top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Yesaya 53:5In Kehidupan Kristian·22 April 20223017
- Yang Paling Ku TakutiIn Inspirasi & Renungan·1 April 2022Saya menulis post ini dari kampung saya di Ba Kelalan. Sengaja mengambil waktu untuk "berhenti" seketika dengan semua hal hal kesibukan di sekeliling, saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan melawat bapa saya. Banyak waktu untuk berdiam, menanti dan mendengar. Setiap hari saya kembali kepada ruang peribadi saya dengan Tuhan dan menanti. Saya teringat, beberapa minggu yang lepas sewaktu satu sesi pemuridan di gereja kami berakhir, pastor kami memanggil semua peserta untuk maju ke depan untuk di doakan. Saya melihat seorang anak gadis menangis dengan teresak esak sepertinya hatinya sangat hancur. Saya memeluk dan berdoa agar Tuhan terus berbicara kepadanya. Selepas habis sesi itu, kami dua berpeluang untuk duduk bersama dan saya seperti lazimnya akan bertanya apa yang dia alami. Dengan nada tersekat sekat dan menangis dia katakan, bagaimana dalam waktu waktu kebelakangan itu dia agak sibuk dengan hal hal sekolah dia sehingga dia tidak ada masa untuk membaca Firman Tuhan dan sebagainya. Dia mula merasakan dia tidak dapat mendengar suara Tuhan dan isi hati Tuhan. Itu membuat dia menjadi panik dan sedih. Seolah olah Tuhan menjauh. Itu membuat dia sangat sedih dan takut. Pada waktu itu, saya juga di tegur dan di ingatkan. Bagaimana, saat saya tidak dapat merasakan hadirat Tuhan secara peribadi dan mendengar suara-Nya, itu membuat saya sangat takut. Saya diingatkan tentang Musa di dalam Keluaran 33:15 “Kata Musa kepada-Nya, "Jika hadirat-Mu tidak memimpin aku, janganlah kami dibawa pergi dari sini.” Ya, yang paling saya takuti adalah berjalan tanpa hadirat Tuhan menyertai saya. Bagaimana dengan anda?3036
- Kebenaran Dan KebaikanIn Inspirasi & Renungan·2 July 2023Teruslah lakukan hal-hal yang benar dan hal-hal yang baik sesuai Firman Tuhan Yesus.. Dia ingin kita melakukan semua itu dalam kesetiaan.3018
- Hormat KeibubapaanIn Keluarga·10 September 2022Oleh Danny Huerta Hormat ialah unsur yang perlu dalam komunikasi dan pembetulan tingkah laku dalam sebuah keluarga. Baca selanjutnya tentang bagaimana hormat ialah salah satu dari tujuh ciri keibubapaan yang berkesan. Keluarga saya sedang beratur untuk ‘roller coaster’ gaya lama di sebuah taman tema. Giliran kami hampir tiba dan apabila sekumpulan orang keluar dari gerabak mereka, seorang budak lelaki terlupa mengambil topinya. Topi tersebut berada di ruang kecil yang digunakan untuk menyimpan barang supaya tidak keluar ketika roller coaster bergerak. Dia berlari balik mendapatkan topi dan tiba-tiba tidak sengaja memotong jalan di depan seorang dewasa. Bila budak itu kembali ke keluarganya, ayah menampar kepala budak tersebut. Saya berasa sedih melihat keadaan ini. Ayah ini mungkin cuba mengajar anak tentang betapa pentingnya menghormati orang lain. Namun demikian, ini adalah kaedah yang berunsur tidak hormat dan tidak berkesan. Sikap menghormati melahirkan sikap hormat dan sikap biadap melahirkan sikap biadap. Hormat ialah unsur yang perlu dalam komunikasi dan pembetulan tingkah laku dalam keluarga. Ibu bapa perlu ada berbagai jenis interaksi dengan anak-anak. Kita mengajar dan mendisiplinkan mereka. Ibu bapa yang bijaksana melayan anak-anak dengan hormat dalam semua jenis situasi. Ini membina nilai diri seorang kanak-kanak. Dan ia sebahagian penting bagaimana anak-anak belajar menghormati orang lain – terutamanya ibu bapa. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang berunsur hormat belajar ciri-ciri penting ini:- Kemaafan dan kasih karunia Dalam keluarga yang mana ahlinya saling menghormati, kanak-kanak belajar bagaimana memaafkan dan menerima kemaafan. Setiap orang, termasuk ibu bapa, melakukan kesilapan dan perlu peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan. Suasana keluarga yang penuh sikap hormat mewujudkan sikap rendah diri dan kasih karunia. Sikap Rendah Hati yang Sejati Kanak-kanak yang diajar sikap menghormati akan belajar bahawa orang lain adalah penting. Mereka mula berfikir tentang orang lain dan bukan hanya diri sendiri, dan sering benar-benar mengambil berat tentang orang lain. Perhatian dan Kesabaran Suasana keluarga yang berunsur hormat mengajar kanak-kanak menumpukan perhatian dan mendengar orang lain – menyedari bahawa apa yang orang lain katakan adalah penting. Mereka belajar menunggu giliran dan tidak berkeras mengikuti kehendak sendiri. Garis Sempadan dan Ketegasan Bila kanak-kanak faham kepentingan menghormati barang kepunyaan dan masa orang lain, mereka belajar menjaga barang yang dipunyai orang lain dan barang sendiri. Kepercayaan Keluarga yang mempunyai unsur hormat membina kepercayaan di kalangan ahlinya, iaitu asas kasih sayang. Sikap hormat mewujudkan perwatakan yang baik, iaitu kelakuan kita bila orang lain tidak melihat kita. Kepercayaan membantu membentuk aliran semula jadi empati, belas kasihan dan kemurahan hati kepada ahli-ahli keluarga. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Hakcipta terpelihara.3037
- PEKERJAAN BARU PADA 5 Ogos 2021In Kesaksian·29 August 2021Puji Tuhan! Selama 3 bulan belum mendapat pekerjaan dan masa itu saya tidak putus asa tetap mencari pekerjaan secara fizikal dan secara online dan juga tetap bersabar dan tetap percaya kepada Tuhan bahwa Dia akan menyediakan segala keperluanku, akhirnya pada 29 Julai 2021 Tuhan telah menjawab doa saya dan menyediakan sebuah pekerjaan yang baru sebagai Juruwang di Pasaraya Lulu Hypermarket. Selepas temuduga dan akan mula kerja pada 5 Ogos 2021. Dan pada hari pertama kerja kaki agar sakit sangat. Kemudian hari yang sebelum pergi kerja saya minta Tuhan, berikan saya kekuatan dan semangat utk saya agar saya dapat berdiri lama dan tiada sakit yg teruk. Berita Baik!!! Pada 29 Ogos 2021 pada petang itu, supervisor letak saya di bahagian Supermarket dan pada hari itu adalah hari minggu dan pelanggan juga banyak, tetapi saya tidak complete apa apa, saya tetap ikut arahan supervisor dan tetap semangat, pada masa tu saya berdiri agar lama juga, walaupun ada sikit sakit tapi dgn kekuatan Tuhan saya masih mampu berdiri lagi. Puji Tuhan! Hanya dengan Kekuatan Tuhan, saya mampu berdiri lama, kalau ikut kekuatan manusia tak mungkin dapat berdiri lama.3018
- Roma 2:6 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·31 August 2021Allah akan "membalas kepada setiap orang setimpal dengan perbuatannya."304
- Yohanes 1:16 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·4 September 2021Daripada limpah kesempurnaan-Nya kita semua telah menerima kasih kurnia demi kasih kurnia.303
- Mikha 6:8 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·6 September 2021Wahai manusia, engkau telah diberitahu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut Tuhan daripadamu selain menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu?307
- Mazmur 104:34 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·7 September 2021Semoga renunganku baik di sisi-Nya, aku akan bersukacita kerana Tuhan. 306
- Matius 24:35 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 September 2021Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap.309
- Yohanes 3:16 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·14 September 2021Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal.306
- Sepuluh Rahsia Perkahwinan yang BerjayaIn Keluarga·3 September 2021Berikut adalah sepuluh prinsip yang akan membantu anda mewujudkan dan mengekalkan perkahwinan yang berjaya. Pasangan yang berjaya adalah bijak. Mereka membaca buku, menghadiri seminar, membaca-baca artikel dan memerhatikan pasangan lain yang berjaya. Walau bagaimanapun, pasangan yang berjaya akan memberitahu anda bahawa mereka juga belajar berdasarkan pengalaman - percubaan dan kesilapan. Berikut adalah sepuluh prinsip kejayaan yang telah saya pelajari daripada bekerja dan memerhatikan ratusan pasangan: 1. Kebahagiaan bukanlah perkara yang paling penting. Semua orang mahu bahagia, tetapi kebahagiaan akan datang dan pergi. Pasangan yang berjaya belajar tabiat sengaja melakukan perkara-perkara yang akan mengembalikan kebahagiaan ketika hidup mula melenyapkannya. 2. Pasangan menyedari betapa pentingnya “kehadiran”. Apabila keadaan menjadi sukar dan suami isteri tidak tahu apa yang harus dilakukan, mereka perlu bertahan dan berada di pihak pasangan mereka. Masa dapat membantu pasangan suami isteri menyelesaikan masalah dengan memberi peluang untuk mengurangkan tekanan dan mengatasi cabaran. 3. Sekiranya anda melakukan apa yang selalu dilakukan pada masa lepas, hasilnya sama sahaja. Pasangan yang bijak sedar bahawa anda harus mendekati masalah secara berbeza untuk mendapatkan hasil yang berbeza. Selalunya, perubahan kecil dalam pendekatan, sikap dan tindakan membawa kepada perbezaan terbesar dalam perkahwinan. 4. Sikap anda penting. Mengubah tingkah laku itu penting, tetapi begitu juga pengubahan sikap. Sikap buruk sering menimbulkan perasaan dan tindakan buruk. 5. Ubah fikiran, ubah perkahwinan anda. Bagaimana suami isteri berfikir dan apa yang mereka percayai mengenai pasangan mereka mempengaruhi tanggapan mereka terhadap satu sama lain. Apa yang mereka harapkan dan bagaimana mereka melayan pasangan mereka sangat penting. 6. Rumput paling hijau di mana anda menyiramnya. Pasangan-pasangan yang berjaya telah belajar menolak mitos tentang rumput yang lebih hijau di tempat lain, iaitu orang lain akan membuat saya bahagia. Mereka telah belajar menumpukan tenaga untuk menjadikan diri dan perkahwinan mereka lebih baik. 7. Anda boleh mengubah perkahwinan anda dengan mengubah diri anda. Suami isteri yang berpengalaman telah belajar bahawa cubaan menukar pasangan mereka adalah seperti cubaan menolak seutas tali - hampir mustahil. Selalunya, satu-satunya orang yang boleh kita ubah dalam perkahwinan kita adalah diri kita sendiri. 8. Cinta adalah kata kerja, bukan sekadar perasaan. Kehidupan harian melenyapkan "perasaan baik dalam perkahwinan." Perasaan, seperti kebahagiaan, akan berubah-ubah. Tetapi, cinta sejati adalah berlandaskan ikrar komitmen pasangan: "Untuk lebih baik atau lebih buruk" – ketika anda berasa baik dan sebaliknya. 9. Perkahwinan sering berkaitan pergelutan dalam minda. Pasangan-pasangan yang berjaya telah belajar untuk menolak perasaan dendam, membangkitkan perkara masa lalu yang kurang menyenangkan dan menyedari bahawa mereka berkahwin dengan orang yang tidak sempurna – dan pasangan mereka juga mengahwini orang yang tidak sempurna. 10. Krisis tidak bermaksud perkahwinan sudah berakhir. Krisis seperti ribut: kuat, menakutkan dan berbahaya. Tetapi untuk melalui ribut, anda harus terus mara ke depan. Krisis boleh menjadi permulaan baru. Akibat kesakitan, manusia dan perkahwinan hebat dapat dihasilkan. Hak Cipta © 2009, Mitch Temple. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa diperolehi. Digunakan dengan izin.3020
bottom of page











