top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- 2 Korintus 13:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 October 2021Semoga kasih kurnia Tuhan Yesus Kristus, kasih Allah dan keakraban Roh Kudus menyertai kamu semua. Amin.3014
- Amanat AgungIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·25 March 20233044
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 15) : Tuhan itu HidupIn Doa dan Puasa NECF 2021·20 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Bilangan 24-33 Sabtu, 21 Ogos 2021 Komputer merupakan suatu teknologi yang menakjubkan. Ia dapat melakukan banyak perkara bahkan hari ini dapat memberikan respons seperti manusia dengan perkembangan Kecerdasan Buatan. Saya sedar beberapa orang bercakap dengan komputer seolah-olah komputer itu hidup. Teknologi akan terus maju dan akhirnya mungkin kelihatan hampir seperti makhluk hidup. Namun, pada dasarnya, komputer masih berdasarkan kepada pengiraan algoritma dan tidak memiliki jiwa yang hidup. Tuhan kita ialah Tuhan yang hidup. Dia bukanlah komputer super yang hanya memproses permintaan kita. Dia adalah Tuhan yang benar dan hidup yang menciptakan alam semesta dan yang menghakimi dunia (Yer 10). Meskipun orang Israel telah ditebus oleh Tuhan, mereka masih mengikat diri mereka kepada Baal Peor, tindakan tidak setia yang membangkitkan murka Tuhan (Bil 25). Mereka yang menyembah dewa- dewa yang tidak hidup akan binasa bersama dewa-dewa mereka. Tetapi mereka yang menyembah Tuhan yang hidup dan benar akan hidup kekal (Mrk 12:25-27; Yoh 17:3). Tuhan yang hidup terus menyatakan diri- Nya kepada semua generasi. Meskipun Dia ialah Tuhan Abraham, Ishak, dan Yakub (Kel 3:13-15), ini tidak bererti bahawa Dia adalah Tuhan masa lalu. Sebaliknya, kita bergabung dengan banyak saksi untuk menemukan Tuhan yang bercakap berulang kali kepada setiap generasi. Sama seperti orang Israel mengalami Tuhan di padang gurun, orang percaya hari ini juga dapat mengalami karya Tuhan yang berkuasa dalam hidup kita. Tuhan yang hidup adalah sumber semua kehidupan (Yoh 1:3-4; 5:26). Alkitab berbicara tentang “hidup” sebagai lebih daripada sekadar degup jantung. Ia adalah kuasa hidup ilahi yang tetap untuk selama- lamanya. Ketika kita percaya pada Tuhan yang hidup, kita boleh tenang di tengah- tengah badai. Tuhan yang hidup akan memimpin kita, berbicara kepada kita, dan membuat kita tetap hidup kekal. Doa Hari Ini : Oleh kerana Tuhan hidup dan tinggal dalam kita, berdoa agar kita ada pertemuan baru dengan Dia dan menjalani kehidupan rohani yang bersemangat bila kita bersekutu dengan Bapa, Anak dan Roh Kudus setiap hari. Berdoa untuk undang-undang perlindungan atas hak kanak-kanak, agar mereka tidak menjadi mangsa kepada orang lain, terutamanya di negeri Sabah, Sarawak dan Kelantan di mana perkahwinan anak secara aktif dipraktikkan seperti yang dilihat dalam statistik tahun 2020. Berdoa untuk kelompok Jah Hut (atau Cheres), yang sebahagian besar terdapat di Jerantut dan Termeloh, Pahang, agar Tuhan memberi mereka keadilan dan menemukan keselesaan dan kekuatan dalam Kristus setiap kali mereka menghadapi pemerasan di pasaran tenaga buruh.3018
- Inspirasi Pemuridan #6: Komuniti Kristian DigitalIn Pemuridan Digital·28 August 2021Jikalau kita lihat, gereja awal, tidak ada bangungan, sekurang-kurangnya seperti yang kita anggapkan bangunan gereja untuk zaman sekarang. Orang-orang Kristian abad pertama sentiasa dianiaya dan oleh sebab itu, mereka sentiasa berkumpul secara rahsia di rumah-rumah. Apabila pengaruh kekrisitanan berkembang, mereka mula membangunkan bangunan yang khususnya untuk beribadah, dan menjadi bangunan gereja yang kita kenali sekarang. Gereja adalah berkenaan dengan ahli-ahli gereja dan bukan berkenaan dengan bangunan. Persaudaraan (fellowship), Pujian dan Penyembahan (worship) dan pelayanan (ministry) adalah dilakukan oleh ahli-ahli gereja. Bangunan gereja memudahkan (facilitate) pelayanan dan bukanlah pelayanan itu sendiri. Bayangkan, apakah boleh kita fikirkan ruang digital seperti bangungan? Di mana, ruang digital adalah untuk memudahkan pelayanan dan bukanlah pelayanan itu sendiri. Kita lihat situasi Malaysia yang sekarang ini. Statistiks di bawah dipetik dari "Malaysia Digital Economy Blueprint". Apabila kita melihat statistik di atas, gereja-gereja zaman sekarang tidak adalah pilihan lain, kecuali mempunyai dan melaksanakan strategi digital. Komuniti orang-orang yang percaya adalah penting di dalam semua jenis pelayanan. Dari sudut digital, komuniti digital juga boleh melakukan pelayanan 24/7. Pelayanan yang sama yang dilakukan oleh gereja awal KPR 2:42-47 boleh dilakukan secara digital. Pemuridan digital mempunyai beberapa "touch points" yang akan membawa seseorang di dalam perjalanan rohani mereka. Kumpulan kecil atau kelompok sel, adalah tunggak belakang satu gereja. Kisah Para Rasul 2:42-47 (AVB) 42 Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, dan pada persaudaraan, pembahagian roti dan doa. 43 Rasa takut memenuhi setiap hati dan banyak keajaiban serta tanda dilakukan melalui para rasul itu. 44 Ketika itu semua yang beriman tetap bersatu dan berkongsi segala yang ada pada mereka, 45 serta menjual harta benda mereka lalu membahagikannya antara mereka menurut keperluan seseorang. 46 Demikianlah setiap hari mereka di Bait Suci dengan satu hati, dan membahagi roti dari rumah ke rumah, lalu memakan rezeki mereka dengan sukacita dan tulus hati, 47 sambil memuji Allah dan menerima rasa muhibah daripada semua orang. Setiap hari Tuhan menambah bilangan jemaah mereka itu dengan orang yang diselamatkan. Ada beberapa perkara yang penting yang boleh kita lakukan di dalam pemuridan digital, sama seperti yang dilakukan oleh KPR 2:42-47 1) Reaching (Penjangkauan) Komuniti orang-orang yang percaya haruslah diberikan peluang untuk memberitakan injil dan mengongsikan kesaksian mereka. Mereka juga boleh menggunakan kesaksian orang lain untuk dikongsikan dengan yang lain. "Content" juga haruslah boleh dicari di internet (SEO - Search Engine Optimization). Sebab itu, di Komuniti Digital, kami menyediakan semua di atas untuk memudahkan penjangkauan dan misi. 2) Teaching (Pengajaran) Murid-murid digital Yesus boleh mempelajari bahan-bahan pemuridan dari kerjasama gereja-gereja BM di Akademi Komuniti Digital. Mereka boleh mempelajari secara kendiri atau di dalam kumpulan kecil. 3) Relationship (Perhubungan) Murid-murid Yesus boleh mempunyai “Connections” di antara satu sama lain, melalui Forum Komunti Digital, Group Komunti Digital dan platform messaging (di mana ahli-ahli KD boleh Chat satu sama lain satu dengan satu atau di dalam kumpulan). Kita berdoa untuk satu sama lain, bertanya soalan, berbincang dan membina perhubungan yang kuat. 4) Multiplying (Pelipat-gandaan). Murid-murid Yesus boleh mengongsikan bahan-bahan pemuridan kepada yang lain. Juga kumpulan pemuridan dapat dilipat-gandakan. Bahan- bahan pemuridan dapat di akses secara online, oleh itu pemuridan tidak terbatas secara geografi. Harapan kami di Komuniti Digital ialah supaya revolusi pemuridan dapat berlaku di zaman kita sekarang. Secara kesimpulan, pelayanan yang diperkasakan Roh Kudus, seperti yang dilakukan di zaman gereja awal, boleh dilakukan sekali lagi dengan kemudahan platform digital yang kita ada sekarang ini. Mari kita berdoa supaya kombinasi pemuridan digital dan fizikal dapat mencetuskan satu revolusi pemuridan di zaman sekarang.3086
- Mencintai Firman TuhanIn Kehidupan Kristian·19 August 2021*Mencintai Firman Tuhan* *Mazmur 119:165-168 (TB)* 165 Besarlah ketenteraman pada orang-orang yang mencintai Taurat-Mu, tidak ada batu sandungan bagi mereka. 166 Aku menantikan keselamatan dari pada-Mu, ya TUHAN, dan aku melakukan perintah-perintah-Mu. 167 Aku berpegang pada peringatan-peringatan-Mu, dan aku amat mencintainya. 168 Aku berpegang pada titah-titah-Mu dan peringatan-peringatan-Mu, sebab seluruh hidupku terbuka di hadapan-Mu.3043
- Kasih Tuhan yang begitu besarIn Keluarga·11 February 2022Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada Tuhan, hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran. Keluarga Daniel Wharff ini adalah salah sebuah keluarga kristian di Sri Aman. Begitu indahnya ciptaan Tuhan and kasihNya kepada keluarga Daniel, hingga memberkati Daniel dan Sulie dengan tiga anak. Masa rakaman video ini, anak-anak mereka sangat gembira, begitu juga dengan Daniel dan Sulie melihat anak-anak bermain di sisi mereka. Lagu dalam video ini diambil dari artist Phil Wickham yang bertajuk It's Always Been You. Masa saya edit video ini, menitis air mata melihat satu suasana yang gembira dan bertapa indahnya lagu ini yang menyatakan It's always been You (Yesus) dari mulanya. Tuhan sentiasa bersama mereka dan mengiring mereka dalam setiap langkah. Apakah itu kegembiraan? Harta dunia, pencapaian, bahkan orang dalam hidup kita, adalah berkat yang membuat kita bahagia dan menyemarakkan kegembiraan. Walau bagaimanapun, Alkitab mengajar bahawa sumber semua kegembiraan ialah Yesus. Ianya adalah perancangan Tuhan sejak awal lagi, Firman yang menjadi manusia, tinggal di antara kita adalah batu yang kukuh, membolehkan kita mengharungi situasi yang sukar. Dalam Roma 15:13 menyatakan, "Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Kudus." Apakah warisan yang anda turunkan? Alkitab mengajar kita bahawa, didiklah seorang anak di jalan yang patut dilaluinya, maka pada masa tuanya pun dia tidak menyimpang dari laluan itu. Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang seperti itulah yang empunya kerajaan syurga."3033
- SongmakerIn Pujian & Penyembahan·16 September 2021Sekarang Live … jom support mereka. ….https://www.komuniti-digital.com/malaysianworship3018
- Angkatlah Batu ItuIn Bayu Pengharapan·27 August 2021Renungan: Yohanes 11: 1-44 Maka mereka mengangkat batu itu. Lalu Yesus menengadah ke atas dan berkata: “Bapa, Aku mengucap syukur kepada-Mu, kerana Engkau telah mendengarkan Aku.” (ayat 41) Bilakah kita bersyukur? Adakah kita bersyukur apabila doa kita telah terkabul atau mukzizat ternyata di depan mata kita? Pengucapan syukur sewaktu berdoa dapat melenyapkan segala kegelapan jiwa kita dan menolong kita untuk menantikan Tuhan dengan penuh pengharapan. Tuhan Yesus mengucapkan syukur ketika Lazarus masih terbaring kaku di kubur gelap. Dengan beriman penuh, Dia yakin sungguh bahawa Lazarus akan segera dibangkit oleh kuasa Tuhan. Kemenangan selalu tercapai dengan pengucapan syukur dan iman yang melayang kepada Bapa Syurgawi. Pengucapan syukur membebaskan kita daripada kubur keraguan kita yang dingin. Orang yang beriman tidak seharusnya tinggal di penjara atau bersunggut- sunggut sehingga masalah kehidupan mereka berlalu. Belajar bersyukur atas berkat kehadiran anak-anak kita dan jangan hanya melihat masalah besar dalam sikap mereka. Belajar bersyukur atas kehadiran suami kita sekalipun mereka belum ditransformasi sekian lamanya! Sungutan hanya akan membesarkan masalah kita dan memperbesar jurang komunikasi kita. Bersyukur atas setiap masalah dan mempelawa campurtangan Tuhan. Terapkan sikap bersyukur dan memberkati orang lain setelah anda menerima berkat- Nya yang berkelimpahan. Jeanne Philipps, penulis “Dear Abby” menulis demikian: Ya Bapa di syurga: Kami bersyukur kepada-Mu atas makanan, dan ingat orang yang lapar. Kami bersyukur kepada-Mu atas kesihatan, dan ingat orang yang sakit. Kami bersyukur kepada-Mu atas kawan-kawan dan ingat orang yang tiada kawan. Kami bersyukur kepada-Mu atas kemerdekaan, dan ingat orang yang diperhambakan. Semoga ingatan ini menggerakkan kami untuk melayani Engkau. Amin. Doa: Tuhan Penebusku, ajari aku sentiasa bersyukur kepada-Mu.3016
- "🔥Jangan Berdebat Dengan Orang Bodoh🔥"In Inspirasi & Renungan·1 September 2021Sebuah kisah ... Hiduplah seorang guru yang sangat dihormati karena tegas dan jujur. Suatu hari ... Dua muridnya menghadap guru Mereka bertengkar hebat dan nyaris beradu fisik.Keduanya berdebat tentang hasil hitungan 3 x 7. Murid pandai mengatakan hasilnya 21. Murid bodoh bersikukuh hasilnya 27. Murid bodoh menentang murid pandai supaya gurunya menilai siapa yang benar diantara mereka. Murid bodoh mengatakan : “Jika saya yang benar 3 x 7 = 27, maka kamu harus mahu dicambuk 10 kali oleh Guru. Tetapi kalau kamu yang benar (3 x 7 = 21), maka saya bersedia untuk memenggal kepala saya sendiri. Haahaahaa…haahaahaa...” Demikian si bodoh menentang dengan sangat yakin akan pendapatnya. “Katakan guru, mana yang benar?” Tanya murid bodoh. Ternyata guru mencambuk 10x bagi murid yang pandai (yang menjawab 21). Murid pandai pun membantah … Tapi gurunya menjawab : “Hukuman ini bukan untuk hasil hitunganmu, tapi untuk ketidakarifanmu karena berdebat dengan orang bodoh yang tidak tahu kalo 3×7 adalah 21.” Guru melanjutkan : “Lebih baik melihatmu dicambuk dan menjadi arif daripada guru harus melihat 1 nyawa terbuang sia-sia karena menenggal kepalanya sendiri” Pesan Moral : *Hindari berdebat dengan orang yang tidak menguasai data permasalahan dan ilmu sebab bila mental kita masih lemah maka hanya emosi dan permusuhan yang didapat* *Berdebat/bertengkar untuk sesuatu yang tidak perlu diperebutkan kebenarannya hanya akan menguras energi percuma* *Ada saatnya kita diam untuk menghindari/mengakhiri perdebatan yang tidak perlu* *Diam bukan bererti kalah - Menang juga bukan hal yang luar biasa apalagi menang melawan orang yang tidak mengerti* *Pemenang sejati adalah orang yang mampu menaklukkan egonya sendiri* * Setiap orang mendambakan kedamaian hidup. Sebelum berdamai dengan orang lain, Sebaiknya berdamailah dulu dengan diri sendiri. Alkitab mengajarkankan: Kolose 4: 5-6 "Hiduplah dengan penuh hikmat terhadap orang-orang luar, pergunakanlah waktu yang ada. Hendaklah kata-katamu senantiasa penuh kasih, jangan hambar, sehingga kamu tahu, bagaimana kamu harus memberi jawab kepada setiap orang". Tuhan memberkati.... #berbagiberkatsetiaphari..Elisa joel30174
- Lukas 24:8 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 September 2021Mereka pun teringatlah akan kata-kata Yesus. 302
- Tabiat #3: Taat kepada Tuhan (Obey God)In Kehidupan Kristian·18 July 2021Ulangan 27:10 Oleh sebab itu patuhilah Tuhan , Allahmu, dan lakukanlah segala perintah-Nya serta segala kanun-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Dan dengan seterusnya di dalam ayat 28:1 Tuhan telah berjanji akan memberikan kita berkat apabila kita mentaati firman Tuhan. Ulangan 28:1 Jika secara ikhlas engkau bersungguh-sungguh mematuhi Tuhan , Allahmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka Tuhan , Allahmu, akan meninggikan engkau mengatasi segala bangsa di bumi. Kita mematuhi dengan iklhas dan bersungguh-sungguh Kita mematuhi dengan setia … (di dalam bahasa Inggeris, diligently)... maksudnya, berterusan. Consistent. Sesuatu yang kita lakukan berulang-ulang. Dan sesuatu yang kita lakukan berulang-ulang akan menjadi tabiat kita. Dan apabila kita taat dan setia melakukan firman Tuhan, ia menjadi tabiat kehidupan kita, karakter kita akan bertumbuh dan dengan karakter yang bertumbuh, kita pasti akan memenuhi destini dan rancangan Tuhan di dalam kehidupan kita. Saya cadangkan kita membaca Berkat Ulangan 28, jikalau kita mematuhi Tuhan. Segala berkat akan datang ke atas kita. Kita kita akan diberkati. Ladang, hasil kandungan, hasil tanah, hasil ternakan …. Semuanya akan diberkati Tuhan. Iaitu perniagaan kita, business kita, hasil pekerjaan kita, akan diberkati Tuhan. Bakul dan adunan kita akan diberkati. Keluar masuk kita dari rumah akan diberkati. Musuh kita akan dikalahkan. Ulangan 28:8 Tuhan akan memerintahkan berkat-Nya turun ke atas bangsal-bangsal di ladangmu dan ke atas segala usaha kamu. Dia akan memberkati engkau di negeri yang dikurniakan Tuhan , Allahmu, kepadamu. Tuhan akan membuat kita berkelimpahan dalam kebaikan Tuhan akan membuka bagi kita, perbendaharaan Nya yang baik, untuk memberkati segala pekerjaan kita ! Tuhan akan menjadikan kita kepala dan bukan ekor. Kita akan berada di atas dan bukan di bawah … Ini semuanya adalah yang tertulis di dalam Ulangan 28. Syaratnya, ialah kita mematuhi Tuhan dan tidak menyimpang ke kiri dan ke kanan.Baca Ulangan 28, teman-teman sekalian dan biarlah firman Tuhan mengubah cara pemikiran kita, supaya kita sentiasa di dalam keredaan Allah. Always within the favour of the Lord. Jadi apakah kita mahu menerima berkat Ulangan 28? Tentu kita semua mahu kan? Rahsianya, ialah kita memupuk tabiat yang ke-3 ini, iaitu mematuhi dan taat kepada Tuhan. Kita hanya akan dapat mematuhi Tuhan, jikalau kita mempunyai tabiat berdoa dan tabiat merenungkan firman Tuhan. Dan dengan itu, kita mempunyai tabiat untuk bergantung kepada Tuhan dan dengan itu, tabiat yang ke-3 ini, menjadi satu yang senang untuk kita lakukan… amen saudara-saudari? Ingatkah kita, ibarat 2 jenis asas yang tertulis di dalam matius 7. Yesus menyatakan bahawa bukan semua orang yang memanggilku “Tuhan, Tuhan” akan memasuki kerajaan syurga, tetapi, mereka yang melaksanakan kehendak bapaku yang di syurga. Dan kemudian dia menceritakan ibarat 2 jenis asas. Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata Yesus, ibarat orang yang bijak yang membina rumah di atas batu. Hujan, banjir dan angin kencang tidak akan meruntuhkan rumah tersebut kerana berasaskan batu. Manakala, sesiapa yang mendengar dan tidak menurut kata-kata Yesus, adalah ibarat seorang yang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan, banjir dan angin kencang akan meruntuhkan rumah tersebut. Jadi inilah peringatan kita untuk hari ini. Apakah kita mahu berjaya di dalam hidup kita? Lakukanlah firman Tuhan. Apakah kita mahu menerima berkat yang melimpah ruah? Lakukanlah firman Tuhan. Apakah kita mahu membina hidup kita atas dasar yang kuat? Lakukanlah firman Tuhan. Amen ?30149
- Mazmur 112:7-8 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·18 September 2021Dia tidak akan takut kepada berita buruk; hatinya teguh, percaya kepada Tuhan. Hatinya tenteram, dia tidak akan gentar; dan dia akan melihat kehendaknya berlaku ke atas musuhnya.3014
bottom of page










