top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6132)
KD Post (3263)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Pakailah senjata TUHAN kerana musuh kita bukan manusiaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·16 September 2021Pakailah segala perlengkapan senjata Allah, sehingga Saudara tangguh menghadapi segala tipu muslihat Iblis. Sebab kita tidak berperang melawan manusia, melainkan pribadi-pribadi yang tidak berjasad, penguasa-penguasa dunia yang tidak kelihatan, setan-setan yang berkuasa, dan penghulu-penghulu kegelapan yang memerintah dunia ini; dan melawan roh-roh jahat yang sangat besar jumlahnya. Jadi, pakailah setiap senjata Allah untuk melawan musuh kapan saja ia menyerang, sehingga pada waktu serangan itu berakhir, Saudara tetap tidak terkalahkan. Efesus 6:11-13 FAYH https://bible.com/bible/2727/eph.6.11-13.FAYH204
- ‘Kehidupan Dalaman’ si IsteriIn Keluarga·2 October 2021Oleh Jeff Feldhahn Para lelaki sekalian, saya ada berita baik: memahami dan membahagiakan isterimu adalah perkara yang lebih mudah daripada yang dijangkakan. Saya hanya seorang lelaki biasa yang kadang-kadang jahil tentang perwatakan kaum wanita. Namun demikian, ketika saya dan isteri melakukan penyelidikan untuk sebuah buku tentang kehidupan dalaman kaum wanita, saya sedar betapa salahnya anggapan bahawa wanita memang mustahil difahami oleh kaum lelaki. Izinkan saya kongsikan beberapa penemuan yang mencelikkan mata. Perjanjian yang tidak berkesudahan Kau ujar “Saya sudi” sebagai ikrar perkahwinan. Kau fikir perjanjian sudah dimeteraikan. Besar kemungkinannya, soal, “Adakah dia mencintaiku?” tak terlintas langsung dalam fikiranmu lagi. Tetapi menurut tinjauan 400 wanita di seluruh negara, isteri anda mungkin melihat isu ini dari sudut yang berbeza. Baginya, ‘perjanjian’ tersebut tidak pernah tamat. “Saya sudi” mungkin bermaksud “Sudi-kah kau?” Tidak kira betapa kuatnya kepercayaan seseorang wanita kepada suaminya, masih ada keraguan yang terpendam dalam hatinya terhadap cinta si suami. Ya, dia tahu suaminya mencintainya, tetapi ada kalanya dia perlu diyakini. Apabila ‘kelemahan’ ini dijolok – oleh persengketaan perkahwinan, misalnya, bahkan oleh sikap anda yang suka berbisu – kebanyakan wanita akan berasa susah hati sehingga kerisauan ini diselesaikan. Anda boleh mentakrif “susah hati” sebagai “menyebabkan laki mereka jadi gila”. Ketenangan di rumah hanya terjadi bila kaum lelaki faham kenapa isteri mereka berasa tidak selamat. Kebanyakan lelaki tidak begitu peduli tentang kesihatan hubungan suami isteri. Tetapi sikap ini tidak dapat dibayangkan oleh lapan puluh peratus kaum wanita. Sekiranya ada yang tidak betul dalam perkahwinan, adalah sukar atau mustahil untuk mereka melupakannya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh beberapa wanita, “Ketika kita berselisih, dunia kita tidak aman sehingga masalah diselesaikan”. Seorang wanita cenderung mengalami rasa tidak selamat terhadap perkahwinannya walaupun suaminya bukan pencetus perasaan tersebut. Namun, si lelaki boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah. Pertama, yakinkan dia. Semasa persengketaan, ingatkannya tentang cinta anda dan hakikat bahawa hubungan anda berdua masih baik. Apabila anda memerlukan ruang peribadi, pastikan bahawa dia tahu bahawa keperluan ini bukan disebabkan olehnya. Kau harus faham bahawa dia kadang-kadang ‘terlalu berpaut padamu’ atau suka mengkritik kerana perasaan tidak selamatnya; kau harus terus menyakinkannya akan cintamu. Ya, perangainya mungkin ‘berduri’ macam landak tapi peluklah landak itu – dan anda mungkin lihat semua duri itu hilang. Kedua, terus memikatnya. Anda boleh menghilangkan kebanyakan rasa tidak selamat dengan memperkukuhkan hubungan romantik dengan si isteri. Sebenarnya, langkah kecil seperti berbual-bual dengannya setiap hari lebih bermakna dari ‘usaha hebat’ oleh si suami. Godakan-lah si isteri. Dengar betul-betul apa yang dia cakap. Berikannya nota romantik yang ringkas. Pujilah si isteri. Seks adalah pengalaman yang berbeza untuknya Kaum lelaki seolah-olah berfikir bahawa si isteri mempunyai tubuh betina yang menyelaputi minda jantan. Secara tidak sedar, kami anggap lelaki dan wanita pada dasarnya mempunyai reka bentuk seksual yang sama. Kadangkala suami isteri tidak sepadan dan ini membuat kami bingung. Seperti yang dikatakan oleh seorang rakan, “Sekiranya seks adalah ceria dan menyeronokkan, mengapa dia tidak inginkan keseronokan percuma?" Apabila kami mendengar, “Bukan malam ini, aku letih,” kami berasa tersinggung. Kami menganggap itu bermaksud kami tidak diinginkan. Para lelaki sekalian, tentu anda akan terkejut! Sembilan puluh enam peratus wanita yang kami wawancara mengatakan daya tarikan laki mereka tiada kena mengena dengan keengganan untuk melakukan hubungan seks. Sebilangan besar wanita berasa tertarik kepada suami mereka dan mahukan hubungan seksual yang baik. Kesimpulan seorang penyelidik: “Walaupun saya tidak menginginkan hubungan seks dengan kerap seperti si suami, saya masih sangat mencintainya dan menganggapnya sangat menarik.” Ego anda tidak harus berasa tersinggung. Sebaliknya, anda harus sedar bahawa fikiran isterimu memang berbeza. Dia perlu lebih banyak masa persediaan untuk mempersiapkan minda dan emosinya untuk melakukan hubungan seks. “Bermain cinta” ketika bersarapan menjadikannya tidak sabar untuk menikmati malam yang hangat dengan keintiman seksual. Dia juga dirangsangkan dengan cara yang berbeza. Anda tertarik kepada apa yang dilihat. Sebaliknya, dia perlu rasa hubungan yang rapat dari segi emosi. Dia tidak dapat melupakan tingkah lakumu terhadapnya sepanjang hari. Perasaan terluka atau diabaikan harus disembuhkan dan dimaafkan; kenangan positif menjadikannya bersedia untuk keintiman. Kenangan positif memang mudah ditimbulkan dengan menyentuhnya dengan lemah-lembut, dengan mendengar dengan perasaan empati, dengan menolong melakukan tugas rumah tangga. Semasa penyelidikan kami, seorang wanita berkata bahawa dia memberitahu suaminya, “Sayang, tiada yang lebih memberahikan daripada memerhatikan anda membersihkan barangan!” Wanita tersebut hanya mahu rasa bahawa dia dijaga oleh suaminya. Bukan hanya anda yang ada banyak anggapan salah terhadap si isteri. Seperti saya dan lelaki lain yang dahulunya jahil tentang perwatakan isteri, anda memang boleh belajar bagaimana membahagiakan isteri anda. ________________________________________ © 2007 Focus on the Family. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa diperolehi. Digunakan dengan izin. Usaha menumpukan perhatian pada cinta sejati walaupun mengharungi cabaran kehidupan adalah suatu komitmen. Ambillah kuiz percuma kami, Focus on Marriage Assessment untuk memahami hubungan anda berdua dan bidang-bidang yang harus dipupuk dalam setiap musim perkahwinan yang berlainan.2020
- TUHAN yang telah mulakan suatu pekerjaan yang baik dalam dirimu akan menyudahkannyaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·29 September 2021Aku yakin bahawa Allah yang telah memulakan suatu pekerjaan yang baik dalam dirimu akan menyudahkannya hingga hari Yesus Kristus. Wajarlah aku memikirkan demikian tentang kamu semua kerana kamu sentiasa dalam hatiku. Kamu juga turut mendapat kasih kurnia Allah bersamaku, baik dalam hal aku dipenjarakan ini mahupun dalam mempertahankan dan meneguhkan Injil. Filipi 1:6-7 AVB https://bible.com/bible/2271/php.1.6-7.AVB207
- Mazmur 119:111 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·30 September 2021Peraturan-Mu telah kuambil sebagai warisan selama-lamanya; kerana ia menggembirakan hatiku.2013
- Keperluan Seksual: Lelaki dan WanitaIn Keluarga·27 December 2021Seperti kebanyakan pengantin baru, Josh dan Jenny telah menjangkakan kesatuan dan kebahagiaan yang memuncak dalam seksualiti perkahwinan. Walaupun bulan madu mereka tidak sempurna, mereka masih berharap mereka akan serasi dan menemui keindahan yang mutlak dalam kesatuan seksual. Selepas dua tahun kekecewaan, keyakinan mereka mula pudar. Isu seksual menjadi isu utama dalam perbalahan mereka. Josh mengadu bahawa Jenny tidak pernah berminat. Jenny menjawab dengan merujuk kepada kekurangan usaha romantik oleh Josh. Bagaimanakah sesuatu yang dibentuk untuk mewujudkan kesatuan boleh menjadi punca perpecahan dalam perkahwinan muda mereka? Keintiman perkahwinan sering dihalang oleh komunikasi yang lemah, jangkaan yang tidak dipenuhi dan sakit hati, terutamanya berpunca daripada perbezaan besar antara seksualiti lelaki dan wanita. Jika anda dan pasangan anda berasa kecewa dalam bilik tidur, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingati. Pelajari-lah tentang pasangan anda Saya mengambil masa 10 tahun di sekolah untuk menjadi pakar psikologi. Sepanjang masa itu, saya telah didedahkan kepada banyak maklumat tentang seksualiti manusia. Jelas sekali, saya rasa lebih bersedia daripada isteri biasa untuk memahami keperluan suami. Amboi, saya telah terlalu memandang tinggi pendidikan seks saya! Tidak kira latar belakang, anda perlu banyak belajar tentang seksualiti pasangan anda. Malah, kebanyakan perkara yang anda anggap betul mungkin salah. Jika anda mahukan kehidupan seks yang sangat memuaskan, anda mesti kembali menjadi seorang pelajar. Cara pertama untuk melakukan ini adalah melalui pengetahuan am. Para lelaki sekalian, salah satu cabaran anda adalah untuk memahami kerumitan yang luar biasa dalam seksualiti isteri anda. Para wanita sekalian, kita perlukan bantuan untuk memahami pergelutan dan godaan yang dihadapi oleh suami kita. Mata saya terbuka selepas saya membaca tentang godaan seksual yang dihadapi lelaki. Semasa anda membaca, bercakap secara terbuka tentang apa yang anda pelajari. Selain dari perkara biasa yang lain, anda juga perlu mempelajari tentang pasangan anda. Halangan terbesar adalah kekurangan komunikasi. Walaupun pasangan sering bergaduh tentang seks, mereka jarang bercakap mengenainya. Pertimbangkan-lah untuk berkongsi tentang rasa tidak selamat, godaan, perkara-perkara yang mengujakan anda dan sebaliknya. Rancang-lah untuk bercakap tentang kehidupan seks anda sekurang-kurangnya sekali sebulan. Oleh kerana topik ini sangat sensitif, jadilah pendengar yang bersimpati dan menyokong. Terimalah apa yang anda tidak faham Sepanjang semua usaha saya untuk memahami suami saya, saya akhirnya menjadi kecewa dengan jurang antara jantina yang tidak dapat kami atasi. Kami boleh bercakap sehingga tidak mempunyai kata-kata lagi dan masih tidak tahu bagaimana rasanya jika berada dalam situasi orang lain. Masalahnya berpunca dari hakikat bahawa kami berdua tidak rela menerima apa yang kami tidak faham: Lelaki sering melihat seks sebagai pelepasan fizikal dan cara untuk berhubung semula dengan isteri mereka, manakala wanita cenderung melihatnya sebagai aliran keluar keintiman emosi mereka. Para wanita sekalian, kami sukar memahami mengapa lelaki tergoda secara visual. Para lelaki sekalian, anda mungkin tidak memahami tenaga emosi yang diperlukan untuk seks daripada isteri anda. Apa yang merumitkan lagi masalah adalah kelemahan semulajadi manusia dan sikap mementingkan diri. Ada masanya kita perlu bergerak dari pemahaman kepada penerimaan. Lelaki dan wanita memang dicipta secara berbeza. Apabila kita benar-benar menerima satu sama lain, tanpa sikap menghakimi orang lain dan kebencian, kita boleh mula menikmati perbezaan kita. Jangan cuba seks tanpa cinta Saya sering tertanya-tanya mengapa lelaki dan wanita dicipta dengan begitu berbeza. Bukankah lebih mudah dan seronok jika kita mempunyai keperluan, dorongan dan minat yang sama? Tetapi perbezaan ini sebenarnya dicipta untuk menunjukkan kepada kita bagaimana untuk menyerahkan diri kita kepada satu sama lain dalam kasih. Dan cinta sejati hanya dapat diluahkan melalui sikap tidak mementingkan diri sendiri. Kalau saya dapat mencintai suami sambil mengejar kemahuan yang mementingkan diri, tidak mungkin saya faham betapa indahnya cinta sejati. Kehidupan seks yang hebat hanya terjadi apabila kedua-dua suami dan isteri komited untuk mengorbankan keperluan sendiri untuk satu sama lain. Tetapi melaluinya, kita memperolehi ganjaran yang lebih kaya: pengalaman mengasihi dan dikasihi tanpa sikap mementingkan diri sendiri. Dipetik daripada Sexual Needs: His and Hers oleh Dr Julianna Slattery. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa diperolehi.20253
- 2 Korintus 4:16 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·22 September 2021Dengan demikian, kami tidak tawar hati. Walaupun manusia lahiriah kami kian merosot, namun manusia batiniah kami diperbaharu setiap hari.207
- Lukas 6:38 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·26 September 2021Berilah kepada orang dan kamu akan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dan digoncang sehingga melimpah ruah akan dicurahkan ke atas pangkuanmu. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu. 205
- Munafik!In Kesaksian·4 October 2023Saya sedang bersarapan bersama ahli keluarga saya apabila seseorang menyebut tentang kenalan kami yang enggan datang ke gereja kerana berasa penuh dengan dosa dan tidak layak untuk berada dekat dengan Tuhan. Mendengar hal itu, saya terdiam, merenung sejenak. Saya teringat suatu masa dahulu, saya berasa sangat jauh dari Tuhan, hingga berdoa sahaja terasa seperti seorang yang munafik. Setiap kali saya ingin berdoa untuk sesuatu, suara keras di fikiran saya berkata, 'Kamu munafik! Kamu tidak berdoa pun apabila kamu makan! Sudah berbulan-bulan sejak kali terakhir kamu berdoa. Sekarang, apabila keadaan menjadi sukar, kamu mahu meminta pertolongan Tuhan? Alangkah hebatnya kemunafikan kamu! Adakah kamu fikir Dia akan mendengar doa kamu? Dia tidak akan!' Suara itu sangat kuat sehingga terasa seperti ada orang bercakap terus ke telinga saya. Pada suatu hari, seseorang menjemput kawan saya dan saya ke gerejanya, yang mana kami terima dengan senang hati. Gereja ini kecil, dengan kurang daripada 20 jemaat. Pada hari itu, seorang pengkhutbah dari luar negara telah dijemput untuk menyampaikan khutbah. Apabila panggilan altar diadakan, saya pergi ke hadapan, kerana saya berasa malu untuk tetap duduk apabila semua orang kelihatan menuju ke hadapan. Pengkhotbah meletakkan tangannya di atas kepala saya dan berkata, 'Tuhan berkata, Aku mengashimu anak Ku (I love you my daughter).' Pada ketika itu, saya merasakan kehangatan menjalar di dada saya dan air mata mengalir di pipi saya. Perasaan kekosongan yang saya rasakan sebelum ini kini hilang! Saya berasa segar dan dikasihi! Perkara ini berlaku beberapa tahun lalu semasa saya masih menuntut di universiti tempatan. Kemudian aku mendengar suara lantang berkata di syurga, "Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan Allah kita, dan kuasa Kristus-Nya telah tiba; kerana penuduh saudara-saudara kita, yang telah menuduh mereka siang malam di hadapan Allah kita telah disingkirkan. (Wahyu 12:10) Kepada yang selalu merasa tertuduh atas semua kesilapan dan dosa masa lalu, Tuhan berkata, 'Pulanglah wahai anak Ku, Aku mengasihimu' ❤️2020
- Setia dan taat kepada TUHAN dalam segala tindakan kamuIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·8 September 2021https://bible.com/bible/402/2ch.19.5-10.BM2013
- Tangan Tuhan Yang MelepaskanIn Bayu Pengharapan·3 September 2021Renungan: Ulangan 26:5-9 Lalu Tuhan membawa kami keluar dari Mesir, dengan tangan yang kuat dan lengan yang teracung, dengan kedahsyatan yang besar dan dengan tanda- tanda serta mukjizat-mukjizat. (ayat 8) Apabila tangan dan lengan Tuhan teracung, tidak ada kuasa dapat menghalang rencana-Nya! Tuhan bersabda kepada Musa agar dia menyampaikan hal ini kepada umat-Nya. “Akulah Tuhan, Aku akan membebaskan kamu dari perbudakan mereka dan menebus kamu dengan tangan yang teracung dan dengan hukuman- hukuman yang berat.” (Keluaran 6:5) Kedegilan dan kuasa tentera Firaun tidak dapat menghalangi rencana pembebasan umat Tuhan. Tuhan berfirman agar Musa menghadapi Firaun dan Tuhan akan menunjukkan kuasa tangan-Nya. Apabila tangan-Nya teracung banyak tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat terjadi. “Bilamana Firaun tidak mendengarkan kamu, maka Aku akan mendatangkan tangan-Ku kepada Mesir dan mengeluarkan pasukan-Ku, umat- Ku, orang Israel dari tanah Mesir...”(Keluaran 7:4) Tangan Tuhan teracung dan melawan kedegilan Firaun, akan tetapi baginda tidak mengendahnya. Akhirnya, baginda terpaksa menghadapi kenyataan bahawa tangan Tuhan sangat berkuasa. Yang pertama, sungai Nil berubah menjadi darah dan semua ikan mati. Kemudian, Firaun terpaksa menderita apabila katak-katak menulahi seluruh istananya sehingga kamar tidurnya bahkan pada waktu dia ingin makan roti, katak melompat ke atas piringnya! Bubur katak! Walaupun dedebu berubah menjadi nyamuk, lalat pikat, dan belalang bertandang di istananya, Firuan berdegil dan masih tidak mahu mengalah. Tulah kesembilan yang telah mengubah langit yang cerah menjadi gelap gelita pun tidak mengubahkan pendiriannya. Hanya ketika anak sulungnya meninggal dunia, baru baginda mengusir umat Tuhan. Namun hati baginda berubah lagi dan baginda segera mengejar mereka dengan tentera yang ngeri. Tangan Tuhan teracung dan kedegilan manusia tidak dapat mengatasi kedegilan Tuhan dan kewibawaan-Nya. Tangan Tuhan juga menutup Laut Teberau apabila tentera Firaun cuba mengejar umat Tuhan. Saudara terbelenggu oleh masalah tertentu? Percayalah apabila tangan Tuhan teracung, anda akan segera dilepaskan oleh kuasa-Nya. Siapakah yang boleh menggagalkan rencana Tuhan? Doa: Ya Tuhan, aku bersyukur kerana apabila tangan-Mu teracung, mukjizat terjadi dan kuasa gelap akan berundur!2023
- FocusIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·2 April 20230366
- Yosua 1:8-9In Kehidupan Kristian·6 December 2024Yosua 1:8-9 | Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, merenungkannya siang...malam0318
bottom of page











