top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6129)
KD Post (3260)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Terimakasih Tuhan Yesus Kristus memberiku kekuatanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·29 August 2021Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Filipi 4:13 AVB https://bible.com/bible/2271/php.4.13.AVB3010
- Tiada Berpakaian Hari Ini?In Bayu Pengharapan·14 August 2021Renungan: Mazmur 119 Bahagianku ialah Tuhan, aku telah berjanji untuk berpegang pada firman-firman-Mu. (ayat 57) Pengkhutbah kesukaan saya, Charles Haddon Spurgeon pernah berkata, “Pagi ialah gerbang hari kita, dan perlu diawali dengan doa. Pagi ibarat benang di mana segala aktiviti kita bergantung dan harus diikat dengan doa. Kalau kita ingin merasai keagungan hidup, kita perlu berhati-hati dengan cara kita memulakan pagi kita. Dia yang tergesa-gesa ke perniagaan dari katilnya tanpa berdoa dan meneliti firman Tuhan, sungguh bodoh kerana dia bagai tiada berpakaian, belum mencuci mukanya, dan tidak bijak kerana dia tergesa-gesa berperang tanpa kris atau perisai.” Setiap hari menjanjikan pengharapan dan pelangi kalau kita bangun setiap hari dengan seruan, “Tuhan, Engkaulah bahagianku!” Sebelum melangkah dari rumah kita, kita mesti terlebih dahulu berdoa dan mencari wajah-Nya. Berjanjilah dengan Tuhan bahawa pada pagi ini kita akan berpegang pada firman-Nya walaupun apa yang terjadi. Mintalah Roh Kudus untuk memenuhi dan menyinari kalbu kita pada hari ini. Berapakah insan di permukaan bumi ini melangkah setiap hari dengan kesedaran bahawa Tuhanlah bahagian mereka? Dengan bermula pagi kita dengan doa, kita mengundang Tuhan untuk berjalan bersama kita setiap hari. Serahkan hari ini kepada Tuhan serta kuduskan hari ini demi Tuhan kita yang Mahakudus. “Maka kamu harus menguduskan dirimu, dan kuduslah kamu, sebab Akulah Tuhan, Allahmu.” (Imamat 20:7) Biarlah hari ini hari yang kudus kerana Tuhanmu ialah bahagianmu dan pengharapanmu. Jangan hanya membawa gincu dalam beg setiap hari. Apakah Tuhan sudah menjadi bahagianmu pada pagi ini sebelum anda menuju ke tempat kerjamu? Bermulalah setiap hari dengan Tuhan dan Tuhan akan mengemukakan rahsia-Nya. Kita dapat merasai jejari Tuhan dalam setiap persitiwa kehidupan kita serta mengerti peristiwa yang terjadi dari sudut pandangan Tuhan. Kita akan menghembus pengharapan yang baru kepada orang yang kita kenali. “Berdiamlah, berdiamlah, sembah sujud Dia Berdiamlah, berdiamlah terimalah sabda-Nya yang mulia Berdiamlah, berdiamlah, di tempat kudus Dengarlah, Firman-Nya yang suci hidup Berjalan, perlahan, Tuhan di sini, Berjalan, perlahan, sujud berbakti” (Fanny Crosby) Doa: Tuhan, Engkaulah bahagianku pada pagi ini.3057
- Marilah kami menerima Firman TUHAN dengan hati terbuka dan selidik AlkitabIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·16 August 2021Orang Yahudi di situ lebih mulia rohaninya daripada yang di Tesalonika kerana mereka menerima firman Allah dengan amat sukacita dan menyelidik Kitab Suci untuk memastikan setiap kebenaran yang dikatakan Paulus. Kisah Para Rasul 17:11 AVB https://bible.com/bible/2271/act.17.11.AVB3020
- Lupakan Apa Yang Di BelakangIn Bayu Pengharapan·23 August 2021Renungan: Filipi 3:12-14 Firman-Nya, “Lihat, Aku hendak membuat sesuatu yang baru, yang sekarang sudah tumbuh, belumkah kamu mengetahuinya? Ya, Aku hendak membuat jalan di padang gurun dan sungai-sungai di padang belantara.” (Yesaya 43:19) Sewaktu Sinclair melihat di cermin, dia seakan-akan melihat seorang perempuan dan bukan jejaka jantan yang kacak dan bersifat macho. Dia sering diusik teman- temannya sewaktu di sekolah kerana bersifat seperti perempuan. Dia berasa dirinya seperti seorang perempuan kerana gerak gerinya sungguh lemah lembut dan kulitnya halus! Pelbagai kejadian dalam latarbelakang kehidupannya menyebabkan dia menjadi seorang homoseksual. Sewaktu dia membesar, dia ingin ubahkan identiti seksnya melalui satu pembedahan namun jiwanya bergelora. Menjelang pembedahannya, dia menangis agar Tuhan menyatakan kehendak-Nya. Tuhan mendengar doanya sewaktu dia mengambil keputusan untuk mengubah diri menjadi perempuan. Akhirnya, pembedahannya tidak dijalankan kerana ada perubahan peraturan di Hospital John Hopkin. Hospital itu berkeputusan tidak mengizin pembedahan seperti itu lagi kerana ia menimbulkan masalah yang lebih rumit lagi. Sinclair berkata, “Ketika aku menyedari aku berada di persimpangan jalan, aku mencampak segala hormon perempuanku dan berhenti membeli pakaian perempuan. Menjelang Hari Natal aku membuang semua baju perempuan dan mulai membeli beberapa barangan lelaki.” Sinclair diubah oleh Tuhan sehingga dia kemudian berkahwin dan menanggalkan sifat homoseksualnya. Anda sudah hidup seperti perempuan bertahun-tahun namun anda mengetahui bahawa Tuhan mencipta anda sebagai lelaki? Lihat, Tuhan ingin membuat sesuatu yang baru dalam kehidupanmu. Bukalah jendela untuk memeluk kejatian kelakian anda yang telah diberikan Tuhan dan bekerjasama dengan Tuhan. Segala kegagalan dan cara hidup lama yang tidak berkenan kepada Tuhan harus ditinggalkan dan saat baru perlu dimulakan dengan pertolongan Tuhan dan kaunselor yang baik. Tuhan dapat melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan kita seandainya kita dapat melupakan yang di belakang dan menjaring panggilan Tuhan baru. Kini Sinclair sudah berumahtangga dan menjadi seorang bapa yang sejati! “Perubahan yang ajaib jadilah padaku, sejak Yesus Kristus aku terima. Dalam hati ada terang dan harapan penuh, sejak Yesus Kristus aku terima.” (Rufus H. Mc Daniel) Doa: Tuhan, aku serahkan roh serta tubuhku kepada jamahan tangan-Mu.3015
- Amanat AgungIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·25 March 20233044
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 22) : Mengingatkan Karya Tuhan kepada Generasi SeterusnyaIn Doa dan Puasa NECF 2021·27 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Hakim-hakim 1-10 Sabtu, 28 Ogos 2021 “...bangkitlah sesudah mereka itu angkatan yang lain, yang tidak mengenal TUHAN ataupun perbuatan yang dilakukan-Nya bagi orang Israel.” (Hakim-hakim 2:10) Di penghujung Hakim-hakim 1, orang Israel menikmati harta pusaka mereka dalam pemilikan tanah perjanjian. Kepemimpinan Yosua benar-benar memberi kesan kepada kehidupan bangsa Israel. Orang-orang melayani Tuhan sepanjang masa Yosua, dan ini termasuk semua penatua yang melayani di bawah Yosua dan hidup lebih lama daripada dia. Mereka melayani Tuhan kerana mereka telah mengetahui, melihat dan mengalami semua pekerjaan besar yang telah Tuhan lakukan bagi Israel. Sayangnya, segera setelah Yosua dan generasinya meninggal, muncullah generasi lain yang tidak mengenal Tuhan atau pekerjaan yang telah Dia lakukan untuk Israel. Kita telah mengalami kebaikan, rahmat, dan belas kasih Tuhan atas bangsa kita sepanjang pandemik Covid-19. Tidak diragukan lagi sektor ekonomi telah terpukul dengan banyaknya perniagaan yang mengalami masalah dan pengangguran yang meningkat, tetapi ketika seseorang mempertimbangkan kadar jangkitan dan kematian di negara ini dibandingkan dengan banyak negara lain, kita dapat mengatakan bahawa Tuhan itu baik dan penuh belas kasihan. Itulah mengapa sangat penting bagi kita untuk selalu mengingatkan anak-anak kita dan remaja di gereja kita tentang pekerjaan Tuhan dan kebaikan-Nya. Alkitab berkata, “Angkatan demi angkatan akan memegahkan pekerjaan-pekerjaan-Mu dan akan memberitakan keperkasaan-Mu.” (Maz 145:4) Sekiranya kita tidak menguatkan pesan ini, akibatnya akan mengerikan, dan kita boleh kehilangan generasi berikutnya kepada cara- cara dunia... “Lalu orang Israel melakukan apa yang jahat di mata TUHAN dan mereka beribadah kepada para Baal. Mereka meninggalkan TUHAN, Allah nenek moyang mereka ... lalu mengikuti allah lain...” (Hakim 2:11-12) Doa Hari Ini : Berdoa untuk anak-anak anda diingatkan tentang karya-Nya dan perbuatan-Nya yang perkasa dalam hidup mereka, dan bahawa mereka akan berpegang teguh pada iman apa pun yang terjadi di dunia. Berdoa agar timbul kesedaran di kalangan para remaja bahawa mereka akan menghargai kesucian mereka dan melihat kehidupan sebagai anugerah suci dari Tuhan, bahawa mereka tidak akan melanggar kesucian satu sama lain atau melakukan pengguguran. Berdoa agar mereka memiliki saluran yang tepat untuk mencari bantuan setiap kali mereka menghadapi cabaran dalam hidup. Berdoalah untuk kesesuaian keseluruhan program dan dasar yang dijalankan oleh sistem pendidikan / sekolah di kampung-kampung di mana penduduk pribumi berada, dan mereka akan mempunyai guru dan tenaga kerja yang mencukupi untuk memudahkan keperluan dan pertumbuhan pelajar secara menyeluruh.3012
- Tetaplah di dalam Yesus dan berbuah lebat, segala kemuliaan bagi Bapa SyurgawiIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·22 August 2021Aku pokok anggur dan kamu ranting-rantingnya. Jika kamu tetap di dalam-Ku dan Aku di dalammu, kamu akan berbuah lebat. Tanpa-Ku, kamu tidak dapat menghasilkan apa-apa. Sesiapa yang tidak tetap di dalam-Ku adalah seperti ranting yang dikerat lalu dibiarkan kering, kemudian dikumpulkan, dan dibuang ke dalam api lalu dibakar. Sekiranya kamu tetap di dalam-Ku, dan kata-kata-Ku tetap di dalammu, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki, permohonan itu akan dikabulkan. Kemuliaan Bapa ternyata apabila kamu berbuah lebat. Itulah tanda kamu benar-benar murid-Ku. Yohanes 15:5-8 AVB https://bible.com/bible/2271/jhn.15.5-8.AVB309
- Sarang KepompongIn Bayu Pengharapan·22 July 2022Renungan: 2 Korintus 1:3-11 Sebab sama seperti kami mendapat bagian berlimpah-limpah dalam kesengsaraan Kristus, demikian pula oleh Kristus kami menerima penghiburan yang berlimpah-limpah. (ayat 5) Sarang kepompong! Siapa suka tinggal di dalamnya? Sarang kepompong bukan sahaja kelihatan gelap tetapi juga hodoh. Siapakah yang suka menjadi kepompong yang terhempit dalam sarang yang gelap dan kecil itu? Namun siapakah yang dapat menduga bahawa kepompong itu akan menjelma menjadi rama-rama yang begitu indah dan berwarna-warni seperti ‘Blue Tiger’ (Harimau Biru), ‘Golden Angel’ (Malaikat Emas), ‘Jungle Queen’ (Malaikat Hutan), dan sebagainya. Penderitaan yang anda hadapi sekarang mungkin tidak selesa dan gelap. Anda seperti tinggal dalam kepompong yang gelap dan sempit. Anda tidak sabar lagi dan ingin berterbangan bebas seperti rama-rama lain namun saat ini belum waktunya dan anda terpaksa tinggal di dalamnya lebih lama lagi. Gelap tetapi sesuai untuk pembentukan keperibadian yang utuh. Sesungguhnya kita tidak tahu bagaimana Tuhan membentuk kepompong ini dengan ajaib sekali. Jangan hanya melihat daripada satu paradigma sahaja apabila anda dilandai oleh penderitaan. Bapa syurgawi dengan tangan ilahi-Nya sedang membentuk yang sesuai dan berkenan kepada mata-Nya dalam dirimu. Salah satu rahsia yang kita pelajari ialah menjalin persahabatan intim dengan Tuhan sewaktu menderita, dan membuktikan kemurnian iman kita. “Bergembiralah akan hal itu, sekalipun sekarang ini kamu seketika harus berdukacita oleh berbagai- bagai pencobaan. Maksud semuanya itu ialah untuk membuktikan kemurnian imanmu- yang jauh lebih tinggi nilainya daripada emas yang fana, yang diuji kemurniannya dengan api-sehingga kamu memperoleh puji-pujian dan kemuliaan dan kehormatan pada hari Yesus Kristus menyatakan diri-Nya.” (1 Petrus 1: 6,7) Kedua, kita akan menjadi seseorang yang lemah lembut dan sanggup memahami penderitaan orang lain. “Terpujilah Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa yang penuh belas kasihan dan Allah sumber segala penghiburan, yang menghibur kami dalam segala penderitaan kami, sehingga kami sanggup menghibur mereka, yang berada dalam bermacam-macam penderitaan dengan penghiburan yang kami terima daripada Allah.” (2 Korintus 1:3- 4). “Pembacaan Perjanjian Baru secara menyeluruh dan genap menunjukkan dengan tuntas bahawa Tuhan tidak berjanji menyelesaikan masalah kita atau menjawab semua soalan atau meluluhkan semua penderitaan kita. Kalau kita boleh memahami nilai-nilai melalui fokus kekristianan yang elok, kita akan memahami bahawa kehadiran Tuhan yang penuh kasih sayang di obor pengujian adalah berkat yang jauh lebih besar daripada kelenyapan masalah akibat campurtangan ilahi.” Erwin G. Tieman Oh Tuhan, Benarkah seperti bunga ros aku harus diremuk agar keharuman-Mu terasa? Oh Tuhan, Benarkah seperti burung sayap jiwa aku harus dipatahkan agar aku menyanyikan lagu merdu? Oh Tuhan, Benarkah seperti kepompong aku harus terhempit-hempit merangkak dengan siksa agar aku melihat terang-Mu? Oh Tuhan, Benarkah aku biji mata-Mu mesti dilukai agar dapat berterbangkan lebih tinggi lagi? Doa: Tuhan Penyayang, terima kasih atas segala penderitaan dan penghiburan syurgawi yang Engkau curahkan dalam jiwaku. Kristus Bersertaku Kristus bersertaku, Kristus di dalamku, Kristus di belakangku, Kristus di depanku, Kristus di sampingku, Kristus memenangi hatiku. Kristus menghiburkan hatiku, Kristus menyembuhkanku, Kristus di bawahku, di atasku, Kristus pada waktu kesepian, Kristus pada waktu bahaya. Kristus pada bibir teman dan orang yang tidak kukenali. (Santo Patrick, misionari Ireland)3039
- Yohanes 4:24 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·1 September 2021Allah itu Roh, maka orang yang menyembah Dia harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.304
- 2 Korintus 13:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 October 2021Semoga kasih kurnia Tuhan Yesus Kristus, kasih Allah dan keakraban Roh Kudus menyertai kamu semua. Amin.3014
- SongmakerIn Pujian & Penyembahan·16 September 2021Sekarang Live … jom support mereka. ….https://www.komuniti-digital.com/malaysianworship3018
- Mencintai Firman TuhanIn Kehidupan Kristian·19 August 2021*Mencintai Firman Tuhan* *Mazmur 119:165-168 (TB)* 165 Besarlah ketenteraman pada orang-orang yang mencintai Taurat-Mu, tidak ada batu sandungan bagi mereka. 166 Aku menantikan keselamatan dari pada-Mu, ya TUHAN, dan aku melakukan perintah-perintah-Mu. 167 Aku berpegang pada peringatan-peringatan-Mu, dan aku amat mencintainya. 168 Aku berpegang pada titah-titah-Mu dan peringatan-peringatan-Mu, sebab seluruh hidupku terbuka di hadapan-Mu.3043
bottom of page











