Support Us
Support Us
Cari
3189 results found with an empty search
- Doa Orang Benar Berkuasa
Yakobus 5:16-18 (AVB) Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui dosa serta mendoakan satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat. Elia seorang manusia biasa seperti kita. Dia berdoa bersungguh-sungguh supaya hujan tidak turun, maka selama tiga tahun setengah hujan tidak turun di bumi. Selepas itu, dia berdoa lagi, lalu langit menurunkan hujan mencurah-curah dan tanah mengeluarkan hasil. Allah bukan sekadar mahu mendengar doa kita, Dia sentiasa mahu mengabulkan permintaan doa kita. Pernahkah kamu berfikir, apakah perkara yang mungkin menghalang Allah daripada menjawab permintaan doa kita? Sebaliknya, apakah perkara yang dapat kamu lakukan supaya kamu dapat berdoa dengan kuasa yang besar? Dalam perhubungan kita sesama manusia, pasti ada perselisihan faham yang berlaku. Hal ini perlu diurus dengan baik supaya perhubungan tidak renggang atau binasa akhirnya. Bagi memelihara perhubungan yang baik, kita perlu bersikap rendah diri dan sedia mencari jalan penyelesaian secara aman damai. Ada waktunya kita bersalah, ada waktunya orang lain yang bersalah terhadap kita. Yang penting, kita digesa untuk bersikap rendah diri, sanggup memohon ampun dan juga sedia mengampuni kesalahan orang lain. Dengan cara ini, perhubungan terpelihara dan kita pun hidup dalam kebenaran-Nya. Firman Allah mengingatkan bahawa kita "harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni" kita (Kolose 3:13). Yesus pula mengajarkan murid- murid-Nya berdoa: "Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami." (Matius 6:12). Firman Allah juga menegaskan bahawa doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat. Untuk menjadi orang yang benar, kita wajib mentaati perintah Allah. Ini termasuk tidak berdendam dan sedia mengampuni kesalahan orang lain. Apabila kita mengampuni orang lain, kita hidup bebas dalam kebenaran-Nya. Kita dipulihkan secara rohani dan diupayakan-Nya untuk berdoa dengan yakin. Ingat, engkau juga mampu berdoa dengan kuasa yang besar kerana kamu memilih untuk hidup dalam kebenaran-Nya. DOA: TUHAN, terima kasih atas pengampunan dosa yang Kaukurniakan kepada aku. Aku bersedia mengampuni orang lain dan mahu hidup dalam kebenaran-Mu selalu. William Yeong
- Berdoa Sesuai Dengan Kehendak-Nya
1 Yohanes 5:14-15 (AVB) Kita dapat menghadap Allah dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya. Kita tahu bahawa Dia sentiasa mendengar permohonan kita ke hadirat-Nya. Kita tahu juga bahawa Dia mengurniakan apa yang kita minta daripada-Nya. Baru-baru ini, sekumpulan kami telah mendoakan satu pasangan suami isteri yang tiba-tiba diserang jangkitan virus COVID-19. Ketika itu, keadaan mereka sungguh kritikal. Dalam tempoh tiga hari, kedua-dua mereka dipanggil pulang untuk bersama Tuhan. Kami diselubungi kesedihan tetapi sedari bahwa kedua-dua rakan kita itu kini berada di tempat yang lebih baik, di hadirat Yesus. Seorang rakan berbisik: "Kami sudah begitu gigih berdoa namun mereka tetap dipanggil oleh Allah kepada-Nya. Adakah itu bererti Allah tidak mengabulkkan doa kita?" Kata-kata tersebut mendorong saya untuk berfikir lanjut tentang perkara doa. Dalam hidup ini, kita akan menghadapi pelbagai situasi yang berat dan rumit. Justeru, Firman Allah menyeru supaya kita berani membawa segala hal kepada-Nya dalam doa. Ini kerana kita tidak berupaya menyelesaikan semua masalah hidup dengan sendiri. Petrus telah menggesa supaya kita berani berdoa dan Dia akan mengabulkan permintaan doa kita menurut kehendak-Nya. Jangan salah tanggapan bahawa segala yang kita doakan wajib dikabulkan oleh Allah tanpa sebarang syarat. Sebenarnya, Allah menjawab permintaan doa kita setiap kali namun dengan tiga cara iaitu "Ya", "Tidak" atau "Tunggu". "Ya" bermaksud apa yang diminta, kita peroleh. "Tidak" bermaksud Dia tidak mengabulkan doa kita kerana itu bukan kehendak-Nya walaupun kita beria-ia meminta. "Tunggu" bermaksud Allah mahu kita bersabar dan terus percaya sehingga kehendak-Nya dinyatakan kepada kita. Ringkasnya, Allah berpegang kepada janji-Nya. Dia tetap menjawab setiap permintaan doa, walaupun jawapan itu "Tidak" dan bukan menurut kehendak kita. Tuhan yang maha kuasa sentiasa mengerjakan yang terbaik untuk kita. Percayalah. DOA: TUHAN, kumahu selalu berdoa dengan yakin dan menurut kehendak-Mu. Ajar aku untuk akur kepada kehendak-Mu yang sesungguhnya untuk kebaikanku selalu. William Yeong
- Selalu Berdoa
Kolose 1:9-14 (AVB) Oleh itu, sejak kami mendengarnya, kami juga tidak putus-putus mendoakan kamu, dan memohon supaya kamu dipenuhi pengetahuan tentang kehendak-Nya dalam segala kebijaksanaan dan pengertian rohani. Kami mendoakan demikian supaya hidupmu layak di hadapan Tuhan, dan kamu mendapat sepenuh keredaan-Nya dalam segala hal: membuahkan manfaat dalam setiap pekerjaan yang baik, bertambah-tambah mengenal Allah, diteguhkan dengan segala kekuatan berdasarkan kuasa-Nya yang mulia, yang mendatangkan kesabaran dan kebahagiaan. Kita mengucapkan syukur kepada Bapa kita yang telah melayakkan kita menerima sebahagian warisan orang yang salih dalam cahaya. Dia telah melepaskan kita daripada kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam kerajaan Anak yang dikasihi-Nya, melalui Dialah kita ditebus dan mendapat pengampunan dosa. Paulus senantiasa berdoa untuk orang-orang percaya di gereja Kolose. Tabiat ini ternyatanya menuntut disiplin diri dan komitmen yang berterusan. Sudah pasti, Paulus juga bertanggapan bahawa perbuatan berdoa itu tidak sia-sia malah akan mendatangkan banyak manfaat, kepada dirinya sendiri dan juga orang-orang yang didoakan. Renungkan sejenak, siapakah yang Tuhan panggil kamu untuk doakan hari ini? Biasanya kita akan cenderung untuk berdoa bagi orang yang dikenali kerana ikatan persahabatansudahterjalinerat. Orang-orangkenalanjugasentiasadalamingatan kita. Selain orang kenalan, orang-orang yang sentiasa dalam ingatan kita meliputi ibu bapa, anak-anak, pasangan hidup, ahli-ahli keluarga, jiran tetangan, rakan sekerja dan orang-orang yang berada dalam lingkungan kehidupan kita secara tidak langsung. Paulus memang sibuk dalam kerja pelayanan bagi Tuhan dan penginjilan berita baik. Namun begitu, tanggungjawab untuk berdoa bagi orang-orang lain tetap diutamakan. Justeru, kita mensyukuri teladan Paulus, yang sesuai kita contohi. Saat ini timbul persoalan – jika kita mahu mencontohi Paulus, apakah perkara yang harus kita doakan untuk orang-orang lain? Daripada Paulus kita mengambil iktibar untuk berdoa agar setiap orang percaya diberikan kebijaksanaan dan pengertian oleh Roh Allah, mengetahui Allah dan hidup menurut kehendak-Nya dengan sempurna serta menghasilkan pelbagai perbuatan yang baik. Selanjutnya mari kita doakan agar setiap orang percaya bertambah pengetahuan tentang Allah, dikuatkan dengan kuasa-Nya yang mulia, diupayakan untuk menanggung derita dengan sabar, bersukacita dan bersyukur. Ucapkan syukur atas pembebasan dan pengampunan dosa serta penyelamatan melalui Yesus Kristus yang melayakkan kita menjadi umat dalam pemerintahan-Nya. Yakinilah bahawa sewaktu kamu berdoa, Tuhan akan berkerja dalam diri kamu dan juga orang-orang yang kamu doakan. Justeru, berkat berganda dikecapi apabila kita taat kepada seruan Tuhan untuk selalu berdoa satu untuk yang lain. DOA: Tuhan, aku mahu meneladani Paulus untuk selalu berdoa bagi orang-orang lain lantas menjadi saluran berkat agar Tuhan dapat bekerja dengan luar biasa. William Yeong
- Adakah Dengan Berbuat Baik Saya Dapat Masuk Syurga?
Jantung Ratu Ester mungkin berdebar dalam ketakutan. Tetapi demi bangsanya, dia harus beranikan diri untuk menghadapi suaminya, iaitu Raja Ahasyweros yang patut ditakuti. Dalam hukum-hukum Parsi, tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk berjumpa dengan raja sesuka hati tanpa dipanggil raja sendiri. Sesiapa yang pergi jumpa raja tanpa disuruh, mereka berisiko untuk dihukum mati, tidak kira status seseorang biarpun dia ialah seorang ratu, mahupun dia memiliki paras yang cantik. Lebih-lebih lagi kerana ratu yang cantik sebelum Ratu Ester, dilucutkan atas sebab keingkarannya terhadap perintah raja. Kecantikan Ratu Ester tidak gagal mengagumkan ramai orang, tapi kecantikannya tidak menjamin nyawanya terpelihara di depan peribadi yang ada hak untuk menjatuhkan hukuman mati. Ratu Ester menduduki status yang terhormat sebagai seorang ratu diraja, namun dia tetap di bawah autoriti seorang raja. Ratu Ester tahu bahawa dia tidak boleh bergantung pada kecantikannya mahupun statusnya untuk menghadapi Raja Ahasyweros. Dalam dirinya, tiada satu pun yang dia boleh harapkan untuk memelihara nyawanya. Apa yang dia hanya mampu lakukan ialah yakin pada Allah, dan teruskan apa yang patut dia buat demi keselamatan bangsanya. Tiada cara lain selain daripada berjumpa dengan raja, dan tiada benda lain dia boleh harapkan selain daripada Allah. "Jika kerana itu aku harus binasa, biarlah aku binasa", kata Ratu Ester sebelum jumpa raja. Jadi atau tak jadi hidup, janji jumpa raja. Syukur, raja berbuka hati terhadapnya dan terima kunjungannya yang tidak dirancang mahupun disuruh. Dari situ, bangsa Ratu Ester dipelihara. Begitu juga dengan keselamatan kita dalam Allah. Kita tidak dapat bergantung pada apa yang kita miliki (seperti kealiman, kerap melayani di gereja, kuat berdoa, dll) untuk berjumpa dengan Raja di takhta syurga mahupun mengekalkan keselamatan kita. 1. Usaha paling baik pun kita lakukan hanyalah sebuah kain kotor (Yesaya 64:6). “Kami semua seperti orang bernajis, dan segala kebenaran kami seperti kain yang tercemar. Kami semua layu seperti daun, dan kesalahan-kesalahan kami menerbangkan kami seperti angin.” 2. Kita hanya mampu berjumpa Allah dengan mengimani Jalan, Kebenaran, dan Hidup yakni Kristus sendiri (Yohanes 14:6). “Yesus menjawab, "Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku.” 3. Keselamatan kita hanya boleh bergantung kepada Pemerintah Yang Terpuji dan Tuhan segala tuhan (1 Tim. 6:14-15). “taatilah perintah ini dengan sempurna tanpa cela hingga hari Yesus Kristus, Tuhan kita, datang kembali, yang akan ditunjukkan Tuhan pada masa yang ditentukan oleh-Nya sendiri. Dia Pemerintah Yang Terpuji dan satu-satunya Raja segala raja dan Tuan segala tuan.” 4. Nyawa kita hanya boleh mengharapkan pada Pemberi hukum kita (Yakobus 4:12). “Hanya ada seorang Pemberi hukum dan Hakim. Hanya Dia yang dapat menyelamatkan atau membinasakan seseorang. Siapakah kamu maka ingin menghakimi sesama manusia?” 5. Hanya Gembala yang Baik dapat memelihara nyawa kita dengan sempurna dan kekal, dan dalam diri-Nya tiada satu pun umat pilihan-Nya dirampas hidup kekal mereka dan binasa (Yohanes 10:11 & 28). “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawanya untuk kawanan dombanya.” Yohanes 10:11 AVB “Aku memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada tangan-Ku.” Yohanes 10:28 AVB 6. Roti Hidup juga sendiri berjanji kepada kita bahawa sesiapa yang Bapa berikan kepada Yesus tidak akan ditolak mahupun dicicir oleh Yesus sendiri, malah akan dibangkit oleh Yesus pada hari akhir (Yoh. 6:35-39). “Yesus berkata kepada mereka, "Akulah roti hidup itu. Sesiapa yang datang kepada-Ku tidak akan lapar lagi, dan sesiapa yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga lagi. Telah Kukatakan kepadamu, bahawa kamu telah melihat-Ku, namun tidak percaya kepada-Ku. Semua yang diberikan kepada-Ku oleh Bapa akan datang kepada-Ku. Aku tidak akan menolak seorang pun yang datang kepada-Ku. Aku turun dari syurga bukanlah untuk melakukan kehendak-Ku sendiri tetapi kehendak Dia yang mengutus-Ku. Inilah kehendak Dia yang mengutus-Ku: Daripada semua yang diberikan kepada-Ku, tiada seorang pun yang keciciran tetapi akan Kubangkitkan kesemuanya pada hari akhir.” 7. Perkataan "kekal" ada dalam Yohanes 3:16 bukan sebab manusia mampu berusaha untuk mengekalkan hidup mereka, melainkan dengan kasih karunia dan kemahakuasaan Allah Dia memelihara hidup kita (Efesus 2:8). “Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah –” 8. Terpujilah nama Allah, sebab Allah yang telah memulakan suatu pekerjaan yang baik dalam umat-Nya dengan memelihara mereka dari saat mereka diselamatkan sehingga ke garis akhir iaitu hingga hari Yesus Kristus (Filipi 1:6). “Aku yakin bahawa Allah yang telah memulakan suatu pekerjaan yang baik dalam dirimu akan menyudahkannya hingga hari Yesus Kristus.” 9. Kita tidak keseorangan berjumpa dengan Bapa di syurga, sebab Yesus Kristus yang adil telah berjumpa Bapa dan membela bagi pihak kita (1 Yohanes 2:1).“Anak-anakku, aku menuliskan hal-hal ini kepadamu supaya kamu tidak berbuat dosa. Akan tetapi, jika sesiapa berbuat dosa, kita mempunyai seorang Pembela ke hadirat Bapa, iaitu Yesus Kristus Yang Benar itu.” 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗶 𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝘁𝘂𝗻𝗴, 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗗𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹. Oleh itu, marilah kita letak harapan kita pada Allah kita! Bacaan: Kitab Ester bab 1 & 4, dan Yohanes 6:25-59 Penulis : Bryan Wong Sumber : PagePr Edmund Kumar
- Apakah Maknanya dan Kepentingan Pembaptisan?
Tujuan Pembaptisan Tujuan pembaptisan ialah untuk mematuhi perintah Tuhan tentang baptisan dan menerima apa yang dialami Yesus bila langit terbuka dan Tuhan bersuara, “Inilah Anakku yang Ku kasihi.’ Selepas itu Dia dipenuhi dengan Roh Kudus. Mengapa Kita dibaptiskan? Apabila kita memasuki air pembaptisan, kita mengisytiharkan mesej Injil. Yesus mati untuk dosa kita, dikuburkan, dan hidup semula. Dengan menyertai pembaptisan, kita mengidentifikasi diri kita dengan Yesus. Roma 6:4 mengatakan kita telah dikuburkan bersama-Nya melalui baptisan ke dalam kematian. Kita kini mati kepada kuasa dosa. Dibangkitkan daripada air menyatakan kehidupan baru kita dalam Kristus dan kesatuan kita dengan Dia. Jadi makna pembaptisan dapat disimpulkan ke dalam satu perkataan iaitu identifikasi (identification). Di dalam perkataan lain, kesatuan di dalam kristus. Pembaptisan menyatakan bahawa kita bersatu dengan kristus secara peribadi dan secara umum. Roma 6:4 (AVB) 3 Atau tidakkah kamu tahu bahawa kita semua yang dibaptiskan dalam Kristus Yesus telah dibaptiskan ke dalam kematian-Nya? 4 Melalui baptisan itu, kita dikuburkan dengan Dia dan ikut mati bersama-Nya. Demikian juga, sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian melalui kemuliaan Allah Bapa, kita juga dapat menikmati kehidupan yang baru. Perhatikan di dalam ayat ini, bahawa kita dibaptiskan dalam Kristus Yesus. Juga kita dibaptiskan ke dalam kematian-Nya. Bermakna kita dikuburkan dengan Yesus, ikut mati bersamanya, dan kemudian sebagaimana Yesus dibangkitkan dari kematian, kita juga mempunyai kehidupan yang baru. Pembaptisan tidak akan menyelamatkan kita,. Keselamatan hanya datang dari iman kita kepada Yesus Kristus. Efesus 2:8-9 (AVB) 8 Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – 9 bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah. Dengan kasih kurnia Yesus kita diselamatkan. Pembaptisan adalah kesaksian peribadi kita, dengan keyakinan dari dalam hati kita, bahawa kita sudah ditukar dari hidupo kita yang lama kepada hidup yang baru. Prasyarat Untuk Dibaptiskan Sebelum kita dibaptiskan kita harus menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juru Selamat (Yohanes 1:12). Kita diselamatkan melalui iman (Markus 16:5), yang menunjukkan bukti pertobatan yang sebenar (Lukas 3:7-8) Apakah Kristian Harus Dibaptiskan? Yesus memberikan kita amanat agung, di dalam Matius 28:19 “Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.” Dari permulaan pelayanan umum Yesus, Yesus memilih untuk dibaptiskan. Yohanes Pembaptis memanggil orang Yahudi untuk mengaku dosa mereka dan menunjukkan pertaubatan dengan merendamkan tubuh mereka ke dalam air di Sungai Yordan. Yesus yang tidak berdosa menyertai orang ramai di sungai dan meminta Yohanes membaptis Nya. Tuhan memilih untuk bersama dengan manusia berdosa. Apabila kita mengikuti teladan-Nya dalam pembaptisan air, kita secara terbuka mengaku iman kita kepada Juruselamat dan mengidentifikasikan diri kita dengan Yesus. Pembaptisan membolehkan kita untuk menunjukkan hubungabn kita dengan Yesus dan saudara-saudara kita yang di dalam Kristus. Paling penting ialah keselamatan datangnya daripada iman kita kepada Yesus Kristus, bukan pembaptisan (Efesus 2:8-9). Tetapi untuk memenuhi perintahNya, kita perlu dibaptiskan apabila kita membuat keputusan untuk menerima Yesus Kristus untuk berkuasa di dalam hidup kita. Manfaat Daripada Pembaptisan Kematian Yesus menjadi kematian kita dan kebangkitan-Nya adalah kelahiran baru kita (Roma 6:3-4) Kita ditanam dan boleh bertumbuh (Roma 6:5-6) Kita boleh datang kepada Tuhan sebagai orang yang bangkit daripada kematian. Dosa tidak berkuasa atas kita (Roma 6:14) Kita adalah hamba kebenaran (Roma 6:18) Kita adalah hamba Tuhan. Kita sudah dikuduskan dan beroleh hidup yang kekal. (Roma 6:22)
- Kesaksian Ibu Runguh Dari Ba’Kelalan
Pelayanan Doa Gunung Murud Mukjizat yang pertama di Buduk Tudal yang memberi makanan kepada 500 orang dan bagaimana Tuhan memberikannya lagu-lagu baru.
- Kesaksian Pak Musa dari Ba Kelalan
Pelayanan Doa Gunung Murud Peranan kepimpinan semasa kebangkitan rohani dan tanda pertama di angkasa (Leadership roles during the revival & first sign of fires in the sky.)











