top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Apakah Makna Kehidupan

    Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, “Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!” Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka. Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati – satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun. Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, “Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.” Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa “kehidupan di dunia ini” (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, “Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia…” Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi. Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3). Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai? Makna kehidupan dipulihkan melalui Yesus Kristus. Seperti yang dikatakan tadi, makna sebenar kehidupan sekarang dan di dunia akhirat boleh didapati melalui hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas termusnah semasa Adam dan Hawa berdosa. Sekarang, hubungan baik dengan Tuhan adalah mungkin melalui Anak Tuhan Yesus Kristus (Kisah 4:12; Yohanes 14:6; 1:12). Kehidupan abadi diperoleh apabila seseorang itu mengaku salah (tidak akan membuat salah dan membenarkan Yesus mengubah nyawanya) dan bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat individu-Nya (baca soalan “Apakah rancangan penyelamatan?” untuk maklumat lanjut). Sekarang, makna sebenar kehidupan bukan sahaja didapati apabila seseorang menerima Yesus sebagai Penyelamat individu, tetapi juga apabila orang itu mengikut and mematuhi ajaran Yesus dan menjadi pengikut-Nya, belajar daripada Yesus, membaca Kitab Injil, berhubungan dengan Yesus melalui doa dan berjalan dengan Yesus dan mematuhi semua perintah-Nya. Jika kamu belum percaya (atau baru percaya), kamu mungkin berkata, “Hal ini tidak kelihatan menakjubkan dan memuaskan bagi saya!” Tetapi sila terus membaca, Yesus berkata bahawa: “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.” (Matius 11:28-30). “Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.”(Yohanes 10:10). “Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.” (Matius 16:24-25). “Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.”(Mazmur 37:4). Maknanya ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk menjalani hidup kita (akibatnya ialah hidup yang kekosongan) atau kita boleh memilih untuk mengikut Tuhan dan membiarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya ialah kita akan berasa puas hati dengan seluruh hidup kita, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh bermakna). Hal ini boleh dicapai kerana Tuhan mengasihi kita dan memberikan kita restu (bukan kehidupan yang senang, tetapi kehidupan yang penuh bermakna). Sebagai penutup, saya hendak memberi satu contoh daripada seorang rakan saya yang merupakan pastor. Jika kamu seorang peminat sukan dan hendak menonton satu perlawanan profesional, kamu boleh membeli tiket yang murah iaitu sebanyak beberapa ringgit dan duduk di bahagian belakang stadium, atau kamu boleh membayar beratus ringgit dan duduk di hadapan supaya dekat dengan perlawanan itu. Begitu juga dengan kehidupan Kristian. Melihat Tuhan secara dekat bukan untuk orang yang hanya menjadi Kristian pada hari Ahad. Mereka tidak membayar harga yang tinggi. Melihat Tuhan secara dekat adalah bagi pengikut Yesus yang ikhlas yang berhenti mengejar tujuan sendiri dan mengejar tujuan yang diajar oleh Tuhan. Mereka membayar harga tiket yang tinggi (meletakkan diri di tangan Kristus dan mematuhi ajaran-Nya); mereka menikmati hidup yang bermakna; dan mereka bangga melihat diri mereka, orang lain dan Tuhan tanpa perasaan kesal! Sudahkah kamu membayar harga itu? Sudikah kamu berbuat begitu? Jika Ya, kamu tidak akan berasa kekosongan atau mengalami kelaparan mencari makna kehidupan lagi. petikan dari www.gotquestions.org

  • Bagaimana saya boleh memahami kehendak Tuhan untuk hidup saya?

    Terdapat dua faktor penting untuk mengetahui kehendak Tuhan dalam sesuatu keadaan (1) Pastikan segala yang kamu minta dan kehendak kamu tidak bercanggah dengan ajaran Kitab Injil. (2) Pastikan segala yang kamu minta dan hendak lakukan akan memberi kemuliaan kepada Tuhan dan membantu kamu membesar dari segi rohani. Jika kedua-dua faktor itu betul dan Tuhan masih tidak memberi kamu segala yang kamu mahu – maka mungkin Tuhan tidak bermaksud untuk memberikan kamu segala yang kamu inginkan. Ataupun kamu perlu menunggu lebih lama lagi untuk melihat kehendak Tuhan menjadi lebih ketara. Mengetahui kehendak Tuhan kadangkala susah. Manusia hendak Tuhan memberitahu mereka segala yang perlu dibuat – bekerja di mana, tinggal di mana, kahwin dengan siapa dan sebagainya. Roma 12:2 menyatakan, “Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah – iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.” Tuhan jarang memberi kita maklumat secara terus dan spesifik. Tuhan membenarkan kita membuat pilihan dalam perkara-perkara tertentu. Pilihan yang tidak dibenarkan oleh Tuhan ialah pilihan yang menentang Tuhan dan berdosa. Tuhan mahu kita membuat pilihan yang seiring dengan kehendak Tuhan yang baik. Jadi, bagaimana kamu boleh mengetahui kehendak Tuhan untuk kamu? Jika kamu berjalan rapat dengan Tuhan dan benar-benar mahu mematuhi kehendak Tuhan – Tuhan akan menaruh kehendak-Nya ke dalam hati kamu. Faktor penting adalah mempunyai keinginan untuk mengikut kehendak Tuhan, bukan kehendak kamu sendiri yang berdosa. “Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik, tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat. Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.”(Mazmur 37:3-4). Jika Kitab Injil tidak membantah segala yang kamu mahu dan kehendak kamu secara ikhlas boleh memanfaatkan rohaniah kamu – maka Kitab Injil memberi kamu “kebenaran” untuk membuat pilihan dan mengikut hati kamu sendiri dalam perkara-perkara tertentu. petikan dari www.gotquestions.org

  • Adakah Penyelamatan Abadi Berdasarkan Kitab Injil?

    Apabila manusia mengetahui bahawa Yesus ialah Penyelamat mereka, mereka menjalin satu hubungan unik dengan Tuhan yang menjamin penyelamatan abadi mereka. Yudas 1:24 mengumumkan, “Allah, yang dapat menjaga kamu supaya tetap beriman, dan yang dapat membawa kamu ke hadirat-Nya yang mulia dengan sukacita dan tanpa cela.” Kuasa Tuhan mampu melindungi orang yang percaya kepada-Nya daripada kejatuhan dan terpesong daripada kebenaran Tuhan. Adalah terpulang kepada Tuhan dan bukannya kita, sama ada kita boleh menyembah di hadapan-Nya dalam kemuliaannya. Penyelamatan abadi kita adalah keputusan Tuhan untuk melindungi kita, dan kita tidak berupaya untuk mengekalkan penyelamatan kita. Tuan Yesus Kristus mengumumkan, “Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa.”(Yohanes 10:28-29b). Yesus dan Bapa Tuhan melindungi kita dengan baik dalam tangan mereka. Tiada sesiapa yang mungkin merampas kita daripada genggaman Bapa Tuhan dan Anak-Nya Yesus Kristus. Efesus 4:30 memberitahu kita bahawa orang yang percaya adalah “dimeterai pada hari penyelamatan”. Jika orang yang percaya tidak mempunyai penyelamatan abadi, pemeteraian itu tidak akan kekal sampai hari penyelamatan, tetapi hanya pada masa berdosa, ajaran sesat atau ketidakpercayaan. Yohanes 3:15-16 memberitahu kita sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan “mempunyai kehidupan abadi”. Jika seseorang dijanjikan kehidupan abadi, tetapi kehidupan itu dirampas semula, maka kehidupan itu tidak abadi dari mula. Jika penyelamatan abadi tidak benar, maka jaminan kehidupan abadi di dalam Kitab Injil adalah palsu. Hujah yang paling kuat menyokong penyelamatan abadi ialah Roma 8:38-39, “Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang, mahupun pada masa yang akan datang; baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi – tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!” Penyelamatan abadi kita adalah berdasarkan kasih Tuhan bagi mereka yang ditebus oleh-Nya. Penyelamatan abadi kita dibeli oleh Kristus, dijamin oleh Bapa Tuhan, dan dimeterai oleh Roh Kudus. Petikan dari www.gotquestions.org

  • Apakah Yang Akan Berlaku Selepas Mati?

    Soalan mengenai perkara yang akan berlaku selepas mati adalah mengelirukan. Kitab Injil bukan sangat jelas tentang masa seseorang akan menemui takdir muktamadnya. Kitab Injil memberitahu kita bahawa selepas seseorang mati, dia akan diangkat ke syurga atau dihantar ke neraka bergantung kepada sama ada dia percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat Individu atau tidak? Bagi orang yang percaya kepada Yesus, selepas kematian dia akan meninggalkan badan fizikal ini dan berada bersama dengan Tuhan Yesus (2 Korintus 5:6-8; Filipi 1:23). Untuk mereka yang tidak percaya, selepas kematian mereka akan menerima hukuman abadi di neraka (Lukas 16:22-23). Hal ini yang mengelirukan kita mengenai perkara yang berlaku selepas mati. Wahyu 20:11-15 menyatakan bahawa mereka yang berada di neraka adalah dicampak ke dalam tasik berapi. Wahyu bab 21-22 menyatakan bahawa terdapat satu Syurga Baru dan Bumi Baru. Oleh itu, nampaknya sebelum kebangkitan terakhir, selepas mati roh manusia akan berada di satu Syurga atau Neraka sementara terlebih dahulu. Takdir muktamad seseorang tidak akan diubah tetapi lokasi takdir akhirnya mungkin akan bertukar. Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang percaya kepada Yesus akan dihantar ke Syurga Baru dan Bumi Baru (Wahyu 21:1). Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang tidak percaya kepada Yesus akan dicampak ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Tempat itulah destinasi terakhir dan abadi untuk semua orang – bergantung sepenuhnya kepada sama ada mereka percaya kepada Yesus untuk mendapat penyelamatan dan pengampunan dosa atau tidak. Petikan dari www.gotquestions.org

  • Bagaimana Saya Masuk Syurga?

    Seringkali, seseorang menganuti agama tertentu mengikuti ibu bapa atau budaya. Akan tetapi, apabila kita berhadapan dengan Tuhan pada Hari Penghakiman, setiap orang perlu mempertanggungjawabkan dirinya – sama ada dia percaya kepada kebenaran Tuhan. Apakah itu kebenaran? "Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku'" (Yohanes 14:6). Kristian yang benar adalah pengikut Yesus. Bagaimanakah Yesus dapat mendakwa dirinya sebagai satu-satunya jalan kepada Bapa Tuhan? Mari kita mencari jawapannya dalam Firman Allah, Alkitab. Kehidupan, kematian, dan kebangkitan Yesus Alkitab mencatatkan bagaimana Yesus menepati perkhabaran Tuhan ketika Dia dilahirkan oleh seorang anak dara bernama Maria. Dia bertumbuh menjadi dewasa dengan unik daripada manusia lain kerana Dia tidak pernah berdosa (1 Petrus 2:22). Orang ramai berkerumun demi mendengar ajaran-Nya dan berasa kagum akan mukjizat-mukjizat-Nya. Yesus menyembuhkan orang sakit, membangkitkan orang mati, dan berjalan di atas air. Berbanding dengan semua orang di dunia ini, Yesus tidak patut mati. Akan tetapi, Yesus mengisytiharkan perkhabaran Tuhan bahawa Dia akan disalibkan dan dibangkitkan daripada kematian (Matius 20:18-19). Kata-kata-Nya menjadi benar. Askar-askar memukul Yesus dan mengenakan sebuah mahkota duri pada kepala-Nya; orang-orang mencemuh Dia dan meludahi-Nya; paku-paku menembusi tangan dan kaki-Nya ke dalam sebuah salib kayu. Yesus mempunyai kuasa untuk menyelamatkan diri-Nya, tetapi Dia menyerahkan diri-Nya, sanggup mati pada kayu salib (Yohanes 19:30). Tiga hari kemudian, Yesus bangkit dari kubur! Mengapakah Dia disalibkan? "Mengapakah Tuhan membenarkan nabi-Nya Isa untuk dianiayai dan dibunuh?" Kematian Yesus memang diperlukan kerana... • Setiap orang adalah pendosa: "Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka" (Roma 3:23). Baik tidak menghormati ibu bapa, bercakap bohong, gagal mengasihi Tuhan dengan segenap hati, mahupun tidak mempercayai Firman Tuhan, kita semua telah berdosa terhadap Tuhan yang suci. • Hukuman bagi dosa adalah kematian: "Kematian adalah upah dosa" (Roma 6:23a). Tuhan mencurahkan murka-Nya kepada pendosa yang tidak mempercayai-Nya dengan menyisihkan mereka di dalam neraka selama-lamanya (2 Tesalonika 1:8,9). Sebagai Hakim yang adil, Tuhan tidak akan tidak mempedulikan dosa. • Kita tidak mampu menyelamatkan diri dengan amalan ibadat: "Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu" (Efesus 2:8-9). Ini merupakan satu perbezaan utama antara Kristian dengan yang lain. Ada yang mengajar untuk kita masuk syurga, kita perlu mengamalkan rukun-rukun baik supaya berbuat kebajikan melebihi kejahatan, Alkitab mengajar bahawa "bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis" (Yesaya 64:6b). Walaupun satu dosa sahaja membuatkan seseorang itu bersalah seperti melanggar kesemua hukum Tuhan (Yakobus 2:10). Manusia yang berdosa tidak dapat membuat apa-apa untuk mendapatkan syurga. • Tuhan mengorbankan Anak-Nya demi orang-orang berdosa: "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal " (Yohanes 3:16). Tuhan mengetahui bahawa dosa manusia menghindarkan mereka dari syurga. Tuhan mengetahui bahawa satu-satunya cara hutang dosa dapat dilunas adalah melalui Dia yang sempurna dengan membayar harga kematian. Tuhan mengetahui bahawa hanya Dia saja yang dapat membayar harga yang tidak terhingga. Oleh itu, rancangan kekal Tuhan adalah mengutus Anak-Nya Yesus untuk mati sebagai pengganti bagi orang berdosa yang mempercayai-Nya. Menjadi seorang Kristian "Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan" (Kisah Rasul-Rasul 16:31b). Mungkin ada yang berkata, "Oh, saya percaya pada Yesus. Saya percaya bahawa Isa ialah seorang guru yang benar, seorang nabi yang agung, dan seorang yang baik." Akan tetapi, kita tidak boleh menyatakan bahawa Yesus adalah seorang guru yang benar, namun menolak ajaran-Nya bahawa Dia ialah satu-satunya jalan, kebenaran, dan hidup (Yohanes 14:6). Kita tidak boleh percaya bahawa Yesus ialah seorang nabi agung tetapi menolak perkhabaran-Nya yang berkata Dia akan mati dan dibangkitkan dalam tiga hari (Lukas 18:31-33). Anda tidak boleh mengakui bahawa Yesus ialah seorang yang baik tetapi tidak mempercayai kata-kata-Nya sebagai Anak Tuhan (Lukas 22:70; Yohanes 5:18-47). Anda tidak boleh mempertimbangkan menjadi seorang Kristian tanpa menyedari bahawa Kristianiti menolak semua agama lain (Kisah Rasul-Rasul 4:12). Kesimpulan Kristianiti yang tidak dapat dielakkan adalah ini: sama ada Yesus telah menanggung dosa anda pada kayu salib atau anda sendiri yang menanggung dosa anda di neraka. "Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu. Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya" (Yohanes 3:36). Sementara anda mempelajari Alkitab, semoga Tuhan membuka hati anda untuk berpaling dari dosa anda dan mempercayai Yesus. Anda boleh membalas dengan doa seperti berikut. Ingatlah, doa ini tidak menyelamatkan anda. Hanya Tuhan saja yang dapat menyelamatkan! Akan tetapi, doa tersebut boleh menjadi pernyataan iman anda yang Tuhan kurniakan dalam Tuhan Yesus Kristus. "Ya Tuhan, saya sangat sedih kerana saya telah berdosa terhadapMu. Sebagai seorang yang berdosa, saya layak mendapat kematian di neraka. Akan tetapi, saya percaya Kamu mengutuskan AnakMu, Yesus, untuk mati di kayu salib bagi dosa dan bangkit daripada kematian dalam kemenangan. Sekarang saya berpaling dari keinginan berdosa saya dan menyerah dari upaya mencapai syurga melalui perbuatan saya sendiri. Saya percaya Tuhan Yesus saja sebagai Penyelamat-ku dari dosa. Saya mengasihi-Mu, Tuhan, dan menyerahkan diri saya untuk mengikuti-Mu dengan Firman-Mu, Alkitab. Amin!" Petikan artikel dari www.gotquestions.org

  • Mengapakah kelahiran daripada seorang dara itu penting?

    Pengajaran tentang kelahiran daripada seorang dara sangat penting (Yesaya 7:14; Matius 1:23, Lukas 1:27,34). Pertama sekali, mari kita melihat bagaimana Firman Tuhan menggambarkan peristiwa sangat bermakna ini. Malaikat Gabriel menjawab pertanyaan “bagaimana” daripada Maria dengan, "Roh Allah akan datang kepadamu dan kuasa Allah akan menaungi engkau..” (Lukas 1:35). Malaikat itu memberi dorongan kepada Yusuf dan Maria dengan mengatakan bahawa “anak di dalam kandungannya adalah kerana kuasa Roh Kudus” (Matius 1:20). Matius menulis mengenai dara itu, “ternyata dia mengandung kerana kuasa Roh Kudus” (Matius 1:20). Galatia 4:4 juga mengajar tentang kelahiran daripada seorang dara: “Allah mengutus Anak-Nya sendiri ke dunia. Anak-Nya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah taurat”. Daripada ayat-ayat ini, jelas bahawa kelahiran Yesus adalah melalui kuasa Roh Kudus yang bekerja di dalam tubuh Maria. Roh yang tidak berbentuk dan rahim Maria yang berbentuk sama-sama terlibat. Maria tentu sekali tidak dapat membuat dirinya mengandung dengan usaha sendiri, maka dalam hal ini Maria hanyalah satu “saluran” semata-mata. Hanya Tuhan yang dapat melakukan mukjizat inkarnasi (Tuhan menjadi manusia) itu. Tanpa hubungan fizikal di antara Maria dengan Yesus, hal itu akan memberikan implikasi bahawa Yesus bukan seorang manusia sepenuhnya. Firman Tuhan mengajar kita bahawa Yesus ialah manusia sepenuhnya iaitu yang mempunyai tubuh fizikal seperti yang kita miliki. Tubuh ini diterima-Nya daripada Maria. Pada masa yang sama Yesus juga ialah Allah sepenuhnya yang memiliki sifat kekal tanpa dosa. Lihat Yohanes 1:12, 1 Timotius 3:16; dan Ibrani 2: 14-17 Yesus dilahirkan tanpa dosa; maka hal ini bermaksud Yesus tidak mempunyai sifat yang berdosa (Ibrani 7:26). Sifat berdosa diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui keturunan (Roma 5:12,17,19). Kelahiran melalui seorang dara telah mengelakkan warisan sifat yang berdosa ini dan membolehkan Allah dilahirkan sebagai seorang manusia yang sempurna. Petikan dari www.gotquestions.com

  • Terdapatkah pengampunan?

    Terdapatkah pengampunan? Bagaimanakah saya menerima pengampunan daripada Tuhan? Kisah Rasul-Rasul 13:38 mengatakan, “Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua.” Apakah itu pengampunan dan mengapakah saya memerlukannya? Perkataan “ampun” bermakna melupakan segala yang lepas, memaafkan, membatalkan hutang. Apabila kita melakukan kesalahan ke atas orang, kita meminta maaf supaya hubungan dengannya dapat dipulihkan. Pengampunan bukan diberikan atas sebab seseorang itu berhak untuk dimaafkan. Tiada sesiapa pun berhak untuk dimaafkan. Pengampunan adalah satu tindakan kasih sayang, belas kasihan dan rahmat. Pengampunan adalah satu keputusan untuk tidak berdendam terhadap seseorang, tanpa mengambil kira apa yang mereka telah lakukan terhadap anda. Alkitab memberitahu kita bahawa kita semua memerlukan pengampunan daripada Tuhan. Kita semua telah berdosa. Pengkhutbah 7:20 menyatakan, “Di bumi tiada seorang pun yang selalu berbuat baik dan tidak pernah melakukan kesalahan.” 1 Yohanes 1:8 menyatakan, “Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri dan Allah tidak ada di dalam kita.” Semua dosa adalah perbuatan menentang Tuhan (Mazmur 51:4). Akibatnya, kita amat memerlukan pengampunan Tuhan. Jika dosa kita tidak diampuni, kita akan menderita selama-lamanya disebabkan oleh dosa kita (Matius 25:46; Yohanes 3:36). Pengampunan – Bagaimanakah saya mendapatnya? Bersyukurlah, Tuhan yang penyayang dan pemurah – ingin sekali mengampuni dosa kita! 2 Petrus 3:9 memberitahu kita, “Tuhan tidak terlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.” Tuhan berhasrat untuk memaafkan kita, oleh itu Dia menyediakan pengampunan untuk kita. Hanya satu hukuman yang adil ke atas dosa kita iaitu kematian. Bahagian separuh pertama Roma 6:23 menyatakan, “Kematian adalah upah dosa…” Kematian abadi adalah upah yang kita terima akibat daripada dosa kita. Tuhan, di dalam rancangan sempurna-Nya, menjadi seorang manusia –Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mati di atas salib, memikul hukuman mati bagi pihak kita. 2 Korintus 5 :21 mengajar kita, “Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.” Yesus mati di atas salib, memikul hukuman kita yang sepatutnya kita terima! Sebagai Tuhan, kematian Yesus memberikan pengampunan dosa bagi seluruh dunia. 1 Yohanes 2:2 memaklumkan, “Melalui Kristuslah dosa kita diampunkan, dan bukannya dosa kita sahaja, tetapi juga dosa semua orang.” Yesus bangkit daripada kematian, mengumumkan kemenangan-Nya mengatasi dosa dan kematian (1 Korintus 15:1-28). Puji Tuhan, melalui kematian dan kebangkitan Yesus Kristus, bahagian separuh kedua Roma 6:23 adalah benar, “…tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” Adakah anda inginkan dosa anda diampuni? Adakah anda sentiasa mempunyai rasa bersalah yang tidak dapat diatasi? Pengampunan bagi dosa anda tersedia jika anda meletakkan kepercayaan anda kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Efesus 1:7 menyatakan, “Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah.” Yesus telah membayar hutang kita supaya kita dapat diampuni. Apa yang anda perlu buat adalah meminta Tuhan untuk mengampuni anda melalui Yesus, percaya Yesus mati untuk membayar harga pengampunan bagi anda – maka Tuhan akan mengampuni anda! Yohanes 3:16-17 mengandungi berita yang mengagumkan ini, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.” Pengampunan – Betulkah begitu senang sahaja? Ya, begitu senang sahaja! Anda tidak dapat melakukan apa-apa untuk mendapatkan pengampunan daripada Tuhan. Anda tidak dapat membayar untuk mendapatkan pengampunan daripada Tuhan. Anda hanya boleh menerimanya, dengan iman, melalui rahmat dan belas kasihan Tuhan. Jika anda hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda dan menerima pengampunan daripada Tuhan, berikut adalah doa yang anda boleh lafazkan. Melafazkan doa ini atau doa-doa lain tidak dapat menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus yang boleh memberikan pengampunan dosa. Doa ini hanyalah satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepada Tuhan bahawa anda percaya kepada-Nya dan berterima kasih kepada-Nya kerana menyediakan pengampunan kepada anda. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Dia. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kamu untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan! Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. petikan dari www.gotquestions.com

  • Apakah Melancap Itu Dosa?

    Kitab Injil tidak menerangkan dengan jelas tentang melancap dan juga tidak mengatakan bahawa melancap ialah satu dosa. Bukan susah untuk kita mempertimbangkan samada melancap itu suatu dosa. Melancap adalah akibat fikiran yang lucah, stimulasi seks dan/atau imej lucah. Semua ini adalah masalah yang patut diselesaikan. Jika masalah nafsu lucah dan pornografi dapat diselesaikan, maka masalah melancap akan dapat diatasi juga. Kitab Injil menasihati kita supaya mengelakkan kejatuhan akhlak yang berkaitan dengan seks (Efesus 5:3). Tidak mungkin melancap boleh lulus ujian itu. Adakah sesuatu perbuatan itu merupakan dosa atau tidak boleh diketahui apabila kamu bertanya kepada diri sendiri samada kamu sudi memberitahu orang lain bahawa kamu telah melakukannya? Jika kamu berasa malu maka perbuatan itu besar kemungkinan ialah dosa. Satu cara lain yang boleh menentukan jawapan ini adalah apabila kamu bertanya dengan jujur samada Tuhan akan bersetuju dengan perbuatan kamu itu? Tidak mungkin melancap ialah suatu perbuatan yang boleh kita banggakan dan berterima kasih kepada Tuhan kerananya. Kitab Injil mengajar kita, “Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah.”(1 Korintus 10:31). Jika tiada alasan menunjukkan sesuatu perbuatan itu boleh memuaskan Tuhan maka perbuatan itu patut dihentikan. Melancap dengan ketara tidak memberi kemuliaan kepada Tuhan. “Perbuatan orang itu tidak berdasarkan keyakinan bahawa apa yang dilakukannya itu benar. Perbuatan seperti itu dosa.” (Roma 14:23). Mengikut ajaran Kitab Injil, tidak ada alasan melancap boleh memuliakan Tuhan. Kita perlu ingat bahawa badan dan roh kita telah ditebus oleh Tuhan dan dimiliki oleh Tuhan. “Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah. Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.” (1 Korintus 6:19-20). Kebenaran ini harus menjadi panduan cara kita menggunakan badan kita. Jadi, mengikut prinsipal ini, dengan yakin saya katakan bahawa melancap ialah dosa. Saya tidak percaya melancap boleh memuliakan Tuhan ataupun tidak bercanggah dengan hukum akhlak atau lulus ujian Tuhan yang mempunyai ketuanan ke atas badan kita.

  • Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi anda?

    Sudahkah anda menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi anda? Untuk memahami soalan ini dengan tepat, pertama sekali anda mesti faham makna “Yesus Kristus”, “peribadi” dan “Penyelamat”. Siapanya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap Yesus Kristus sebagai seorang manusia yang baik, seorang guru yang ulung, atau salah seorang Nabi Tuhan. Semua ini memang betul mengenai Yesus tetapi keterangan ini tidak menjelas secara lengkap siapa Dia sebenarnya. Alkitab memberitahu kita bahawa Yesus ialah Tuhan dalam badan manusia, Tuhan dalam bentuk manusia (lihat Yohanes 1:1,14). Tuhan datang ke dunia untuk mengajar kita, mengubati kita, memperbetulkan kita, mengampuni kita – dan mati untuk kita! Yesus Kristus ialah Tuhan, Pencipta, Tuhan yang berdaulat. Sudahkah anda menerima Yesus ini? Apakah itu Penyelamat dan mengapakah kita perlukan Penyelamat? Alkitab memberitahu kita bahawa kita semua telah berdosa, kita semua melakukan kejahatan (Roma 3:10-18). Akibat daripada dosa-dosa kita, kita patut menerima kemurkaan dan pengadilan Tuhan. Pengadilan yang sepadan dengan dosa yang dilakukan terhadap Tuhan yang tak terbatas dan abadi adalah hukuman yang tiada penghabisan (Roma 6:23; Wahyu 20:11-15). Inilah sebabnya kita memerlukan Penyelamat! Yesus Kristus datang ke dunia dan mati untuk kita. Kematian Yesus adalah tebusan tidak terhingga bagi dosa kita (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk menanggung dosa kita (Roma 5:8). Yesus membayar harga itu supaya kita tidak perlu membayar lagi. Kebangkitan Yesus daripada kematian membuktikan kematian-Nya cukup untuk membayar denda dosa kita. Oleh itu, Yesus ialah satu-satunya Penyelamat yang tunggal (Yohanes 14:6; Kisah Rasul-Rasul 4:12)! Adakah anda yakin terhadap Yesus sebagai Penyelamat anda? Adakah Yesus Penyelamat “peribadi” anda? Ramai orang menganggap agama Kristian adalah hanya menghadiri gereja, mengamalkan upacara agama, dan/atau tidak berbuat jahat. Semua ini bukan agama Kristian yang sebenar. Agama Kristian yang benar ialah hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Menerima Yesus sebagai Penyelamat anda bermakna meletakkan kepercayaan dan keyakinan anda pada Yesus. Tiada sesiapa yang boleh diselamatkan melalui kepercayaan seseorang. Tiada sesiapa boleh diampuni dengan melakukan sesuatu. Hanya terdapat satu cara anda boleh diselamatkan iaitu menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi anda, percaya bahawa kematian-Nya sebagai bayaran bagi dosa anda dan kebangkitan-Nya sebagai jaminan bagi hidup kekal anda (Yohanes 3:16). Adakah Yesus Penyelamat peribadi anda? Jika anda ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi anda, lafazlah kata-kata di bawah kepada Tuhan. Ingatlah, melafazkan doa ini atau doa lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus dan kerja yang telah Dia sempurnakan di atas salib demi anda dapat menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan anda kepada Tuhan dan berterima kasih kepada-Nya kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi saya percaya Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya menerima tawaran pengampunan-Mu dan meletakkan kepercayaan saya kepada Kamu bagi penyelamatan. Saya menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi saya! Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amin!" Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. petikan dari www.gotquestions.org

  • Mengapakah Tuhan mengizinkan perkara buruk berlaku ke atas orang baik?

    Mengapa perkara buruk berlaku ke atas orang baik? Soalan ini ialah salah satu pertanyaan yang susah dijawab antara semua soalan teologi. Tuhan itu kekal, maha tahu, maha hadir, maha kuasa dan sebagainya. Kenapa kita manusia (fana, terbatas, bukan maha tahu, bukan maha hadir dan bukan maha kuasa) menjangka akan dapat memahami kesemua rancangan Allah? Kitab Ayub menjawab persoalan ini. Tuhan telah mengizinkan Iblis untuk melakukan apa sahaja ke atas Ayub kecuali membunuhnya. Apakah reaksi Ayub? “Biarlah Allah membunuh aku kerana aku sudah putus asa, namun aku akan membela perkaraku di hadapan-Nya” (Ayub 13:15). “TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama TUHAN!” (Ayub 1:21). Ayub tidak mengerti mengapa Tuhan mengizinkan perkara-perkara yang telah diizinkan-Nya, tetapi Dia tahu Tuhan itu baik dan dia terus berharap pada Tuhan. Akhirnya, reaksi seperti ini yang perlu ada pada diri kita juga. Allah itu baik, benar, penyayang dan maha mengampuni. Seringkali perkara-perkara yang berlaku ke atas kita sama sekali kita tidak faham. Walau bagaimanapun, daripada meragui kebaikan Tuhan, reaksi yang harus ada pada kita adalah untuk terus berharap pada Dia. “Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung pada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu” (Amsal 3: 5-6). Barangkali pertanyaan yang lebih baik adalah, “Mengapa perkara-perkara baik berlaku ke atas orang jahat?” Tuhan itu kudus (Yesaya 6:3; Wahyu 4:8). Manusia berdosa (Roma 3:23;6:23). Mahukah anda mengetahui bagaimana Allah melihat manusia? “Seperti yang tertulis di dalam Alkitab: Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah, tidak seorang pun yang memahami apa yang benar, dan tidak seorang pun menyembah Allah. Semua orang sudah menjauhkan diri daripada Allah; semuanya sudah sesat. Tidak seorang pun berbuat benar; seorang pun tidak. Kata-kata dari mulut mereka menyebabkan kematian, tipu muslihat mengalir dari lidah mereka, dan fitnah seperti bisa ular tersembur dari bibir mereka; mulut mereka penuh dengan kutuk dan cerca. Mereka cepat mencederakan dan membunuh orang; mereka menyebabkan kebinasaan dan kehancuran di mana-mana. Mereka tidak mengikut jalan kedamaian, dan mereka pun tidak menghormati Allah."(Roma 3:10-18) Setiap manusia di atas muka bumi ini patut dibuang ke neraka pada saat ini juga. Setiap saat kita hidup hanyalah disebabkan oleh anugerah Tuhan. Walaupun kita mengalami kesedihan yang paling menderita di atas muka bumi ini, itu juga merupakan suatu kemurahan daripada Tuhan berbanding dengan segala yang kita patut terima iaitu api kekal di lautan api neraka. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Walaupun dengan kejahatan dan sifat berdosa semua orang dalam dunia ini, Tuhan masih mengasihi kita. Dia sangat mengasihi kita sehingga sanggup mati untuk menanggung hukuman dosa-dosa kita ke atas diri-Nya sendiri (Roma 6:23). Apa yang kita perlu lakukan hanyalah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus (Yohanes 3:16; Roma 10:9) supaya dapat diselamatkan dan menerima janji sebuah kediaman di syurga (Roma 8:1). Apa yang kita layak terima hanyalah neraka. Sebaliknya apa yang diberikan kepada kita ialah kehidupan kekal sekiranya kita mahu percaya. Pernah dikatakan bahawa dunia ini satu-satunya neraka yang dialami oleh mereka yang percaya, dan dunia ini satu-satunya syurga yang dinikmati oleh mereka yang tidak percaya. Lain kali apabila kita hendak bertanya, “Mengapa Tuhan mengizinkan perkara buruk berlaku ke atas orang baik?” barangkali kita perlu bertanya, “Mengapa Tuhan mengizinkan perkara-perkara baik berlaku ke atas orang jahat?” petikan dari www.gotquestions.org

  • Apakah Alkitab Relevan Untuk Hari Ini?

    Ibrani 4:12 berkata, “Sebab firman Allah hidup dan kuat dan lebih tajam dari pada pedang bermata dua mana pun; ia menusuk amat dalam sampai memisahkan jiwa dan roh, sendi-sendi dan sumsum; ia sanggup membedakan pertimbangan dan pikiran hati kita.” Walaupun Alkitab telah selesai ditulis lebih kurang 1900 tahun yang lalu, ketepatan dan kesesuaiannya untuk hari ini tetap tidak berubah. Alkitab merupakan satu-satunya sumber yang ada pada kita tentang wahyu Allah berhubung diri-Nya dan rancangan-Nya untuk umat manusia. Alkitab mempunyai banyak maklumat tentang alam semulajadi yang telah dibuktikan melalui pemerhatian dan penyelidikan saintifik. Beberapa daripada bahagian-bahagian Firman Tuhan itu termasuklah Imamat 17:11; Pengkhotbah 1:6-7; Ayub 36:27-29; Mazmur 102: 25-27 dan Kolose 1: 16-17. Dalam penyingkapan rancangan penyelamatan Allah bagi umat manusia, banyak watak-watak yang berbeza telah dihuraikan dengan sangat jelas dalam Alkitab. Dalam huraian itu Alkitab memberikan banyak maklumat tentang perilaku dan kencenderungan manusia. Pengalaman kita setiap hari memberitahu kita bahawa maklumat tentang manusia yang terdapat dalam Alkitab adalah lebih tepat berbanding buku-buku teks ilmu psikologi. Banyak fakta-fakta sejarah yang tertulis dalam Alkitab telah diteguhkan oleh maklumat-maklumat di luar Alkitab. Penyelidikan sejarah sering menunjukkan satu persamaan di antara peristiwa dalam Alkitab dengan apa yang terjadi di luar Alkitab. Bagaimanapun, Alkitab bukanlah satu buku sejarah, bukan juga buku psikologi atau satu jurnal saintifik. Alkitab merupakan tempat di mana Tuhan memberikan penjelasan tentang Siapa Dia, keinginan-keinginan-Nya dan rancangan-Nya untuk umat manusia. Bahagian yang paling penting dalam wahyu Tuhan adalah tentang terpisahnya kita daripada Tuhan akibat dosa dan jalan penyelesaian yang Tuhan berikan untuk memulihkan persekutuan dengan Dia melalui korban Anak-Nya, Yesus Kristus. Keperluan kita terhadap penebusan tidak berubah. Demikian juga dengan kerinduan Tuhan untuk memperdamaikan kita dengan diri-Nya juga tidak berubah. petikan dari www.gotquestions.org

  • Apakah Rancangan Penyelamatan?

    Adakah kamu lapar? Bukan kelaparan dari segi fizikal, tetapi adakah kamu mempunyai kelaparan yang luar biasa? Terdapatkah sesuatu di dalam kamu yang belum berpuas hati? Jika ada, maka Yesus ialah penyelesaiannya! “Akulah roti yang memberikan hidup,” kata Yesus kepada mereka. “Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya.” (Yohanes 6:35). Adakah kamu keliru? Mungkin kamu belum dapat mencari satu jalan atau tujuan hidup? Nampaknya macam terdapat orang yang mematikan lampu supaya kamu tidak dapat mencari suis lampu? Jika begitu, Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, "Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup." (Yohanes 8:12). Pernahkah kamu berasa hidup kamu bagai dikurung? Mungkin kamu telah cuba membuka banyak pintu, tetapi di belakang pintu-pintu itu hanya kekosongan dan tiada makna? Adakah kamu sedang mencari pintu masuk ke dalam hidup yang penuh bermakna? Jika ya, Yesus ialah Jalan itu! Yesus mengisytiharkan, “Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui Aku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk dan menjumpai padang rumput.” (Yohanes 10:9). Adakah orang lain menyinggung perasaan anda? Adakah hubungan anda dengan orang lain menjadi tidak rapat dan terputus? Kadangkala orang lain nampaknya seperti hendak mengambil kesempatan terhadap anda? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata, “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. Akulah gembala yang baik. Sebagaimana Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, begitu juga Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku.” (Yohanes 10:11,14). Adakah anda bingung mengenai segala yang bakal terjadi selepas hidup ini? Adakah kamu cuba hidup untuk barang-barang yang boleh rosak dan reput? Adakah kamu kadangkala ragu dan percaya bahawa hidup tidak bermakna? Adakah kamu ingin meneruskan nyawa anda selepas mati? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata kepada Marta, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?” (Yohanes 11:25-26). Apakah Jalan itu? Apakah kebenaran? Apakah hidup? Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6). Kelaparan yang kamu rasai ialah kelaparan dari segi rohani yang hanya boleh dipenuhi oleh Yesus. Hanya Yesus boleh menghapuskan kegelapan. Yesus ialah pintu masuk ke hidup yang memuaskan. Yesus ialah kawan dan gembala yang kamu cari. Yesus ialah Nyawa dan hidup – dalam kehidupan sekarang dan selepas mati. Yesus ialah Jalan untuk mendapat penyelamatan. Punca kamu berasa lapar, sesat dalam kegelapan dan tidak boleh melihat makna kehidupan adalah kerana kamu terpisah daripada Tuhan. Kitab Injil menyatakan kita semua telah berdosa dan dipisahkan daripada Tuhan (Pengkhotbah 7:20; Roma 3:23). Kekosongan yang kamu rasa dalam hati adalah akibat daripada ketidakhadiran Tuhan di dalam hidup kamu. Kita dicipta oleh Tuhan untuk mempunyai hubungan dengan-Nya. Oleh sebab dosa kita, maka hubungan kita dengan Tuhan telah terputus. Dan yang lebih buruk lagi ialah dosa kita akan menyebabkan kita terpisah daripada Tuhan selama-lamanya, dalam kehidupan sekarang dan juga selepas mati (Roma 6:23; Yohanes 3:36). Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini? Yesus ialah Jalan itu! Yesus menanggung dosa kita (2 Korintus 5:21), Yesus mati untuk kita (Roma 5:8), menerima hukuman yang patut kita tanggung. Selepas tiga hari, Yesus bangkit daripada kematian dan membuktikan bahawa Dia telah mengalahkan dosa dan kematian (Roma 6:4-5). Mengapa Dia berbuat begitu? Yesus menjawab, “Tidak terdapat kasih yang lebih besar daripada kasih seseorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.”(Yohanes 15:13). Yesus mati supaya kita boleh hidup. Jika kita percaya kepada Yesus, yakin bahawa kematiannya mampu membayar denda bagi dosa kita – maka semua dosa kita akan diampuni dan dibersihkan. Maka kelaparan rohani kita akan dipenuhi. Cahaya lampu akan dinyalakan. Kita akan mendapat hidup yang bermakna. Kita akan mengenal Yesus sebagai kawan dan gembala yang benar dan terbaik. Kita yakin bahawa kita akan mendapat hidup kekal selepas mati – hidup yang kekal selama-lamanya di syurga bersama Yesus. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16) Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah. petikan dari www.gotquestions.org

bottom of page