top of page

Cari

3265 results found with an empty search

  • Tuhan Selalu Memberkati Orang Yang Setia Dan Jujur

    1 Samuel 26:23-25 (AVB) 23 TUHAN akan membalas setiap orang menurut perbenaran dan kesetiaannya. Pada hari ini TUHAN telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba, tetapi hamba tidak mahu mencederakan orang yang dilantik TUHAN.  24 Sebagaimana nyawa tuanku berharga di mataku pada hari ini, semoga jugalah nyawa hamba di mata TUHAN. Semoganya Dia melepaskan hamba daripada segala kesengsaraan.”   25 Kata Saul kepada Daud, “Semoga engkau diberkati, wahai anakku Daud. Engkau akan melakukan banyak hal dan pasti berjaya.” Daud pun meneruskan perjalanannya, manakala Saul pulang ke tempatnya. Pengajaran/ Refleksi. 1. Raja Saul mengaku Daud seorang yang setia kepadanya dan bahkan jujur terhadap rajanya. Walaupun TUHAN telah menyerahkan Raja Saul kepada Daud, namun Daud tidak berbuat jahat terhadapnya, sebab dia adalah raja yang sudah dipilih oleh TUHAN. 2. Daud mohon daripada TUHAN agar TUHAN membiarkannya hidup dan membebaskan dia daripada segala kesusahan! Raja Saul juga mendoakan Daud supaya Allah memberkatinya, agar Daud berjaya dalam segala usahanya. Setiap umat Tuhan yang setia dan jujur pasti akan diberkati oleh Tuhan, iaitu supaya Tuhan membebaskan kita daripada segala kesusahan dan akan berjaya dalam segala usaha yang kita lakukan. Kami nyatakan dalam nama Yesus Kristus segala sesuatu yang baik terjadi dalam kehidupan kita. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Doa Mohon Perlindungan

    Oleh Sandra Tagal

  • Rancangan Allah Untuk Perkahwinan

    Oleh Adonis dan Joanna

  • Bolehkah Orang Kristian Merayakan Halloween?

    Populariti Halloween tumbuh secara eksponensial. Menurut National Retail Federation USA, pengeluaran untuk barang-barang terkait Halloween diperkirakan mencapai $10.14 billion dollars, naik dari $8.05 billion pada tahun 2020 dan tertinggi sepanjang masa. Secara individu, orang Amerika diperkirakan menghabiskan rata-rata $102,74 untuk Halloween tahun ini 2021. Suatu angka yang sangat-sangat mengerikan bukan? Halloween dianggap hari cuti kedua termahal sesudah natal, meskipun lebih mahal daripada hari percutian non hadiah lainnya (kecuali Super Bowl). Salah satu hari percutian komersial top di negara itu. Malangnya, halloween juga dirayakan di Malaysia dalam skala kecil dan beberapa negara di Asia. Yang paling ironis, gereja berusaha menjadi relevan dan merayakannya, bukan semua tapi setahu saya satu gereja yang saya kenal di Malaysia. Beberapa tahun yang lalu anak-anak saya menghadiri gereja tersebut dan waktu selebaran diedarkan untuk acara ini dan mereka membawa pulang dan sejak hari itu mereka tinggalkan gereja tersebut. Apakah untuk menjadi relevan kita harus menjual nilai nilai kita sebagai anak-anak Tuhan, supaya tidak dikatakan ketinggalan zaman? Setiap kita masing-masing bertanggungjawab kepada Tuhan suatu hari nanti. Mengapa halloween atau dikenali dengan nama (All Hallows Eve) dirayakan pada 31 Oktober setiap tahun? Asal-usul Halloween berasal dari festival Samhain Celtic kuno pada malam 31 Oktober mereka merayakan Samhain, ketika diyakini bahwa hantu orang mati kembali ke bumi. Tidak secara langsung Alkitab menyebut tentang halloween tetapi ‘yang disembah dan ritual-ritual’ yang dipakai sangat bertentangan dengan nilai-nilai dengan alkitabiah. Paling ironis, ada gereja tertentu di Malaysia dan luarnegara juga meraikan halloween dengan alasan rohani mau memenangkan jiwa-jiwa. Pertanyaan saya, apakah anda perlu menjadi pelacur untuk menginjili seorang pelacur? Atau perlukah anda menjadi seorang perompak untuk menginjili perompak? Kejadian yang sangat mengerikan yang terjadi di Seoul Korea pada 30 Oct 2022 jam 9:22 pagi dimana 151 orang meninggal dan dianggarkan angkanya meningkat dan 156 yang lain luka parah akibat merayakan halloween. Dianggarkan sekitar 100,000 orang telah berhimpun di lapangan terbuka di Itaewon untuk merayakan halloween dan mengikuti ‘permainan’ saling bertindihan. Perayaan dimana iblis bersukacita bila orang-orang mati tanpa mengenal Yesus. Suatu kejadian yang teramat menyedihkan. Tujuh alasan kekristenan menolak halloween: 1. Halloween memuliakan kematian 2. Halloween mengagungkan okultisme 3. Halloween mempromosi ketakutan yang tidak wajar 4. Halloween menormalkan kejahatan 5. Halloween memberi prioriti kepada kuasa kegelapan 6. Halloween berakar pada paganisme 7. Halloween dirayakan oleh mereka yang mempraktekkan ilmu sihir, ilmu ghaib dan satanisme Asal usul Halloween, dimulai lebih dari 1900 tahun yang lalu di Inggris, Ireland, dan Perancis utara. Tujuan dari perayaan ini adalah, kononnya jiwa orang mati boleh berbaur dengan yang hidup. Perlu di ingatkan bahawa paganism dan Kristianiti adalah dua perkara yang tidak boleh disamakan atau dua hal ini sama saja. Ianya tidak sama. Tradisi lain adalah kepercayaan druidic bahwa pada malam tanggal 1 November, setan, penyihir, dan roh jahat dengan bebas menjelajahi bumi dengan sukacita untuk menyambut kedatangan "musim mereka" sepanjang malam hari gelap gulita gelap menyambut musim sejuk. Selama kekaisaran Romawi, ada kebiasaan makan atau membagikan buah, terutama epal, pada Halloween. Budaya ini menyebar ke negara jiran iaitu Irlandia dan Skotlandia dari Inggris, dan ke negara-negara Slavia dari Austria. Ini mungkin didasarkan pada perayaan dewi Romawi Pomona, kepada siapa taman dan kebun didedikasikan. Siapa dewi Pomona? Menurut mitos romawi, Pomona adalah dewi pohon buah-buahan, kebun, dan kebun buah-buahan. Sejak Pesta tahunan Pomona diadakan pada tanggal 1 November, relik (relics) dari perayaan tersebut menjadi bagian dari perayaan Halloween, misalnya, tradisi “mencelupkan” apel dan sebagainya. Apakah sebagai orang percaya boleh merayakan halloween? Jawaban saya tanpa ragu TIDAK . Alkitab berkata, “Jadi akhirnya, saudara-saudara, semua yang benar, semua yang mulia, semua yang adil, semua yang suci, semua yang manis, semua yang sedap didengar, semua yang disebut kebajikan dan patut dipuji, pikirkanlah semuanya itu.” (Filipi‬ ‭4:8)‬. “Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi pemanggil arwah atau ahli sihir pastinya dihukum mati. Hendaklah mereka direjam dengan batu dan darah mereka tertanggung atas diri mereka sendiri." ‭‭Imamat‬ ‭20:27‬ ‭AVB‬‬ Jika kita lihat dari terjemahan bahasa Inggeris, “Men and women among you who act as mediums or who consult the spirits of the dead must be put to death by stoning. They are guilty of a capital offense.” (Leviticus‬ ‭20:27‬). Apakah salah merayakan Halloween? Jelas salah. Alkitab berkata, “Janganlah turut mengambil bagian dalam perbuatan-perbuatan kegelapan yang tidak berbuahkan apa-apa, tetapi sebaliknya telanjangilah perbuatan-perbuatan itu.”(Efesus‬ ‭5:11‬) . Alkitab juga berkata, “dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.” (Yohanes‬ ‭8:32). Saya menyeru kepada setiap anda yang sedang membaca tulisan ini, mari kita hari demi hari mendekat dan melekat lebih intim dengan Tuhan agar kita tidak mudah diombang ambingkan oleh tipu muslihat dunia ini yang akhirnya membuat anda rugi dan menyesal. Katakan TIDAK kepada halloween. YA kepada Yesus.

  • Hentikan Kebencianmu Dan Bertaubatlah

    1 Samuel 26:17-21 (AVB) 17 Saul mengenali suara Daud lalu dia berkata, “Adakah itu suaramu, wahai anakku Daud?”  Jawab Daud, “Suara hamba, ya Tuanku Raja.”  18 Katanya pula, “Mengapakah tuanku mengejar hambanya ini? Apakah yang telah hamba lakukan? Kejahatan apa yang ada di tangan hamba? 19 Sekarang, sudilah Tuanku Raja mendengar kata-kata hambanya ini. Jika TUHAN yang menggerakkan tuanku untuk melawan hamba, biarlah Dia menerima suatu persembahan. Tetapi jika itu manusia, terkutuklah mereka di hadapan TUHAN, kerana pada hari ini mereka menghalau hamba dengan berkata, ‘Pergilah, beribadatlah kepada tuhan lain,’ sehingga hamba tidak mendapat bahagian dalam milik pusaka TUHAN.  20 Sekarang, jangan biarkan darah hamba tertumpah ke bumi, jauh dari hadirat TUHAN. Sesungguhnya, raja Israel keluar untuk mencari seekor hama sahaja, seperti orang memburu ayam hutan di gunung-gunungan.”  21 Kata Saul, “Aku telah berdosa. Kembalilah, wahai anakku Daud. Aku tidak akan berbuat jahat lagi terhadap engkau, kerana pada hari ini nyawaku berharga di matamu. Sesungguhnya, aku telah bertindak bodoh, dan aku telah membuat kesilapan besar.” Pengajaran/ Refleksi. 1. Daud menyatakan isi hatinya kepada Raja Saul, mengapa raja senantiasa mengejar dia, walaupun dia tidak bersalah terhadapnya. Mengapa Raja Saul mahu membunuh dia yang sehina kutu itu?Mengapa Raja Saul mahu memburu dia seperti orang memburu ayam hutan, kata Daud kepadanya? 2. Daud berkata kepada Raja Saul lagi, sekiranya TUHAN yang menyuruh dia melawan Raja Saul, suatu persembahan korban akan dapat meredakan kemurkaan TUHAN terhadapnya. Tetapi sekiranya manusia yang menyuruh Raja Saul untuk membunuh dia, mereka itu akan di kutuk oleh TUHAN! Tetapi Daud tidak melakukan perkara yang jahat itu kerana dia mentaati Raja Saul sebagai raja yang dipilih TUHAN. Dalam ayat yang ke-21, Raja Saul tahu bahawa dia bersalah, dan mengaku kesalahannya kepada Daud dan berjanji tidak akan membunuh Daud lagi. Dalam renungan ini, Tuhan mengajar kita supaya kita menghentikan kebencian, dendam dan kepahitan terhadap satu sama lain dalam Tuhan dan bertaubatlah daripada niat yang jahat itu!! Ampuni sesamamu dengan kasih Tuhan Yesus Kristus. Puji Tuhan dan halleluya!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Jangan Kasih Kita Di Mulut Sahaja

    “Anak-anakku, janganlah kasih kita di mulut sahaja. Kita hendaklah kasih-mengasihi melalui perbuatan dan kebenaran yang sejati.” 1 Yohanes 3:18 AVB Yohanes memperingatkan orang yang percaya kepada Tuhan Yesus agar mereka tidak mengasihi orang lain di mulut sahaja, tetapi harus mengasihi sesama melalui perbuatan dan kebenaran yang sejati. Sebagai orang percaya, kita tidak boleh sekadar berkata bahawa kita mengasihi sesama. Sebaliknya, kita perlu memperlihatkan kasih itu melalui perbuatan kita. Sebab kasih yang sejati mesti dibuktikan dengan tindakan, bukan hanya dengan perkataan yang sia-sia. Kasih perlu disertai dengan perbuatan, kerana seseorang tidak boleh mengesahkan kasihnya tanpa menunjukkannya melalui perbuatan. Kasih tanpa perbuatan adalah sia-sia. Oleh itu, kasih yang benar bukanlah berdasarkan percakapan sahaja tetapi dinyatakan dalam kebenaran melalui tindakan nyata. Apabila kita berkata bahawa kita mengasihi seseorang, maka kita harus menyatakannya melalui perbuatan kita. Sebab kasih yang benar terbukti melalui perbuatan, bukan sekadar di mulut. Ingatlah pepatah ini: “Perbuatan yang dilakukan sesungguhnya lebih bermakna daripada janji mulut.” Pepatah ini mengingatkan kita bahawa meskipun kita tidak menyatakan kasih melalui tutur kata, perbuatan kita cukup membuktikan kasih kita kepada seseorang. Marilah kita mengasihi sesama kita melalui perbuatan dan kebenaran, bukan di mulut semata-mata. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon agar Tuhan mengajar aku sentiasa mengasihi orang di sekelilingku melalui perbuatan dan bukan di mulut sahaja. Inilah aku, pakailah aku. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Tuhan Boleh Membuat Apa Saja Yang Dia Mahu

    1 Samuel 26:11-15 (AVB) TUHAN melarang aku membinasakan orang yang dilantik TUHAN. Sekarang, kita akan mengambil sahaja tombak yang ada berdekatan dengan kepalanya serta buyung air itu. Lalu kita pergi.”   Maka Daud mengambil tombak dan buyung air itu dari dekat kepala Saul, lalu mereka pergi. Tidak ada yang melihat, tidak ada yang mengetahui, dan tidak ada yang terjaga. Mereka semua tertidur, kerana TUHAN membuat mereka tertidur dengan lelapnya.   Kemudian Daud berjalan ke seberang lalu berdiri di atas puncak bukit yang ada jarak yang jauh di antara mereka.   Dari situ Daud berseru kepada pasukan Saul dan kepada Abner anak Ner, katanya, “Tidakkah kaujawab aku, Abner? Jawab Abner, “Siapa engkau, yang berseru kepada raja?”   Kata Daud kepada Abner, “Engkau lelaki, bukan? Siapakah yang seperti engkau antara orang Israel? Mengapakah engkau tidak mengawal baik-baik raja iaitu tuanmu? Ada seorang daripada kalangan rakyat yang masuk untuk membinasakan tuanmu raja itu. Pengajaran/ Refleksi. TUHAN boleh membuat apa saja yang Ia mahu: 1. Daud dapat masuk ke dalam perkhemahan Raja Saul tanpa diketahui oleh penjaga-penjaganya yang hebat, kerana TUHAN Allah membuat mereka semua tertidur dengan nyenyak. Daud dapat mengambil tombak dan kendi raja, selepas itu mereka pergi dari perkhemahan Raja Saul. 2. Sebenarnya Daud dapat membunuh Raja Saul sekiranya dia mahu melakukannya. Tetapi dia tidak mahu melakukannya kerana TUHAN mencegah dia membunuh raja yang dipilih oleh TUHAN. Saudara saudari dalam Yesus Kristus, jika kita berpihak pada Tuhan Allah kita, jangan sekali-kali kita takut sebab Dia boleh melakukan segala sesuatu menurut kehendak-Nya, seperti mana Dia membuat Raja Saul dan para pengawalnya tertidur nyenyak, sehingga mereka tidak mengetahui Daud dan rakannya masuk ke dalam perkhemahan Raja Saul. Keluar dari perkhemahan itu Daud membawa tombak dan kendi Raja Saul. Mari kita berharap kepada Tuhan Yesus Kristus sepenuhnya dan yakin bahawa dia akan melakukan mujizat dalam kehidupan kita, untuk kebaikan kita dan kemuliaan bagi nama-Nya. Puji Tuhan dan halleluya!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Doa Mohon Kasih Kurnia Allah

    Oleh Pr Eddy M Yasir

  • Kemenangan Yesus Menjamin Kemenangan Kita Atas Iblis

    Setelah Iblis selesai menggoda Yesus, dia meninggalkan-Nya untuk sementara waktu. Lukas 4:13 AVB   Iblis telah menggoda Yesus sebanyak tiga kali, namun semua usahanya gagal menjatuhkan Yesus. Iblis menggunakan 3 cara yang berbeza untuk menggoda Yesus, iaitu:   Cara pertama yang digunakan oleh Iblis untuk menggoda Yesus berkaitan dengan kekuasaan-Nya (Luk 4:2-4). Iblis menyuruh Yesus untuk mengubah batu menjadi roti. Walaupun Yesus boleh sahaja melakukannya, tetapi Yesus tahu bahawa tujuan hadirat-Nya di dunia ini adalah untuk memuliakan Tuhan.   Cara kedua yang digunakan oleh Iblis untuk menggoda Yesus berkaitan dengan kemewahan dunia ini (Luk 4:5-8). Bagaimanapun, Yesus menolak tawaran Iblis kerana seluruh dunia ini sebenarnya milik Allah, bukan milik Iblis. Dengan itu, Yesus menolak kerajaan dunia dengan segala harta kemewahan dan kekuasaan yang ditawarkan oleh Iblis.   Cara ketiga yang digunakan oleh Iblis untuk menggoda Yesus berkaitan dengan “menduga” Tuhan (Luk 4:4-12). Iblis dengan liciknya memutarbelitkan kebenaran Firman Tuhan dengan mengutip ayat daripada Mazmur 91:11,12 yang menyatakan bahawa Allah berjanji untuk menolong Yesus sekiranya Dia terjun dari puncak Bait Suci.   Godaan Iblis terhadap Yesus gagal sama sekali. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa kita juga boleh mengatasi godaan Iblis, jika kita mengikut sikap atau teladan Yesus sewaktu kita menghadapi godaan Iblis. Yesus tetap teguh dengan pendirian-Nya, iaitu setia terhadap kehendak dan tujuan Allah Bapa yang mengutus-Nya ke dunia.   Jelaslah bahawa “penguasaan Roh Tuhan, Firman Tuhan dan tetap setia mengikut kehendak Tuhan” merupakan kunci kemenangan kita atas godaan Iblis. Lebih-lebih lagi, kemenangan Yesus menjamin kemenangan kita.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu demi menyerahkan seluruh hidupku ke dalam tangan-Mu. Aku memohon kekuatan dan bimbingan-Mu apabila aku menghadapi godaan Iblis. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

bottom of page