top of page

Cari

3265 results found with an empty search

  • Pertolongan Tuhan Tepat Pada Waktunya Dan Yang Hilang Ditemukan

    1 Samuel 30:3-6, 8, 15, 18-19 (AVB)      3 Setibanya Daud berserta anak buahnya di kota itu, tampaklah betapa kota itu sudah terbakar manakala para isteri mereka serta anak-anak mereka, baik lelaki mahupun perempuan, telah ditawan. 4 Maka amat nyaringlah tangisan Daud serta umat yang menyertainya, sampai mereka tidak kuat lagi untuk menangis.     5 Kedua-dua orang isteri Daud, iaitu Ahinoam orang Yizreel, dan Abigail, balu Nabal, orang Karmel itu, turut ditawan.  6 Daud menjadi begitu tertekan apabila rakyat berkata hendak merejamnya dengan batu. Memang seluruh rakyat itu berasa amat pedih lantaran tertawannya anak masing-masing, baik lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, Daud menguatkan hati di dalam TUHAN, Allahnya. 8 Daud pun menanyakan petunjuk TUHAN, katanya, “Haruskah kukejar gerombolan itu? Adakah aku akan berjaya menyusul mereka?” Firman-Nya kepadanya, “Kejarlah. Engkau pasti dapat menyusul mereka dan merebut semuanya kembali.” 15 Tanya Daud kepadanya, “Mahukah engkau menghantar aku kepada gerombolan itu?” Jawabnya, “Bersumpahlah kepada hamba demi Allah bahawa tuan tidak akan membunuh hamba atau menyerahkan hamba ke dalam tangan tuan hamba, maka hamba akan menghantar tuan kepada gerombolan itu.” 18 Daud merebut kembali segala sesuatu yang diambil oleh orang Amalek, dan Daud pun membebaskan kedua-dua orang isterinya.  19 Tidak ada yang kurang pada mereka, daripada yang kecil kepada yang besar, baik anak lelaki mahupun anak perempuan, juga rampasan serta segala sesuatu yang telah diambil oleh orang Amalek itu. Daud membawa kembali semuanya. Pengajaran/ Refleksi. 1. Daud dan anak buahnya sedang dalam kesusahan kerana anak dan isteri mereka telah dilarikan musuh. Sebelum bertindak dengan kekuatan dan kehebatan sendiri, Daud bertanya kepada TUHAN, apakah dia perlu mengejar musuh yang telah membawa lari ahli keluarga mereka atau tidak? Tuhan menjawab, "kejarlah". 2. Setelah berdoa atau bertanya kepada TUHAN, mereka menemui seorang yang di tinggalkan oleh raja mereka kerana dia sakit. Budak itulah yang membawa mereka ke tempat musuh yang telah melarikan keluarga mereka. Daud dan anak buahnya berjaya mengambil semula semua yang dirampas oleh orang Amalek. Tiada suatu apa pun yang hilang. Tuhanlah yang membenarkan mereka menemukan seorang budak bangsa mesir, yang di tinggalkan oleh tuannya kerana sakit. Setelah di rawat dengan baik dia menjadi sihat, dan dialah yang membawa daud dan anak buahnya menemukan musuh mereka dan mengambil kembali anak, isteri dan segala yang lain yang dirampas oleh musuh mereka. Terima kasih bapa yang baik, yang akan memberi pertolongan tepat pada waktunya kepada setiap kami umat-mu. Engkau juga akan mengembalikan milik kami yang telah hilang kepada kami. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Kasih Kristus Mengubah Segalanya

    Oleh Tama Eka Prasetya

  • Raja Akhis Melihat Daud Seperti Malaikat Allah

    1 Samuel 29:6-9 (AVB)      Maka Akhis memanggil Daud dan berkata kepadanya, “Demi TUHAN yang hidup, engkau memang tulus hati. Aku juga memandang baik pergerakanmu bersama-samaku dalam pasukan dan aku tidak mendapati kesalahan padamu sejak engkau datang kepadaku sampai hari ini. Namun demikian, para raja kota itu tidak berkenan kepadamu. Oleh sebab itu pulanglah. Pergilah dengan sejahtera supaya engkau tidak menjadi lebih tidak menyenangkan kepada para raja kota orang Filistin.” Kata Daud kepada Akhis, “Tetapi apakah yang telah hamba lakukan? Apakah yang tuanku dapati pada hambamu ini sejak hamba berkhidmat untuk tuanku sampai hari ini sehingga hamba tidak boleh pergi memerangi musuh-musuh baginda tuanku?”   Jawab Akhis kepada Daud, “Aku tahu, di mataku engkau ini baik seperti malaikat Allah. Tetapi para panglima orang Filistin berkata, ‘Dia tidak boleh pergi berperang bersama-sama kita.’ Pengajaran/ Refleksi. 1. Raja Akhis melihat ketulusan hati Daud sama seperti malaikat. Raja Akhis bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa Daud setia dan tidak pernah bersalah kepadanya. Kiranya kita memiliki sikap yang seperti Daud yang sama seperti malaikat Allah. Penuhi kami dengan Roh Kudus-Mu yang supaya kami dapat melakukan segala perbuatan yang baik yang menyenangkan hati-Mu. Terima kasih Bapa yang baik. Berkati setiap kami. Untuk memuliakan nama-Mu sepanjang hidup kami. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Iman Hanya Pada Yesus

    Oleh Pak Tang Hock Men

  • Akibat Tidak Taat Kepada Perintah Tuhan

    1 Samuel 28:16-20 (AVB)    Kata Samuel, “Mengapakah pula engkau bertanya kepadaku walhal TUHAN juga telah menjauhi kamu dan telah menjadi musuhmu?   TUHAN telah melakukan apa yang difirmankan-Nya dengan perantaraan aku. TUHAN telah merentap kerajaan itu daripada tanganmu dan mengurniakannya kepada orang lain, iaitu kepada Daud.   Kerana engkau tidak mematuhi TUHAN dan tidak melampiaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala terhadap Amalek, maka inilah yang dilakukan TUHAN terhadap engkau pada hari ini.   TUHAN akan menyerahkan orang Israel dan juga engkau ke dalam tangan orang Filistin. Esok engkau dan anak-anakmu akan ada bersama-samaku. TUHAN pun akan menyerahkan pasukan orang Israel ke dalam tangan orang Filistin.”   Lantas jatuhlah Saul terjerembap ke tanah dalam ketakutan yang amat sangat kerana kata-kata Samuel itu. Tidak ada kekuatan lagi padanya kerana dia tidak makan apa-apa pun sepanjang siang dan sepanjang malam itu. Pengajaran/ Refleksi. Dua perkara yang terjadi kepada orang yang tidak mentaati Firman Tuhan yang terjadi kepada Raja Saul. 1. Tuhan sudah meninggalkan Raja Saul dan telah menjadi musuh Allah, walaupun pada mulanya TUHAN telah melakukan apa yang difirmankan-Nya melalui nabi Samuel. 2. TUHAN sudah mengambil kerajaan pemerintahannya, lalu memberikannya kepada Daud, seorang yang telah dipilih TUHAN sebagai penggantinya. Hal itu berlaku kepada Raja Saul kerana dia tidak mentaati Firman Tuhan. Saya berharap hal ini tidak berlaku kepada setiap kita. Makanya kita harus mentaati Firman Tuhan sepanjang hidup kita. Berikan kami roh ketaatan ya Tuhan dalam setiap hidup kami anak-anak-Mu. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Jangan Membenci Bangsamu Sendiri

    1 Samuel 27:7-9, 12 (AVB)         Selama satu tahun empat bulan tinggallah Daud di daerah orang Filistin itu.   Maka Daud dan para pahlawannya bergerak maju dan menyerbu orang Gesur, orang Girzi dan orang Amalek; kerana orang itu memang penduduk asal negeri itu yang membentang dari Telam ke arah Syur sampai Tanah Mesir.   Apabila Daud memusnahkan negeri itu, tiada seorang pun yang dibiarkannya hidup, baik lelaki mahupun perempuan. Dia menjarah domba, lembu, keldai, unta dan pakaian, kemudian pulanglah dia semula kepada Akhis. Tetapi Akhis mempercayai Daud, kerana fikirnya, “Tentulah dia telah membuat diri dibenci dalam kalangan bangsanya orang Israel. Oleh itu, dia akan menjadi hambaku buat selama-lamanya.” Pengajaran/ Refleksi. 1. Raja Saul sangat membenci Daud walaupun Daud adalah bangsanya sendiri. Maka itu Daud, melarikan diri ke tanah Filistin dan tinggal di Daerah Gat. Di sana Daud, tetap hebat, sehingga dia menyerbu banyak tempat. 2. Walaupun Daud hebat dan perkasa dalam perperangan tetapi Raja Akhis berfikir bahawa Daud begitu dibenci oleh bangsanya sendiri, sehingga dia terpaksa menjadi hamba Raja Akhis seumur hidupnya. Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya tidak membenci bangsa sendiri. Orang bangsa lain akan mengambil kesempatan untuk memakai bangsa kita menjadi hamba. Kasihi, bantu dan sokonglah bangsamu sendiri, untuk kemuliaan nama Tuhan. Bak kata orang, "bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh"! Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Raja Yang Akan Kembali

    Oleh Pr Jonathan Yeoh

  • Mencerminkan Perjanjian Kristus

    Oleh Adonis dan Joanna

  • Lebih Baik Melarikan Diri Daripada Disakiti Orang Jahat

    1 Samuel 26:23-25 (AVB) TUHAN akan membalas setiap orang menurut perbenaran dan kesetiaannya. Pada hari ini TUHAN telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba, tetapi hamba tidak mahu mencederakan orang yang dilantik TUHAN.  24 Sebagaimana nyawa tuanku berharga di mataku pada hari ini, semoga jugalah nyawa hamba di mata TUHAN. Semoganya Dia melepaskan hamba daripada segala kesengsaraan.”    Kata Saul kepada Daud, “Semoga engkau diberkati, wahai anakku Daud. Engkau akan melakukan banyak hal dan pasti berjaya.” Daud pun meneruskan perjalanannya, manakala Saul pulang ke tempatnya. Pengajaran/ Refleksi. 1. Walaupun Raja Saul sudah mengaku tidak akan menyakiti atau membunuh Daud, tetapi Daud masih ragu-ragu tentang sikap Raja Saul. Maka itu Daud dan enam ratus anak buahnya melarikan diri ke Gat bersama keluarga mereka masing-masing dan menetap di Ziklag. 2. Apabila Raja Saul mendengar bahawa Daud sudah melarikan diri ke Gat, Raja Saul tidak berusaha menangkapnya lagi. Daud tinggal di sana selama satu tahun empat bulan. Oleh kerana Daud tidak mahu bertindak menurut keinginannya melawan Raja Saul, lebih baik dia melarikan diri ke tempat lain supaya Raja Saul tidak dapat menangkapnya lagi. Ini mengajar kita, supaya kita menjauhkan diri daripada orang yang mahu menyakiti atau membinasakan kita. Ini juga menghindari konflik terjadi di antara komuniti kita. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Kesetiaan Perjanjian

    Oleh Adonis dan Joanna

bottom of page