top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (5464)
KD Post (2686)
Other Pages (619)
Komuniti Online Post (2155)
Events (4)
Filter by
Type
Category
2155 results found with an empty search
- Mimpi UlarIn Kehidupan Kristian·10 August 202131 Mac, saya bermimpi saya melakukan tindakan profetik untuk pelepasan dengan satu kumpulan pelajar. Kelihatan seorang perempuan yang berjual di situ, dia pesan saya supaya berhati-hati dengan ular. Selepas itu, kelihatan saya sedang memegang tangan seorang cikgu. Dia sangat ketakutan. Saya pun lihat di lengan tangan kiri saya, ular sedang menjalar di dalam. 3 April 2021 1.30 pagi Saya mengalami kesakitan seperti orang yang bersalin. Saya pun bangunkan suami & anak untuk berdoa. Selepas berdoa, saya rasakan satu aliran elektrik di seluruh badan. Syukur saya rasa selesa & dapat tidur selepas itu. 5 April, saya bermimpi rumah kami dirompak oleh 3 wanita yang berpakaian serba hitam & bersenapang. 8 April 2021, 5 petang. Saya mengalami kembung perut diiring dengan sakit belakang. Ketidakselesaan berlarutan sampai saya muntah darah 3 kali.Den gan keadaan yang tak larat berdiri & berjalan, saya bertekad untuk mengurapi rumah dengan minyak & minta suami tabur garam di sekeliling rumah. Keadaan saya semakin teruk sampai tak larat bangun, duduk, makan & minum. 11 April, saya terbangun pada 5 pagi & saya melihat satu susuk wanita berbaju hitam dari atas kepala sampai ke hujung kaki. Susuk itu tengah berjalan di depan mata saya. Pagi itu, terus saya berasa deman sejuk sekali dengan tubuh badan yang masih lemah. Hari itu saya mengambil keputusan untuk minta pastor & gereja mendoakan saya. (TB Matius 18:19-20) Dan lagi Aku berkata kepadamu: Jika dua orang dari padamu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku yang di sorga. Sebab di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam Nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka. Mimpi saya kali ini membawa maksud amaran akan perkara yang akan datang. 3 perkara yang saya belajar dari pengalaman ini ialah.... ( Lukas 21:36) Kamu hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan berdoa supaya kamu diteguhkan untuk menghadapi segala perkara yang akan terjadi itu lalu dapat berdiri di hadirat Anak Manusia. (Lukas 10:19) Aku telah memberimu kuasa untuk memijak ular dan kala jengking serta kuasa atas segala kekuatan musuh. Tiada apa-apa yang dapat mencederakan kamu. (Roma 8:37-39) Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. Saya bersyukur dengan gereja Tuhan hari ini yang sentiasa memberi sokongan doa di sebalik tabir. Saya percaya pengalaman ini menguatkan lagi saya dan membuktikan janji Tuhan sentiasa tepat pada waktu-Nya. (Mazmur 91:15-16) "Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya; Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan.Dengan umur yang panjang Aku akan memberinya kepuasan dan menunjukkannya penyelamatan-Ku."45134
- Pelayanan BandarIn ALL·29 October 202211351
- Meniti Pengharapan BaruIn Bayu Pengharapan·15 August 2021Renungan: Yohanes 3:1-21 “Jangan engkau hairan, kerana Aku berkata kepadamu: kamu harus dilahirkan kembali.” (ayat 7) Api pelita bersinaran semakin pudar di tengah-tengah kesunyian malam.Seorang anak comel sedang menyeret kerusi tinggi, mengisi pelita dengan minyak seraya memandang dewa-dewa yang disembah keluarganya. “Siapakah di antara kamu Tuhan? Beritahu aku...” bisik anak itu seraya memandang sederet berhala di mezbah rumahnya. Sesetengah dewa itu kelihatan tersenyum keriangan khususnya dewa kekayaan, ada pula yang berwajah bengis. Anak kecil ini bersenyum dengan dewa yang tersenyum namun ketika dia memandang dewa perang yang berwajah bengis, dia bergegas turun dari kerusinya dengan bergementaran. Walaupun anak kecil ini kuat berdoa, dia tetap diserangi roh-roh jahat setiap malam sehingga dia hidup dalam ketakutan. Siapa Tuhan? Itulah pertanyaannya yang pertama. Anak kecil ini juga tinggal berhampiran rumah mayat hospital. Ratapan dari rumah mayat menyayatkan hati anak ini. Apakah erti hidup ini? Mengapakah kita mesti mati? Itulah pertanyaannya. “Teman kita sudah meninggal dunia kerana kereta yang dinaikinya terbabas setelah melanggar kereta lain,” kata seorang temannya. Kedinginan rumah mayat di hospital serta kekakuan mayat teman-temannya yang tidak bermaya mencengkam nafas anak remaja ini. “Tuhan, di manakah Engkau?” Anak remaja itu berdoa bersungguh-sungguh dan bersinggah di sebuah gereja berdekatan rumahnya untuk berbincang dengan pastornya. Pada suatu malam, setelah didoakan oleh sekumpulan pemuda-pemudi, mata rohaninya tercelik dan dia memahami Yohanes 3:16. Pada pukul 3 malam itu, Tuhan membangunkan anak remaja ini dan dia dapat berasa kehadiran-Nya serta memahami Yohanes 3:16. Dia memahami bahawa Tuhan Yesus datang ke dunia ini untuk menebus dosanya dan memberi dia kehidupan kekal. Pertemuan yang ajaib ini membawa pengharapan baru dalam kehidupan saya untuk meniti kehidupan ini dengan pengharapan baru. Sudahkah anda mengalami kasih dan pengharapan Tuhan dalam kehidupan anda? Sejak Tuhan Yesus Penyelamat aku terima Hatiku penuh dengan lagu yang baru Oh sungguh ajaib Oh sungguh indah Kini aku meniti pengharapan baru Doa: Tuhan, celikkan mata rohaniku sehingga aku dapat memahami kasih-Mu yang kekal.5229
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 11) : Tuhan itu KudusIn Doa dan Puasa NECF 2021·16 August 2021Baca Alkitab Hari Ini : Imamat 11-20 Selasa, 17 Ogos 2021 Semasa saya di sekolah menengah, seorang guru disiplin adalah mimpi buruk kami yang paling teruk. Dia sangat tegas. Ada yang membencinya, yang lain cuba menjauhinya. Namun, secara mengejutkan, dia dianugerahkan sebagai guru terbaik tahun itu. Kemudian saya sedar bahawa, meskipun orang mungkin tidak suka disiplin, tetap perlu ada ketertiban di sekolah. Anehnya, sungguh melegakan untuk mengetahui bahawa ada seseorang yang dapat menjaga ketertiban dengan bersemangat di sekitarnya. Dengan cara yang sama, kita yakin bahawa Tuhan kita kudus. Yang pasti, kekudusan Tuhan melebihi peranan seorang guru disiplin. Alkitab berbicara tentang kekudusan Tuhan dengan cara yang agung. Kekudusan- Nya menunjukkan kemuliaan-Nya yang memenuhi bumi (Yes 6:3). Kekudusan-Nya memisahkan Dia daripada semua ciptaan (1 Sam 2:2). Kekudusan-Nya menarik ciptaan untuk sujud menyembah Dia sahaja (Maz 99:9). Oleh kerana Tuhan itu kudus, segala sesuatu yang berkaitan dengan Tuhan juga harus kudus. Imamat 11:44 mengatakan, “Sebab Akulah TUHAN, Allahmu, maka haruslah kamu menguduskan dirimu dan haruslah kamu kudus, sebab Aku ini kudus ...” Kitab Suci memberikan perincian yang sangat baik tentang bagaimana menguduskan setiap unsur yang dipersembahkan di hadapan Tuhan. Mengapakah kita memerlukan Imamat? Arahan yang luas menunjukkan betapa mustahaknya kekudusan Tuhan. Oleh kerana Tuhan itu kudus, Dia murni dan tidak dapat bertolak ansur dengan segala bentuk kejahatan (Hab 1:13). Segala sesuatu yang tidak murni akan dihakimi oleh murka Tuhan. Jadi, bagaimanakah kita boleh dihiburkan dengan mengetahui bahawa Tuhan itu kudus? Oleh kerana Tuhan itu kudus, Dia akhirnya akan membela orang benar dan menghukum orang fasik. Dia mempertahankan keadilan dengan sempurna (tidak ada yang dapat menyuap Tuhan). Pertanyaannya adalah apakah anda kudus (1 Pet 1: 15-16)? Orang percaya yang dikuduskan oleh darah Yesus boleh diam di hadirat Tuhan yang kudus. Doa Hari Ini : Berdoa agar sebagai umat yang diciptakan dan ditebus oleh Tuhan, kita akan berusaha menjalani gaya hidup yang kudus yang mencerminkan gambar Tuhan dan diyakinkan akan hadirat-Nya yang kudus setiap kali kita masuk ke dalam hadirat-Nya yang kudus dan tidak bercela. Berdoa untuk kumpulan B40 yang menerima subsidi tahunan dan peruntukan bajet daripada kerajaan, agar bantuan dilanjutkan dengan program peningkatan kemahiran jangka panjang yang akan membantu mereka putuskan kitaran kemiskinan mereka. Berdoa untuk suku Kensiu yang sebahagian besar terdapat di Baling, Kedah, agar mereka dapat mengatasi perubahan persekitaran dan sosial yang timbul kesan daripada projek-projek kerajaan dan agar mereka mengalami kebenaran kekudusan Tuhan ketika mereka berseru kepada Dia.5240
- Yeremia 17:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·16 August 2021Sembuhkanlah aku, ya Tuhan, maka aku akan sembuh. Selamatkanlah aku, maka aku akan selamat, kerana Engkaulah yang kupuji.5213
- Berdoalah dengan jiwa dan roh yang murni. Maka anda berkenan di hati Bapa.In Kehidupan Kristian·16 August 2021Tetap berdoa, berdoa, dan terus berdoa.5216
- DENGAN APA KAN KU BALAS | Instrumental Flute cover by PaulzNreeIn Pujian & Penyembahan·21 August 20215221
- Perkahwinan yang kurang sempurna (sederhana)In Keluarga·22 August 2021Terdapat banyak teori tentang bagaimana untuk menjaga perkahwinan supaya sentiasa kuat, jikalau anda memampatkan semuanya, rahsianya boleh disimpulkan dalam dua langkah yang mudah: 1) Tambahkan - memuji dan menghargai pasangan anda 2) Kurangkan - mengkritik secara negatif dan sentiasa mencari kelem ahan pasangan anda Apabila anda menghargai apa yang pasangan anda lakukan, luangkan masa untuk memberitahu mereka. Apabila anda melakukan perkara ini secara lisan, tindakan itu berkata kepada mereka, "Saya tidak menganggap remeh hubungan ini dan saya betul-betul menyayangi kamu." Dalam masa yang sama, anda juga memberitahu mereka bahawa anda sensitif dan tahu apa yang mereka lakukan. Sebaliknya, apabila anda merasa ingin mengkritik, gigitlah lidah anda. Sekiranya pasangan anda ada suatu kesalahan yang harus mereka ketahui, carilah peluang untuk membincangkannya dengan penuh kasih sayang dan tanpa menghakimi. Jangan sekali-kali melakukannya dalam keadaan marah. Kurangkan kata-kata yang keras dan berdoa meminta Roh Kudus memberi penunjuk kepada kamu. Perkahwinan yang baik tidaklah begitu sukar. Ia hanya memerlukan sedikit usaha dan kawalan diri mengikut ajaran di dalam kata-kata Tuhan.5278
- Jiwa Yang CekalIn Bayu Pengharapan·22 August 2021Renungan: Bilangan 14:1-38 “Tetapi hamba Kaleb, kerana lain jiwa yang ada padanya dan dia mengikut Aku sepenuhnya, akan Kubawa masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan memilikinya.” (ayat 24) Kaleb berjiwa berlainan kerana dia tidak takut apapun yang terjadi kalau hidupnya berkenan kepada Tuhan. Kaleb berlainan jiwa kerana dia tidak seperti umat Tuhan yang suka bersungut-sungut, “Ah, sekiranya kami mati di tanah Mesir, atau di padang gurun!” (ayat 2) Jiwanya berlainan dan dia hanya berpandangan positif dan beriman. “Negeri yang kami lalui untuk diintai itu adalah luarbiasa baiknya. Jika Tuhan berkenan kepada kita, maka Dia akan membawa kita masuk ke negeri itu dan akan memberikannya kepada kita, suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya.” (ayat 7-8). Tuhan amat kecewa dengan umat lain yang suka bersungut-sungut, “Berapa lama lagi umat yang jahat ini akan bersungut-sungut kepada-Ku...” (ayat 27) Perjalanan dan pelayanan bersama dengan Tuhan memerlukan jiwa yang cekal dan berlainan. Intipati orang yang mengasihi Tuhan sungguh berlainan; mereka tidak akan bersungut-sungut kerana ada pepasir di kasut atau mengangkat bendera putih dengan mudah. Mereka selalu berharap kepada Tuhan dan mempercayai bahawa Dia akan memberkati mereka dengan berkelimpahan. Tuhan dengan ajaib memilih Lui Zhen Ying daripada keluarga miskin dari Henan untuk mengabarkan kasih-Nya di Negara China sekalipun terjadi penganiayaan yang ngeri. Tuhan melihat jiwanya yang sungguh cekal dan berlainan daripada orang lain. Dengarlah kesaksiannya sewaktu diburu oleh kerajaan Negara China: Di sebuah kota, kami terpaksa bertukaran bas untuk menyelamatkan jiwa kami. Aku memakai kaca mata hitam untuk menyembunyikan mataku. Banyak orang di stesen telah melihat gambar saya dan saya terdengar mereka sedang berbincang tentang tawaran untuk menangkap saya. Mereka berkata, “Orang yang dapat menangkap banduan ini akan dihadiahi lumayan oleh kerajaan.” Isteri saya dan saya begitu bersukacita dalam hati kerana kami tahu bahawa Tuhan ialah tempat persembunyian kami. Kami berasa begitu tersanjung kerana diburu sebagai ‘penjahat’ Yesus. Kami menganggap dihina demi nama Tuhan itu suatu kemuliaan besar dalam kerajaan Tuhan.” Saudara Lui dan isterinya berlainan jiwa. Kecekalan mereka merempuh penganiayaan dan penderitaan demi nama Yesus di Negeri China menyayatkan hati banyak orang sewaktu mereka membaca kisah kesaksiannya dalam buku, ‘Heavenly Man’. Sesungguhnya saudara Lui bersaksi, “Sebab aku yakin, bahawa penderitaan zaman sekarang ini tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan Doa: Tuhan Pelindungku, berikan aku jiwa yang berlainan dan kecekalan demi kerajaan-Mu. Ingat Akan Nama Yesus Ingat akan nama Yesus, kamu yang menanggung berat. Nama itu beri kekuatan bagi orang yang penat. Indahlah nama-Nya, perlindungan yang teguh. Ingat akan nama Yesus, tempat berlindung teduh. Walau godaan menimpa, Dia perisai yang teguh. Nama Yesus sungguh indah, meriangkan jiwaku. Dia selalu memberi penghiburan, aku mahu puji nama Engkau. Lydia Baxter W.H. Doane5231
- Inspirasi Pemuridan #4: Pemuridan DigitalIn Pemuridan Digital·1 August 20211 Korintus 11:1 (AVB) Teladani aku, sebagaimana aku meneladani Kristus. Apakah Pemuridan Digital (Digital Discipleship)? Pemuridan Digital boleh didefinisikan sebagai kita memberitakan injil dan mengajar tentang Yesus Kristus di ruang digital dengan menggunakan teknologi digital untuk mendorong orang lain mempercayai dan mempelajari Alkitab. Lebih daripada itu, pemuridan juga memberikan penekanan kepada mentaati atau melakukan Firman Tuhan. Pemuridan adalah proses seseorang dalam perjalanan rohaninya daripada belum percaya kepada seorang yang komited dan matang di dalam Kristus. Di ruang digital, kita boleh melakukan yang sama apa yang Yesus lakukan sepanjang 3.5 tahun pelayanannya. Apakah yang dilakukan Yesus? Yesus mengongsikan cerita Yesus mengongsikan hikmat alkitabiah Yesus memenuhi keperluan orang ramai secara fizikal dan spiritual. Yesus menjawab soal-jawab orang ramai tentang soalan rohani dan cabaran harian. Yesus memberikan harapan Yesus memulakan komuniti Yesus memuridkan/memperlengkapkan kumpulan kecil yang akan melipat ganda Yesus menyembuhkan ramai orang Yesus mengajar mereka berdoa Yesus mengajar sepanjang masa dan dalam bahagian-bahagian kecil (bite sized) Dsb. Model ini, boleh kita lakukan yang sama di ruang digital. Harapan kami di Komuniti Digital ialah untuk kita sama-sama memberitakan injil, dimuridkan dengan pelajaran di Akademi KD, Memuridkan orang lain dengan memulakan group pemuridan Mengongsikan pendapat dan artikel di Forum Komuniti Digital - ruang “online community” yang sihat. Mengongsikan “content” digital yang membangun iman. Share dan kongsikan dengan seberapa banyak orang. Bagaimana kita boleh melibatkan diri di dalam Permuridan Digital? Di dalam pengalaman kami di Komuniti Digital, kita dapati pelayanan digital dapat bahagikan kepada 3 kategori pelayanan. Kategori pelayanan tersebut adalah : (A) DIGITAL CONTENT CREATOR "DIGITAL CONTENT CREATOR” adalah adalah golongan orang yang kumpulan orang yang merakam video, edit video, pengajar, pelatih dsb. Mereka membuat media digital seperti video, blogs, gambar, podcast dsb. Mereka memberikan Firman Tuhan, renungan harian, ajaran kristian, kesaksian, animasi, drama, photo, pujian & penyembahan, audio dan tulisan (seperti yang tertera di Forum Komuniti Digital ini). Di Komuniti Digital, kita bekerja sama dengan gereja-gereja BM yang lain untuk menyediakan content-content yang membangunkan iman gereja BM Malaysia. (B) DIGITAL TECHNOLOGIST "DIGITAL TECHNOLOGIST” adalah kumpulan orang yang menggunakan platform digital dan teknologi untuk mengongsikan "content" untuk memuridkan dan menginjili orang lain. Mereka adalah kumpulan pelayan Tuhan yang "savy" di dalam bidang IT, digital marketing dan digital analytics. Di Komuniti Digital, platform digital mempunyai bahagian on demand, SEO (Search Engine Optimization), broadcast, chat, latihan secara kendiri, latihan secara kumpulan, forum perbincangan dsb. Mereka juga adalah kumpulan orang yang mahir di dalam bidang digital Statistics, Analytics dan Insights. Juga boleh menggunakan kemahiran AI (Artificial Intelligence) dan ML (Machine Learning). (C) DIGITAL DISCIPLER "Discipler" adalah kumpulan pelayan Tuhan yang fokusnya ialah menjangkau individu. Samada menjangkau mereka yang belum mengenali Yesus atau membangukan iman orang yang percaya. Di sini, "Digital Discipler" haruslah menekankan perhubungan (relationship) and perhubungan secara digital atau "online community" harus dilakukan. Di Komuniti Digital, bahagian komuniti ini adalah bahagian Forum KD, Groups KD, Chat and Blog. Untuk bahagian orang pra-percaya, kita boleh layari Komumiti Digital dan kita boleh menerokai bahagian kesaksian, Solusi TV Malaysia, Drama dan Blog soal-jawab. Klik link di bawah 👇🏻 www.komuniti-digital.com Untuk bahagian orang yang percaya, kita boleh sama-sama kita menerokai Akademi Komuniti Digital Klik link di bawah 👇🏻 www.komuniti-digital.com/som Tuhan memberkati.52184
- Motivasi KehidupanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·10 March 202321065
- Memuridkan lah !!!In Kepimpinan & Pemuridan·2 October 202221027
bottom of page