top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6131)
KD Post (3262)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Kasih Tuhan Tidak Bersyarat | Unconditional Love Of GodIn Inspirasi & Renungan·13 July 2021Kasih Tuhan Tidak Bersyarat | Unconditional Love Of God | B. Indonesia http://worshipper.info | http://visualbible.info worshipper@gmail.com https://youtu.be/66HomjT5Beo Jangan lupa menonton filem "TURNING BACK" di HDCCM.com Sarikata dalam Bahasa Indonesia akan disediakan minggu hadapan.2024
- Filipi 4:5 (AVB) Biar sikapmu yang lemah lembut diketahui oleh semua orang. Tuhan ada berhampiran.In Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 July 2021209
- Tabiat Hidup Suci #2: Merenungkan Firman TuhanIn Kehidupan Kristian·16 July 2021Bukan sahaja membaca, tetapi kita “meditate on the word of God”. Kita renungkan firman Tuhan. Mazmur 63:6-8 6 Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam. 7 Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira. 8 Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan. Apakah maksudnya merenungkan firman Tuhan? Maksudnya, kita membaca Maksudnya, kita memikirkan tentang apa yang kita baca. Maksudnya, kita memberikan fokus kita kepada Tuhan. Maksudnya, kita menyelaraskan hati kita dengan firman Tuhan. Maksudnya, kita menyerahkan apa yang Tuhan nyatakan di dalam fikiran kita dan kita setia melakukannya. Merenungkan firman Tuhan adalah satu tabiat yang sangat penting di dalam kita menjalani hidup yang suci dan saleh. Apakah kita mempunyai masa peribadi bersama dengan Tuhan? Yosua 1:8 Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, tetapi hendaklah engkau merenungkannya siang dan malam, supaya engkau berhati-hati melakukan segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian perjalananmu akan beruntung dan engkau akan berjaya. Nah, kita boleh membaca Firman Tuhan. Kita boleh study atau belajar Firman Tuhan Kita boleh memorize atau menghafal Firman Tuhan. Semuanya itu, adalah baik dan harus kita lakukan. Tetapi, Musa berkata kepada Yosua, jikalaku kita mahu perjalanan kita beruntung dan jikalau kita mahu berjaya, kita harus merenungkan firman Tuhan. Dan berhati-hati melakukan apa yang dituliskan. Jadi yang penting ialah kita renung dan lakukan firman Tuhan. Amen saudara-saudari? Apabila kita merenungkan firman Tuhan, Tuhan akan memberikan kita Insights Atau pencerahan Atau satu pandangan yang baru Izinkan saya kongsikan 2 tip yang simple yang boleh kita lakukan apabila kita merenungkan firman Tuhan. Salah satu cara yang boleh kita lakukan ialah dengan, melafazkan perkataan di dalam ayat firman Tuhan dengan suara yang lantang. Dan Setiap kali kita baca, kita boleh bernuansa dengan memberikan penekanan kepada setiap perkataan. Contohnya, di dalam Filipi 4:13, berbunyi Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Kita boleh baca seperti berikut Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Setiap penekanan nuansa perkataan, akan memberikan kita pencerahan yang baru tentang firman Tuhan, kan saudara-saudari? Satu lagi tip untuk merenungkan firman Tuhan ialah dengan menggunakan kaedah “reflection bridge”. Maksudnya, merefleksi apa yang kita baca .. seperti melihat “reflection” jambatan air. Di bawah setiap cerita di dalam alkitab, ada prinsip-prinsip yang boleh kita pelajari. Di dalam reflection bridge ini, kita boleh gunakan kaedah S.O.A.R Scripture Observation Application Response. Pertamanya, ialah kita baca cerita firman Tuhan dan memahami cerita tersebut. Keduanya, kita memerhatikan apa yang tertulis? Apakah yang dibicarakan tentang karakter Tuhan? Apakah yang dibicarakan tentang manusia? Apakah prinsip-prinsip yang boleh kita pelajari? Ketiganya, kita aplikasikannya ke dalam kehidupan kita. Apakah respon kita - doa dan lakukan. Jadi 2 tip yang mudah ini, boleh membantu kita merenungkan firman Tuhan. Oleh itu, marilah kita semaikan tabiat merenungkan firman Tuhan, amen?2034
- Menghargai Nilai Pasangan AndaIn Keluarga·8 July 2021Oleh Greg Smalley Sikap utama yang akan menolong pasangan anda berasa selamat dari segi emosinya adalah ketika dia percaya bahawa anda memahami betapa berharganya dia. Itulah intipati penghormatan. Sikap menghormati seseorang adalah keputusan untuk melihat pasangan kita sebagai harta yang tidak ternilai - orang yang sangat penting dan bernilai tinggi. Ini juga digalakkan oleh peribahasa yang menyatakan, "Harta terbesar seseorang lelaki adalah isterinya". Penghormatan bukan bergantung kepada tingkah laku atau berasaskan perasaan. Anda menganggap pasangan anda bernilai sama ada mereka menginginkannya atau layak. Penghormatan adalah keputusan yang anda buat dan hadiah yang anda berikan: “Hendaklah kamu saling mengasihi sebagai saudara dan saling mendahului dalam memberi hormat.” Namun, ketika saya dan Erin sedang bertengkar dan hati saya tutup, perkara pertama yang lenyap adalah kesedaran tentang nilainya yang luar biasa. Dan pada saat-saat itu, ketika saya tidak melihat nilainya, ketika saya tidak menghargainya, saya lebih cenderung untuk bertindak balas dan melayannya dengan cara yang tidak menghormati. Ketika itu, Erin berhak “membina tembok antara kami” yakni mengasingkan diri untuk melindungi dirinya sendiri. Saya menyaksikan kuasa dalam pengakuan nilai isteri saya ketika kami makan malam di rumah ibu bapa saya pada suatu ketika. Salah satu ciri ibu bapa yang sangat saya hargai ialah kejujuran dalam perkahwinan mereka. Mereka tidak pernah menyatakan bahawa perkahwinan mereka "sempurna" dan tidak takut untuk tidak bersetuju antara satu sama lain. Pada satu ketika semasa makan malam, ibu bapa saya bertengkar dengan hebat. Mereka begitu kecewa sehingga masing-masing bergegas ke bahagian rumah yang berlainan. Saya membiarkan keadaan menjadi tenang untuk beberapa minit sebelum saya mengetuk pintu pejabat ayah saya. "Masuklah," jawabnya dengan berat hati. Semasa saya masuk pejabatnya, saya dapati ayah saya duduk di belakang komputernya sambil membaca dokumen yang bertajuk "Mengapa Norma Sangat Berharga." (Nama ibu saya adalah Norma, sekiranya anda tertanya-tanya.) "Apa yang kamu baca?" tanya saya. "Beginilah," ayah saya mula berkata, "beberapa tahun yang lalu saya memulakan senarai mengapa ibumu sangat berharga. Oleh itu, ketika saya kesal dengannya, atau ketika kami baru bertengkar, saya mendapati bahawa daripada duduk di sini dan memikirkan betapa sakitnya atau kecewa saya pada ibu anda, saya perlu memaksa diri saya membaca senarai ini. " Dokumen itu mengandungi ratusan perkataan dan frasa yang menggambarkan nilai ibu saya. Ia menakjubkan. "Ketika saya mula-mula membaca senarai ini, saya masih kesal," jelas ayah saya. "Saya biasanya sampai ke tiga atau empat perkara pertama dan berfikir, 'Apa yang saya fikirkan?' Atau 'Yang ini tidak lagi sah!' Atau 'Saya pasti akan memadamkan ini." Tetapi semakin banyak yang saya baca, semakin cepat saya sedari bahawa anda mempunyai ibu yang luar biasa." Ini merupakan idea terbaik yang pernah saya dengar tentang pengiktirafan nilai seseorang. Mewujudkan keselamatan, itulah iktibarnya. Ia juga apa yang dilakukan oleh ayah saya agar hatinya kembali terbuka. Dengan kata lain, hati anda akan terbuka kepada apa yang anda hargai. Salah satu cara untuk memastikan hati anda terus terbuka dan pasangan anda berasa selamat ialah menumpukan perhatian pada nilainya. Kita juga boleh membuat senarai penghormatan ini untuk pasangan kita. Luangkan beberapa minit untuk menyenaraikan semua sebab mengapa pasangan anda sangat berharga. Contohnya: salah satu ciri wataknya, bentuk imannya, nilai hidup, akhlak, kemahiran keibubapaan, kerohanian, peranan yang dimainkannya yang anda hargai (pekerja, rakan, ibu atau bapa, saudara, anak), ciri keperibadian, bagaimana dia melayan anda, dan lain-lain. Dan jangan simpan senarai ini yang menakjubkan untuk diri sahaja - kongsikan dengan pasangan anda. Biarkan dia tahu bahawa anda mengakui nilainya. Apabila ini berlaku, bukan sahaja pasangan anda mendapat manfaat, tetapi anda juga akan mendapat kesan positif.2014
- Mazmur 143:8 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·18 July 2021Perdengarkanlah kasih setia-Mu kepadaku pada waktu pagi, kerana kepada-Mu kusandarkan kepercayaanku. Beritahulah aku jalan yang harus kuambil, kerana aku mengangkatkan jiwaku kepada-Mu.203
- Marilah kami tumbuh menjadi sehat, kuat dan penuh bijaksana, hidup berkenaan padaNYAIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·23 August 2021Ketika orang tua Yesus sudah menggenapi tuntutan Hukum Allah, mereka pulang ke Nazaret di Galilea. Anak itu tumbuh menjadi seorang anak yang sehat dan kuat. Ia terkenal karena kearifan-Nya melebihi usia-Nya dan Allah melimpahkan berkat-Nya ke atas Dia. Lukas 2:39-40 FAYH https://bible.com/bible/2727/luk.2.39-40.FAYH205
- Matius 25:21 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·23 August 2021Tuannya berkata kepadanya, 'Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.'208
- Mari kami ikut teladan Yesus, semakin arif dan bijak dan semakin disenangi Bapa Syurgawi dan manusiaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·24 August 2021Setiap tahun orang tua Yesus pergi ke Yerusalem untuk perayaan Hari Raya Paskah.^ Ketika Yesus telah berumur dua belas tahun, seperti biasa mereka pergi ke perayaan itu. Setelah perayaan berakhir, mereka pulang, tetapi Yesus masih tinggal di Yerusalem. Orang tuanya tidak mengetahuinya. Mereka menyangka bahwa Ia berada di tengah-tengah rombongan mereka yang pulang. Setelah berjalan sehari, mereka mulai mencari Dia di antara kaum keluarga dan kenalan-kenalan mereka. Mereka tidak menemukan-Nya lalu kembali ke Yerusalem untuk mencari Dia. Setelah tiga hari, mereka menemukan-Nya di pelataran Bait.^ Ia sedang duduk di antara guru-guru, mendengarkan mereka dan mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada mereka. Semua orang yang mendengar Dia sangat heran karena pengetahuan dan jawaban-Nya. Ketika orang tua-Nya melihat Dia, mereka juga heran. Kata ibunya kepada-Nya, “Nak, mengapa Engkau lakukan ini terhadap kami? Bapa-Mu dan aku sangat khawatir dan kami telah mencari-cari-Mu.” Ia berkata kepada mereka, “Mengapa perlu mencari Aku? Seharusnya kamu tahu bahwa pasti Aku dalam rumah Bapa-Ku.” Tetapi mereka tidak mengerti jawaban-Nya itu. Ia pulang bersama mereka ke Nazaret dan Dia patuh kepada orang tua-Nya. Ibu-Nya menyimpan semua perkara itu dalam hatinya. Yesus bertambah dewasa dan bijaksana. Ia juga semakin disenangi Allah dan manusia. Lukas 2:41-52 AMD https://bible.com/bible/199/luk.2.41-52.AMD2011
- Marilah kami mengasihi sama seperti Bapa Syurgawi mengasihi dengan sempurnaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·25 August 2021Jika kamu hanya beramah mesra dengan saudara-saudara selingkungan, apakah kelebihanmu daripada orang lain? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian. Hendaklah engkau sempurna seperti Bapamu di syurga." Matius 5:47-48 AVB https://bible.com/bible/2271/mat.5.47-48.AVB206
- Mari percayalah TUHAN sendiri telah memulai pekerjaan baik di dalam kamuIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·27 August 2021Semoga Allah Bapa dan Tuhan Yesus Kristus selalu baik hati kepada kalian dan menjaga supaya hidup dengan perasaan tenang dalam perlindungan Tuhan. Allah sendiri telah memulai pekerjaan baik di dalam kamu. Dan aku percaya Ia akan meneruskan sampai selesai pada hari Yesus Kristus datang kembali. Filipi 1:2, 6 AMD https://bible.com/bible/199/php.1.2-6.AMD2011
- Filem Kristian Percuma / GratisIn Inspirasi & Renungan·21 August 2021Saya berkerja part-time bersama direktor dan produser filem Kristian di Amerika dan Australia selama 5 tahun. Kami telah muat naik beberapa filem Kristian di saluran kami di Youtube. Sokongan anda dihargai. Subscribe. Like. Share. http://HDCCM.com atau https://youtube.com/hdccm2014
- Ratapan 3:22-23 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·29 August 2021Kerana kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap, belas kasihan-Nya tidak akan pudar. Semuanya baru setiap pagi. Besarnya kesetiaan-Mu!204
bottom of page










