top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6133)
KD Post (3264)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Curahkanlah Kasih Mu (Indonesia)In Kehidupan Kristian·22 December 2024🇮🇩 Curahkanlah Kasih Mu | Fill Us With Your Love | Bahasa Indonesia | Indonesian Language | ID | 4K0112
- Firman TUHAN sudah menjadi manusia dan melalui DIA kasih Bapa Syurgawi ditunjukkanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·24 December 2022Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita. YOHANES 1:14 BM https://bible.com/ms/bible/402/jhn.1.14.BM0110
- Yesus mengambil beban dosa saya sehingga saya diperbenar di hadapan TUHANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·30 December 2021Sebab Allah mengambil Kristus yang tidak berdosa dan membebani dosa kita kepada-Nya dan menghukum-Nya sehingga kita dapat dibenarkan di hadapan Allah. 2 Korintus 5:21 FAYH https://bible.com/bible/2727/2co.5.21.FAYH106
- Bersedialah memaafkan, jangan menaruh dendamIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·26 January 2022Hendaklah Saudara lemah lembut dan bersedia memaafkan; janganlah menaruh dendam. Ingatlah, Tuhan telah mengampuni Saudara, maka hendaklah Saudara mengampuni orang lain. Kolose 3:13 FAYH https://bible.com/bible/2727/col.3.13.FAYH101
- Mengingati segala TUHAN telah lakukan, melindungi kita.In Grafik Firman Tuhan & Animasi·8 January 2022Orang yang duduk dalam lindungan Yang Mahatinggi dan bermalam dalam naungan Yang Mahakuasa akan berkata kepada Tuhan: ”Tempat perlindunganku dan kubu pertahananku, Allahku, yang kupercayai.” Sungguh, Dialah yang akan melepaskan engkau dari jerat penangkap burung, dari penyakit sampar yang busuk. Dengan kepak-Nya Ia akan menudungi engkau, di bawah sayap-Nya engkau akan berlindung, kesetiaan-Nya ialah perisai dan pagar tembok. Engkau tak usah takut terhadap kedahsyatan malam, terhadap panah yang terbang di waktu siang, terhadap penyakit sampar yang berjalan di dalam gelap, terhadap penyakit menular yang mengamuk di waktu petang. Walau seribu orang rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi itu tidak akan menimpamu. Engkau hanya menontonnya dengan matamu sendiri dan melihat pembalasan terhadap orang-orang fasik. Sebab Tuhan ialah tempat perlindunganmu, Yang Mahatinggi telah kaubuat tempat perteduhanmu, malapetaka tidak akan menimpa kamu, dan tulah tidak akan mendekat kepada kemahmu; sebab malaikat-malaikat-Nya akan diperintahkan-Nya kepadamu untuk menjaga engkau di segala jalanmu. Mereka akan menatang engkau di atas tangannya, supaya kakimu jangan terantuk kepada batu. Singa dan ular tedung akan kaulangkahi, engkau akan menginjak anak singa dan ular naga. ”Sungguh, hatinya melekat kepada-Ku, maka Aku akan meluputkannya, Aku akan membentenginya, sebab ia mengenal nama-Ku. Bila ia berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab, Aku akan menyertai dia dalam kesesakan, Aku akan meluputkannya dan memuliakannya. Dengan panjang umur akan Kukenyangkan dia, dan akan Kuperlihatkan kepadanya keselamatan dari pada-Ku.” Mazmur 91:1-16 TB https://bible.com/bible/306/psa.91.1-16.TB105
- Sesiapa yang ada di dalam Kristus, jadi ciptaan baru!In Grafik Firman Tuhan & Animasi·10 January 2022Sebab itu kami tidak lagi menilai seorang juga pun menurut ukuran manusia. Dan jika kami pernah menilai Kristus menurut ukuran manusia, sekarang kami tidak lagi menilai-Nya demikian. Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang. Dan semuanya ini dari Allah, yang dengan perantaraan Kristus telah mendamaikan kita dengan diri-Nya dan yang telah mempercayakan pelayanan pendamaian itu kepada kami. Sebab Allah mendamaikan dunia dengan diri-Nya oleh Kristus dengan tidak memperhitungkan pelanggaran mereka. Ia telah mempercayakan berita pendamaian itu kepada kami. 2 Korintus 5:16-19 TB https://bible.com/bible/306/2co.5.16-19.TB105
- Penagih Pornografi mungkin cuba mengelakkan Keintiman sebenarIn Keluarga·10 January 2022Oleh Michelle Habel Pornografi boleh menjadi pengganti yang tidak sihat untuk hubungan seks dengan pasangan, tetapi selalunya ia merupakan gejala isu yang lebih mendalam dan cara untuk mengatasi kepedihan yang belum diselesaikan. Penonton pornografi mungkin sedang cuba mengelakkan keintiman sebenar. Apabila Bill pulang dari kerja, dia hairan kerana dia tidak mendengar anak-anaknya atau televisyen. Dia membelok di tepi tembok lalu masuk ke dalam rumahnya dan mendapati isterinya, Karen, sedang duduk di kerusi pejabatnya dan merenung ke arahnya dengan marah. Kulitnya rasa seperti tercucuk-cucuk. “Mana anak-anak?” dia bertanya. “Saya bawa mereka ke rumah ibu bapa saya. Saya perlu bercakap dengan awak dan saya tidak mahu mereka di sini untuk mendengar perbualan ini.” Mulut Bill menjadi kering dan dia mendapati sukar untuk menelan. Matanya bertemu dengan mata Karen sambil dia menyambung, “Saya menjumpai pornografi anda dalam komputer anda dan saya mahu anda keluar rumah dengan segera.” Kerongkong Bill terasa ketat, dan dia tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas. Dia memejamkan matanya dan cuba mengingati laman web lucah terbaru yang dilihatnya. Dia berasa mual apabila dia membayangkan Karen melihat imej-imej itu di komputernya. Air mata panas kerana malu mengalir di pipinya ketika dia jatuh melutut. “Tolong,” dia berbisik, “Saya akan lakukan apa sahaja. Tolong jangan paksa saya pergi.” Dia merenung wajah isterinya untuk tanda harapan, tetapi Karen mengalihkan pandangan kerana marah. Keadaan hidupnya jika berpisah dengan Karen dan anak-anak terlintas di fikirannya dan menyebabkan hatinya berdegup-degup di dada. “Saya berasa sangat malu,” kata Bill dan dia mula tersedu-sedan dan menutup mukanya dengan tangannya. Akhirnya, dia mendengar soalan Karen, "Sudi-kah kau pergi ke kaunseling dengan saya?" Bill mendongak. “Ya!” katanya, terdesak untuk harapan. “Saya akan lakukan apa sahaja.” Bill faham dan tahu bahawa dia telah berlaku curang secara emosi kepada Karen. Rasa tidak selamatnya yang mendalam telah menyebabkan dia mencipta dinding dalam perkahwinannya dengan Karen yang menghalang mereka daripada menjadi terlalu rapat. Dia telah mengelakkan hubungan intim dengan Karen selama bertahun-tahun. Pornografi telah menjadi pengganti seks. Bill tahu bahawa ia adalah masalah, tetapi ia bukan satu-satunya masalah yang dihadapinya. Pornografi adalah gejala isu yang lebih mendalam, dan menggunakannya adalah cara yang dipilihnya untuk mengubati kesakitan emosi yang belum diselesaikan. Mengelakkan keintiman Pornografi hanyalah satu cara Bill menyekat hubungan yang mendalam dengan Karen. Tingkah lakunya secara tidak sedar adalah berdasarkan ketakutan dan keperluan untuk keselesaan. Sebahagian daripadanya mendambakan keakraban, tetapi dia takut memerlukan seseorang. Bill telah menutup bahagian dirinya yang lemah, menguburkan keinginannya untuk keintiman emosi dan mengasingkan dirinya kerana cuba melindungi dirinya. Jika Karen cuba bercakap dengannya, dia akan menolak dengan menyalahkan, memanipulasi, mengkritik atau menarik diri daripadanya. Dia tidak mempercayai Karen dan, oleh itu, dia tidak sanggup mengambil risiko mendedahkan hati kepadanya. Dia beralih kepada pornografi sebagai pengganti mengambil risiko penolakan atau kritikan dari Karen. Pornografi lebih mudah. Bill tidak perlu mempertaruhkan ego atau hatinya untuk memenuhi keperluan asas fizikalnya. Dan melancap tidak memerlukan hubungan emosi. Bill mengakui bahawa pornografi telah banyak menjejaskan hubungan seksualnya dengan Karen. Mereka jarang melakukan hubungan seks sepanjang 10 tahun sebelumnya. Jika Karen cuba memulakan hubungan seks, dia akan membuat alasan mengapa masa itu tidak sesuai atau dia akan bersetuju untuk meletakkannya dalam kalendar tetapi tidak meneruskan dengannya. Walaupun kadangkala dia berasa bersalah kerana menyakiti Karen, dia berasa seolah-olah dia tidak mempunyai pilihan. Bill perlu mempunyai kelebihan dalam suatu hubungan untuk berasa selesa. Dengan pornografi, dia berasa terkawal dan ini memberikannya rasa berkuasa. Wanita-wanita dalam imej dan video itu sentiasa bersedia dan sudi – dan dia tidak perlu mengorbankan apa-apa untuk penerimaan dari mereka. Tetapi menggunakan pornografi untuk mencapai orgasma juga membuatkan Bill berasa kekalahan dan keseorangan. Ketika Bill dan Karen memulakan proses yang menyakitkan untuk menyelesaikan masalah mereka dengan kaunseling, Bill mula memahami isu yang lebih mendalam yang mendorong tingkah lakunya untuk mengelakkan hubungan. Dia menyedari bahawa dia berasa tidak layak untuk dicintai dalam suatu hubungan kerana penolakan awal dan kesakitan pada zaman kanak-kanaknya. Bill juga mempunyai ketakutan yang kuat bahawa di akan ditinggalkan. Oleh itu, dia menjauhkan orang lain dari hatinya supaya dia tidak menghadapi risiko dilukai oleh kehilangan orang itu sekiranya dia pergi. Menjadi rapat secara emosi dengan Karen adalah sangat berisiko kerana perkahwinan sepatutnya menjadi hubungan yang paling intim sekali. Menangani isu Kaunselor Bill menyarankan dia menghadiri kumpulan untuk lelaki yang bergelut dengan pornografi dan mengelakkan keintiman. Walaupun ini adalah perkara terakhir yang Bill mahu, dia komited untuk mengubah cara hidupnya. Dia bersetuju untuk hadir. Dia berasa tegang semasa dia masuk ke dalam bilik dan memandang orang-orang yang tidak dikenali di mana dia akan mendedahkan jiwanya kepada mereka. Tetapi dia mendengar cerita mereka dan kagum dengan keberanian dan kejujuran mereka. Seorang lelaki menggambarkan perjuangannya dengan cara ini: “Ia seolah-olah saya sentiasa berperang dalam diri saya. Saya mahu menjauhi pornografi. Saya memberitahu diri saya setiap kali saya mengalah bahawa ini adalah kali terakhir ... tetapi ia bukan kali terakhir. Saya boleh bertahan untuk seketika, tetapi akhirnya, saya menontonnya semula. Selepas itu, saya berasa malu dan lemah. Sudah tentu, apabila saya berasa buruk tentang diri saya, maka saya mahu berasa lebih baik. Pornografi buat sementara waktu membuatkan saya berasa lebih baik, tetapi saya tidak dapat keluar dari roda ini yang merosakkan dan tak berhenti.” Bill menghembus nafas dan berasa lebih lega. Mendengar orang lain menyuarakan pergumulan yang serupa dengan apa yang dihadapinya memberinya harapan bahawa dia berada di tempat yang betul. Perubahan sebenar berlaku dalam kumpulan Bill. Kumpulan lelaki itu memberikan akauntabiliti, pemahaman, pengesahan dan teguran apabila diperlukan. Mereka menelefon atau menghantar pesanan teks antara satu sama lain bila mereka bergelut dengan keinginan untuk menahan keintiman emosi atau menonton pornografi. Bill juga melakukan proses pemulihan 12 langkah dan mula menyembuhkan beberapa luka yang lebih mendalam yang mencetuskan keperluannya untuk menenangkan diri dengan pornografi. Dia belajar bahawa pornografi adalah saluran untuk mengatasi perasaan tidak berdaya dan kekurangan upaya. Dia dapat membina hubungan yang bermakna dan sihat dengan lelaki dalam kumpulannya. Dia juga berlatih berkongsi fikiran dan emosi dengan Karen. Akhirnya dia dapat mempercayai Karen sehingga dia dapat mendedahkan kepadanya semua perasaan yang sekian lama dipendamkannnya. Bill tahu bahawa dia perlu memberi menumpukan perhatian untuk memulihkan dirinya, tidak kira sama ada Karen memutuskan untuk meneruskan dengan perkahwinan mereka. Dia terpaksa berusaha untuk sampai ke tahap di mana dia boleh menerima dirinya sendiri – tidak kira apa yang akan berlaku. Dia tahu bahawa inilah satu-satunya cara untuk mewujudkan hubungan yang sihat dengan Karen. Hasil daripada kaunseling, kumpulan lelaki dan kerja keras, Bill berjaya menghentikan tabiat pornografinya dan mengeratkan hubungan kekeluargaannya. Bill menemui semula bahagian dalam hidupnya yang dipendamnya, dan dia mula menikmati dan mengalami kebebasan dalam hidupnya. Pelbagai isu boleh mencetuskan tabiat penggunaan pornografi. Memahami keperluan yang lebih mendalam bagi individu yang terjejas oleh masalah ini yang berleluasa adalah penting. Hubungilah pembantu yang terlatih, dan jika anda pasangan suami isteri, lakukannya bersama-sama. Perubahan boleh dilakukan! © 2018 Michelle Hable. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.1026
- Yesus Daulat atas hari Sabat.In Inspirasi & Renungan·12 January 2022Markus 2 23-28. 23APada suatu hari Sabat, Yesus dan murid-murid-Nya berjalan melalui ladang gandum. Para murid-Nya mula memetik bulir gandum. 24Kemudian orang Farisi berkata kepada Yesus, "Lihatlah, mereka melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!" 25Yesus menjawab, "Tidakkah kamu membaca apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan mereka yang berada bersamanya kekurangan dan kelaparan? 26BCDia masuk ke Rumah Allah sewaktu Abiatar berjawat sebagai imam besar lalu makan roti persembahan, meskipun perbuatan itu dilarang kerana hanya imam dibenarkan makan roti itu. Daud juga memberikan roti itu kepada mereka yang ada bersamanya." 27Yesus menambah, "Hari Sabat diwujudkan untuk manusia, bukannya manusia diwujudkan untuk hari Sabat. 28Jadi Anak Manusia jugalah Tuhan atas hari Sabat." Murid Yesus memetik bulir gandum pada hari Sabat. Dan tindakan ini timbulkan soalan dari gulungan Farisi. Kononnya murid Yesus telah langgar hukum Sabat. Jawaban Yesus dalam ay. 25-28 memberi kita 3 ajaran. 1. Manusia yang hidup bermasyarakat mesti ada peraturan dan hukum dan undang-undang. Tetapi ada satu undang-undang yang dicipta Allah yang boleh mengatasi undang2 Allah yang lain. Undang2 itu ialah selamatkan nyawa manusia ialah prioriti yang paing tinggi. Ia tentu boleh juga mengatasi intepretasi manusiawi tentang hukum Allah. Semua peraturan, ketetapan, hukum, dan undang2 yang baik datang dari Allah sendiri. Ini semua ialah untuk kebaikkan manusia. Atau untuk faedah manusia supaya manusia boleh hidup dalam aman dan damai. Maka kalau mengikuti satu undang2 akan memudaratkan kehidupan, maka undang2 itu boleh di ketepikan. Maka kita boleh menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat (Lukas 14:1-5) Dan Daud dibenarkan makan roti persembahan. Maka murid Yesus di benarkan bekerja memetil bulir gandum pada hari Sabat. Dan ambulan yang angkut orang cemas sakit boleh lalui lampu isyrat merah. Secara am, Tuhan izinkan kita ketepikan undang2 yang baik untuk selamatkan nyawa orang. 2. Berkait rapat dengan soalan ini ialah ayat 28. Dari ayat 28 kita dapati Allah sendiri adalah hukum. Allah ialah Tuhan atas hari Sabat. Dan Tuhan atas semua undang2 yang lain Maka kita nampak prinsip ini dipraktikan apabila Petrus dan Yohanes menjawab pihak berkuasa Israel dalam Kisah Para Rasul 4: 19”Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab, "Wajarkah pada pandangan Allah jika kami mendengar katamu lebih daripada mendengar kata Allah? Timbangkanlah,…” Oleh kerana Allah ialah Tuan atas semua undang2, maka kita boleh mengetepikan peraturan manusia yang bercanggah dengan arahan Allah. Di bawah pentadbiran Taliban, semenjak August 2021, semua Christian mesti kembali menjadi Muslim. Kamu ikut arahan itu kah? 3. "Hari Sabat diwujudkan untuk manusia, bukannya manusia diwujudkan untuk hari Sabat ( ayat 27.) Apakah applikasi untuk kita? Applikasi: kebajikan manusia lebih penting daripada peraturan. Peraturan digubal untuk kebajikan manusia. Maka kalau mengikuti peraturan itu mudaratkan manusia, kita jangan ikut. Manusia dicipta bukan untuk mengagungkan peraturan. Manusia di cipta untuk agungkan Allah. Anak manusia (Yesus Kristus) adalah Tuhan atas hari Sabat. Siapa ini Yesus Kristus? Dalam renungan akan datang, kita akan tahu siapa ini Yesus Kristus. Tuhan berkati1014
- Puji Syukur TUHAN memberkati kami boleh belajar daripada satu sama lainIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·5 February 2022Sebagaimana besi mengasah besi, demikianlah manusia belajar daripada satu sama lain. AMSAL 27:17 BM https://bible.com/bible/402/pro.27.17.BM109
- Kita bersatu pada Kristus dan berhubungan satu dengan lainIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·8 February 2022Tubuh kita mempunyai banyak anggota. Setiap anggota ada tugasnya sendiri-sendiri. Begitu juga dengan kita. Meskipun kita semuanya banyak, namun kita merupakan satu tubuh karena kita bersatu pada Kristus. Dan kita masing-masing berhubungan satu dengan yang lain sebagai anggota-anggota dari satu tubuh. Roma 12:4-5 BIMK https://bible.com/bible/27/rom.12.4-5.BIMK103
- Pujilah TUHAN, jangan lupakan segala rahmatNYAIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·20 December 2021Pujilah Tuhan, wahai jiwaku, dan jangan lupakan segala rahmat-Nya – Mazmur 103:2 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.103.2.AVB1010
- Terimalah saudara yang lemah imannya tanpa menghakimi atau mencelanyaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·9 February 2022Terimalah orang yang lemah imannya, tanpa menghakimi hal-hal yang boleh dipertikaikan. Roma 14:1 AVB https://bible.com/bible/2271/rom.14.1.AVB102
bottom of page









