik mempromosikan, membesarkan, meluaskan pelayanan kita, Kita enggan dan tidak berminat bergabung atau bekerjasama dengan pelayanan, gereja atau denominasi lain untuk menjalankan projek di dalam kampong, daerah atau kota yang sama atau mengongsikan sumber sumber. Malah kita seringkali bersaing dengan satu sama lain tetapi pada masa yang sama mengaku kita adalah satu keluarga Allah! Saya menjemput saudara untuk mulai mengistiharkan bahawa tembok tembok antara gereja serta antara denominasi akan diruntuhkan jambatan persahabatan antara pemimpin dan jemaat semua gereja akan dibina di setiap kampong, Kawasan dan kota persaingan anatara gereja dan denominasi akan dihapuskan dan digantikan dengan Kerjasama yang saling menguntungkan. pemimpin pemimpin gereja dan denominasi akan benar benar ingin memajukan kerajaan Allah dan kehendak Allah daripada kehendak mereka atau gereja mereka sendiri Doa Allah Bapa, Ampunilah aku dan pemimpin serta jemaat gerejaku dan denominasiku kerana lebih mengutamakan kehendak kami dan rancangan kami sendiri daripada mengutamakan kehendakMu dan kerajaanMu. Aku mengistiharkan keruntuhan segala tembok tembok yang masih wujud antara gereja dan denominasi di kawasan dan kota aku diruntuhkan dalam nama Tuhan Yesus. Aku mengistiharkan jambatan jambatan semakin dibina antara semua pemimpin dan jemaat di semua gereja di kawasan dan kota aku. Aku mengitiharkan pengampunan dan kesembuhan mulai mengalir dan terjadi antara pemimpin dan jemaat antara gereja dan di dalam setiap gereja dan denominasi. Aku ingin supaya kehendakMU bagi hidupku dan keluargaku akan digenapi di dalam hidupku sepanjang perjalananku di bumi ini. Dalam nama Tuhan Yesus, Amin. Pr. Lam Kee Hing
- Berdoa Sebagai Seorang Anak Tuhan
Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ayat 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. Di dalam doa yang terkenal sebagai Doa Tuhan (The Lord’s Prayer) Tuhan Yesus memberi satu pola kepada pengikutNya untuk mereka berdoa. Dia bermula dengan 'Ya Bapa kami yang di syurga” Ini sangat penting kerana Dia mengingatkan pengikutNya mengenai dua perkara, iaitu; a) mereka berdoa kepada Allah Mahabesar, Mahakuasa, Pencipta langit dan bumi yang juga merupakan Bapa mereka. b) mereka berada di bumi tetapi Allah berada di syurga. Kita diingatkan bahawa kita mendekati Allah dalam doa sebagai seorang anak kesayangan dan bukan sebagai seorang pekerja atau seorang asing. Allah Mahabesar telah memilih dan memanggil kita dan mengangkat kita sebagai anak anakNya. Kita mempunyai perhubungan intim dengan Allah sebagai anak dengan Bapanya yang istimewa dan intim. Kita berhak mendekati Dia dan memanggil Dia Bapa, Ayah, Papa. Oleh demikian, kita mempunyai kebebasan untuk datang ke dalam hadirat Allah bila bila masa, di mana sahaja dan dalam apa keadaan pun. Dia tidak akan melarang kita atau memaksa kita menunggu lama atau memerlukan perkenalan daripada mana mana pihak sebelum menerima atau menyambut kita. Juga, kita mempunyai keyakinan bahawa apa sahaja permintaan yang kita doakan, tiada yang mustahil bagi Allah Bapa kita kerana Dia Mahabesar dan Mahakuasa. Juga Dia menetap di syurga di mana berjuta juta malaikat melayani Dia dan yang Dia akan utus ke bumi untuk membantu kita bila perlu. Kesedaraan kedudukan kita sebagai anak Tuhan yang mendekati Allah yang Mahabesar dan Mahukuasa sebagai Bapa kita seharusnya melahirkan rasa kesyukuran, keyakinan dan kerinduan untuk mendekati Allah Bapa kita lebih kerap dan lebih berani lagi. DOA Allah Bapa, Aku sungguh bersyukur Engkau telah menjadikan aku anakMu. Aku rindu untuk sentiasa bersamaMu dan lebih dekat dan intim dengan Engkau. Aku tahu aku tidak perlu takut sesiapapun kecuali Engkau, tidak perlu bimbang atau kuatir apa pun. Aku hanya ingin memuliakan namaMu dan memperkenalkan orang lain yang belum kenal Engkau kepad mereka supaya mereka juga dapat menjadi anakMu. Aku begitu bersyukur dan begitu yakin bahawa aku diberkati, dilindungi dan dipelihara dengan sempurna sebagai anakMu Allah Bapa aku mengasihi Engkau dan memuliakan namaMu di bumi ini setiap hari Dalam nama Tuhan Yesus , Amin. Ps. Lam Kee Hing
- Jangan Berdoa Sebagai Orang Tidak Kenal Allah
Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ayat 7-8 7Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. Sebagai orang Kristian, kita memang memuji orang yang cenderung berdoa dan kuat berdoa., Tetapi terdapatnya satu kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang kuat berdoa iaitu mereka suka berdoa berpanjangan! Memang kita memahami kenapa mereka melakukan demikian. Walaubagaimanapun hanya kerana kita memahami tidak bererti ia adalah sesuatu keadaan yang baik atau harus dibiarkan berterusan atau tidak perlu diperbetulkan. Oleh sebab itu, teguran dan peringatan yang dibuat oleh Tuhan Yesus di dalam ayat 7 dan 8 sangat sesuai dan tepat .Tuhan Yesus mengingatkan kepada pengikutNya supaya berjaga-jaga dan mengelakkan dua kesilapan yang sering dilakukan dalam doa a) jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna b) jangan berdoa berpanjangan Tuhan Yesus mengatakan kedua kesilapan yang disebut di atas sering dilakukan oleh orang yang tidak kenal Tuhan kerana “mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang”. Ini jelas adalah satu sangkaan yang salah kerana ia berasal daripada fikiran manusia. Mereka sangka lebih kuat suara mereka , lebih panjang doa mereka, lebih banyak perkataan mereka yang berbunga bunga semasa mereka berdoa maka lebih mungkin Allah Bapa akan ambil perhatian, mendengar doa mereka dan mengabulkan doa mereka Samada Allah Bapa akan mengabulkan permintaan kita dalam doa bukanlah bergantung kepada berapa lancar bahasa kita, berapa banyak perkataan kita atau berapa panjang doa kita. Tidak perlu untuk kita ceritakan secara terperinci keadaan kita, kesusahan kita atau kekurangan kita. Tuhan memang sudah tahu dan lebih memahami sesuatu keadaan daripada kita sendiri. Tuhan Yesus menegaskan bahawa “Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya.” Sebaliknya apa yang perlu dari kita dan penting bagi Allah Bapa bila kita mendekati Dia dalam doa kita ialah hanya perkataan kita padat, hati kita murni dan niat kita ikhlas. Oleh itu, marilah kita sebagai anak Tuhan belajar untuk berdoa sedemikian rupa dan mempunyai keyakinan bahawa Allah Bapa kita tahu, ambil peduli dan akan mengabulkan doa kita mengikut caraNya dan masaNya tersendiri DOA Allah Bapa , aku bersyukur Engkau adalah Bapa yang sangat mengasihi aku sebagai anakMu. Engkau tahu segala kerinduan hatiku, keperluan hidupku dan kesusahan keadaanku. Aku tidak perlu berdoa seperti orang yang tidak kenal Engkau dengan kata kata yang tidak bererti dan berbunga bunga. Aku hanya perlu berdoa dengan hatiku yang murni dan kata kataku yang jujur. Dan aku tahu dan yakin bahawa Engkau tahu, Engkau ambil peduli dan Engkau akan mengabulkan doaku Dalam Nama Tuhan Yesus, Amin Ps. Lam Kee Hing
- Jangan Berdoa Seperti Orang Munafik
Matius 6:5-15 (AVB) 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. 7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. 9 Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. 10 Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11 Berilah kami makanan untuk hari ini. 12 Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13 Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.' 14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu." Ketika Tuhan Yesus sedang mengajar orang ramai di sebuah bukit , pengikutNya meminta Tuhan Yesus mengajar mereka bagaimana mereka harus berdoa. Apa yang menyebabkan pengikutNya membuat permintaan itu? Pastinya, satu daripada sebab utama ialah semasa mereka mengikuti Dia, mereka telah melihat Dia banyak berdoa dan mendengar doa Dia dan mendapati bahawa cara Tuhan Yesus berdoa sangat menarik, berkuasa dan berbeza sama sekali dengan orang yang dianggap alim iaitu guru guru Taurat, orang Farisis serta orang Saduki. Tanpa ragu-ragu, Tuhan Yesus telah mengajar pengiku-pengikutNya bagaimana Jangan berdoa dan bagaimana mereka Harus berdoa Perkara pertama yang Tuhan Yesus ajar mereka ialah JANGAN BERDOA SEPERTI ORANG MUNAFIK 5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. Apa yang tidak kena dengan doa orang munafik? Tuhan Yesus menjelaskan bahawa ia adalah kerana niat mereka itu salah. Mereka berdoa di tempat awam di mana terdapat ramai orang supaya dilihat orang, bukan untuk didengar Tuhan!! Tujuan mereka ialah untuk menonjolkan diri mereka dan mendapat tepukan manusia dan memberi gambaran bahawa mereka orang yang alim. Sebaliknya, Tuhan Yesus mengajar pengikutNya supaya bila mereka berdoa, mereka harus masuk ke dalam bilik sendiri di mana tiada orang melihat mereka atau mendengar doa mereka kecuali Tuhan. Apa yang mereka lakukan secara tersembunyi Tuhan tahu dan berkenan dan Dia yang akan memberi ganjaran kepada mereka. Dari pedoman hari ini, kita dapat membelajar dua perkara penting mengenai doa Pertama, niat kita berdoa adalah amat penting. Tujuan utama dan pertama kita berdoa adalah kerana ingin bersama dengan Tuhan dan berbicara dengan Dia secara peribadi dan intim. Jangan sekali kali berdoa untuk menonjolkan diri dan berdoa dengan keinginan mendapat pujian daripada manusia. Mata kita harus tertuju kepada Tuhan dan mulut kita tertuju kepada telinga Dia, bukan kepada mata manusia dan telinga manusia. Kedua, kita boleh bermunafik sambal melakukan perkara baik! Kita perlu berjaga jaga supaya keinginan hati kita adalah untuk mendapat pujian Tuhan dan berkenan kepada Dia dan bukan untuk mendapat perhatian dan menerima tepukan manusia. Apa yang penting bagi Tuhan adalah kejujuran kata kata kita yang mengalir dari kemurnian hati kita. DOA Tuhan Yesus, aku bersukur kerana telah belajar dua perkara penting daripada renungan hari ini. Ampunilah aku di mana aku pernah berdoa sebagai seorang munafik di mana aku pernah menonjokan diri di depan orang oramai untuk mendapat tepukan dari kawan kawan ku serta jemaatku. Tahirkan dan sucikan hatiku dari niat yang tidak murni dan tidak menyenangkan hati Engkau Tuhan. Berikan aku kerinduan untuk selalu ingin mendekati Engkau secara bersendirian dan berbicara dengan Engkau secara intim. Dan di mana aku perlu berdoa atau diminta berdoa di depan umum, pimpinlah aku supaya aku akan selalu berdoa dengan segala keikhlasan dan kejujuran seperti dipimpin oleh Roh KudusMu dan bukan dipengaruhi dengan pengharapan manusia dan suasana keadaan yang sekian ada Dalam Nama Tuhan Yesus, Amin. Ps. Lam Kee Hing
- Aplikasi - Penerapan
Nehemia membangun semula tembok Yerusalem dalam 55 hari walaupun harus berhadapan dengan halangan dari dalam dan luar. Kemudian dia mengatur perdamaian diantara orang Yahudi dan pemunggut cukai Parsi dan menjadi pembesar untuk jangka waktu yang singkat. Disini kita melihat dan belajar bahawa doa Nehemia memberi impak yang besar bukan sahaja dia berjaya membangun semula tembok Yerusalem, malah terlibat dalam pembangunan Negara. Apa yang jelas Kitab Nehemia mengajar kita untuk memposisikan “posture” diri kita dalam hal berdoa, menantikan Tuhan, berpuasa, penyembahan dan ketergantungan kepada Tuhan dalam seluruh kehidupan kita. Walaupun kisah ini terjadi ribuan tahun yang lalu, ianya masih boleh diterapkan dalam hidup seharian kita. Selain daripada itu, kita juga boleh mencontohi Nehemia dari segi pekerjaannya sebagai ‘pembawa cawan’ – dalam konteks hari ini ialah ‘penjawat awam’. Dia menggunakan kedudukannya sebagai ‘penjawat awam’ untuk membangunkan semula tembok Yerusalam, dan memulihkan identiti bangsa Yahudi. Tidak kira apa kedudukan atau pekerjaa kita - baik sebagai suri rumahtanggga, pekerja kilang, tukang kebun, pegawai kerajaan, CEO, pengurus syarikat besar atau ahli peniagaan – Allah boleh menggunakan kita untuk membawa perubahaan dimanapun kita berada. Allah tidak pernah salah menempatkan kita dimana kita berada sekarang. Mengapa doa itu penting? Ianya penting untuk kita ‘aligning’ atau mensejajarkan hidup kita dengan rancangan dan kehendak Allah. Sebagai orang percaya, kita perlu menghadap Tuhan setiap hari seperti ‘reporting for duty’ – kita melakukan bahagian kita dan Tuhan pasti melakukan bahagian-Nya dalam segala aspek kehidupan kita. Pr. Eddy Marson
- 3. Bertaubat Dari Dosa
"Ya Tuhan, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguhpada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya, semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku, telah berdosa terhadap Engkau. Teramat fasiq kelakuan kami terhadap Engkau, dan kami tidak berpegang teguh pada segala perintah, segala ketetapan, dan segala peraturan yang telah Kausampaikan melalui hamba-Mu iaitu Musa. Ingatlah firman yang telah Kauperintahkan kepada Musa, hamba-Mu, "Jika kamu berbuat mungkar, maka Aku akan menyelerakkan kamu antara bangsa lain. Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan berpegang teguh pada segala perintah-Ku serta melakukannya, maka sekalipun orangmu yang terbuang ada di hujung langit, Aku akan mengumpulkan mereka dari sana dan membawa mereka ke tempat yang telah Kupilih untuk membuat nama-Ku bersemayam di sana." Mereka ini ialah para hamba-Mu dan umat-Mu yang telah Kau tebus dengan kuasa-Mu yang besar dan dengan kekuatan-Mu. (Nehemia 1:5-10) Nehemiah menghadap Allah dengan kerendahan hati dan bertaubat. Dia mohon pengampunan dari Tuhan atas dosanya dan dosa bangsanya. Nehemiah sadar bahawa Allah tidak boleh berkompromi dengan dosa. Pada masa yang sama dia tahu kebenaran Firman Tuhan dan ketika dia berdoa, dia mengingatkan Allah tentang janji-janji-Nya kepada umat Israel melalui Musa. Pr. Eddy Marson
- 2. Memuji dan Menyembah Tuhan
"Ya Tuhan, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya. (Nehemia 1:5) Seterusnya, Nehemia ingat siapa dirinya dan siapa Tuhan yang dia sembah. Dia menyembah Allah yang dia kenal. Kita melihat sepanjang membangunkan semula tembok Yerusalem dia tidak berhenti berdoa dan memuji Tuhan. Semasa dia menyembah Tuhan, dia sadar bahawa dia sedang berdiri dihadapan Tuhan Allah yang hebat, suci dan layak menerima segala pujian dan hormat. Bagaimana sikap kita hari ini semasa berdoa dan menyembah Tuhan? Menyembah Tuhan bukan hanya di gereja atau pada masa tertentu. Ianya harus menjadi gaya hidup. Pr. Eddy Marson
- 1. Berdoa Mengikut Kehendak Allah
“Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,” (Nehemia.1:4) “Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” (Nehemia.1:11) Nehemia bermula dengan menangis, berpuasa dan berdoa. Dia melakukan ini bagi pihak umat Allah yang telah berdosa dan meninggalkan Tuhan. Sebelum melakukan apa-apa, dia bercakap dan meluahkan isi hatinya kepada Allah. Bagi kita hari ini, sebelum kita bertindak, sebaiknya kita bercakap dan mengongsikan isi hati kita kepada Tuhan Allah seperti yang Nehemia lakukan. Ini menunjukkan keintiman hubungan Nehemia dengan Allah. Kunci kepada segala sesuatu ialah tahap hubungan kita dengan Allah. Kita datang kepada Tuhan melalui doa dan puasa bukan kerana masalah besar sahaja malah dalam hal-hal kecil pun. Segala kehidupan kita baik kecil atau besar penting bagi Tuhan. Allah mahu kita membawa segala kekhuatiran, keresahan, cita-cita, dan harapan kepada-Nya. Hanya dengan cara ini kita boleh melihat rancangan Allah dan dapat memahami cara-Nya bertindak dalam setiap keadaan. Rob Kerby berkata, “Doa menolong kita mendapat kekuatan untuk hari ini dan harapan untuk esok. Kita seharusnya aktif berdoa dan berharap pada kuasa-Nya untuk mengubah keadaan kita menjadi lebih baik. Iman kita ada hubungan dengan kualiti doa kita. Doa mampu mengubah bukan sahaja orang tetapi keadaan disekeliling kita.” Pr. Eddy Marson
- Siapakah Nehemia dan Mengapa Doanya Penting?
Cerita ini bermula ketika Nehemia sedang berbual-bual dengan kawannya yang berbangsa Yahudi. Dalam perbualan itu, isu tembok Yerusalem muncul. Nehemia sedih ketika mendengar bahawa tembok Yerusalem masih runtuh walaupun ramai orang Yahudi sudah kembali ke Yerusalem untuk membangun semula Bait Suci: “Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,” (Nehemia.1:4) Tembok Yerusalem runtuh semasa pemerintahan raja Nebuchadnezzar II (587 BC). Yerusalem ditawan dan dihancurkan kerana takut Mesir menggunakan jalan melalui Yerusalem ke kawasan Timur Mediterranean. Allah mengizinkan perkara ini terjadi kepada umat-Nya kerana mereka telah membelakangi-Nya. Ini kita boleh rujuk dalam Yeremia 36:31; Yehzekiel 8-9; 22-23. Tujuan Allah mengizinkan Yerusalem ditawan untuk mencipta satu golongan ‘saki-baki Yahudi’ (remnant) yang akan kembali dan berbalik kepada Allah (Isaiah 10:21). Golongan ini telah pun kembali ke Yerusalem dibawah kepimpinan Jerubabel dan Ezra. Golongan ini telah membangun semula Bait Suci, tetapi mereka memerlukan perlindungan. Bait Suci sudah ada tetapi tidak ada tembok sehingga mereka terdedah dengan musuh. Ketika Nehemia mendengar keadaan kota dan Bait Suci yang tidak bertembok, dia menjadi gelisah dan terbeban. Dia kemudian menghadap raja Artahsasta memohon kebenaran untuk membangunkan semula tembok Yerusalem. Dari kehidupan doa Nehemia, kita boleh belajar tiga perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kita hari ini. Pr. Eddy Marson
- Selidiki dan Pimpinlah Aku
Mazmur 139:23-24 (AVB) Telitilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku; dugalah aku dan ketahuilah kebimbanganku. Lihatlah jika ada kecenderungan durjana di dalamku, dan pimpinlah aku ke jalan yang kekal selama-lamanya. John Bunyan berkata, “Doa akan membuat seseorang berhenti berdosa sebaliknya dosa akan menyebabkan seseorang itu berhenti berdoa.” Sebelum berdoa bagi orang lain, kita perlu memohon pertolongan Allah untuk menyelami hati kita. Hanya Allah yang Maha Tahu mengetahui dosa yang tersembunyi di lubuk hati yang terdalam. Maka kalau kita mahu terus berdoa dengan berkesan di hadirat Allah, mula dengan berdoa bagi diri sendiri. Allah kita Maha Tahu, Dia menyelami hati, menguji fikiran, dan menyatakan kesalahan kita supaya kita menjadi peka dan berhenti berdosa. Di hadirat-Nya tiada satupun dosa dapat terus bersembunyi bahkan sebelum sepatah kata keluar dari mulut kita, Roh-Nya sudah mengetahuinya. Ya, setiap tindak tanduk kita akan diawasi-Nya sehingga kita tidak dapat menyimpang dari jalur-Nya kalau kita berdoa sungguh-sungguh. Raja Daud yang telah berzina dengan Batsyeba lantas tersangkut dalam serantaian dosa akan terus terjerumus dalam lembah pembinasaan kalau dia tidak berdoa. Dengan hati yang remuk, dia mengaku dosanya dan bertaubat. Tuhan tetap mengampuni dosanya dan doa terus mengalir daripada hidupnya. Mari ambil iktibar daripada kata-kata Daud, "Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu; hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar. Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku" (Mazmur 51:3-4). Jangan biarkan nafas doamu tersangkut oleh dosa seperti sungai yang tersangkut sampah sarat. "Jika kita mengakui dosa kita kepada Allah ... Dia akan mengampunkan dosa dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah" (1 Yohanes 1:9). Biarlah Roh melakukan perkerjaan mendalam dalam hatimu. Saat doa adalah saat kudus, Tuhan bersedia mengubah kita, memperbaharui hati kita dan memimpin kita ke jalan benar yang kekal abadi. DOA: Tuhan, selidiki aku, selami hatiku, ujilah fikiranku, periksalah hatiku dan pimpinlah aku dalam kebenaran. Layakkanlah aku berdoa di hadapan-Mu dengan kudus. William Yeong
- Berdoa Untuk Semua Orang
1 Timotius 2:1-4 (AVB) Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia – untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar. "Penyelamatan itu ialah demonstrasi teragung dan paling nyata kasih Tuhan, paparan muktamad rahmat-Nya sepanjang waktu dan selama-lamanya" (David Jeremiah). Penyelamatan melalui Yesus adalah untuk semua orang. Hari ini, marilah kita menyahut seruan bagi berdoa untuk semua orang. Ini termasuk para pemimpin dan pihak berkuasa. Berdoalah untuk semua orang ialah perbuatan yang menghormati dan menyenangkan hati Allah. Paulus menegaskan bahawa kita berdoa untuk semua orang supaya mereka akhirnya diselamatkan oleh Allah dalam Yesus Kristus (Yohanes 14:6) Asalnya, Paulus ialah seorang Yahudi dan penganut Farisi. Dia berkobar- kobar menentang agama Kristian dan giat mengejami pengikut Yesus. Setelah mengenal Yesus, dia bersungguh-sungguh menginjili orang bukan Yahudi dan orang Yahudi kerana itulah misi Kristus baginya. Paulus bersaksi: "Aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Berita Baik itu kuasa Allah yang menyelamatkan semua orang yang percaya kepada Yesus" (Roma 1:16). Inilah yang meyakinkan Paulus untuk tidak henti-henti mengkhabarkan berita baik walaupun dia dianiayai. Demi injil yang menyelamatkan, Paulus berkorban segalanya. Katanya, "Bagiku hidup adalah untuk Kristus, mati itu keuntungan." Kita juga lihat hal yang sama dalam Yesus Kristus. Dia tergerak hati oleh belas kasihan melihat orang ramai yang hidup lelah dan tidak berdaya, ibarat domba tanpa gembala (Matius 9:36). Yesus memang mahu semua orang selamat. Mari siap sedia berlutut dan berdoa bagi rakyat Malaysia berbilang kaum tanpa prejudis. Hulurkan talian hayat kepada semua yang sedang lemas dalam dosa. Melalui doa dan penginjilan, kita dapat menyampaikan kasih sayang Kristus kepada mereka untuk percaya. DOA: Tuhan, upayakan aku berdoa untuk semua orang didorong oleh kemahuan melihat mereka selamat dalam Yesus Kristus. William Yeong












