top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6131)
KD Post (3262)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Tekun BerdoaIn Inspirasi & Renungan·4 March 2023Saat berada dalam pergumulan, tetaplah berdoa dengan ketekunan.. Di dalam Tuhan Yesus, kita memiliki kekuatan yang baru dan pengharapan kita tidak mengecewakan..2011
- Roma 1:20In Grafik Firman Tuhan & Animasi·14 August 2021Sejak dunia diciptakan, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, iaitu kuasa-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, semuanya jelas ternyata serta difahami melalui segala ciptaan-Nya. Oleh itu, mereka tidak dapat berdalih lagi.2017
- 1 Yohanes 4:18 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·7 December 2021Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna.209
- ‘Kehidupan Dalaman’ si SuamiIn Keluarga·14 September 2021oleh Shaunti Feldhahn “Saya telah berkahwin selama 30 tahun, tapi saya tidak percaya saya langsung tak tahu tentang perkara ini.” Saya tidak dapat mengira berapa kali seorang wanita mengeluarkan kenyataan ini selepas saya memberikan syarahan mengenai subjek ini. Bila saya menemu ramah lebih daripada 1,500 orang lelaki untuk sebuah buku mengenai kehidupan dalaman si suami, saya mulai sedar bahawa kaum wanita mempunyai banyak tanggapan salah terhadap kaum lelaki – dan bagaimana persepsi tersebut mempengaruhi hubungan antara kita. Adakah anda mahu melihat laki anda dengan cara baru? Pertimbangan beberapa penemuan saya seperti berikut: Cinta sahaja tidak mencukupi “Hanya cinta yang diperlukan,” kata sebuah lagu popular. Kita sebagai wanita memang bersetuju. Sebenarnya, dalam suatu kajian yang dilakukan di seluruh negara, tiga perempat orang lelaki menyatakan bahawa mereka rela menggantikan perasaan bahawa si isteri mencintai mereka dengan sikap hormat dan percaya dari si isteri. Walaupun kita rasa hairan tentang perkara ini, namun sikap hormat sama seperti rasa kasih sayang untuk seseorang lelaki. Mencintai lelaki anda dengan cara yang diperlukannya bermakna bahawa dia boleh merasakan kepercayaan dan kekaguman anda terhadapnya. Walaupun sebilangan besar daripada kita menghormati laki kita, kita mungkin tidak sedar bahawa ada kalanya kata-kata atau tindakan kita menyampaikan maksud yang sebaliknya. Kami tertanya-tanya apabila dia marah kerana perkara-perkara remeh, seperti mengusiknya tentang ketidakcekapannnya sebagai tukang paip amatur atau mencadangkan agar dia meminta arahan semasa dalam perjalanan. Dia naik berang kerana mesej yang didengarnya ialah, “Kau bodoh!” Sekiranya inilah persepsinya terhadap apa yang kamu katakan sehari suntuk – walaupun itu bukan maksudmu – ia sangat menjejaskan sikapnya terhadap dirinya dan anda. Ada banyak petunjuk untuk mencegah masalah ini, tetapi ramai di antara kita yang langsung tidak perasan petunjuk tersebut. Sebagai contoh, kita diingatkan bahawa suami harus mengasihi isteri dan isteri harus menghormati suami. Sebagai kaum wanita, kami memang cemerlang dalam pernyataan rasa cinta, tetapi ini bukan keperluan utama seorang lelaki. Sudah tentu, ada kalanya kamu kurang rela menghormatinya. Tetapi sama seperti kamu mahu dia memilih untuk mencintaimu ketika kamu tidak mudah dicintai, laki anda memerlukanmu memilih untuk menunjukkan rasa hormat tanpa syarat. Pilihan itu memberi kesan yang luar biasa dalam nalurinya. Sepanjang tinjauan saya, lelaki sering berkata mustahil mereka mencapai matlamat menjadi lelaki yang kuat, boleh dipercayai, penyayang tanpa sokongan dan pengesahan positif tanpa syarat dari si isteri. Bagaimana kita melakukannya? Sebagai permulaan, kita harus berusaha jadi lebih peka terhadap sikap tidak hormat yang tak disengajakan dan memilih sikap, kata-kata dan tindakan yang menghormati. Contohnya, dia memerlukanmu menghormati penilaiannya; mempersoalkan keputusan yang diambilnya membuatkan si suami berasa tidak cekap. Walau apa pun, elakkan perkataan yang memperlekehkannya. Katakan kepadanya, "Saya bangga dengan anda!" Seks mengubah segala-galanya. Keperluan utama yang kedua, selain dari keperluan suami untuk sikap hormat dari si isteri, ialah keperluannya agar anda menginginkannya secara seksual. Tidaklah mengejutkan bila kita nyatakan bahawa kaum lelaki memerlukan seks lebih dari kaum wanita. Namun demikian, para isteri sering salah faham tentang apakah maksudnya seks untuk seorang lelaki. Kami cenderung menganggap seks sebagai keperluan fizikal kaum lelaki. Tetapi semasa saya mengkajinya, kesimpulan yang didapati ialah seks juga memenuhi keperluan emosi yang sangat kuat – dia perlu tahu bahawa anda menginginkannya. Dengan cara yang mendalam, perasaan bahawa dia diingini secara seksual memberikan keyakinan dan kesejahteraan kepada seorang lelaki dalam setiap bidang kehidupannya. Sebaliknya – ketiadaan seks atau seks yang berlaku secara ‘mekanikal’ kerana anda ‘harus lakukannya’ melukai hatinya sama seperti dia tiba-tiba memberi ‘perlakuan senyap’ kepadamu. Percayalah, mendapatkan seks yang mencukupi bukanlah perkara terutama. Hampir semua lelaki yang diwawancara – 97 peratus – berkata bahawa walaupun si isteri bersetuju melakukan hubungan seks setiap kali diminta, hubungan seks tidak bermakna jika isteri tidak menginginkannya. Apabila kita mengatakan ‘tidak’ kepada seks, maksudnya ialah kita tidak mahu seks pada ketika itu. Tetapi dia mendengar mesej yang menyakitkan iaitu kita tidak mahukan dia. Seorang lelaki berkata, “Ketika dia berkata ‘tidak’, rasanya seperti ditolak oleh isteri. ‘Tidak’ bukan sekadar ‘tidak’ kepada seks; mesejnya ialah ‘tidak’ terhadapnya sebagai seorang lelaki”. Sebaliknya, mengambil ‘langkah pertama’ dalam hubungan seks sekali-sekala menghantar mesej yang kuat dan menggalakkan kepada lelaki anda. Untuk merapatkan hubungan dengan suami, kita harus menerima dan menyelesaikan perbezaan yang luar biasa antara suami dan isteri. Sekiranya ia dilakukan, kita ada peluang besar untuk memberi keyakinan kepada si suami untuk menjadi lelaki dengan peribadi yang dimahukannya. © 2007 Focus on the Family. Hakcipta terpelihara. Hakcipta antarabangsa diperolehi. Digunakan dengan izin. Usaha menumpukan perhatian pada cinta sejati walaupun mengharungi cabaran kehidupan adalah suatu komitmen. Ambillah kuiz percuma kami, Focus on Marriage Assessment untuk memahami hubungan anda berdua dan bidang-bidang yang harus dipupuk dalam setiap musim perkahwinan yang berlainan.2010
- Mari kita jadi cermin memantulkan kemuliaan TUHAN dengan cemerlangIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 August 2021Tetapi wajah kita, orang-orang Kristen, tidak berselubung. Kita dapat menjadi cermin yang memantulkan kemuliaan Tuhan dengan cemerlang. Dan sementara Roh Tuhan bekerja di dalam kita, kita makin menjadi seperti Dia. 2 Korintus 3:18 FAYH https://bible.com/bible/2727/2co.3.18.FAYH2015
- Kejadian 22:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 August 2021Maka Abraham menamai tempat itu "Tuhan menyediakan." Oleh sebab itu sehingga kini ini orang mengatakan, "Di atas gunung Tuhan, peruntukan akan disediakan." 2012
- 2 Petrus 3:8 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·27 August 2021Tetapi, saudara-saudara yang kukasihi, jangan lupa satu perkara: Di sisi Tuhan satu hari serupa seribu tahun, dan seribu tahun serupa satu hari.208
- Hanya SesaatIn Inspirasi & Renungan·3 March 2023Percayalah kepada Tuhan Yesus sebab kita akan mendapatkan kekuatan-Nya, kemampuan-Nya dan anugerah-Nya untuk mengatasi penderitaan kita..204
- Marilah ikutku ikuti Tuhan Yesus KristusIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·6 August 2021Ikutilah teladanku, sama seperti aku meneladani Kristus. 1 Korintus 11:1 AMD https://bible.com/bible/199/1co.11.1.AMD204
- 2 Korintus 10:4 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·12 September 2021Senjata-senjata kami bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkan benteng-benteng.208
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 9) : Melepaskan Yang LamaIn Doa dan Puasa NECF 2021·14 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Keluaran 31-40 Ahad, 15 Ogos 2021 Perkataan “perubahan” bermaksud permulaan yang baru. Sebaliknya, transformasi berlaku ketika sesuatu yang lama disingkirkan atau hancur. Persekitaran tempat tinggal dan kedudukan orang Israel berubah tetapi tidak ada transformasi yang berlaku dalam diri mereka. Mereka masih menyembah anak lembu emas ketika tekanan datang. Apabila transformasi berlaku dalam hidup kita, Roh Tuhan mengajak kita untuk mendengarkan suara dan bisikan-Nya dengan lebih mendalam. Dia membawa kita ke tempat baru di dalam Dia kerana yang lama sedang dihapus. Pilihannya selalu menjadi milik kita - “Adakah saya mahu tempat baru ini dan melenyapkan yang lama?” Ia adalah melepaskan asas-asas yang lama, cara hidup dan pemikiran lama.. Inilah masanya di mana anda memerlukan kesabaran, arah, dan tekad untuk melepaskan dan bukannya memperketat kawalan anda. Yesus berkata, “karena sesaklah pintu dan sempitlah jalan yang menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya.” (Mat 7:14). Dia tahu berapa banyak yang perlu dilepaskan. Transformasi biasanya merupakan perubahan semula yang sukar. Perubahan dapat membantu orang menemukan makna bahu atau menyebabkan orang menutup diri dan menjadi pahit. Perbezaannya ditentukan oleh kualiti yang anda inginkan dan kerinduan untuk kehidupan batiniah anda. Perubahan terjadi sepanjang masa, tetapi perubahan rohani dan batiniah harus menjadi proses yang sebenarnya melepaskan dan belajar mengizinkan Yesus yang memimpin. Pertaubatan: Ketika kita mengubah hati dan hidup kita dan mengarahkan kembali diri kita ke arah Tuhan. Bermula dengan kita mengakui bahawa kita menjalani sebahagian besar kehidupan kita dengan arah yang salah. Menolong kita menghadap Tuhan, melihat Dia lebih daripada sekadar seseorang yang harus menjawab doa kita. Memberi kita kesempatan untuk terlibat dalam pekerjaan Tuhan untuk mengubah hati dan hidup kita, ketika kita menemui kemampuan baru untuk melihat dan memberi respons kepada tujuan-Nya untuk hidup kita - menjalani hidup kita untuk kemuliaan-Nya sahaja! Doa Hari Ini: Berdoa agar orientasi semula yang masing yang mengaku Kristus, dan agar kita melepaskan yang lama dan menerima hal-hal baru yang Kristus ada bagi kita. Berdoa agar kita, Gereja Malaysia, akan berusaha dalam pemuridan di mana pun kita tinggal. Berdoa agar setiap usaha yang telah dilakukan oleh gereja untuk memuridkan akan meningkatkan kerohanian anggotanya dan menjadikan mereka murid yang berpusat pada Kristus. Berdoa agar terjadi penembusan dalam hubungan di kalangan semua Orang Asli dan Orang Asal, agar setiap suku ada kerja sama yang baik untuk maju bersama.2058
- 3 Perkara Yang Paling Ditakuti Anak Remaja AndaIn Keluarga·25 February 2022Oleh Kevin Leman Apakah yang paling ditakuti oleh anak remaja anda? Ia berbeza daripada apa yang anda khuatiri untuk mereka. Dr. Kevin Leman membincangkan tiga perkara yang anda mungkin tidak sedar tetapi ditakuti anak remaja anda dan apa yang mereka perlukan daripada anda supaya mereka tidak takut lagi. Perkara yang paling ditakuti oleh anak remaja anda berbeza daripada perkara yang menyebabkan anda terjaga pada waktu malam. Kebanyakan kebimbangan ibu bapa adalah secara teori dan berasaskan masa depan – kekhuatiran terhadap keselamatan anak remaja mereka di sekolah dan keupayaan mereka untuk bersaing dalam dunia yang semakin mencabar. Mereka bimbang tentang mendapat tempat di universiti, pekerjaan dan layanan tidak adil oleh rakan sebaya. Para remaja, sebaliknya, takut dengan apa yang sudah ada di depan mereka. Walaupun media sosial meluaskan perspektif global mereka, apa yang paling mereka fikirkan adalah lebih sempit daripada apa yang anda duga. Tiga jenis ketakutan semula jadi mendorong reaksi para remaja. Apabila anda mengetahui ketakutan tersebut dan perkara yang paling diperlukan oleh anak remaja daripada anda, anda boleh memberikan apa yang sudah ada dalam kawalan – penawar berkekalan untuk membantu mereka mengatasi dan muncul dengan perspektif yang positif. Ketakutan No 1: Penolakan Siapa yang tidak mahu disenangi dan diterima? Tetapi dengan remaja, keinginan ini mengatasi segala-galanya kerana dorongan yang kuat untuk menjadi anggota suatu kumpulan. Lebih buruk lagi, di kalangan rakan sebaya, orang yang disukai adalah berdasarkan siapa yang paling tinggi dalam senarai populariti untuk hari itu, jadi penolakan sukar dielakkan. Apabila kawan terbaik Becca meninggalkannya, Becca berasa sangat kecewa. Dan apabila Aaron, yang sangat suka bersukan, tidak dapat menyertai pasukan bola keranjang, dia mahu berhenti dari segala aktiviti dan bertukar sekolah. Penawar penolakan Penawar kepada penolakan adalah kasih dan penerimaan tanpa syarat di rumah. Oleh kerana penolakan adalah sebahagian daripada kehidupan, mempelajari cara mengendalikannya secara positif adalah penting. Jika anak remaja anda menduduki tangga terakhir dalam senarai populariti rakan sebaya atau gagal menyertai suatu pasukan atau kelab, anda harus dengar dengan empati, dan kemudian membantunya melihat ‘gambaran keseluruhan’. “Tidak hairanlah anda berasa sedih. Ini memang menyakitkan hati. Tetapi tahukah anda? Apabila saya melihat anda, saya melihat seseorang yang istimewa – sikapmu yang suka membantu orang lain dan semangat anda untuk (isi tempat kosong). Ingat ketika anda (berkongsi cerita), dan anda tidak berputus asa? Nah, anda akan menyelesaikannya kali ini juga. Saya percaya padamu, dan saya bertuah kerana mempunyai anak sepertimu.” Dengan kasih sayang dan penerimaan tanpa syarat sedemikian, anak remaja boleh belajar untuk menerima penolakan dengan tenang dan menjadi berdaya tahan. Ketakutan No. 2: Ketidakpastian dan ditinggalkan bersendirian Anak remaja anda mungkin berlagak seperti tiada apa-apa yang mengganggu mereka, tetapi sebenarnya mereka sentiasa risau. Apa yang sentiasa bermain di fikiran mereka ialah persekitaran di kalangan rakan sebaya di mana hanya yang kuat akan dapat bertahan dan mereka yang berada di kedudukan tertinggi pun boleh dijatuhkan pada bila-bila masa. Itu menyebabkan dunia mereka di luar rumah menjadi bergelora, tetapi jika ditambahkan dengan ketidakpastian di rumah – seperti Maya, yang ayahnya tiba-tiba mendapat tugasan di luar negara yang panjang, atau Trevor yang ibu bapanya sedang melalui proses perceraian yang menyakitkan – akibatnya ialah ketidakpastian yang boleh melumpuhkan. Penawar ketidakpastian Penawar kepada ketidakpastian adalah kestabilan di rumah. Apabila anak remaja anda pulang ke rumah, mereka memerlukan suasana yang selamat dan tenang di mana mereka boleh menyusunkan pemikiran mereka akibat peristiwa yang membingungkan pada hari itu. Anda adalah tonggak dalam persekitaraan mereka yang berubah dengan pesat. Mereka perlu tahu bahawa anda bersama mereka, tidak akan meninggalkan mereka dan mengutamakan mereka daripada kerja. Maya perlu diyakinkan bahawa walaupun ayahnya berada di luar negara, ibu akan bersamanya. Trevor kadangkala berasa seperti bola ping pong yang dilantunkan antara dua rumah, tetapi dia tahu rumah ibunya adalah tempat yang selamat dan tenang untuk menyelesaikan kegawatan dan dia selalu berpeluang untuk berbincang pada bila-bila masa dia bersedia. Tiada pengalaman yang lebih teruk daripada melalui hari yang buruk, berasa keperluan untuk bercakap tentangnya tetapi tiada sesiapa yang dipercayai untuk berbincang. Apabila kesukaran timbul di dapur anda, katalah dengan nada rendah, “Saya dapat melihat bahawa anda telah mengalami hari yang sukar. Kalau awak nak cakap, saya ada di sini.” Kemudian apabila mereka membuka mulut (lambat laun ini akan berlaku), dengarlah secara aktif. Ujarkan “Wah, saya faham mengapa anda susah hati,” atau “Beritahu saya lebih lanjut tentang itu,” dan anda akan berasa kagum dengan apa yang akan diberitahu. Memberikan teladan di mana keperibadian-mu tidak berubah, mempunyai keutamaan yang sesuai, dan yang paling penting, kehadiranmu yang mantap dalam hidup anak-anak remaja menjaminkan batu asas yang mengatasi sebarang ketidakpastian yang dihadapi oleh mereka. Ketakutan No. 3: Menjadi sasaran Ketakutan boleh bermaharajalela dalam kumpulan rakan sebaya yang kompetitif atau ganas. Sebarang ciri anak remaja anda yang “berlainan”, termasuk pakaian, sikap “penyendiri” atau hakikat mereka berada di sisi orang yang berasa tidak selamat yang perlu memastikan bahawa dialah orang yang paling hebat, akan menghasilkan suatu sasaran besar di belakang anak anda. Dengan kemudahan menyebarkan khabar angin melalui telefon pintar, ia bukan hanya sekadar membuli secara bersemuka. Sifat ketanpanamaan media sosial dengan akibat buruk yang sedikit – jika ada pun – bermakna sesiapa sahaja boleh mengatakan apa-apa tentang orang lain pada bila-bila masa dan berkongsinya dengan menekan satu butang, dan ia akan kekal selama-lamanya di alam semesta elektronik. Tidak ada “pembetulan,” seperti pengalaman pahit Megan selepas bekas “kawan terbaik selamanya” (BFF) mengkhianatinya untuk mendapat penerimaan sementara oleh rakan-rakan yang suka mengumpat. Remaja hari ini sentiasa takut menjadi sasaran yang seterusnya. Penawar dijadikan sasaran Penawar bila dijadikan sasaran ialah perspektif yang seimbang dan jaminan bahawa “kita akan mengharunginya bersama-sama”. Perkara buruk memang boleh berlaku, dan orang lain boleh berkelakuan kejam. Kedua-duanya adalah fakta kehidupan dan oleh itu, anda harus menyediakan anak remaja anda sebelum ia berlaku, jika boleh. Kongsi-lah pengalaman bila anda disasarkan. Jelaskan bahawa ramai pembuli berkelakuan sedemikian kerana mereka berasa tidak selamat, dan menjatuhkan seseorang membuatkan mereka berasa penting buat sementara waktu. Mengetahui kebenaran ini menghilangkan sedikit kepedihannya. Jika anak remaja anda telah terluka seperti Megan, biarkan dia meluahkan perasaannya atau menangis tanpa dihakimi. Jangan tambah bahan api ke dalam api. Sebaliknya, katakan, “Beritahu saya dengan lebih lanjut” untuk mendapatkan gambaran keseluruhan. Selepas itu, hitung sampai 10. Kemudian katakan, “Tidak hairanlah anda kecewa. Saya akan kecewa jika itu berlaku kepada saya. Jadi apakah langkah anda seterusnya?” Gesaan kecil itu menggalakkan peralihan daripada hanya meluahkan perasaan kepada penyelesaian yang boleh dilaksanakan. Apabila ibunya menggunakan penawar itu, Megan mencipta taktiknya sendiri, disokong dengan persetujuan ibunya. Keesokan paginya, Megan berjalan ke kumpulan yang mengumpatnya dan berkata terus terang, “Apa yang saya buat agak bodoh, kan? Saya tidak akan melakukannya lagi.” Dia bersikap acuh tak acuh seolah-olah itu bukan masalah besar, kemudian meneruskan perjalanannya, meninggalkan kumpulan pengumpat itu yang kini bisu. Dalam dua saat, dia telah melepaskan dirinya dari dijadikan sasaran. Akui-lah bahawa anak remaja anda lebih bijak daripada yang anda bayangkan. Tetapi mereka masih memerlukan jaminanmu sebagai pendengar dan sandaran. Setiap kali anak remaja anda melangkah keluar dari pintu rumah, ketiga-tiga ketakutan itu menyelubungi mereka. Oleh itu, adakah sesuatu yang mengejutkan jika mereka kadang-kadang bertindak balas terhadap tekanan tinggi itu dengan bertengkar dengan adik-beradik atau anda? Tetapi apabila anda memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik sikap tersebut, anda boleh memberikan sokongan untuk perjalanan harian mereka yang bergelora di kalangan remaja lain. © 2018 Kevin Leman. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.2036
bottom of page












