top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Nahum 1:7 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·21 September 2021Tuhan itu baik, Dialah benteng pada masa kesesakan. Dia mengenal mereka yang berlindung pada-Nya.202
- Markus 3:20-30. Mengkufuri Ruh Kudus.In Inspirasi & Renungan·5 May 2022Yesus dan murid-muridnya begitu sibuk sehingga tidak sempat makan. Tindakan tidak mementingkan diri sendiri ini di intepretasikan sebagai kelakuan yang tidak siuman. Pendapat yang salah ini menjadi viral. (bukan melaluii Internet). Melalui gossip. Pendapat yang salah ini sampai ke telinga keluarga Yesus dan golongan guru Taurat. Ada dua reaksi yang berlainan. Keluarganya datang ambil dia. Guru Taurat kata Yesus dirasuk ruh iblis. Yesus membuat tiga komen tentang kata-kata guru-guru Taurat ini. Kommen pertama ialah guru-guru Taurat ini tiada lojik. Iblis tidak lawan iblis kerana mereka dalam pihak/pasukan yang sama. Kommen kedua ialah iblis diibaratkan sebagai orang gagah. Tetapi Yesus ialah orang yang boleh ikat orang gagah itu. Kommen ini mesti buatkan kita berfikir. Siapa ini Yesus Kristus yang kalahkan iblis? Manusia yang biasa tidak ada kuasa untuk kalahkan iblis. Kommen ketiga ditujukan kepada guru-guru Taurat. Semua dosa mengkufuri manusia boleh diampuni tetapi dosa mengkufuri Ruh Kudus tidak akan diampuni. Dari ayat 30, kita tahu bahawa dosa mengkufuri Ruh Kudus ialah mengelarkan Ruh Kudus sebagai ruh iblis. Ruh dalam Yesus ialah Ruh Kudus. Jangan sekali kali ada orang mengatakan ruh di dalam Yesus ialah ruh iblis. Tuhan berkati.2019
- Musuh terakhir yang akan dilenyapkan ialah mautIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·3 April 2022Musuh terakhir yang akan dilenyapkan ialah Maut. 1 Korintus 15:26 AVB https://bible.com/bible/2271/1co.15.26.AVB205
- Puji syukur kepada Tuhan yang MahakuasaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·14 April 2022Memang dahulu kamu berniat melakukan kejahatan terhadapku, tetapi Allah memaksudkan perbuatan kamu untuk tujuan yang baik sehingga wujud apa yang terjadi sehingga hari ini, iaitu dengan terpeliharanya kelangsungan hidup ramai manusia. Kejadian 50:20 AVB https://bible.com/bible/2271/gen.50.20.AVB2010
- IT IS DONEIn Inspirasi & Renungan·15 April 2022Saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi seandainya Yesus tidak mati dikayu salib buat anda dan saya? Hidup pasti mengerikan dan penuh dengan intermidasi bukan? Kita akan lihat methode penyaliban dan hukuman mati di mana ‘korban’ diikat atau dipaku ke kayu salib yang besar dan dibiarkan digantung sampai akhirnya mati karena kelelahan dan sesak napas. Itu digunakan sebagai hukuman oleh orang Romawi. Makanya alkitab berkata, “Kita sekalian sesat seperti domba, masing-masing kita mengambil jalannya sendiri, tetapi Tuhan telah menimpakan kepadaNya kejahatan kita sekalian.” Yes 53:6. Banyak tulisan yang menyatakan bahwa pengorbanan Yesus dikayu salib suatu sejarah. Buat saya secara pribadi ini bukan hanya sejarah tetapi suatu kebenaran dan fakta dimana manusia tidak dapat memungkiri dan Dia melakukanNya atas dasar kasihNya terhadap dunia ini. Kita akan lihat secara kronologis persiapanNya ke kayu salib. 1. Perjamuan terakhir Malam hari dimulai dengan perjamuan paskah. Sesudah itu Yesus membasuk kaki murid-muridNya, lalu Yesus mengumumkan bahwa dia akan dikhianati dan mengambil perjamuan bersama murid-muridNya. 2. Perjalanan terakhir Sesudah Yesus meninggalkan ruang atas (upper room) untuk terakhir kalinya. Yesus menuju kebukit zaitun (Mount of Olives). Murid-muridNya bersama Yesus selama tiga tahun dan mulai kelihatan keretakkan dan Yudas mulai sibuk mengatur tentara romawi untuk mengangkap Yesus. Yesus berkata, “Akulah pokok anggur yang benar dan BapaKulah pengusahanya.” Yohanes 15:1 dan Yesus mengajar murid-muridNya untuk tetap hidup didalam Dia dengan penuh ketaatan, karna Dia tahu murid-muridNya akan mengalami kesukaraan dan Dia berjanji bahwa Dia akan mengirim menghibur itu iaitu Roh Kudus. 3. Doa di taman Yesus berdoa untuk banyak hal, dan apa yang akan Dia alami nanti. Yesus berdoa untuk kegenapan kehendak Tuhan dalam hidupNya. Yesus berdoa supaya setiap orang yang belum mempercayaiNya suatu hari nanti menjadi murid-muridNya. Dia juga berdoa katanya, Ya BapaKu kalau boleh biarlah cawan ini mungkin lalu daripadaKu (Mat 26:42). 4. Yesus ditangkap Saat tentara dan pemimpin agama menemani Yudas Iskariot ke taman, Yesus menunggu dan Dia tahu apa yang akan terjadi. Sekalipun Yesus tahu Yudas akan mengkhianati Dia namun Yesus tetap memanggil Yudas sahabat. Detik terakhir Yesus tetap menyembuhkan telinga yang dipotong oleh muridnya. 5. Yesus di hadap mahkamah agama Malam itu dipenuhi dengan canda dan tawa untuk mempermalukan Anak Allah. Dia muncul di hadapan imam besar, yang telah menilai Dia bersalah sebelum dia ditangkap. Setelah menginterogasi Yesus, Herodes mengembalikan Yesus kepada hakim Romawi. Sebelum Dia disalibkan Yesus dicambuk dengan sangat brutal. 6. Penyaliban Penyaliban dibenci oleh warga Romawi. Tentara Romawi telah belajar dari Fenisia cara yang sangat sadis dan menyakitkan untuk mengeksekusi penjahat, ingat Yesus tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kata "salib" akan mengundang trauma pada orang romawi yang pernah menyaksikan peristiwa ini. Penyaliban biasanya dimulai dengan pemukulan. Seorang pria akan dicambuk dengan cambuk yang memiliki potongan logam, tulang, atau batu di ujung setiap talinya. Anda bisa bayangkan bagaimana Yesus menanggungNya diatas kayu salib buat anda dan saya? Yesus memikul salib beratnya kira-kira 136 kilogram diatas pundakNya dan lebih parah lagi, lengan dan tangan Yesus diikat ke palang. Jadi, dia tidak mungkin berjalan setengah mil ke Golgota tanpa jatuh karena jalannya yang tidak rata dan kasar dengan kaki telanjang Yesus berjalan sambil memikul salib sekitar empat kilometer. Manusia biasa harus memikul berat 136 kilo, jatuh beberapa kali dan berjalan 4 kilometer tidak mungkin sanggup dan menurut perkiraan saya manusia biasa bisa mati di tengah jalan tetapi beda dengan Yesus. Kalau Yesus sanggup lakukan semuanya itu hanya untuk anda dan saya apakah sukar untuk kita melakukan dan melayani Dia dengan sungguh-sungguh? Mari setiap kita renungan karya Yesus dikayu salib jauh lebih parah dari apa yang anda sedang alami hari-hari ini. Renungan harian mattgsingh 15 April 2022.2029
- Suka Dibohongi?In Inspirasi & Renungan·19 June 2023Berhentilah berbohong dan jangan mau lagi dibohongi.. Janganlah kita hidup dalam kebohongan.. Hiduplah di dalam kebenaran Tuhan.2065
- BertahanlahIn Inspirasi & Renungan·4 July 2023Tuhan Yesus yang selalu menopang kita saat kita lemah.. Dia akan memberi kita kekuatan-Nya, ketika kita tidak berdaya..2021
- Laguku......In Kehidupan Kristian·5 July 2023A. Joseph, Digital Art (Scanography), tajuk "laguku" 2023. Ini merupakan Alkitab pertama yang ada dirumah kediaman keluarga saya. Walaupun usang namun, tersimpan banyak kenangan bersama keluarga tercinta. Terdahulu, mendiang dady gemar berceritakan kisah-kisah Alkitab menarik yang kepada kami anak-anaknya. Kisah Simson manusia terkuat adalah kegemaran ku. Terima kasih atas memori terindah itu dady. Mazmur- Penghiburan ketika lara. Saya gemar bernyanyikan Mazmur, memuliakan kerja tangan Tuhan. Mazmur juga pengubat kerinduan saya terhadap mendiang dady yang tidak ada penghujungnya. "Aku hendak menyanyi bagi TUHAN selama aku hidup, aku hendak bermazmur bagi Allahku selagi aku ada." (Mzm. 104:33) 🌻 A. Joseph2083
- Mengekalkan Komitmen Seumur HidupIn Keluarga·19 July 2023Komitmen dan kesetiaan adalah asas perkahwinan yang berkembang maju dan bertahan lama; hormatilah perkahwinan anda dan anda akan menerima pahala dalam bentuk keselamatan, kestabilan dan kepuasan hidup. Apabila dua orang menyatakan bahawa mereka bersikap komited terhadap perkahwinan seumur hidup, mereka berikrar bahawa perkahwinan mereka adalah keutamaan dalam hidup dan mereka akan berbuat apa sahaja untuk menjayakannya. Pasangan yang sihat percaya bahawa perkahwinan adalah kekal dan perceraian bukan pilihan yang betul. Mereka mengharapkan masa depan yang cerah, saling mencintai dan melaburkan masa dan usaha dalam hubungan mereka. Dalam perkahwinan yang sihat, para pasangan menjangka bahawa mereka akan menghadapi cabaran bersama-sama dan rela melepaskan hak peribadi untuk menjayakan perkahwinan mereka. Bagaimana ini dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian? Marilah kita perhatikannya dengan lebih teliti. Perkahwinan adalah anugerah yang tidak ternilai Komitmen seumur hidup mencerminkan dan berkembang dari kesedaran bahawa perkahwinan adalah hadiah yang tidak ternilai yang harus dinikmati dalam kekekalan yang selamat. Pasangan yang kekal bersama untuk jangka masa panjang faham bahawa perkahwinan bukan sekadar perkongsian kontrak atau hubungan seksual antara dua orang; ia adalah penyatuan yang suci dan penuh takzim antara dua jiwa yang mencapai kesempurnaan dalam hubungan satu sama lain. Cinta adalah suatu keputusan Komitmen seumur hidup bermakna bahawa anda mencintai pasanganmu sehingga sanggup membuat keputusan untuk kekal berkahwin sehingga ‘maut memisahkan kita’. Dalam kata lain, perceraian bukanlah suatu pilihan. Kadangkala, suami isteri perlu membuat keputusan untuk mencintai – walaupun mereka berasa kurang rela. Perkataan ‘keputusan’ datang dari kata dasar ‘putus’. Anda tidak dapat membuat komitmen tanpa memutuskan segala pilihan lain yang bersaing dengan apa yang paling penting. Bakarlah kapal-kapal (yakni hapuskan pilihan lain)! Ungkapan ini merujuk kepada salah satu peristiwa yang paling dramatik dalam sejarah penaklukan benua Amerika oleh pihak Sepanyol. Pada tahun 1519, si penakluk Hernando Cortés mendarat di pantai Yucatan di Mexico, dan berazam untuk merampas harta khazanah orang Aztec. Dia sedar bahawa dia dan tenteranya menghadapi rintangan yang amat besar dan oleh itu, dia telah menukar sifat kempen penaklukan dengan memberi arahan untuk ‘membakar kapal-kapal’. Dengan ketiadaan jalan keluar atau pilihan lain, tenteranya terpaksa terus mara ke depan. Para pasangan yang mempunyai perkahwinan yang berjaya telah ‘membakar kapal-kapal mereka’ dengan menghapuskan perkataan ‘perceraian’ dari perbendaharaan kata mereka. Secara ringkasnya, ia berkait dengan komitmen (walaupun komitmen bukanlah tugasan yang mudah). Oleh itu, hapuskanlah pilihan untuk bercerai kerana melarikan diri dari masalah adalah mudah sekiranya anda masih mempunyai pilihan tersebut. Anda suka hubungan perkahwinan-mu Satu lagi aspek komitmen seumur hidup ialah anda mampu berkata, “Saya memang suka hubungan ini dan mahunya kekal berpanjangan. Dan untuk memastikan perkahwinan anda berpanjangan, anda mesti memberikannya kemuliaan dan penghormatan yang tertinggi. Membuat keputusan untuk kekal tinggal bersama adalah salah satu cara untuk memuliakan perkahwinan anda. Namun demikian, penghormatan dan komitmen juga melibatkan emosi dan perasaan. Sekiranya anda dapat berkata, “Saya menghargai dan suka perkahwinan ini” dan benar-benar serius, anda sedang menuju ke arah membina hubungan yang akan berkekalan. Berikut adalah beberapa jawaban yang diberi oleh peserta seminar perkahwinan tentang persoalan “Apakah yang anda suka tentang perkahwinan anda?” · Bersantai dan ketawa bersama-sama. · Sinergi – 1 + 1 =3 · Nilai-nilai yang dikongsi bersama · Membesarkan anak-anak kita (sebagai sebuah pasukan) · ‘Mencipta’ kenangan · Saya mempunyai orang untuk meraikan bersama · Berkongsi keintiman yang paling mendalam · Seks · Bersama-sama berkhidmat kepada masyarakat · Mencintai dan dicintai · Berkahwin dengan sahabat saya yang paling akrab · Bersama-sama mengalami pasang surut kehidupan (suatu pengembaraan yang mengujakan) Kamu mengambil tindakan Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, komitmen bukan sekadar ‘membuat keputusan’ (kehendak) atau ‘menyukai’ hubungan perkahwinan (perasaan). Sebaliknya, komitmen adalah terutamanya berkait dengan mengambil tindakan aktif untuk memupuk perkahwinan anda. Anda tidak hanya bercakap (cakap sahaja tetapi tiada tindakan); anda menunjukkan betapa pentingnya perkahwinan anda dengan melaburkan masa dan wang ringgit secara proaktif untuk memajukannya. Semasa musim yang mencabar, anda berjuang untuk perkahwinan anda. Pada setiap musim, anda menunjukkan bahawa anda rela untuk membuat apa sahaja untuk mengekalkan keutuhan hubungan tersebut. Mempraktikkannya Kajian telah menunjukkan bahawa komitmen terhadap perkahwinan menghasilkan hubungan yang memuaskan dalam kesemua segi. Kaum wanita memberi sambutan yang baik bila mereka tahu bahawa suami sanggup mengenepikan ego kerana isteri. Kaum lelaki teragak-agak untuk melaburkan masa dan tenaga melainkan mereka tahu bahawa akan terdapat ganjaran. Salah seorang penyelidik membuat kesimpulan bahawa “seorang lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk seorang wanita bila dia telah memutuskan bahawa, Dia masa depanku.” Bagaimanakah anda boleh membuat konsep ini jadi realiti dan praktikal untuk kehidupan harian? Anda boleh bermula dengan aktiviti Malam Berpacaran yang menimbulkan keterujaan dan rangsangan dari komitmen bersama. Fikirkan beberapa aktiviti yang tidak akan berjaya melainkan anda berdua memutuskan terlebih dahulu untuk melakukannya sampai tahap terakhir. Misalnya aktiviti menari – memang perlu ‘dua orang untuk menari’ – tetapi terdapat permainan dan aktiviti sukan yang lain – contohnya tenis, badminton dan aktiviti pendakian – yang mungkin sesuai. Projek seni juga boleh memenuhi keperluan ini. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin.2065
- Selepas Tamatnya PergaduhanIn Keluarga·5 May 2023Pergaduhan bukanlah perkara yang harus membimbangkan pasangan yang berkahwin; sebaliknya apa yang harus dikhuatiri ialah perkara yang akan berlaku selepas tamatnya pertengkaran. Hampir kesemua pasangan suami isteri mengalami persengketaan, dan ini tidak semestinya memudaratkan hubungan mereka. Perang mulut yang terbatas boleh ‘merangsangkan hubungan’, memberi pasangan peluang untuk meluahkan perasaan kecewa dan melepaskan geram dan tekanan. Namun demikian, persoalan penting ialah apa yang menyusul selepas tamatnya pergaduhan. Dalam hubungan yang sihat, konfrontasi berakhir dengan kemaafan, hubungan yang lebih akrab dan sikap saling menghormati dan memahami yang lebih mendalam. Sebaliknya, dalam perkahwinan yang tidak stabil, konflik selalunya tidak diselesaikan dengan sempurna. Bila akibat suatu pertempuran bertindih dengan permulaan konflik yang seterusnya, keadaan berbahaya akan timbul. Para pasangan seharusnya menilai apa yang berlaku selepas konfrontasi berakhir. Adakah terdapat perbuatan atau percakapan yang telah menyakitkan hati pasangan anda? Haruskah anda meminta maaf kerana menjatuhkan harga diri pasangan dan mengabaikan isu-isu yang memisahkan anda berdua? Adakah wujudnya perkara-perkara besar yang belum diselesaikan? Tangani-lah isu-isu ini sebelum mereka menjadi lebih teruk dan menjejaskan hubungan anda berdua. Ingatilah pepatah lama – jangan biar mentari terbenam sebelum perasaan marah hilang. Ini adalah nasihat yang baik untuk perkahwinan. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.2044
- MelayaniIn Inspirasi & Renungan·5 May 2023Melayani itu tentang kepentingan Tuhan Yesus dan orang lain, bukan diri kita sendiri.. Tunjukkan pelayanan yang terbaik untuk kemuliaan Bapa..2012
- Filipi 4:7In Grafik Firman Tuhan & Animasi·5 November 2021Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.204
bottom of page











