top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6134)
KD Post (3265)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Kedahsyatan alat media bagi Tuhan.In Kesaksian21 August 2021segala puji dan syukur kepada Yesus Kristus. Yesus menarik ramai orang untuk datang kepada-Nya, (baca Yohanes 12:32) 😂😂😂10
- Penolong Dalam KesesakanIn Muda Mudi20 April 202410
- Apakah saya perlu log-in 2 kali? Satu untuk Komuniti Digital dan satu lagi Akademi Komuniti Digital?In Tips Komuniti Digital10 July 2021Selamat berinteraksi ..1
- Aku akan menjadikan engkau isteri-KuIn Kehidupan Kristian5 July 2023🙏10
- Aku akan menjadikan engkau isteri-KuIn Kehidupan Kristian21 October 2022Amen!!10
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#21)In Manifesto Kerajaan Allah·24 December 2021SELAMAT HARI NATAL SAUDARA-SAUDARI YANG DIKASIHI! TABAH DIANIAYA KERANA PERBENARAN - BAHAGIAN 2 (Menentang Budaya Duniawi) Kebelakangan ini, kesihatan mental menjadi suatu isu yang hangat apabila ramai orang dipaksa berkurung di rumah masing-masing kerana pandemik Covid-19. Namun begitu, hal ini bukanlah sesuatu yang unik. Tuhan Yesus telah membangkitkan hal kesihatan mental yang terkait dengan budaya duniawi, iaitu kekhuatiran dan ketakutan yang kronik. 25Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Janganlah khuatir tentang hidupmu, tentang apa yang kamu makan atau minum, atau tentang tubuhmu, dan tentang apa yang akan kamu pakai. Bukankah hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih penting daripada pakaian? 26Lihatlah burung di udara, yang tidak menyemai, atau menuai atau menyimpan hasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga memberinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung? 27Siapakah dalam kalanganmu yang dapat melanjutkan usianya sedikit pun dengan menaruh khuatir? (Matius 6:25-27, AVB) Budaya dunia hari ini mempraktikkan berita palsu yang menular yang menyebabkan manusia khuatir dan takut tentang keperluan asas mereka: apa yang mereka makan, minum dan pakai. Kita telah mempertimbangkan bagaimana Tuhan Yesus merujuk kepada burung di udara sebagai bukti bahawa Allah akan memenuhi tanggungjawab-Nya kepada kita yang percaya untuk memenuhi keperluan asas kita. Dalam pada itu, Tuhan Yesus mengatakan bahawa dasar Allah untuk memenuhi keperluan asas kita sebagai orang yang percaya ialah kerana kita bernilai kepada-Nya jauh lebih banyak daripada burung-burung di udara. Burung di udara tidak khuatir tentang makanan mereka dan hidup hari demi hari dengan bergantung kepada Allah untuk membekalkan makanan yang mencukupi untuknya. Setiap hari, semua burung hanya perlu keluar dan mencari makanan hariannya dan sumber-sumber makanan yang disediakan oleh Allah memang mencukupi. Begitulah juga, kita boleh mempercayai bahawa Allah telah membekalkan keperluan asas yang mencukupi untuk kita - kita hanya keluar mencarinya sahaja dengan bekerja dengan gigih. Namun begitu, ramai orang mengalami kekhuatiran yang kronik tentang keperluan asas mereka. Kekhuatiran dan kerisauan itu menyebabkan mereka mengejar kekayaan tanpa batas dan had, dengan anggapan bahawa jika mereka berjaya menimbun dan menyimpan harta dan kekayaan yang berlebihan, mereka akan selamat. Kekhuatiran ini menguasai seluruh hidup mereka sehingga ia menjejaskan kesihatan, perhubungan dengan orang lain dan kebahagiaan hidup mereka. Ramai orang juga khuatir tentang berapa lama mereka akan hidup. Tuhan Yesus mengatakan kita tidak dapat melanjutkan usia kita sedikit pun dengan “menaruh khuatir”. Dalam kata lain, soal hidup dan mati bukanlah di bawah kawalan kita. Jadi, bodoh sekali untuk risau berlebihan tentang hal ini. Namun begitu, krisis pandemik telah mendedahkan betapa takutnya manusia akan kematian sehingga langkah-langkah yang ekstrem telah diambil untuk menangani pandemik ini. Hampir seluruh dunia tertutup dan dikurung secara paksaan. Apabila keadaan menjadi lebih baik dan selamat, ramai orang masih takut dan mengasingkan diri secara ekstrem. Sememangnya kita perlu bijak mengamalkan langkah berjaga-jaga yang telah disyorkan tetapi jika kita dikawal oleh ketakutan, terutamanya perasaan takut mati, itu membongkarkan bahawa kita tidak tahu dengan pasti penghujung kita. Mengapakah manusia begitu khuatir tentang soal hidup dan mati? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah mereka tidak tahu ke mana mereka akan pergi apabila mereka mati. Oleh sebab itu, kita sebagai orang yang percaya di dalam Yesus Kristus, tidak patut hidup dalam ketakutan terhadap kematian. Hal ini ialah kerana kita pasti akan penghujung kita dan ke mana kita pergi apabila kita mati jika kita “bertahan di dalam iman kita terhadap Yesus sehingga akhirnya. 13Namun demikian, sesiapa yang bertahan ke saat akhir akan diselamatkan. (Matius 24:13, AVB) Paulus mengatakan dengan yakin sekali: 36Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: "Kerana-Mu kami menghadapi maut sepanjang hari; Kami dianggap sebagai domba untuk disembelih." 37Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. 38Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, 39ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. (Roma 8:36-39, AVB) 54Setelah ini berlaku, terbuktilah firman: "Maut telah ditelan dalam kemenangan." 55"Wahai Maut, di manakah kemenanganmu? Wahai Maut, di manakah sengatmu?" 56Sengat maut ialah dosa, manakala kuasa dosa ialah Taurat. 57Tetapi syukurlah kepada Allah yang telah memberi kita kemenangan melalui Tuhan kita Yesus Kristus. (1 Korintus 15:54-57, AVB) Maka, kita patut hidup dengan penuh keyakinan kerana di dalam Yesus kita telah dan akan mengatasi sengat Maut. Seekor lebah-lebah mempunyai satu sengat sahaja. Jadi, apabila ia telah menyengat seseorang, lebah itu tidak berdaya lagi untuk menyengat orang lain. Namun begitu, lebah-lebah itu masih boleh mengancam dan menipu orang lain dengan bunyi penerbangannya. Begitulah juga dengan Maut. Tuhan Yesus telah mengalami sengatan maut bagi pihak kita apabila dia mati di kayu salib bagi orang yang berdosa. Maka, Maut tidak mempunyai sengat lagi, iaitu untuk kita yang menaruh harapan dan iman di dalam Yesus Kristus. Kita boleh mencabar Maut dengan penuh keyakinan, “Wahai Maut, di manakah sengatmu?” Lebih-lebih lagi, Tuhan Yesus telah menewaskan Maut dengan muktamad melalui kebangkitan-Nya. Maka, kita yang disatukan dengan Kristus, akan menyertai Tuhan Yesus di dalam kemenangan ini ke atas Maut - walau pun kita mati, kita akan bangkit semula di dalam Yesus dan memperolehi hidup yang kekal! 5Jika kita telah disatukan dengan Kristus kerana kita turut mati bersama-Nya, maka tentulah kita akan disatukan juga dengan-Nya dalam kebangkitan semula-Nya. (Roma 6:5, AVB) Oleh sebab itu, pendekatan yang kita patut guna pakai di dalam hidup ini ialah apa yang diseru oleh rasul Paulus: 21Kerana bagiku, hidup ialah Kristus, dan mati ialah keuntungan. 22Tetapi jika aku terus hidup dari segi jasmani, ini akan bermakna usahaku membuahkan hasil. Namun yang mana akan kupilih? Aku tidak tahu! 23Aku sukar memilih antara dua: Aku ingin pergi dan bersama dengan Kristus, itu jauh lebih baik, 24tetapi kerana kamu, aku berasa perlu terus hidup dari segi jasmani. 25Dengan keyakinan ini, aku tahu bahawa aku akan terus bersama kamu semua untuk kemajuan dan kebahagiaanmu dalam iman, 26supaya rasa sukacitamu dalam Kristus Yesus akan melimpah-limpah kerana aku, apabila aku menemuimu sekali lagi. (Filipi 1:21-26, AVB) Saya memanggil ini “Pemikiran Tetap Orang Yang Selamat” (Saved Mind-set). Pendek kata, jika kita mati, itu dikira sebagai keuntungan, sebab kita meninggalkan semua yang fana dan sementara untuk memiliki apa yang kekal bersama-sama dengan Kristus, yang jauh lebih baik! Jadi, kita tidak takut mati dan dapat menghadapi kematian dengan penuh keyakinan bahawa apa yang terbaik menunggu kita selepas itu. Itulah pemikiran tetap dan pendekatan kita yang pertama dan utama sekali berkaitan dengan soal hidup dan mati. Selain itu, jika kita masih hidup, pendekatan kita ialah kita hidup bagi Kristus, iaitu melakukan kerja-Nya yang diamanahkan kepada kita untuk membantu dari segi kemajuan dan kebahagiaan iman orang lain. Sudah tentu ini merangkumi dua perkara yang utama sesuai dengan Amanat Agung, iaitu penginjilan dan pemuridan. Maka, secara praktikalnya, kita perlu membezakan apakah peranan serta tanggungjawab Allah dan apakah peranan dan tanggungjawab kita. Jangan campur aduk kedua-dua ini kerana kalau kita berbuat demikian, kehidupan kita akan menjadi kocar-kacir. Kita akan ikut budaya dunia yang terbeban dengan kekhuatiran dan ketakutan kronik serta kebimbangan yang melumpuhkan. Kita telah pertimbangkan bagaimana seluruh dunia dibelenggu oleh kekhuatiran tentang pandemik dan ketakutan tentang kematian. Itulah budaya dunia ini yang diancam dan diperdaya oleh iblis. Sekiranya orang percaya tidak beriman pada Yesus, mereka juga akan hidup dalam budaya dunia yang khuatir dan takut mati. Tetapi hal ini tidak patut berlaku. Firman Tuhan mendorong kita berulang-ulang kali supaya jangan khuatir dan jangan takut, tetapi beriman kepada Tuhan. Contohnya, berkaitan dengan kekhuatiran, ayat-ayat ini mendorong kita untuk menyingkirkannya dan mengamalkan keimanan untuk menggantikannya. 3Engkau akan menjaga orang yang tekadnya teguh dengan damai yang sempurna kerana dia percaya kepada-Mu. (Yesaya 26:3, AVB) 6Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya. (Ibrani 11:6, AVB) 33Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia." (Yohanes 16:33, AVB) 6Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. 7Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus. (Filipi 4:6-7, AVB) 7Serahkan segala kerunsinganmu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentangmu. (1 Petrus 5:7, AVB) Mengapakah orang percaya tidak patut khuatir? Daripada ayat-ayat di atas kita pelajari bahawa sekiranya kita khuatir, itu bermaksud kita tidak beriman kepada Allah. Allah ialah Allah yang Maha Kuasa, Maha Tahu dan Maha Hadir. Jadi, tidak mungkin sesuatu berlaku kepada kita yang dia tidak ketahui dan tidak benarkan di dalam kehidupan kita. Selain itu, kita juga percaya bahawa Allah kita baik. Jika kita menetapkan iman kita kepada Allah yang baik dan jangan risau, maka kita mendapat keredaan-Nya. Berkaitan dengan ketakutan, di antara ayat-ayat yang relevan ialah: 5Tidak ada seorang pun akan dapat bertahan menghadapi engkau seumur hidupmu. Sebagaimana dahulu Aku menyertai Musa, demikianlah Aku akan menyertai engkau. Aku tidak akan menterlantarkan engkau dan tidak akan meninggalkan engkau. 6BKuatkanlah dan mantapkanlah hatimu kerana engkau akan memimpin bangsa ini mewarisi negeri seperti yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka untuk dikurniakan kepada mereka. 7Hanya, kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu sungguh-sungguh. Berhati-hatilah supaya melakukan seluruh hukum Taurat yang diperintahkan oleh hamba-Ku Musa kepadamu. Janganlah menyimpang ke kanan atau ke kiri, supaya engkau berhasil ke mana-mana pun engkau pergi. 8Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, tetapi hendaklah engkau merenungkannya siang dan malam, supaya engkau berhati-hati melakukan segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian perjalananmu akan beruntung dan engkau akan berjaya. 9Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu, 'Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu'? Jangan gentar dan jangan kecut hati, kerana TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana-mana jua pun engkau pergi." (Yosua 1:5-6, AVB) 4Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku. (Mazmur 23:4, AVB) 1Tuhan cahayaku dan penyelamatanku – siapa perlu kutakuti? Tuhan kekuatan hidupku – siapa harus aku gentar? (Mazmur 27:1, AVB) 4Aku telah berseru kepada Tuhan, dan Dia mendengar seruanku; lalu Dia menyelamatkanku daripada semua yang kutakuti. (Mazmur 34:4, AVB) 1Sesiapa yang tinggal di tempat rahsia Yang Maha Tinggi akan menetap di bawah bayang-bayang Yang Maha Kuasa. 2Aku akan berkata tentang Tuhan, "Dialah penaungku dan bentengku, Allahku, akan kupercaya kepada-Nya." 3Sesungguhnya, Dia akan melepaskan kamu daripada jerat pemikat dan wabak yang berbahaya. 4Dia akan melitupimu dengan bulu-Nya, dan di bawah sayap-Nya kamu akan bernaung; kesetiaan-Nya akan menjadi perisai dan peneguhmu. 5Engkau tidak akan takut kepada sesuatu yang ngeri sewaktu malam, atau anak panah yang meluru sewaktu siang, 6atau wabak yang merayap dalam kegelapan, atau kemusnahan yang melanda pada waktu tengah hari. (Mazmur 91:1-6, AVB) 4Kepada mereka yang resah hatinya, katakanlah "Kuatkanlah hati, jangan takut! Ketahuilah, Allahmu akan datang dengan pembalasan, dengan ganjaran! Dia akan datang menyelamatkan kamu!" (Yesaya 35:4, AVB) 10Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu. Aku akan menguatkan, bahkan akan menolong engkau. Ya, Aku akan menopang engkau dengan tangan kanan-Ku yang penuh kebenaran.' (Yesaya 41:10, AVB) 27Sejahtera Kutinggalkan bagimu. Sejahtera-Ku sendiri Kuberikan kepadamu. Apa yang Kuberikan kepadamu bukan seperti yang disogokkan oleh dunia. Janganlah resah hatimu dan janganlah takut. (Yohanes 14:27, AVB) 7Allah tidak memberi kita roh ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib. (2 Timotius 1:7, AVB) Mengapakan orang percaya tidak patut takut? Jawapan yang ketara sekali daripada ayat-ayat di atas ialah kerana Allah menyertai kita! Dialah yang membantu kita mengatasi semua yang kita takuti dan hadapi. Dialah yang melindungi kita dan berlawan bagi pihak kita. Jika tidak menetapkan pandangan iman kita kepada Allah dan bukan ancaman yang datang daripada dunia, kita akan mengecapi damai sejahtera yang terdapat di dalam Tuhan. Tuhan akan memberi kita kuasa, kasih dan tatatertib untuk menangani segala-gala cabaran hidup. Hidup atau mati tidak menjadi persoalan besar kerana di dalam kedua-dua keadaan Allah tetap bersama kita. Tuhan Yesus terus membincangkan hal tentang penampilan kita di dalam Khutbah di Atas Bukit-Nya: 28Jadi, mengapakah kamu risau tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun. 29Namun demikian, Aku berkata kepadamu: Raja Salomo dengan segala kemegahannya pun tidak berpakaian seindah bunga itu. 30Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Begitu tipis kepercayaanmu! 31Jangan runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu. 32Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah mencari hal-hal ini. Akan tetapi, bapamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. 33Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu. 34Oleh itu, jangan khuatir tentang hari esok, kerana hari esok akan khuatir tentang hal-halnya sendiri. Setiap hari sudah cukup dengan kesusahan sehari." (Matius 6:28-34, AVB) Apa yang kita pakai adalah berkaitan dengan penampilan kita di hadapan orang lain. Apakah penampilan kita sesuatu perkara yang penting? Ya, sebab penampilan kita mencerminkan sikap hati kita. Contohnya, jika kita menghadap Yang Dipertuan Agung negara kita Malaysia dengan memakai seluar pendek dan selipar, itu menunjukkan kita tidak menghormati baginda. Maka, penampilan kita dari segi pakaian menghantar mesej yang tertentu kepada orang lain yang memerhatikan kita. Dalam pada itu, Tuhan Yesus menggunakan dua contoh di dalam ilustrasinya: bunga bakung di padang dan Raja Salomo. Bunga bakung bukanlah bunga yang paling cantik untuk menarik perhatian ramai orang. Bunga ini mempunyai keharuman yang sederhana. Namun begitu, Tuhan Yesus mengatakan kecantikannya melebihi Raja Salomo yang berpakaian dengan segala kemewahannya. Hakikat ini ialah kerana Allah Penciptalah yang menghiasi bunga bakung di padang, walhal Raja Salomo “dihiasi” dengan pakaian buatan manusia. Tuhan Yesus menggunakan perbandingan ini untuk mengajar bahawa jika Allah mengambil berat tentang bunga bakung yang wujud hari ini dan besok akan lenyap, jadi sudah tentu dia lebih mengambil berat tentang kita, anak-anak-Nya yang dikasihi. Allah akan jaga keperluan asas kita untuk makanan dan minuman, dan juga keperluan penampilan kita dari segi pakaian yang diperlukan. Allah tahu keperluan kita dan dia akan menunaikan tanggungjawab-Nya dengan membekalkan segala yang kita perlukan. Kita tidak perlu mengikut budaya dunia yang khuatir, risau dan gelisah akan hal-hal demikian kerana itu menunjukkan kita tidak beriman kepada Tuhan. Jika kita bersikap keduniawian begini, maka, itu bermaksud Allah tidak bertakhta di dalam hati kita. Ketuanan Allah tidak dipraktikkan sebagai gaya hidup beriman. Jadi, janganlah khuatir! Tentanglah budaya duniawi!1084
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#22)In Manifesto Kerajaan Allah·31 December 2021TABAH DIANIAYA KERANA PERBENARAN - BAHAGIAN 3 (Ketuanan Allah) Kini kita sampai kepada kemuncak penerangan Yesus tentang ketuanan Allah. 33Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu. 34Oleh itu, jangan khuatir tentang hari esok, kerana hari esok akan khuatir tentang hal-halnya sendiri. Setiap hari sudah cukup dengan kesusahan sehari." (Matius 6:33-34, AVB) Matius 6:33 merupakan pernyataan Yesus tentang kerajaan Allah yang sangat terkenal dan perlu difahami dengan jelas di dalam konteksnya. Setakat ini, kita telah mempertimbangkan bagaimana Tuhan Yesus membincangkan tentang perbenaran yang menentang nilai-nilai dan budaya duniawi. Di dalam konteks yang lebih besar, Tuhan Yesus telah membincangkan di dalam seluruh Khutbah di Atas Bukit berkaitan dengan gaya hidup perbenaran yang berdasarkan apa yang berlaku di dalam hati kita, bukan sekadar perbuatan di luar sahaja (seperti orang Farisi). Hal ini jelas apabila Tuhan Yesus mencabar murid-murid-Nya dengan pernyataan ini: 20Maka Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya, kamu tidak akan memasuki kerajaan syurga jika kesalihanmu tidak lebih daripada kesalihan ahli Taurat dan orang Farisi." (Matius 5:20, AVB) Maka, di dalam seluruh khutbah Yesus ini, dia telah memberi contoh-contoh bagaimana kesalihan yang berdasarkan isi kandungan dan niat hati kita dipraktikkan sekiranya kita memang telah memasuki kerajaan syurga. Sikap hati yang indah mesti dapat dipupuk dan diamalkan di dalam kehidupan harian kita dalam pelbagai situasi yang mencabar. Kebergantungan kepada Roh Kudus mesti menjadi amalan lumrah sekiranya kita mahu memenuhi keperluan Hukum Taurat moral seperti yang telah diberikan di dalam Perjanjian Lama kerana standard yang diguna pakai oleh Yesus di dalam hal ini memang mustahil bagi kita mencapai dengan kekuatan dan kebolehan sendiri. Oleh sebab itu, Tuhan Yesus telah memberi arahan yang jelas kepada murid-murid-Nya sebelum dia kembali ke syurga: 44Kemudian, Dia berkata kepada mereka, "Inilah perkara-perkara yang telah Aku katakan kepadamu semasa Aku masih bersamamu dahulu: Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku." 45Lalu Dia membuka pintu pemahaman mereka supaya mereka mengerti maksud Kitab Suci. 46Dia berkata lagi, "Demikianlah yang tersurat: Bahawa Kristus harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, 47dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem. 48Kamulah saksi segala perkara ini. 49Dan Aku akan mengurniakan pemberian yang dijanjikan Bapa-Ku kepadamu. Tetapi, tunggulah di kota ini sehingga kamu diperlengkap dengan kuasa dari tempat tinggi." (Lukas 24:44-49, AVB) 4Pada suatu hari ketika Yesus bersama mereka, Dia berpesan supaya mereka jangan meninggalkan Yerusalem. Kata-Nya, "Haruslah kamu menantikan apa yang dijanjikan Bapa, dan yang telah kamu dengar daripada-Ku; 5kerana Yohanes telah membaptis orang dengan air, tetapi kamu akan dibaptiskan dengan Roh Kudus tidak berapa lama lagi." (Kisah Para Rasul 1:4-5, AVB) Semua pengikut dan murid Kristus perlu diperlengkapi dengan kuasa dari tempat tinggi, iaitu dibaptis oleh Roh Kudus. Kalau tidak, kehidupan sebagai seorang Kristian memang mustahil untuk dicapai. Standard itu terlalu tinggi dan mendalam kerana ia melibatkan hal-hal hati kita. Kita ketahui bahawa hati kita sangat licik: 9Hati itu licik melebihi segala sesuatu, bahkan sangat parah – siapa dapat mengetahuinya? (Yeremia 17:9, AVB) Jadi, sekiranya kita hanya bergantung kepada diri sendiri, kita pasti akan gagal hidup mengikut standard kerajaan Allah seperti yang diterangkan dan diperintahkan oleh Tuhan Yesus di dalam khutbah-Nya. Inilah perintah Yesus berkaitan dengan ketuanan Allah, “Utamakanlah kerajaan Allah dan perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu.” Perkataan “utamakan” (zeteo, bahasa Yunani) bermaksud berusaha mencari dengan aktif untuk diperolehi. Maka, hal ini memerlukan sesuatu usaha yang aktif dan berterusan daripada kita. Proses ini akan mengambil masa seluruh hidup kita dan patut dijadikan suatu gaya hidup yang berterusan. Kita tidak akan mencapai tahap kesempurnaan selagi kita masih hidup di dunia fana ini tetapi kemajuan masa demi masa patut berlaku dan dapat dikesan di dalam hidup kita. Kita patut menggunakan segala usaha dan kekuatan kita untuk mengutamakan ketuanan Allah di dalam hidup kita, dengan kebergantungan kepada Roh Kudus, Penolong kita yang setia dan sentiasa bersama-sama kita. 16Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan mengurniaimu Penolong yang akan menyertaimu selama-lamanya. (Yohanes 14:16. AVB) Seterusnya, hal ini patut diberi keutamaan pertama. Ada penterjemahan ayat ini yang mengatakan “carilah dahulu kerajaan Allah dan perbenaran-Nya”. Maka, prioriti yang pertama mesti diberikan kepada usaha mencari atau menegakkan ketuanan Allah di dalam hidup kita. Dalam pada itu, usaha mencari dahulu ketuanan Allah ini mesti berlaku setiap masa dan di dalam setiap bidang hidup kita. Kita tidak patut membezakan di antara bidang rohani dan bidang sekular kerana Allah adalah Tuhan ke atas segala-galanya. Maka, kita mencari Allah bukan hanya apabila kita pergi gereja, beribadah, membaca firman Tuhan, berdoa dan lain-lain aktiviti yang biasanya dikira sebagai rohani. Kita patut mencari dahulu bagaimana menegakkan ketuanan Allah di dalam alam pekerjaan, perkahwinan, persahabatan, rekreasi, dan lain-lain. Dalam kata lain, Allah patut bertakhta dalam seluruh hidup kita. Masa, sumber dan kekuatan kita patut didedikasikan kepada Allah dengan sepenuhnya. Jika kita faham hal ini, maka kita tidak akan melakukan apa-apa pekerjaan yang sia-sia. Apa yang kita usahakan di dalam pekerjaan harian kita memang mempunyai ciri-ciri perkara yang fana di dunia ini, jika kita mencarinya dengan niat yang salah, iaitu untuk diri sendiri sahaja. Kalau begitu, segala-gala yang kita lakukan sebegini dibina dengan “kayu, rumput kering atau jerami,” yang akan lenyap apabila diuji dengan api penghakiman Allah. 12Ada orang yang menggunakan emas, perak atau permata untuk membina bangunan di atas asas itu. Ada pula yang menggunakan kayu, rumput kering atau jerami. 13Mutu kerja setiap orang akan terserlah pada hari Tuhan datang kembali, kerana ia akan diuji dengan api. 14Sekiranya bangunan yang didirikan di atas asas itu tahan api, pembinanya akan mendapat ganjaran. 15Sebaliknya, jika bangunan yang dibina oleh seseorang itu dimakan api, dia akan kerugian, walaupun dirinya terselamat seperti orang yang terlepas daripada kebakaran. (1 Korintus 3:12-15, AVB) Sebaliknya, jika kita melakukan pekerjaan itu sebagai persembahan kepada Allah yang suci dan berkenan kepada-Nya, maka apa yang dilakukan untuk kemuliaan-Nya, maka hal itu dibina dengan menggunakan “emas, perak dan permata,” dan akan menjadi harta di syurga yang kekal. Oleh sebab itu, Rasul Paulus menyeru kita untuk melakukan segala-gala dengan sebulat hati untuk Tuhan, bukan untuk diri sendiri atau orang lain: 23Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, 24kerana kamu tahu bahawa daripada Tuhan kamu akan menerima warisan sebagai ganjaranmu. Kristus ialah Tuanmu dan kamu hamba-Nya. (Kolose 3:23-24, AVB) Ini ialah kerana sikap ini menegakkan ketuanan Allah di dalam segala pekerjaan di dalam hidup kita. Maka, sama ada pekerjaan atau pelayanan, lakukannya dengan niat hati untuk memuliakan Allah. Dua perkara yang kita perlu berusaha untuk mencari di dalam ketuanan Allah ialah kerajaan Allah dan perbenaran-Nya. Apakah maksud ini secara praktikal? Mencari Kerajaan Allah Kerajaan Allah ialah keadaan yang mana pemerintahan Allah kekal dan muktamad. Orang yang mencari kerajaan Allah ingin pemerintahan Allah yang mutlak wujud di dalam hati dan kehidupannya. Maka, tidak hairanlah bahawa ini akan menjadi sesuatu yang kita akan bergelut setiap hari. Sifat tabii dan hawa nafsu kita akan menentang keinginan ini. Oleh sebab itu, Tuhan Yesus mengatakan bahawa sesiapa yang ingin mengikuti-Nya perlu menyangkal dirinya, iaitu mati kepada keinginannya sendiri setiap hari, dan setiap masa. 23Yesus berkata kepada semua, "Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku. (Lukas 9:23, AVB) Proses ini tidak akan lengkap sehingga kita kembali untuk bersama-sama dengan Kristus di syurga. Oleh sebab itu, proses ini patut diusahakan secara berterusan dengan ikhlas. Dalam pada itu, dua perkara yang kita perlu berjaga-jaga ialah: Jangan menyedihkan Roh Kudus, iaitu jangan melakukan sesuatu yang Roh Kudus tidak ingini. 30Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. (Efesus 4:30, AVB) Jangan memadamkan kemarakan api Roh Kudus, iaitu tidak melakukan atau mentaati perintah/keinginan Roh Kudus. 19Janganlah padamkan kemarakan api Roh Kudus. (1 Tesalonika 5:19, AVB) Kedua-dua hal ini dikira sebagai pemberontakan terhadap Allah. Maka, kita boleh mencari dahulu kerajaan Allah dengan membaca firman Tuhan, mendengar suara Tuhan melalui doa yang aktif serta berjalan di dalam cahaya yang telah diberikan oleh-Nya supaya kita mengamalkan gaya hidup yang taat dan tunduk kepada Allah. Mencari Perbenaran Allah Mencari perbenaran Allah tidak bermaksud perbenaran yang diberikan kepada kita apabila kita diperbenarkan pada saat kita dilahir semula dengan sempurna. Pada ketika itu, kita menerima perbenaran yang datang melalui Yesus Kristus dan diperdamaikan dengan Allah: 1Oleh yang demikian, kerana kita telah diperbenar melalui iman, kita telah berdamai dengan Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. (Roma 5:1, AVB) Perbenaran Allah yang Tuhan Yesus menyeru kita mencari dengan gigih ialah perbenaran yang kita usahakan dengan kuasa Roh Kudus. Apabila kita melakukan apa yang Roh Kudus membimbing kita untuk lakukan, kita akan lihat buah-Nya muncul di dalam hidup kita dan diintegrasikan dengan watak peribadi kita: 22Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini. 24Mereka yang menjadi milik Kristus Yesus telah menyalib tabii manusia berserta hawa nafsu dan keinginannya. 25Jika kita hidup dalam Roh, marilah kita berbuat segalanya dalam Roh juga. (Galatia 5:22-25, AVB) Kita akan bertukar sedikit demi sedikit dari segi watak kita. Jika dahulu kita tidak sabar, dengan dorongan Roh kita akan belajar untuk bertaubat daripada sikap tidak sabar dan tunduk kepada kerja yang mengubah sikap kita dari dalam ke luar. Jika dahulu kita orang yang tidak dapat menguasai diri dari segi pemakanan, sekiranya kita tunduk kepada Roh yang memberi kita kuasa untuk menolak godaan untuk makan tanpa had, maka buah Roh iaitu penguasaan diri akan menjadi lebih ketara. Begitulah juga dengan semua buah Roh yang lain. Jadi, perbenaran Allah ini dibentuk, bukan diberikan, oleh Roh Kudus di dalam setiap orang percaya yang tunduk kepada kehendak Allah dengan mencari perbenaran-Nya. Inilah yang rasul Paulus menyeru kita lakukan untuk “mengerjakan penyelamatan” sendiri dengan takut dan gentar: 12Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu. 13Kerana Allah yang bekerja dalam dirimu, menyebabkan kamu berkehendak dan menjalankan kerja untuk keredaan-Nya. (Filipi 2:12-13, AVB) Sekiranya kita tunduk kepada kerja Roh Kudus di dalam hati kita, Allah akan mengubah hati kita supaya kita berkehendak untuk mencari perbenaran Allah dan seterusnya mendapat kuasa dan kebolehan untuk menjalankan kerja untuk keredaan-Nya. Sikap hati yang takut dan gementar kepada Allah yang Maha Suci dan Maha Agung patut menjadi motivasi yang kuat untuk mencari dahulu perbenaran Allah supaya kita menegakkan perbenaran di dalam hidup kita dan membentuk watak yang sesuai sebagai anak-anak Allah,: 15Pastikanlah segala perbuatanmu suci, sebagaimana Tuhan yang memanggilmu itu suci. 16Ada tersurat dalam Kitab Suci, "Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci." 17Jika kamu berdoa kepada Allah Bapa, yang menghakimi manusia dengan adil menurut perbuatan masing-masing, maka sepanjang hayatmu di dunia ini takuti dan patuhilah Dia. (1 Petrus 1:16-17, AVB) Kita rindu dan ingin menjadi suci di dalam segala perbuatan kita kerana kita memiliki suatu pandangan terhadap Allah yang begitu tinggi sekali. Takkanlah kita tergamak untuk masuk hadirat Allah dengan hati yang kotor, perbuatan yang jahat dan sikap hati yang buruk! Pendekatan ini menghina Allah yang Maha Suci dan Maha Agung, dan pasti akan dihukum kerana sikap hati yang begitu angkuh dan bongkak. Jadi, saudara saudari, marilah kita menjadikan perintah Yesus ini untuk mencari dahulu kerajaan Allah dan perbenaran-Nya sebagai hasrat hati kita yang utama sekali di dalam segala bidang hidup kita. Jika kita berbuat demikian, janji Yesus kepada kita ialah kita tidak akan berkompromi dengan nilai-nilai dan budaya duniawi. Kita tidak akan mengejar kemewahan dan kekayaan secara tamak. Kita tidak akan dibelenggu oleh kekhuatiran yang melumpuhkan kehidupan rohani yang dinamis. 34Oleh itu, jangan khuatir tentang hari esok, kerana hari esok akan khuatir tentang hal-halnya sendiri. Setiap hari sudah cukup dengan kesusahan sehari." (Matius 6:34, AVB) Sememangnya, kita akan terus menghadapi cabaran-cabaran hidup, tetapi perbezaannya ialah kita akan menghadapinya dengan penuh keyakinan dan iman bahawa Allah kita menyertai dan akan membantu untuk mengatasi setiap kesusahan mengikut kehendak dan masa-Nya yang sempurna. Jika kita mengekalkan ketuanan Allah di dalam kehidupan kita, Allah akan menjaga kita di dalam segala hal. Itulah janji Yesus. Kita lakukan apa yang kita boleh lakukan, iaitu selalu mencari dahulu kerajaan Allah dan perbenaran-Nya, dan ketika kita berbuat demikian Allah akan mengerjakan mukjizat-Nya. Jadi, kita main peranan kita dan biarlah Allah memenuhi tanggungjawab-Nya. Kepatuhan dan ketaatan kita di dalam hal ketuanan Allah adalah syarat yang wajib sekiranya kita hendak Allah menunaikan janji-Nya bahawa Dia akan menjaga dan melindungi kita. Itulah manifesto kerajaan Allah yang jelas dan ketara.1017
- Beritakan kebaikan TUHAN kepada semua orang.In Grafik Firman Tuhan & Animasi19 July 2021Amen !!! “Bersukacitalah sentiasa. Berdoalah sepanjang masa. Bersyukurlah dalam segala keadaan kerana inilah yang dikehendaki Allah daripadamu dalam Kristus Yesus.” 1 Tesalonika 5:16-18 AVB10
- PendosaIn Inspirasi & Renungan·23 May 2023Tuhan Yesus telah mengampuni kita dan Dia telah menerima kita dengan kasih-Nya.. Hiduplah sebagai Ciptaan Baru dalam anugerah-Nya..1054
- MaluIn Inspirasi & Renungan·8 July 2023Jangan malu.! Sebab hal itu hanya akan menghambat langkah kita untuk bergerak maju.. Tuhan Yesus akan memberi kita keberanian untuk percaya..1012
- Terus BercahayaIn Inspirasi & Renungan·11 July 2023Rancangan buruk manusia tidak akan bisa menghentikan kasih Tuhan Yesus pada kita.. Dia bisa mengubah keadaan kita yang buruk, menjadi baik dan penuh damai sejahtera..106
- 4 Langkah menangani Konflik dalam Perkahwinan andaIn Keluarga·17 April 2024Oleh Deb Dearmond Konflik tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan dan boleh mengakibatkan kerosakan atau penemuan baru – kita memilih yang mana akan berlaku. Penemuan bermakna mempelajari idea, pendekatan dan penyelesaian baru jika kita berjuang bersama untuk memupuk perkahwinan kita. “Saya tidak faham mengapa anda melakukan ini!” Saya menjerit kepada suami saya, Ron. “Kami bersetuju kami akan mengikuti belanjawan yang ditetapkan. Simpanan kami hilang apabila kereta anda rosak bulan lepas, dan kami perlu mengisi semula akaun bank tersebut secepat mungkin. Ia adalah perkara yang mudah difahami. Apa yang awak fikirkan?” Kekecewaan saya terhadap Ron semakin memuncak. Begitu juga dengan kelantangan suara saya. Dia tidak bertanggungjawab. Dia tahu saya betul, fikirku. Ron menggelengkan kepalanya dan memandang ke dalam mata saya: “Deb, awak bercakap lebih cepat daripada saya,” katanya dengan tenang. "Dan anda berfikir lebih cepat daripada saya. Dan jika anda mahu menang, anda akan berjaya. Tetapi jika anda mahukan penyelesaian terbaik – yang boleh kita berdua terima – anda perlu perlahan supaya kami dapat mendengar satu sama lain.” Fikiran segera saya ialah, Adakah saya mahu menang atau adakah saya mahukan penyelesaian terbaik? Pendekatan saya adalah penyelesaian terbaik. Oleh itu saya menang! Ini bukan saat terbaik saya. Jika difikirkan semula, saya bersyukur saya tidak bersuara dengan lebih lantang. Suami saya dengan tepat menggambarkan pendekatan saya terhadap konflik, dan menahan sikap bangga saya bukanlah mudah. Tanganinya Konflik tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan dan boleh mengakibatkan kerosakan atau penemuan baru – kita memilih yang mana akan berlaku. Penemuan baru bermakna mempelajari idea, pendekatan dan penyelesaian baru jika kita berjuang bersama untuk memupuk perkahwinan kita. Konflik bukan masalahnya. Bagaimana kita menguruskan konflik adalah masalahnya. DEAL ialah alat penyelesaian masalah yang bermaksud: D – don’t take the bait (Jangan termakan umpan atau jatuh dalam perangkap) Terangkan impak tingkah laku dan nyatakan keperluan dan apa yang anda harapkan. Tanyakan soalan untuk menarik pasangan anda untuk berdialog supaya mendapatkan pemahaman. Hapuskanlah keperluan untuk mengawal tingkah laku pasangan anda. Kawal tingkah laku diri anda. Mari kita terokai setiap bahagian proses ini dengan lebih terperinci. Jangan jatuh dalam perangkap Selalunya motif konflik adalah untuk menyebabkan orang lain melakukan perkara yang memanfaatkan diri kita, tanpa mengira kesannya kepada orang lain. Itu adalah manipulasi. Setiap orang mempunyai ‘butang panas’ — perkara yang mendorongnya hilang kawalan. Dan apabila butang panas seseorang ditekan, dia sering bertindak balas tanpa berfikir dan bukannya bertindak dengan rasional. Perbezaannya ialah tindak rasional adalah proses yang mempunyai tujuan yang sudah dipertimbangkan. Reaksi tanpa fikiran ialah ujaran yang biasanya dikesali oleh penutur. Berkomunikasi secara berhemah untuk membina dialog, bukan untuk berdebat. Berhenti sejenak dan pertimbangkan jawapan yang terbaik, kerana kata-kata boleh mewujudkan keamanan atau mencetuskan permainan kuasa, yang mendorong dua orang lebih jauh ke dalam konflik dan lebih jauh daripada persetujuan. E – explain the impact of the behaviour and express your expectations Terangkan impak tingkah laku dan nyatakan apa yang anda mahu Langkah ini membantu pasangan anda memahami impak kelakuannya. Ia juga boleh membantu meredakan keadaan jika perbualan biasa telah menjadi pertengkaran sengit. Huraikan tingkah laku pasangan anda dan bagaimana ia mempengaruhi anda. Kemudian nyatakan apa yang anda mahu. Misalnya, jika pasangan anda menjerit untuk menyatakan pendapatnya, mendesak anda dan tidak mengendahkan kebimbangan anda, adalah penting untuk bertindak balas dengan sewajarnya. Begini cara perbualan itu mungkin bermula: “Pembelian itu bukan sahaja melanggar perjanjian yang kami buat, tetapi saya juga berasa tidak diendahkan. Ia adalah isu kepercayaan. Kita perlu membincangkan perkara ini, dan saya meminta anda bercakap dengan hormat, tanpa menjerit.” Setelah impak dijelaskan dan matlamatmu untuk meneruskan perbualan ditetapkan, anda sudah bersedia untuk melangkah ke depan. A – ask questions to draw your spouse into dialogue Tanya soalan untuk menarik pasangan anda untuk berdialog Menanyakan soalan ya-atau-tidak kepada pasangan anda – “Adakah anda masih ingat perbualan kami tentang menabung wang? Adakah anda komited untuk berbuat demikian?” - bukan pembukaan yang baik. Ia cenderung untuk menamatkan perbincangan tanpa mengundang dialog. Sebaliknya gunakan soalan terbuka bermula dengan “bagaimana” atau “apa”; soalan-soalan ini menarik pasangan anda untuk berbincang. Mereka mengalu-alukan dialog, dan di sinilah kesedaran terjadi. Apabila anda mengalu-alukan idea dan pemikiran suami atau isteri anda – dan kemudian mendengar dengan teliti – anda mungkin mencapai jalan penyelesaian yang tidak dipertimbangkan sebelum ini. L – Let go of the need to control your spouse’s behaviour and manage your own Hapuskan keperluan untuk mengawal tingkah laku pasangan anda dan uruskan diri anda Ingat peraturan ini: Perbualan ini bukan tentang saya mengawal anda. Saya berada di sini untuk mengawal diri saya. Walaupun anda tidak menyatakan ini secara lisan, jangan lupakannya. Anda sudah cukup sibuk menguruskan tingkah laku sendiri. Anda boleh menambah baik nada dan arah perbualan jika anda mengingati prinsip ini. Jika pasangan anda bergelut dalam pengendalian emosinya semasa konflik, anda mungkin rasa hendak melakukan untuknya. Ingat bahawa keutamaan pertama adalah untuk memberi gambaran kepada pasangan anda tentang bagaimana tingkah lakunya memberi kesan kepada anda. Ia sebaiknya dilakukan dengan sikap yang menyatakan, saya berada di sini untuk memberi anda maklumat berguna tentang saya dan impak tingkah laku anda terhadap saya. Dan saya pasti jika anda tahu perasaan saya, anda tidak akan mahu saya mengalaminya. Pendekatan ini memberi pasangan anda kepercayaan walaupun terdapat kesangsian, yang menghadkan akibat kesalahan dan menggerakkan hubungan anda berdua ke hadapan. Perkahwinan adalah usaha yang berterusan. Kami tidak boleh berkata, “Baiklah, kami telah sampai ke destinasi kami.” Alat yang diasah akan memudahkan usaha ini. Jadi bila konflik tercetus di rumah anda, tanganilahnya! Deb DeArmond ialah pengarang bersama Don’t Go to Bed Angry. Stay up and Fight. © 2018 Deborah DeArmond. Hak cipta terpelihara. Diterjemah dari Bahasa Inggeris dan digunakan dengan izin.106
bottom of page





