top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Tingkah Laku dan AkibatnyaIn Keluarga·18 April 2023Tingkah Laku dan Akibatnya Oleh Bill Maier Adakah anda boleh menilai keadaan yang sebenar? Berikut adalah suatu kuiz: Bob memandu kereta lumbanya yang berwarna merah dengan kelajuan 145 kilometer sejam di lebuh raya. Dia ditahan oleh anggota polis trafik yang memberi Bob: · Ucapan salam yang ramah · Biskut · Saman kerana memandu terlalu cepat Susan lebih suka tidur lewat daripada menepati waktu apabila pergi bekerja. Selepas tiba di pejabat dua hingga tiga jam lewat selama dua minggu berturut-turut, bos mengarahkan Susan: · Tidur lebih awal · Bercuti supaya dia dapat berehat · Cari pekerjaan lain Kedua-dua Bob dan Susan akan mengalami akibat yang pedih kerana kelakuan mereka. Kita hanya berharap bahawa mereka akan belajar dari pengalaman pahit dan menyebabkan Bob menjadi pemandu yang lebih berhemah dan Susan menjadi pekerja yang lebih bertanggungjawab. Latihan untuk Keadaan Dunia yang Sebenar Akibat buruk dari tingkah laku boleh digunakan sebagai alat berkesan apabila membesarkan anak-anak. Bila anak-anak kita melanggar peraturan atau bersikap tidak bertanggungjawab, kita boleh menggunakan alat tersebut atau membenarkan berlakunya kejadian buruk yang menyusul dari salah laku. Lambat laun, kesudahan dari tingkah laku adalah umpama guru yang mengajar anak kita tentang bagaimana dunia sebenarnya beroperasi. Malangnya, terlalu ramai ibu bapa mengambil jalan mudah, iaitu tidak mengambil tindakan sewajarnya atau mereka menyelamatkan anak dari akibat yang kurang menyenangkan. Ibu bapa sedemikian percaya bahawa mereka menunjukkan kasih sayang dengan melindungi anak-anak dari akibat buruk. Pada hakikatnya, mereka akan menyebabkan kekecewaan dan kegagalan dalam hidup anak di kemudian hari. Kesemua tindakan kita ada kesudahannya dan selalunya kita ‘menuai apa yang kita semai’. Anak-anak akan mendapat manfaat bila mereka belajar bahawa dalam hidup mereka, tindakan berkait rapat dengan akibat yang menyusul – akibat yang dialami oleh mereka adalah pedih. Kalau anak kecil menyentuh cerek yang panas, dia mengalami lecuran – itu akibat semulajadi. Bila tindakan anak-anak tidak mempunyai akibat yang jelas, ibu bapa masih boleh menggunakan kesudahan yang secara logiknya berkait rapat dengan salah laku. Misalnya bila anak tidak mematuhi arahan menyimpan kereta mainan dengan kemas, akibat yang sepatutnya terjadi ialah dia dilarang bermain dengan alat mainan tersebut pada keesokan hari. Macam mana rupanya Kaedah ‘Tingkah Laku dan Akibatnya’ Akibat tingkah laku mungkin positif atau negatif. Ibu bapa boleh menggunakan kesudahan positif bila mereka mahu menggalakkan kelakuan baik dan kesudahan negatif bila mahu menghindari salah laku. Kaedah disiplin ini hanya berkesan jika ia dilaksanakan dengan serta merta. Kanak-kanak mempunyai rentang perhatian yang sangat singkat. Anda boleh mempercepatkan masa berlakunya akibat sesuatu perbuatan dengan menggunakan sistem ‘token’ atau sistem ‘mata’. Berikan anakmu mata atau token dengan segera untuk kelakuan baik. Sebaliknya, potongkan token atau mata untuk kelakuan negatif. Mata atau token yang diperolehi boleh ditukar menjadi hak istimewa atau ganjaran yang tidak mahal. Anda harus konsisten. Jika tidak, anak anda akan menyedari dengan cepat bahawa anda bukan serius tentang apa yang anda katakan. Oleh itu, anda mesti menepati janji (atau amaran yang diberi) walaupun berasa letih. Akhirnya, akibat yang dijanjikan mestilah memberi kesan yang besar kepada kanak-kanak. Jika kesudahan positif dan negatif tidak diambil berat oleh anakmu, ia tidak akan mengubah kelakuannya. Misalnya, memperolehi bilangan mata yang cukup untuk baju baru untuk anak patungnya mungkin merupakan dorongan kuat untuk gadis berusia 7 tahun. Namun demikian, ia mungkin tidak berkesan setahun kemudian. Apabila kamu belajar bagaimana menggunakan teknik ‘tingkah laku dan akibat’ dengan berkesan – dan bukan meleter, menjerit atau mengugut – interaksi dengan anak akan bertambah baik. Anak-anak akan faham dengan jelas apa yang diharapkan dari mereka, dan anda akan jadi lebih yakin tentang peranan anda sebagai ibu bapa. Sudah tentu, anda harus melaksanakan kaedah disiplin ini dalam persekitaran hubungan yang mesra dan menyokong anak anda. Buku Dr. Dobson berjudul Dare to Discipline memberi arahan terperinci tentang cara melaksanakan kaedah ‘tingkah laku dan akibat’ dalam peranan anda sebagai ibu bapa dan bagaimana memulakan sistem ‘mata’ atau ‘token’. Jika anda memilih pilihan ketiga untuk dua soalan yang diajukan di atas, tahniah – anda betul-betul faham kebenaran prinsip ‘tingkah laku dan akibat’. Kini anda boleh menggunakan hikmah ini untuk membantu anak-anak anda menjadi orang dewasa yang matang dan bertanggungjawab yang membuat pilihan yang bijak – dan juga mempunyai pekerjaan mantap dan yang mengelakkan saman dari polis trafik. Soalan dan Jawaban: Membiarkan anak saya menanggung akibat perbuatannya Soalan: Anak saya yang berusia 13 tahun mempunyai kecenderungan terhadap tingkah laku yang tidak bertanggungjawab dan yang mementingkan diri. Pada suatu hari, saya bertolak awal dari tempat kerja supaya dia boleh pergi ke sesi uji bakat bagi tujuan mengambil bahagian dalam drama pentas muzikal. Namun demikian, dia tidak datang dan kawannya memberitahu bahawa dia sedang melepak dengan kawan-kawan kelasnya di bilik pancaragam. Saya cuba menhubunginya melalui telefon dan menunggu selama 15 minit dan lepas itu, saya balik kerja. Dia terlepas sesi uji bakat dan terpaksa menunggu di sekolah hingga pengakhiran hari bekerja. Saya berpendapat bahawa keputusan saya adalah betul tetapi ibu bapa yang lain berpendapat bahawa saya terlalu tegas. Sekarang saya berasa ragu-ragu. Apa pendapat anda? Jawaban: Tindakan anda memang berani dan dapat memberi galakan yang besar kepada ibu bapa yang memerlukan inspirasi. Malangnya, kita sedang menyaksikan kecenderungan beberapa tahun belakangan ini di mana ibu bapa ‘berfungsi berlebihan’ bagi pihak anak-anak. Contoh biasa ialah ibu bapa menjalankan tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh anak. Contoh yang lain ialah tidak membenarkan anak mereka melalui pengalaman tidak selesa atau yang tidak menyenangkan yang dapat membina akhlak anak-anak. Apa yang disangka sebagai ‘membantu’ sebenarnya ‘membantut’ pembesaran anak-anak dari segi menyediakan mereka menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab dan boleh berdikari. Malangnya, bila ibu bapa ‘berfungsi berlebihan’, mereka akan mendapat anak-anak yang menjadi orang dewasa yang ‘kurang berfungsi’. Oleh itu, kuatkan pendirianmu! Tindakan anda membiarkan anak anda mengalami akibat yang menyusul dari kelakuan yang buruk dan mementingkan diri adalah tindakan yang bersifat penyayang. Terus berusaha sebegini dan besar kemungkinannya, dia akan berterima kasih kepada anda pada suatu hari kelak. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.2061
- Selepas Tamatnya PergaduhanIn Keluarga·5 July 2023Pergaduhan bukanlah perkara yang harus membimbangkan pasangan yang berkahwin; sebaliknya apa yang harus dikhuatiri ialah perkara yang akan berlaku selepas tamatnya pertengkaran. Hampir kesemua pasangan suami isteri mengalami persengketaan, dan ini tidak semestinya memudaratkan hubungan mereka. Perang mulut yang terbatas boleh ‘merangsangkan hubungan’, memberi pasangan peluang untuk meluahkan perasaan kecewa dan melepaskan geram dan tekanan. Namun demikian, persoalan penting ialah apa yang menyusul selepas tamatnya pergaduhan. Dalam hubungan yang sihat, konfrontasi berakhir dengan kemaafan, hubungan yang lebih akrab dan sikap saling menghormati dan memahami yang lebih mendalam. Sebaliknya, dalam perkahwinan yang tidak stabil, konflik selalunya tidak diselesaikan dengan sempurna. Bila akibat suatu pertempuran bertindih dengan permulaan konflik yang seterusnya, keadaan berbahaya akan timbul. Para pasangan seharusnya menilai apa yang berlaku selepas konfrontasi berakhir. Adakah terdapat perbuatan atau percakapan yang telah menyakitkan hati pasangan anda? Haruskah anda meminta maaf kerana menjatuhkan harga diri pasangan dan mengabaikan isu-isu yang memisahkan anda berdua? Adakah wujudnya perkara-perkara besar yang belum diselesaikan? Tangani-lah isu-isu ini sebelum mereka menjadi lebih teruk dan menjejaskan hubungan anda berdua. Ingatilah pepatah lama – jangan biar mentari terbenam sebelum perasaan marah hilang. Ini adalah nasihat yang baik untuk perkahwinan. Cubalah The Couple Checkup™ (https://family.org.my/store/personal-growth/relationships-all/couple-checkup-voucher/) yakni suatu kaedah atas talian yang dicipta untuk mengenalpastikan kekuatan unik dan bidang yang harus dipupuk bagi pasangan yang sedang berpacaran atau yang sudah bertunang atau berkahwin. Selepas mendapat tahu tentang peringkat hubunganmu, keputusan yang dibuat adalah relevan. Ini adalah kerana ia dibentuk khas untuk peringkat dan struktur hubungan setiap pasangan. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.2022
- Tetap BersamaIn Inspirasi & Renungan·27 April 2023Sebagai keluarga milikilah kesatuan hati dan komitmen untuk tetap bersama.. Jadilah kuat dan saling menopang apapun yang terjadi.. Tuhan Yesus menyertai kita..2039
- Sampai TujuanIn Inspirasi & Renungan·1 March 2023Jadilah kuat dan tetaplah percaya hanya kepada Tuhan.. Di dalam nama Yesus Kristus, semua langkah kita akan sampai pada tujuan, sebab Dia menyertai kita.206
- Benih BaikIn Inspirasi & Renungan·2 March 2023Jika kita menabur benih, kita juga yang akan menuainya.. Jika menabur perkataan dan tindakan baik, kita pun akan menuai kebaikan..2010
- Hasil Dan BuahIn Inspirasi & Renungan·5 March 2023Pemimpin akan mengeluarkan hasil dan buah yang bermanfaat, baik bagi dirinya sendiri maupun bagi orang-orang yang dipimpinnya..2016
- Keluarga KuatIn Kepimpinan & Pemuridan·13 March 2023Sebagai suami isteroid milikilah kesatuan hati dan apapun yang terjadi, teruslah berkomitmen bersama.. Jadilah kuat dan saling menopang satu dengan lainnya, Tuhan Yesus menyertai kita..2012
- Gaya HidupIn Inspirasi & Renungan·14 March 2023Bijaklah mengelola keuangan.. Hiduplah sederhana dengan tenang tanpa hutang, daripada hidup mewah dalam tekanan..207
- BahagiaIn Inspirasi & Renungan·16 March 2023Selalu ada hal yang dapat disyukuri dan dipelajari dari keadaan yang terjadi.. Tuhan Yesus ingin kita mengasihi semua orang..207
- Bersama KuIn Inspirasi & Renungan·19 March 2023Tuhan Yesus menyertai kita dengan anugerah-Nya yang memberi kita kekuatan.. Percayalah, Dia tidak pernah berubah..2026
- Virus FikiranIn Inspirasi & Renungan·21 March 2023Bersukacitalah senantiasa di dalam Tuhan Yesus.. Hati yang ceria dan penuh damai akan meningkatkan kesehatan dan kekuatan..2025
- Kasih Tanpa SyaratIn Inspirasi & Renungan·22 March 2023Roh Tuhan yang akan memberi kemampuan kepada kita untuk memiliki kasih-Nya dan memiliki kemampuan mengasihi orang lain tanpa syarat…2024
bottom of page












