top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- BERJALAN BERSAMA YESUSIn Inspirasi & Renungan21 August 2021Amen. Ajar kami Tuhan untuk melangkah dan berjalan bersama dengan Tuhan. “Oleh sebab itu peganglah dengan teguh pada segala perintah Tuhan, Allahmu, dengan cara tetap melangkah mengikut jalan-Nya serta takut kepada-Nya.” (Ulangan 8:6 AVB)20
- Renungan Kisah Ular dan GergajiIn Inspirasi & Renungan20 August 2021Satu peringatan yang sangat baik bro. Teringat juga apabila Yesus disalibkan, inilah perkataanNya : “Yesus berkata, "Ya Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan mereka." Mereka membahagi-bahagikan pakaian-Nya dengan membuang undi.” (Lukas 23:34 AVB)20
- Penyediaan TuhanIn Kesaksian·19 August 2021Matius 6: 25-34209
- Filem Kristian Percuma / GratisIn Inspirasi & Renungan·21 August 2021Saya berkerja part-time bersama direktor dan produser filem Kristian di Amerika dan Australia selama 5 tahun. Kami telah muat naik beberapa filem Kristian di saluran kami di Youtube. Sokongan anda dihargai. Subscribe. Like. Share. http://HDCCM.com atau https://youtube.com/hdccm2014
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#16)In Manifesto Kerajaan Allah·18 November 2021MENDAMAIKAN MANUSIA: Dalam Konteks Perkahwinan (Bahagian 1) 9Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. (Matius 5:9, AVB) Dunia sekarang penuh dengan konflik. Peperangan, rusuhan, pembunuhan, penyeksaan, penganiayaan dan pencerobohan berlaku setiap hari di merata-rata tempat. Segala ini bukan kehendak Allah tetapi merupakan akibat dosa manusia. Maka, sikap hati ketiga yang indah untuk perhubungan kita dengan orang lain, iaitu mendamaikan manusia, adalah suatu yang amat perlu untuk dipraktikkan. Dunia tidak memerlukan satu lagi penggerak untuk konflik, tetapi kita amat memerlukan orang yang boleh menjadi pelopor perdamaian dalam kalangan manusia. Yesus mengatakan bahawa orang Kristian yang mendamaikan manusia akan dipanggil anak-anak Allah. Mengapa? Sebabnya ialah salah satu ciri Allah yang indah dan menarik ialah dia pendamai dengan manusia. 20Semoga Allah kesejahteraan yang telah membangkitkan Tuhan kita Yesus daripada kematian, Gembala domba yang mulia itu, melalui darah perjanjian kekal, 21melengkapkan kamu dengan segala yang baik untuk melakukan kehendak-Nya, mengusahakan dalam dirimu apa yang diredai-Nya, melalui Yesus Kristus, bagi-Nya kemuliaan selama-lamanya. Amin. (Ibrani 13:20-21, AVB) Maksud kesejahteraan merangkumi idea perdamaian. Selain itu, salah satu gelaran Yesus adalah Raja Damai. 6Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita, seorang putera telah dikurniakan bagi kita. Di atas bahunya tampuk pemerintahan, dan namanya akan disebut: Penasihat Ajaib, Allah Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai. (Yesaya 9:6, AVB) Allah menunjukkan sifat pendamai ini dengan mengutus Anak-Nya yang tunggal, Yesus Kristus, untuk menjadi korban pendamaian bagi kita, orang yang berdosa, supaya jalan pendamaian boleh dibuka bagi semua yang rela bertaubat dan kembali ke pangkuan Allah dengan rendah hati. 23Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. 24Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus. 25Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka. (Roma 3:23-25, AVB) 1Oleh yang demikian, kerana kita telah diperbenar melalui iman, kita telah berdamai dengan Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. (Roma 5:1, AVB) Maka, sekarang Allah telah memberi kepada kita tugas mulia untuk menyertai-Nya dalam pelayanan pendamaian sebagai para duta-Nya yang diamanahkan dengan berita pendamaian melalui Yesus kepada dunia yang sangat memerlukan damai sejahtera dengan Allah dan juga menikmati damai sejahtera-Nya. 17Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru. 18Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu. 19Dalam Kristus, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkan-Nya kepada kami. 20Kami ialah para duta Kristus. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu, demi Kristus, kami meminta kepadamu: Berdamailah semula dengan Allah! 21Allah menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita diperbenar oleh Allah. (2 Korintus 5:17-21, AVB) Pelayanan pendamaian ini merupakan suatu keistimewaan yang dianugerahkan kepada kita. Oleh sebab itu, kita perlu memupuk sifat indah sebagai pendamai manusia sesuai dengan panggilan dan peranan ini. Sifat pendamai ini tidak boleh diasingkan daripada kesucian atau perbenaran: 14Berusahalah mendapatkan perdamaian dengan semua orang, serta kesucian; tanpanya tiada sesiapa pun dapat melihat Tuhan. (Ibrani 12:14, AVB) 10Kasih sayang dan kesetiaan telah bertemu; Perbenaran dan sejahtera telah berdakapan. (Mazmur 85:10, AVB) Perdamaian dan kesucian, perbenaran dan sejahtera - itulah seakan-akan dua muka duit syiling yang sama dan yang tidak boleh diasingkan. “Perbenaran dan sejahtera telah berdakapan” ialah suatu cara yang indah untuk menggambarkan bagaimana kedua-dua perdamaian dan kesucian adalah saling terkait dengan rapat sekali. Musuh utama kepada perdamaian ialah dosa. Dosa memisahkan manusia daripada Allah dan juga memisahkan sesama manusia. Oleh sebab itu, kesucian mesti wujud sekiranya kita mahu melihat perdamaian menjadi suatu kenyataan di dalam kehidupan kita dan dalam kalangan manusia. Maka, seorang pendamai mesti diperdamaikan dengan Allah dahulu. Kalau tidak, nescaya dia sanggup dan mampu menjadi seorang pendamai. Apabila dia telah mengecapi perdamaian dengan Allah, maka dia dapat mendorong dan menyeru orang lain untuk mencari perdamaian dengan Allah. Seterusnya, pendamai yang pasti akan damai sejahtera yang nyata dengan Allah, dapat memainkan peranan sebagai pendamai antara manusia. Dia sendiri mesti mengamalkan pendekatan perdamaian ini di dalam perhubungan peribadinya dengan orang lain. Kemudian, barulah dia boleh mendamaikan orang lain dalam konteks perhubungan sesama manusia. Tetapi, kita mesti sedar bahawa mendamaikan manusia adalah peranan yang sangat susah dilaksanakan dan direalisasikan. Tambahan pula, memainkan peranan ini mungkin mencetuskan serangan terhadap diri kita pula kerana orang yang kita ingin mendamaikan mungkin menyerang kita pula. Perhubungan antara manusia amat kompleks dan rumit. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi dan menyukarkan sesuatu perhubungan. Tuhan Yesus telah menggunakan ilustrasi perkahwinan untuk membincangkan betapa rumitnya perhubungan antara manusia dan bagaimana peranan menjadi pendamai selalu diperlukan. 27"Kamu telah mendengar ajaran ini: 'Jangan berzina.' 28Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang memandang seorang wanita dengan berahi, telah berzina dengannya dalam hati. 29Jika mata kananmu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buangkan mata itu. Lebih baik kamu kehilangan satu bahagian tubuhmu daripada seluruh tubuhmu terhumban ke dalam neraka. 30Jika tangan kananmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buangkan tangan itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah tanganmu daripada seluruh tubuhmu masuk ke dalam neraka." 31"Ada ajaran demikian: 'Sesiapa menceraikan isterinya hendaklah memberinya surat cerai.' 32Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang menceraikan isterinya kecuali kerana zina, menyebabkan wanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu, dia berzina." (Matius 5:27-32, AVB) Untuk memahami petikan ini dengan lebih mantap, kita perlu mengambil kira konteks penggunaan Yesus. Sebelum Tuhan Yesus menerangkan tentang perzinahan dan perceraian, Dia telah mengajar tentang bagaimana kita patut mengelak membunuh di dalam hati (Matius 5:21-26). Caranya ialah untuk berdamai dengan sesiapa sahaja secepat mungkin. Jadi, dalam konteks suatu perkahwinan, itulah pendekatan pertama yang perlu diamalkan. Sekiranya terdapat konflik di antara suami dan isteri, usaha yang pertama dan utama ialah mencari jalan untuk berdamai. Jangan biarkan konflik itu menyebabkan perhubungan antara suami dan isteri menjadi retak. Jangan simpan kemarahan, kebencian dan perasaan dendam di dalam hati. Paulus menasihati kita: 26"Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa." Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, 27dan jangan beri tempat kepada iblis. (Efesus 4:26-27, AVB) Nasihat ini ialah untuk mencari jalan pendamaian secepat mungkin supaya iblis tidak diberi kesempatan untuk mengeruhkan dan merumitkan lagi pehubungan antara suami dan isteri. Selepas mengajar tentang hal ini, maka Tuhan Yesus menyentuh perkara yang kedua tentang perhubungan antara suami dan isteri, iaitu kesucian hati, terutamanya dalam hal seksual. Kita telah pelajari betapa pentingnya kita memiliki hati yang suci sekiranya kita rindu melihat Allah (lihat bahagian lalu tentang “Suci Hati”). Hati yang suci diamalkan dengan praktikal melalui pertuturan kita, kerana kesucian yang disimpan di dalam hati kita akan meluap keluar melalui mulut kita (Lukas 6:45). Di dalam konteks suatu perkahwinan, kita mesti mengelak daripada: Bergosip, mengumpat dan berfitnah tentang atau dengan suami atau isteri kita. Bercakap bohong dan berdusta kepada suami atau isteri kita. Mengangkat-angkat dengan pujian yang tidak jujur terhadap suami atau isteri kita. Percakapan yang tidak wajar dan berlebih-lebihan dengan suami atau isteri kita. Sekiranya kita tidak berbuat demikian, kepercayaan akan terjejas, dan ini akan mencemari perhubungan pasangan suami dan isteri. Tetapi, Tuhan Yesus juga telah membangkitkan kesucian hati dalam konteks hal-hal seksual. Dia merujuk kepada Sepuluh Perintah Allah tentang larangan untuk berzinah: 14Jangan berzina. (Keluaran 20:14, AVB) Larangan ini merujuk kepada perzinahan secara fizikal, iaitu perhubungan seksual dengan orang lain yang bukan suami atau isteri kita. Jika seorang suami atau isteri berzinah, perbuatan itu akan menghancurkan kepercayaan pasangannya. Kepercayaan yang dirosakkan sebegini memang sangat menyayat hati dan amat sukar untuk diatasi. Rantaian kehancuran yang dimulakan dengan perbuatan berzinah menghasilkan padah yang teruk di dalam sebuah perkahwinan, malahan keluarga itu. Akibat dosa fizikal ini ialah kesakitan hati yang berpanjangan dan sangat mendalam. Walau bagaimanapun, Tuhan Yesus telah mendalami lagi larangan untuk berzinah ini dengan merangkumi perzinahan dalam hati. Dia mengatakan bahawa sesiapa yang memandang seorang wanita dengan berahi, telah berzinah dengan perempuan tersebut di dalam hatinya. Dalam kata lain, niat dan kedambaan di dalam hati untuk seks dengan seseorang yang bukan suami atau isteri kita sudah mencukupi untuk dikira sebagai dosa berzinah. Maka, dengan berbuat demikian, Tuhan Yesus telah menggabungkan perintah ketujuh dengan perintah kesepuluh: 17Jangan mendambakan rumah jiranmu. Jangan ingini isteri jiranmu, hambanya baik yang lelaki mahupun yang perempuan, lembunya, keldainya, atau apa-apa pun yang dimiliki oleh sesamamu." (Keluaran 20:17, AVB) Apabila Tuhan Yesus mengajar ini, dia sebenarnya memberi kita cara untuk tidak berkompromi di dalam hati dalam hal-hal godaan seksual. Sekiranya kita menegakkan batasan di dalam hati kita berkenaan dengan kesucian seksual pada peringkat “keinginan,” maka kemungkinan untuk melakukannya secara fizikal menjadi tipis. Hakikatnya, dosa seksual selalu didahului dengan fantasi seksual. Perbuatan berzinah selalu dikandung oleh pemikiran berzinah. Oleh sebab itu, untuk meneguhkan lagi ajaran-Nya, Tuhan Yesus memberi kita cadangan yang praktikal untuk menangani godaan seksual pada peringkat awal, iaitu apabila godaan seksual pertama kali melanda kita: 29Jika mata kananmu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buangkan mata itu. Lebih baik kamu kehilangan satu bahagian tubuhmu daripada seluruh tubuhmu terhumban ke dalam neraka. 30Jika tangan kananmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buangkan tangan itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah tanganmu daripada seluruh tubuhmu masuk ke dalam neraka." (Matius 5:29-30, AVB) Apa yang dimaksudkan oleh Tuhan Yesus ialah apabila mata kita terlihat seorang wanita yang cantik dan seksi, kita mesti terus “mencungkil dan membuang” perbuatan melihat untuk mendambakannya. Jangan terus melihat! Terus berhenti tindakan itu! Jika tangan kita tergoda untuk menyentuh seorang wanita dengan niat seksual, terus “potong dan buangkan” tindakan itu. Jangan sentuh! Dalam kata lain, terus kikis permulaan proses berzinah di dalam hati dengan menyekat semua rangsangan yang melemahkan pertahanan di dalam hati kita terhadap godaan seksual. Perasaan tergoda secara seksual bukan dosa, tetapi dosa perzinahan bermula sebaik sahaja kita memanjakan keinginan sifat tabii kita dengan mendorong keinginan untuk memenuhi keberahian kita melalui orang yang bukan suami atau isteri kita. Maka, fantasi romantis yang kita fikirkan di dalam imaginasi kita, walau pun bukan bersifat seksual adalah dosa perzinahan di dalam hati. Orang yang suka membaca novel dan menonton wayang gambar percintaan yang memberi mereka “kepuasaan” percintaan untuk diri sendiri, perlu berhati-hati supaya tidak berkompromi di dalam hati mereka. Jagalah hati kita supaya fikiran dan keinginan yang tidak murni dihalang daripada memasukinya. 23Jagalah hatimu lebih daripada segalanya, kerana dari situlah terpancar mata air kehidupan. (Amsal 4:23, AVB) Amaran yang diberikan oleh Tuhan Yesus semasa dia memberi ajaran ini juga tidak boleh diabaikan. Dia memberi amaran bahawa dosa perzinahan atau seksual ini boleh menyebabkan seluruh tubuh terhumban ke dalam neraka! Begitulah seriusnya dosa percabulan dan perzinahan. Hakikat ini adalah selaras dengan firman Allah yang menerangkan siapa yang akan dihumban ke dalam lautan api sebagai hukuman: 8Tetapi mereka yang pengecut, tidak beriman, durjana, pembunuh, melakukan yang cabul, ahli sihir, penyembah berhala dan semua pendusta akan dimasukkan ke dalam lautan yang menyala dengan api dan belerang. Inilah kematian kedua." (Wahyu 21:8, AVB) 15Di luar terdapat anjing, ahli sihir, orang yang cabul, pembunuh, penyembah berhala, dan semua yang menyukai dusta serta menuturkannya. (Wahyu 22:15, AVB) Hai saudara, hai saudari, jangan memandang rendah tentang akibat dosa percabulan, walaupun dunia hari ini tidak memandang serius tentang perbuatan cabul, malahan mengagung-agungkannya. Tetapi sebagai orang Kristian yang percaya, kita patut mempunyai standard kesucian yang sangat tinggi dalam hal-hal seksual. Paulus mengatakan: 3Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih. 4Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran. 5Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba – yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan Kristus dan Allah. (Efesus 5:3-5, AVB) Baca sekali lagi ayat-ayat ini. Orang yang berzina dan melakukan perbuatan cabul tanpa bertaubat TIDAK AKAN MEWARISI KERAJAAN KRISTUS DAN ALLAH! Jadi, firman Tuhan sangat jelas tentang percabulan dan perzinahan. Sesiapa yang melakukan dan terus terjerat dalam dosa ini, tiada bahagiannya dalam warisan kerajaan Allah. Jadi, saudara dan saudari yang dikasihi, jika anda masih melakukan percabulan dan perzinahan, bertaubatlah dengan segera dan ikhlas! Jangan main dengan api yang boleh menyebabkan anda dihumban ke dalam lautan api!2064
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#19)In Manifesto Kerajaan Allah·10 December 2021TIGA SOALAN BESAR HIDUP - Di mana kita berada dalam Khutbah Yesus sekarang? Setakat ini, kita telah mempertimbangkan sikap indah yang perlu dipupuk oleh warga kerajaan Allah. Sikap indah terhadap Allah yang sesuai ialah miskin rohani, bersedih, lemah lembut serta lapar dan dahaga perbenaran. Sikap indah terhadap manusia setakat ini ialah berpengasihan, suci hati dan mendamaikan manusia. Kesemua ini memerlukan usaha yang gigih untuk dipupuk di dalam hati kita supaya apa yang disimpan di dalam hati akan meluap keluar dalam bentuk perbuatan dan pertuturan kita. Kini, kita telah sampai kepada dua sikap indah terakhir yang paling mencabar seperti yang diajar oleh Tuhan Yesus di dalam Khutbah di Atas Bukit-Nya. Sekiranya kita menetapkan kedua-dua sikap indah sebagai pegangan hidup kita yang tetap di dalam, kemungkinan besar kita akan dapat mengakhiri perlumbaan hidup kita dengan berjaya sebagai lebih daripada para penakluk (Roma 8:37). Kedua-dua sikap ini diperlukan untuk memiliki ketabahan dan kecekalan sebagai murid-murid Kristus yang setia di dalam kerajaan Allah semasa perjalanannya di dalam dunia ini. Sikap indah yang dimaksudkan ialah tabah dianiayai kerana perbenaran dan taat kepada Yesus dalam penganiayaan. Di dalam hal-hal inilah berlakunya pertempuran rohani yang paling sengit. Berjaya atau gagal, menang atau tewas, menerima ganjaran atau kerugian, selamat atau dihukum - semua ini ditentukan oleh kewujudan atau tidak kedua-dua sikap indah ini, yang memang terkait dengan semua sikap indah yang telah dipertimbangkan. Perkara yang paling menonjol dan ketara dalam hal ini ialah ketuanan Allah di dalam hati kita. Apakah Allah menjadi satu-satunya tuan di dalam hidup kita? Sekiranya Allah ialah Tuan yang ulung dan unggul untuk kita, maka itu akan mempengaruhi tujuan hidup kita yang diamalkan di dalam hidup kita. Tujuan hidup kita akan bertumpu kepada keinginan untuk memuliakan Allah, melakukan kehendak-Nya dan meluaskan kerajaan Allah di dalam segala hal. Seterusnya, kita akan berganding bahu dengan teman-teman yang sehati dan sejiwa di dalam usaha dan misi Allah untuk meluaskan pemerintahan-Nya di dalam dunia ini dengan kerinduan untuk melihat datang-Nya kerajaan Allah yang kekal untuk selama-lamanya. Kita telah memperkenalkan hal-hal ini pada awal pertimbangan kita tentang Khutbah Yesus di Atas Bukit ini, seperti yang dipaparkan di dalam gambar rajah di bawah: Yesus telah memberi jawapan-Nya untuk tiga soalan besar hidup kita dan kita hanya perlu menerimanya dan menjadikannya petunjuk utama kita untuk keutamaan hidup kita. Soalan besar hidup yang pertama ialah, “Siapakah TUAN hidup saya?” Jawapan Tuhan Yesus sangat jelas: 29Yesus menjawab, "Yang terutama antara semua perintah ialah: 'Dengarlah, wahai umat Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. 30Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu.' Inilah perintah yang terutama. 31Perintah yang kedua ialah: 'Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.' Tiada perintah lain yang lebih utama daripada dua perintah ini." (Markus 12:19-21, AVB) Perintah terutama ini menentukan tunggak kerpercayaan kita, iaitu ketuanan Allah di dalam hidup kita untuk segala-gala hal. Tuhan yang esa bermaksud tiada tuhan-tuhan yang lain di dalam hati kita untuk menandingi-Nya. Kita diasingkan khas untuk Allah sahaja, dan tidak ada apa-apa di dalam dunia ini atau di dalam alam rohani yang boleh menandingi Allah di dalam hati kita. Kesetiaan kita kepada Allah adalah jelas, tetap dan eksklusif. Kita memiliki satu Tuhan atau Tuan sahaja. Kepercayaan yang asas ini dipraktikkan di dalam hidup kita dengan mengasihi Allah lebih daripada segala-gala yang lain. Kita mengasihi Allah dengan segala-gala yang kita miliki di dalam dan di luar kita, iaitu kita mengasihi Allah dengan segenap hati, jiwa, fikiran dan kekuatan kita. Kasih yang menyeluruh ini terhadap Allah akan mempengaruhi bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain. Kita akan mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri, iaitu sesuatu yang datang secara semula jadi. Namun begitu, mengasihi orang lain di dalam dunia yang dikuasai oleh dosa adalah cabaran yang besar sekali. Oleh itu, kita perlu ditonton oleh kasih abadi kita kepada Tuhan yang memberi kita motivasi dan kuasa untuk mengasihi orang lain dalam cara yang berlainan dengan kasih yang di dunia ini. Kasih kita adalah kasih Allah yang dicurahkan ke dalam hati kita melalui Roh Kudus yang diam di dalam kita: 5Dan harapan tidak mengecewakan kita, kerana Allah telah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita melalui Roh Kudus, yang telah dikurniakan-Nya kepada kita. (Roma 5:5, AVB) Oleh sebab itu, Tuhan Yesus telah memberi kita sikap-sikap indah mengikut susunan yang sedia ada menurut perintah utama ini. Sikap indah terhadap Allah akan membentuk dan menjadi asas untuk sikap indah kita terhadap manusia. Inilah asas kita yang terkandung di dalam manifesto Kerajaan Allah untuk pemuridan yang sejati. Kesetiaan kita hanya tertuju kepada Raja dan Tuan kita yang digelar sebagai Raja segala raja, Tuan segala tuan sebagai satu-satunya Pemerintah Yang Terpuji: 13Di hadirat Allah yang memberi nyawa kepada segala sesuatu, dan di hadapan Kristus Yesus yang memberikan kesaksian akan pengakuan yang benar kepada Pontius Pilatus, aku berpesan kepadamu, 14taatilah perintah ini dengan sempurna tanpa cela hingga hari Yesus Kristus, Tuhan kita, datang kembali, 15yang akan ditunjukkan Tuhan pada masa yang ditentukan oleh-Nya sendiri. Dia Pemerintah Yang Terpuji dan satu-satunya Raja segala raja dan Tuan segala tuan. 16Hanya Dia yang hidup selama-lamanya, wujud dalam cahaya yang tidak dapat didekati, tidak pernah dan tidak dapat dilihat manusia. Bagi-Nya penghormatan dan kuasa selama-lamanya. Amin. (1 Timothy 6:13-16, AVB) 14Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia." (Wahyu 17:14, AVB) 16Pada jubah dan paha-Nya tertulis nama: "Raja Segala Raja, Tuan Segala Tuan" (Wahyu 19:16, AVB) Soalan besar hidup yang kedua ialah, “Apakah TUJUAN hidup saya?” Jawapan Yesus sangat ketara apabila dia memberikan Amanat Agung pada saat-saat terakhir-Nya di bumi sebelum dia pulang ke pangkuan Allah di syurga: 18Yesus datang dan berkata kepada mereka, "Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. 19Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. 20Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman." (Matius 28:18-20, AVB) Hal ini berkaitan dengan urusan kerajaan Allah yang utama, iaitu penyelamatan dan pemuridan manusia yang setia kepada Raja dan Tuan. Dalam pada itu, seseorang masuk ke dalam kerajaan Allah melalui baptisan dan kemudian diajar dan dilatih oleh murid-murid Kristus yang setia mengikut perintah-Nya untuk menjadi murid yang sejati. Dalam pada itu, kuasa dan hadirat Tuhan Yesus amat perlu untuk proses penyelamatan dan pemuridan. Kita dijemput untuk menyertai urusan utama kerajaan Allah sebagai suatu keistimewaan yang tidak terhingga. Maka, di mana-mana sahaja bidang hidup kita, itulah hasrat dan niat kita untuk memenuhi amanat yang telah disampaikan kepada kita oleh Raja Yesus, Tuan terutama kita. Di dalam perkahwinan, keluarga, pekerjaan, persahabatan dan pelayanan, Amanat Agung menjadi pendorong dan penggerak untuk kita memuliakan Allah. Soalan besar hidup yang ketiga ialah, “Siapakah TEMAN-TEMAN hidup kita?” Tuhan Yesus juga memberi jawapan yang jelas di dalam Perintah Baru-Nya: 34Inilah perintah baru yang Kuberikan kepadamu: Kasihilah satu sama lain. Sebagaimana Aku telah mengasihimu, kasihilah sesama sendiri. 35Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku." (Yohanes 13:34-35, AVB) Teman-teman hidup kita ialah mereka yang sehala dan sejiwa di dalam kerajaan Allah. Kita perlu mengasihi satu sama lain secara praktikal dan radikal, seperti mana Tuhan Yesus mengasihi kita dengan berkorban untuk kebaikan kita. Dengan kasih yang begini, orang lain dapat melihat bukti kuasa transformasi yang datang daripada Roh Kudus. Kasih Allah yang dicurahkan ke dalam hati kita oleh Roh Kudus juga akan meluap keluar kepada teman-teman kita yang berada di luar kerajaan Allah. Mereka akan mengenal pasti kita sebagai murid Kristus yang setia dan tertarik serta ditujukan kepada Tuhan Yesus. Dalam kata lain, Tuan, tujuan dan teman-teman hidup kita adalah tiga soalan utama yang saling terkait dengan kerajaan Allah. Khutbah Tuhan Yesus di Atas Bukit menyentuh tentang tiga soalan besar hidup kita. Soal siapa Tuan kita akan menentukan pilihan kita yang akan menentukan ke mana kita akan tuju untuk kekekalan, iaitu keabadian penyelamatan kita (Matius 7:13-27). Soal apa tujuan hidup kita menentukan peranan kita di dalam dunia ini sebagai garam bumi dan cahaya dunia ini dengan mengamalkan sikap hati yang indah untuk menjadi saksi yang menarik (Matius 5:3-16). Seterusnya, soal teman-teman kita ialah medan yang mana kita mengamalkan perbuatan yang baik dengan penggerak hati yang luhur (Matius 5:21-7:12). Maka, ajaran Tuhan Yesus ini membentuk manifesto kerajaan Allah yang eksplisit dan jelas. Sikap-sikap yang indah menjadi pelantar untuk kita melonjak menjadi murid-murid Kristus yang berfungsi sebagai garam bumi dan cahaya dunia ini (Matius 5:13-16) supaya Allah Bapa akan dimuliakan dan dipuji. Kita mempraktikkan sikap-sikap indah ini di dalam situasi harian hidup kita, terutamanya di dalam interaksi kita dengan Allah dan sesama manusia. Soalan yang kita patut tanya diri kita ialah adakah hidup kita sejajar dengan jawapan dan arahan yang diberikan oleh Tuhan Yesus kepada tiga soalan besar hidup ini? Kalau ya, bagaimana? Kalau tidak, apakah yang perlu diubahsuaikan supaya kehidupan kita disasarkan untuk mematuhinya? Namun begitu, manifesto kerajaan Allah untuk pemuridan yang sejati di dalam dunia ini perlu menjadi nyata dalam pertempuran di antara kuasa cahaya Allah dan kuasa gelap Iblis di dunia ini. Maka, dua sikap indah yang terakhir ini menunjukkan betapa perlunya kita memupuk ketabahan untuk menentang nilai-nilai duniawi dengan perbenaran Allah serta mengatasi semua serangan kuasa gelap dalam bentuk penganiayaan dengan ketaatan kepada Yesus yang tidak berbelah bahagi. Kedua-dua hal ini kita akan kita pelajari di dalam bahagian-bahagian berikut.2035
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#23)In Manifesto Kerajaan Allah·14 January 2022TABAH DIANIAYA KERANA BERIMAN (BAHAGIAN 1): Garam Bumi dan Cahaya Dunia Kita telah mempertimbangkan keperluan sikap indah tabah dianiaya kerana perbenaran. Kini kita sampai ke sikap indah yang terakhir dibentangkan oleh Yesus dan diilustrasikan di dalam Khutbah-Nya di Atas Bukit. Sikap ini mungkin merupakan sikap yang paling susah untuk diterima,dipupuk, dipupuk dan dipraktikkan, iaitu ketabahan dianiaya kerana beriman kepada Yesus Kristus. 11Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya." (Matius 5:11-12, AVB) Dalam hal ini, penganiayaan yang dialami bukan hanya kerana perbenaran tetapi kerana kita menjungjung nama Yesus sebagai orang Kristian. Kuasa-kuasa gelap dan dunia ini benci Tuhan Yesus kerana cahaya Yesus mendedahkan kegelapan mereka: 19Penghakiman berdasarkan hal ini: Cahaya sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih suka akan kegelapan kerana mereka berbuat jahat. 20Orang yang berbuat jahat benci akan cahaya dan tidak mahu mendekatinya kerana takut perbuatan jahatnya terdedah. 21Tetapi orang yang berbuat benar merapati cahaya, supaya jelas bahawa perbuatannya dilakukan melalui Allah." (Yohanes 3:19-21, AVB) Mereka yang melibatkan diri di dalam perbuatan jahat tidak suka apabila hati mereka tertusuk dengan pendedahan lantaran cahaya Yesus yang menyinari perbuatan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab itu, mereka yang lebih suka akan kegelapan akan menentang habis-habis umat Allah yang hidup dalam cahaya dan membawa cahaya Allah: 12Yesus berkata lagi kepada mereka, "Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup." (Yohanes 8:12, AVB) 8Kerana dahulu kamu gelap tetapi sekarang sudah menjadi cahaya dalam Tuhan. Hiduplah sebagai anak-anak cahaya 9(kerana yang dihasilkan oleh cahaya terdapat dalam segala yang baik, wajar dan benar), 10maka kajilah apa yang diredai oleh Tuhan. 11Jangan bersubahat dengan perbuatan gelap yang tidak berfaedah, sebaliknya dedahkan perbuatan itu. 12Sebabnya perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka secara rahsia itu, jika disebut pun adalah memalukan. 13Tetapi segala yang didedahkan itu dinyatakan oleh cahaya, kerana yang menyatakan adalah cahaya. 14Oleh itu, firman Tuhan: "Bangunlah, hai kamu yang tidur, bangkit daripada kematian, dan Kristus akan memberimu cahaya." (Efesus 5:8-14, AVB) 5Kamu semua anak cahaya, anak siang. Kita bukanlah makhluk malam atau kegelapan. 6Oleh yang demikian, janganlah kita tidur seperti orang lain. Marilah kita berjaga dan berkeadaan siuman. 7Orang yang tidur, tidur pada waktu malam. Orang yang mabuk, mabuk pada waktu malam. 8Tetapi kita anak-anak siang, hendaklah sentiasa waras dan waspada. Jadikan iman dan kasih perisai dada kita, serta harapan diselamatkan sebagai ketopong pelindung kepala. 9Allah memilih kita bukannya untuk menanggung kemurkaan-Nya, tetapi untuk diselamatkan melalui Tuhan kita Yesus Kristus. 10Yesus telah mati untuk kita supaya kita dapat hidup bersama-Nya sewaktu Dia datang nanti, sama ada kita terjaga atau tertidur mati pada masa itu. 11Oleh yang demikian, hendaklah kamu saling menggalakkan dan meneguhkan, sebagaimana yang kamu lakukan sekarang. (1 Tesalonika 5:5-11, AVB) Umat Allah dan orang percaya telah menjadi anak-anak cahaya dan anak-anak siang kerana Tuhan Yesus ialah cahaya dunia. Maka, sesiapa yang lahir semula dengan sempurna dan menjadi umat Allah akan melintasi daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang serta diberi cahaya hidup: 9Tetapi kamu umat terpilih, para imam raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang. 10Dahulu kamu bukan suatu umat tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mendapat belas kasihan Allah tetapi sekarang kamu telah mendapat belas kasihan-Nya. (1 Petrus 2:9-10, AVB) Dalam kata lain, kita telah tukar kesetiaan daripada iblis, kuasa-kuasa gelap dan dunia kepada kerajaan cahaya Allah. Kita kini berada dalam tentera Allah yang memang bertempur dengan tentera kuasa-kuasa gelap. Maka, tidak hairanlah sekiranya kuasa-kuasa gelap dan dunia yang di bawah pengaruh mereka, benci dan ingin menganiaya, melumpuhkan serta menghapuskan kita. Tuhan Yesus memberi amaran bahawa taktik yang digunakan oleh musuh-musuh kita adalah taktik kotor seperti menghina, menganiaya dan memfitnah dengan segala yang jahat. Sudah pasti, apabila Tuhan Yesus mengatakan hal ini, dia menganggap bahawa kehidupan kita sebagai orang yang terus percaya kepada-Nya adalah suci dan murni. Maka, musuh-musuh kita akan menghina amalan suci kita dengan mengejek kita sebagai orang yang memiliki nilai-nilai yang kolot. Jika mereka tidak dapat menghindari kita dengan kaedah ini, mereka akan menganiaya kita dengan menggunakan pelbagai cara seperti menyisihkan kita, mendiskriminasi, mendera, menindas atau mengongkong kita. Tambahan lagi, mereka akan memfitnah kita dengan mengumpat, mengedarkan khabar angin yang palsu, dan gosip tentang pelbagai jenis kejahatan yang kita tidak lakukan untuk merosakkan reputasi kita. Budaya Membatalkan (Cancel Culture), yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, boleh digunakan untuk membisukan orang yang percaya. Musuh-musuh kita akan melarang kita untuk berkongsi tentang Tuhan Yesus dan Injil Penyelamatan-Nya. Malahan, untuk menyebut apa sahaja tentang iman kita dikategorikan sebagai cubaan untuk menghasut orang lain dan bertindak tanpa toleransi atau sensitiviti terhadap orang yang berlainan agama. Dalam pada itu, Tuhan Yesus menggalakkan kita dengan mengatakan: 13"Kamu ialah garam bumi. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang. 14Kamu ialah cahaya dunia ini. Kota di atas bukit tidak mungkin tersembunyi. 15Tiada siapa memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah pasu; tentu dia meletakkannya di atas kaki pelita untuk menerangi seisi rumah. 16Biarlah cahayamu juga bersinar di hadapan orang ramai, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik lalu memuji Bapamu yang di syurga." (Matius 5:13-16, AVB) Yesus telah menggunakan dua metafora untuk menyeru kita untuk terus menjadi saksi-Nya di dalam dunia ini, walaupun kita dianiaya kerana Nama-Nya. Yang pertama ialah kita digelar garam bumi. Kita boleh membuat pelbagai kesimpulan tentang fungsi garam tetapi yang paling ketara ialah apa yang disebut oleh Yesus apabila dia menggunakan metafora ini. Tuhan Yesus merujuk kepada ciri garam yang memberi rasa pada makanan kita. Dalam pada itu, sebagai garam bumi, saksi kita adalah suatu yang diam-diam dan konsisten. Garam tidak meneriak dan tidak menonjol apabila sesuatu hidangan di bawa ke meja makan. Tidak ada orang akan melihat hidangan itu dan mengatakan, “Wah, begitu cantik dan menyelerakan garam yang diletakkan dalam masakan ini!” Namun begitu, jika tukang masak itu lupa letak garam semasa dia masak hidangan itu, hal itu akan menjadi sangat ketara apabila dirasa makanan itu kerana makanan yang nampaknya enak dan lazat, akan didapati tawar sekali. Maka, hadirat seorang Kristian sebagai saksi Allah yang suci, berintegriti dan lemah lembut secara diam-diam dan konsisten amat penting, terutama apabila terdapat musuh-musuh yang ingin menganiaya kita. Selain itu, sebagai garam bumi apa yang kita katakan dan cara kita katakannya, amat penting. Walaupun gaya hidup kita yang suci penting untuk menyampaikan berita baik dalam bentuk saksi yang diam-diam, namun begitu orang yang melihat hidup kita yang baik tidak akan mengetahui bagaimana memperoleh penyelamatan di dalam Yesus Kristus jika kita tidak memberitahu mereka dengan jelas. Mereka perlu diberitahu tentang berita baik tentang apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus bagi semua orang berdosa yang rela untuk bertaubat. Dalam pada itu, sebagai garam bumi, kita perlu menceritakan berita baik Injil penyelamatan Yesus. Masa, berapa banyak dan cara kita ceritakannya terkait dengan peranan kita sebagai garam bumi yang sesuai. Semasa kita masak makanan, bila kita masukkan garam adalah penting untuk menentukan kualiti rasa. Biasanya daging diperap dengan garam untuk suatu jangka masa yang mencukupi supaya apabila dimasak daging itu, perisanya sudah “diserap” dalam daging itu. Jadi, kesan garam sebagai perisa daging itu dimaksimakan. Selain itu, jika makanan yang sudah dimasak dibiar duduk untuk rasa garam dan rempah diserap ke dalam daging, kelazatan makanan itu juga akan bertambah. Secara sama, kita perlu menyampaikan Injil dan memberi masa yang mencukupi untuk orang lain memprosesnya. Jangan terlalu cemas “masak” atau “makan” dari segi rohani dengan memaksa seseorang untuk percaya. Mereka perlu diberi masa untuk diperap dalam “garam Injil.” Pertimbangkan prinsip masa dan perbuatan yang dicadangkan oleh John Maxwell berikut dalam konteks penginjilan: Jika kita memaksa seseorang untuk menerima penyelamatan (perbuatan salah) apabila kita menemui mereka untuk kali pertama (masa salah), hasilnya mungkin adalah suatu malapetaka yang mengeraskan hati mereka kepada Injil. Jika kita memaksa seorang kawan yang kita telah menginjili banyak kali untuk menerima penyelamatan (perbuatan salah) semasa dia menghadiri kebaktian dan penginjil membuat panggilan penyelamatan yang berkuasa (masa yang betul), hasilnya mungkin adalah suatu kesilapan kerana hatinya masih belum bersedia. Jika kita memberi jemputan kepada kawan baik kita untuk menerima penyelamatan selepas kita telah berkongsi berita baik dengan dia beberapa kali (perbuatan betul) tetapi dia masih ada persoalan yang belum diatasi (masa salah), hasilnya mungkin adalah suatu rintangan yang menghalangnya daripada menerima anugerah penyelamatan. Tetapi, jika kita mencabar kawan baik kita untuk menerima penyelamatan selepas kita telah lama dan berkali-kali kongsi dengannya berita baik (perbuatan yang betul) dan dia mengakui bahawa dia tidak ada persoalan atau alasan untuk menolak Yesus lagi (masa yang betul), hasilnya memang kejayaan untuk menjangkau kawan baik kita. Maka, masa dan perbuatan yang betul adalah mustahak semasa kita menjadi garam bumi kepada kawan-kawan kita dan orang lain yang belum percaya. Selain itu, berapa banyak garam diletakkan dalam makanan juga penting, Jika garam yang diletakkan tidak mencukupi, maka kelazatan makanan itu akan terjejas. Tetapi jika terlalu banyak garam diletakkan pula, makanan itu tidak dapat atau sukar dimakan kerana terlalu masin. Biasanya seorang tukang masak akan letak sedikit garam dan rasa dahulu untuk menentukan rasanya dan membuat keputusan berapa banyak garam yang perlu ditambah lagi. Begitulah juga untuk kita yang menjadi garam bumi. Jangan memberi terlalu banyak Injil kepada orang dalam satu masa jika hati mereka belum bersedia untuk menerima. Sampaikan isi kandungan Injil yang mencukupi sesuai dengan keperluan dan kemampuan orang itu menerima kebenaran firman Tuhan. Maka, ajaran Yesus mendorong kita untuk memberi “garam Injil” dengan kuantiti dan pada masa yang sesuai mengikut kesediaan hati orang itu. Oleh sebab itu, kita perlu berdoa untuk hikmat semasa kita berinjil, supaya usaha kita adalah sesuai dengan kerja Roh Kudus di dalam hati orang itu pada ketika itu. Kita berhasrat untuk bekerjasama dengan Roh Allah yang sudah dan sedang bekerja di dalam hati seseorang semoga masa, perbuatan dan kuantiti berkongsi Injil itu betul dan sesuai. Metafora yang kedua ialah apabila Tuhan Yesus menggelar kita sebagai cahaya dunia. Peranan pelita tidak lain dan tidak bukan untuk menerangi tempat yang gelap. Maka, tidak masuk akal jika pelita dipasang dan disorokkan di bawah pasu yang legap. Tambahan lagi, pelita yang diletakkan di bawah pasu yang legap akhirnya akan terpadam kerana oksigen di dalam pasu itu habis digunakan dan api pelita itu akan terus padam. Secara sama, orang Kristian tidak patut malu mengakui diri sebagai pengikut Yesus. Malahan, Tuhan Yesus mengatakan bahawa kota di atas bukit tidak mungkin tersembunyi, terutamanya pada waktu malam apabila rumah-rumah diterangi oleh cahaya pelita yang dipasang. Di dalam situasi malam yang gelap, cahaya daripada pelita yang kecil pun dapat dilihat dari jauh, apatah lagi jika gabungan cahaya daripada pelita semua rumah di dalam kota itu. Maka, Tuhan Yesus menggalakkan pengikut-pengikut-Nya untuk bersinar di hadapan orang ramai melalui perbuatan baik mereka, bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada diri sendiri tetapi kepada Bapa kita di syurga, iaitu Allah Bapa. Sepatutnya, perbuatan baik kita membawa pujian kepada Allah, dan bukan kepada kita. Perbuatan baik yang kita lakukan terhadap orang yang belum percaya mesti dilakukan dengan ikhlas, bukan untuk mendapat balasan atau untuk mencapai sasaran untuk kepentingan kita. Kawan-kawan kita dan orang lain perlu dihormati sebagai orang yang diberi kurnia membuat pilihan mereka sendiri. Mereka bukan “projek” kita untuk dilaksanakan dan menjadi bukti statistik untuk kejayaan kita, tetapi mereka adalah manusia yang dikasihi Allah - dan oleh kerana itu, dikasihi dengan ikhlas oleh kita juga. Maka, sebagai garam bumi, kita menunjukkan siapa kita sebagai anak Allah yang suci. Kehidupan dan kata-kata kita mesti lemah lembut dan penuh hormat kepada orang lain. Sebagai cahaya dunia, kita menunjukkan perbuatan kita sebagai wahana Allah untuk memberkati orang lain. Kita menunjukkan orang kepada Allah yang mengasihi mereka dan telah mengurniakan Anak-Nya yang tunggal agar mereka boleh diselamatkan daripada hukuman dosa. Jadi, saudara-saudari yang dikasihi di dalam Kristus, tanya diri sendiri: Adakah saya menjadi garam bumi yang memberi perisa yang enak di dalam kehidupan orang lain di sekeliling kita - ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat-handai kita dan orang umum? Adakah reputasi dan perbuatan kita selaras dengan peranan kita sebagai cahaya dunia ini? Bagaimanakah saya boleh bersinar dengan lebih terang lagi dengan bantuan Roh Kudus? Adakah kita tabah apabila dianiaya kerana iman kita di dalam Yesus Kristus? Bagaimanakan sikap hati kita perlu berubah?2022
- Menghargai Nilai Pasangan AndaIn Keluarga·8 July 2021Oleh Greg Smalley Sikap utama yang akan menolong pasangan anda berasa selamat dari segi emosinya adalah ketika dia percaya bahawa anda memahami betapa berharganya dia. Itulah intipati penghormatan. Sikap menghormati seseorang adalah keputusan untuk melihat pasangan kita sebagai harta yang tidak ternilai - orang yang sangat penting dan bernilai tinggi. Ini juga digalakkan oleh peribahasa yang menyatakan, "Harta terbesar seseorang lelaki adalah isterinya". Penghormatan bukan bergantung kepada tingkah laku atau berasaskan perasaan. Anda menganggap pasangan anda bernilai sama ada mereka menginginkannya atau layak. Penghormatan adalah keputusan yang anda buat dan hadiah yang anda berikan: “Hendaklah kamu saling mengasihi sebagai saudara dan saling mendahului dalam memberi hormat.” Namun, ketika saya dan Erin sedang bertengkar dan hati saya tutup, perkara pertama yang lenyap adalah kesedaran tentang nilainya yang luar biasa. Dan pada saat-saat itu, ketika saya tidak melihat nilainya, ketika saya tidak menghargainya, saya lebih cenderung untuk bertindak balas dan melayannya dengan cara yang tidak menghormati. Ketika itu, Erin berhak “membina tembok antara kami” yakni mengasingkan diri untuk melindungi dirinya sendiri. Saya menyaksikan kuasa dalam pengakuan nilai isteri saya ketika kami makan malam di rumah ibu bapa saya pada suatu ketika. Salah satu ciri ibu bapa yang sangat saya hargai ialah kejujuran dalam perkahwinan mereka. Mereka tidak pernah menyatakan bahawa perkahwinan mereka "sempurna" dan tidak takut untuk tidak bersetuju antara satu sama lain. Pada satu ketika semasa makan malam, ibu bapa saya bertengkar dengan hebat. Mereka begitu kecewa sehingga masing-masing bergegas ke bahagian rumah yang berlainan. Saya membiarkan keadaan menjadi tenang untuk beberapa minit sebelum saya mengetuk pintu pejabat ayah saya. "Masuklah," jawabnya dengan berat hati. Semasa saya masuk pejabatnya, saya dapati ayah saya duduk di belakang komputernya sambil membaca dokumen yang bertajuk "Mengapa Norma Sangat Berharga." (Nama ibu saya adalah Norma, sekiranya anda tertanya-tanya.) "Apa yang kamu baca?" tanya saya. "Beginilah," ayah saya mula berkata, "beberapa tahun yang lalu saya memulakan senarai mengapa ibumu sangat berharga. Oleh itu, ketika saya kesal dengannya, atau ketika kami baru bertengkar, saya mendapati bahawa daripada duduk di sini dan memikirkan betapa sakitnya atau kecewa saya pada ibu anda, saya perlu memaksa diri saya membaca senarai ini. " Dokumen itu mengandungi ratusan perkataan dan frasa yang menggambarkan nilai ibu saya. Ia menakjubkan. "Ketika saya mula-mula membaca senarai ini, saya masih kesal," jelas ayah saya. "Saya biasanya sampai ke tiga atau empat perkara pertama dan berfikir, 'Apa yang saya fikirkan?' Atau 'Yang ini tidak lagi sah!' Atau 'Saya pasti akan memadamkan ini." Tetapi semakin banyak yang saya baca, semakin cepat saya sedari bahawa anda mempunyai ibu yang luar biasa." Ini merupakan idea terbaik yang pernah saya dengar tentang pengiktirafan nilai seseorang. Mewujudkan keselamatan, itulah iktibarnya. Ia juga apa yang dilakukan oleh ayah saya agar hatinya kembali terbuka. Dengan kata lain, hati anda akan terbuka kepada apa yang anda hargai. Salah satu cara untuk memastikan hati anda terus terbuka dan pasangan anda berasa selamat ialah menumpukan perhatian pada nilainya. Kita juga boleh membuat senarai penghormatan ini untuk pasangan kita. Luangkan beberapa minit untuk menyenaraikan semua sebab mengapa pasangan anda sangat berharga. Contohnya: salah satu ciri wataknya, bentuk imannya, nilai hidup, akhlak, kemahiran keibubapaan, kerohanian, peranan yang dimainkannya yang anda hargai (pekerja, rakan, ibu atau bapa, saudara, anak), ciri keperibadian, bagaimana dia melayan anda, dan lain-lain. Dan jangan simpan senarai ini yang menakjubkan untuk diri sahaja - kongsikan dengan pasangan anda. Biarkan dia tahu bahawa anda mengakui nilainya. Apabila ini berlaku, bukan sahaja pasangan anda mendapat manfaat, tetapi anda juga akan mendapat kesan positif.2014
- Jadi pengejar TuhanIn Inspirasi & Renungan21 July 2021Bapa, aku tidak hanya menginginkan berkat, aku menginginkan Engkau.2
- Bait / Kemah Suci & YesusIn Inspirasi & Renungan27 July 2021apapun, terima kasih @Jeremy Churches20
- Padang Gurun PenderitaanIn Bayu Pengharapan·2 September 2021Renungan: Kejadian 16 Lalu Malaikat Tuhan menjumpainya dekat suatu mata air di padang gurun yakni dekat mata air di jalan ke Syur. (ayat 7) Hagar yang telah menolong Sarai mengandung seorang anak tidak tertahan dengan penindasan dan kesinisan nyonyanya lalu melarikan diri. Pada waktu hamba perempuan yang cukup tertindas dan terhimpit oleh penderitaan, dia terjumpa mata air yang menghibur dia. Di padang penderitaan, dia terjumpa mata air Tuhan dan dinamakan tempat ini sebagai, “El-Roi” yang bererti, “Bukankah di sini kulihat Dia yang telah melihat aku.” (ayat 13) Penderitaan yang menghimpit jiwa kita membuat kita ingin merembes airmata lagi. Seperti Hagar, kita mungkin berasa seakan-akan tidak penting di mata Tuhan tetapi sebenarnya Tuhan telah melihat kita dan mengasihi kita. Katalah, “Engkau El-Roi” aku telah melihat Dia yang melihat mata air dan rintihanku. Pada saat-saat ini percayalah: Kuasa Tuhan yang membimbing Kuasa Tuhan yang melindungi Mata Tuhan yang melihat Tangan Tuhan yang mendukung. Pada suatu hari, seorang penulis bermimpi dia melihat dua pasang tapak kaki yang menelusuri pantai yakni melambangkan jejak telapak kakinya yang diiringi oleh telapak kaki Tuhan. Penulis itu menangis ketika dia melihat dua pasang kaki kemudian hanya tinggal sepasang sahaja setengah perjalanannya. Dia menduga bahawa Tuhan telah membiarkan dia berjalan sendiri dan bertanya-tanya Tuhan tentang hal ini. Tuhan berbisik, “Anakku pada saat kau berasa tertekan, Aku telah mendukung awak!” “Tuhan akan menuntun engkau senantiasa dan akan memuaskan hatimu di tanah yang kering, dan akan memperbaharui kekuatanmu; engkau akan seperti taman yang diairi dengan baik dan seperti mata air yang tidak pernah mengecewakan.” (Yesaya 58:11) Sungguh kasihan, jika tangisan dan masalah kita membutakan mata kita sehingga kita tidak dapat melihat rahmat dan kesetiaan Tuhan. Biarlah airmata kita menyucikan jiwa dan hati kita sehingga kita dapat melihat Tuhan dengan lebih jelas lagi. Doa: Tuhan, aku percaya pada waktu jiwaku terhimpit, Engkau melihat penderitaan saya dan mendukung aku.2012
- Perkahwinan yang kurang sempurna (sederhana)In Keluarga22 August 2021tip yang menarik, yang Alkitabiah untuk rumah tangga yang diperkenankan oleh Tuhan. kurangkan bercakap, perbanyakkan berbuat, melihat serta mendengarkan. mulut hanya satu, telinga, tangan, telinga dan mata ada dua. 🥲👍😂20
bottom of page






