Support Us
Support Us
Cari
3261 results found with an empty search
- Kuasa Hubungan : Berkembang Bersama Komuniti
Oleh Pr Oliver dan Pr Martinah
- Menerima Rehat Dan Pemulihan : Kuasa Sabat Dalam Perkahwinan
Oleh Pr Oliver dan Pr Martinah
- Memikul Tanggungjawab Untuk Perkahwinan Yang Kuat
Oleh Pr Oliver dan Pr Martinah
- Membudayakan Perkahwinan Yang Sihat : Menghormati Satu Sama Lain
Oleh Pr Oliver dan Pr Martinah
- Membina Perkahwinan Yang Kuat : Kuasa Persahabatan
Oleh Pr Oliver Dan Pr Martinah
- Siri Keluarga : Hospitaliti Alkitabiah
Oleh Pr Oliver dan Pr Martinah
- Janganlah Khuatir Apabila Kamu Didakwa
“Apabila orang membawa kamu untuk didakwa di majlis saumaah atau di hadapan pemerintah atau pihak berkuasa, janganlah kamu khuatir bagaimana kamu harus membela diri atau apa yang harus kamu katakan, kerana pada waktu itu Roh Kudus akan mengajar kamu apa yang harus kamu katakan.” Lukas 12:11-12 AVB Yesus berkata kepada murid-murid-Nya supaya tidak takut atau khuatir sewaktu mereka ditangkap dan dibawa ke saumaah (rumah ibadat) atau ke hadapan pemerintah dan pihak berkuasa untuk didakwa. Sebab pada saat mereka tidak tahu bagaimana hendak membela diri atau bagaimana mereka dapat menjawab semua pertanyaan yang dikemukakan, pasti Roh Kudus akan mengajar mereka tentang apa yang harus dikatakan mereka. Oleh itu, mereka tidak perlu bimbang atau takut tentang apa yang harus dikatakan mereka untuk membela diri sewaktu mereka didakwa. Sebab Roh Kudus akan memperkasakan mereka untuk mengatakan apa yang seharusnya dikatakan dengan tepat sekali. Pada hakikatnya memutuskan untuk mengikut Yesus bererti bahawa mereka pasti akan melalui berbagai-bagai cabaran, penderitaan atau penganiayaan, namun mereka tidak perlu takut atau khuatir untuk menghadapi semuanya. Sebab mereka bukan bersendirian menghadapinya tetapi Roh Kudus yang senantiasa bersama mereka akan menolong mereka dan campur tangan. Dengan itu, tetap tenang, taat setia dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah untuk bimbingan serta perlindungan-Nya. Biarlah kita terus menjadi saksi-Nya yang berani dan setia kerana Dia pasti akan menolong diri kita. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang memohon bimbingan-Mu agar aku terus berserah dan bergantung pada-Mu dalam segala perkara dalam hidupku. Ajarlah aku untuk mengutamakan Engkau dalam semua perkara yang aku hadapi. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie












