top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6134)
KD Post (3265)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Puji TuhanIn Kesaksian·19 August 2021107
- Yesus berkuasa mengampuni dosaIn Inspirasi & Renungan20 September 2021Amen. Thank you Pak Tang ! Yesus adalah juru selamat kehidupan kita …10
- SEBUAH KISAH BENAR..In Inspirasi & Renungan4 October 2021TQ. Peringatan yang sangat bagus. “Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya.” 2 Timotius 3:12 AVB “In fact, everyone who wants to live a godly life in Christ Jesus will be persecuted,” 2 Timothy 3:12 NIV10
- LUKAS 1:13In Inspirasi & Renungan5 September 2021Tq ! Tuhan memberkati !10
- Ambang KeremajaanIn Inspirasi & Renungan22 July 2021Ibu bapa .Tanggungjawab terhadap anak tinggi. Tuhan ampuni kecuaian kita sebagai ibubapa.10
- Apa Ertinya KristusIn Soalan Tentang Kekristianan·12 July 2021Oleh Pastor Meta Morphoo: 1. Kalimat “mesias”, berasal dari bahasa Ibrani מָשִׁיחַ, mashiah 2. Ia membawa maksud Yang Diurapi atau Yang Dilantik atau Yang Dipilih 3. Kemudiannya, kalimat “mesias” diterjemahkan kepada bahasa Yunani χριστός, dengan kata chrīstós. 4. Ini pula ditransliterasikan kepada Bahasa Inggeris sebagai Christ dan ditransliterasikan kepada BM-Indon, “Kristus”. 5. Kata “Mesias” atau “Kristus” adalah satu gelaran, dan bukan nama orang. 6. Jadi apabila kita menggunakan kalimat “Yesus Kristus” atau dalam Bahasa Ibrani “Yeshua Hamashiah” ia bererti “Yesus, Sang Mesias”. 7. Kerana nama “Yesus” adalah sangat popular pada abad yang pertama, maka perlu dibezakan daripada yesus-yesus yang lain – maka Dia dipanggil, Yesus, Sang Kristus. ------------------- Lukas 4:17-21: Kitab Nabi Yesaya diberikan kepada Yesus dan Dia membuka kitab itu untuk membaca ayat yang tersurat: "Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas, dan mengisytiharkan tahun keredaan Tuhan!” Yesus menutup kitab itu dan memulangkannya kepada petugas lalu duduk. Mata semua orang di dalam saumaah itu tertumpu kepada-Nya. Yesus mula berucap kepada mereka, “Pada hari ini ayat Kitab Suci ini telah terlaksana ketika kamu mendengarnya.” KPR 9:22: Semua orang Yahudi di Damsyik tercengang apabila dia menyatakan bahawa Yesus itu Kristus.106
- 7 Tabiat Hidup SuciIn Kehidupan Kristian·13 July 2021Kita semua yang sudah percaya, tentu ingin hidup yang selaras dengan kehendak Tuhan. Soalannya ... Apakah kita Ingin berjaya di dalam kehidupan kita? Apakah kita ingin berjaya di dalam kehidupan rohani kita? Apakah kita ingin menjadi seorang yang memberi impak kepada masyarakat di sekeliling kita? Apakah kita kita ingin memenuhi destini kehidupan kita di dalam Yesus Kristus? Jikalau jawabannya ialah ya, saya harap dan berdoa supaya bahagian firman Tuhan yang bertajuk "7 Tabiat Hidup Suci (7 habits of Holy Living)" …. akan dapat membantu kita semua. Lebih daripada itu, bahagian firman Tuhan ini boleh juga digunakan untuk mengajar teman-teman kita yang lain atau kita kongsikannya dengan yang lain. Imamat 11:45 Akulah Tuhan yang telah memimpin kamu keluar dari Tanah Mesir supaya Aku menjadi Allahmu. Jadilah suci kerana Aku ini suci. (Be holy for I am holy.) Apakah definisi tabiat dan kehidupan suci? Pertamanya, apakah definisi tabiat? Tabiat atau habits adalah satu corak kelakuan dan kehidupan yang dilakukan secara rutin dan kebiasaanya dilakukan tanpa disedari. Dan corak kelakuan ini, diperolehi dengan melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Ada tabiat yang baik dan ada tabiat yang buruk. Keduanya ialah kehidupan suci. Kehidupan suci adalah satu kehidupan yang berserah kepada Tuhan dan kehendaknya. Gaya hidup yang bukan lagi mencari kepuasan gaya hidup yang berdosa. Gaya hidup yang menuju ke arah kematangan di dalam Yesus Kristus. Dalam perkataan Inggeris, “a sanctified life”, “Kehidupan yang dikuduskan” Bukan kehidupan yang sempurna yang tidak berdosa tetapi, kehidupan yang berserah sepenuhnya kepada Tuhan. (A life that is fully surrendered to God.) Keadaan kehidupan rohani kitalah yang akan menentukan samada kita berjaya di dalam kehidupan kita, samada kita adalah seorang yang membawa impak kepada masyarakat di sekeliling kita, samada kita boleh memenuhi destini kehidupan kita di dalam Yesus Kristus? Kalah menang kita di dalam kehidupan rohani kita adalah bergantung kepada tabiat yang kita semai ke dalam kehidupan kita. Apa yang kita lakukan berulang-ulang dengan disiplin, akan menjadi tabiat. Dan tabiat, jikalau is berterusan, akan menentukan karakter kita. Dan karakter kita akan menentukan destini kita. Ada orang mengatakan … "Show me your habits, and you will show me a glimpse of your destiny." Tunjukkan tabiat anda, dan anda akan menunjukkan sekilas destini masa hadapan anda. Oleh itu, jikalau kita mahu hidup suci di dalam Tuhan, kita harus menyemai tabiat rohani yang baik. Memang, apabila kita telah menerima Yesus sebagai Juru Selamat, kita telah diselamatkan. Dosa kita telah dilunaskan tetapi, perjalanan rohani kita tidak berhenti di situ sahaja. Proses “sanctification” yang harus kita lalui, bergantung kepada tabiat rohani kita. Apabila tabiat rohani kita baik, semua aspek kehidupan kita akan menjadi baik dan teratur. Apakah 7 Tabiat yang akan membantu kita hidup suci di dalam Tuhan? Saya akan berikan penerangan satu per satu di dalam perkongsian yang seterusnya. Shalom.1064
- Tabiat Hidup Suci #1: Berdoa & BerpuasaIn Kehidupan Kristian·13 July 2021Doa atau prayer adalah tabiat yang paling penting di dalam hidup kita. Di dalam Lukas 11, murid-murid Yesus melihat Yesus berdoa di suatu tempat dan setelah Dia berhenti, seorang daripada murid Yesus meminta supaya Yesus mengajar mereka berdoa .. Mereka melihat sesuatu yang sangat berlainan daripada ritual doa, yang mereka tahu, pada masa itu. Yesus berdoa secara peribadi dengan penuh keintiman. A prayer that is personal. Dan menyatakan bahawa Tuhan adalah sebagai Bapa yang di syurga. Nah saudara-saudari di dikasihi sekalian, di dalam dunia kita yang sekarang ini, yang penuh dengan godaan, cubaan, tekanan, cabaran dan kedosaan, Kita tidak boleh hidup di dalam kesucian, tanpa doa. Mengapa? Kerana kehidupan yang berasaskan tabitat doa, akan membolehkan kita sentiasa “connected” dengan Tuhan. Kita akan sentiasa berhubung dengan Tuhan Kita akan sensitif kepada kehendak Tuhan di dalam hidup kita. Kita akan peka kepada pelan dan rancangan Tuhan di dalam hidup kita. Amen? Ini adalah Tabiat yang paling penting untuk kita hidup suci. Jikalau kita mahu hidup suci, kita harus mempunyai kehidupan yang sentiasa berdoa - bukan ritual, tetapi perhubungan yang intim dengan Bapa kita yang disyurga. Kita lihat di dalam Markus 1:35 Keesokannya, pada waktu subuh, Yesus bangun lalu pergi ke luar kota ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa. Di dalam ayat yang seterusnya, menyatakan bahawa Simon dan rakan-rakannya, pada waktu itu, mencari-cari Yesus. Bukan sahaja, Simon dan rakan-rakannya, malahan semua orang mencari-cari Yesus. Konteknya, teman-teman sekalian, ialah Yesus baru sahaja menyembuhkan ramai orang. Pada mulanya, Yesus menyembuhkan ibu mertua Simon yang demam yang terbaring di tempat tidur. Demam ibu mertua Simon hilang serta merta lalu, dengan tenaga yang baru, dia melayan Yesus dan murid-muridnya. Wow.. Dan apabila tiba waktu malam, semua orang sakit dan orang yang dirasuk roh iblis di bawa kepada Yesus. Mereka semua berhimpun di hadapan pintu Lalu Yesus menyembuhkan ramai orang daripada pelbagai penyakit. Yesus juga menghalau roh-roh iblis dsb. Keesokannya, seperti yang telah kita baca, pada waktu subuh, Yesus pergi ke tempat yang sunyi lalu berdoa. Yesus tidak “celebrate” kejayaan pelayananya dengan murid-muridnya. Dia tidak bermegah kepada kejayaannya. Dia tidak mengatakan, wah, malam semalam saya sudah letih dan puas dengan ministry yang penuh mukjizat .. pagi ini, saya akan berehat. Tetapi, dia meletakkan doa sebagai sesuatu yang paling penting di dalam pelayanannya. Inilah corak kehidupan Yesus. Inilah tabiat yang harus kita semaikan ke dalam kehidupan kita. Apabila kita berdoa, ini bermakna kita mempunyai iman dan kepercayaan kepada Allah. Jikalau kita tidak berdoa, maksudnya, kita tidak percaya kepadanya. Jikalau kita tidak percaya kepada Allah, kita tidak akan berdoa. Amsal 3:5-6 5 Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. 6 Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu. Dan apabila kita kita percaya kepada Tuhan, ia akan membina keintiman di dalam perhubungan kita dengan Tuhan. Intim di dalam cara perhubungan, hati, emosi dan pemikiran. Tuhan mendengar doa kita dan kita mendengar pesanan Tuhan. Kita setia melakukan apa yang Tuhan katakan dan Tuhan akan membimbing kita. Dan semua ini bermula dengan Doa. Adakalanya, kita bimbang dan risau dengan perkara kehidupan kita. Apakah kita akan mendapat penyakit Covid 19? Apakah kita akan kehilangan pekerjaan? Apakah yang akan berlaku kepada keluarga saya? Apakah yang akan berlaku kepada masa hadapan saya? Dan jikalau kita bimbang dan risau, Tuhan menyatakan bahawa itulah bahagian yang belum kita “surrender” atau serahkan kepada Tuhan. Hari ini, Tuhan mahu mengingatkan kita untuk menyerahkan bahagian hidup kita yang membimbangkan kita, dan kita percaya bahawa dia akan memimpin dan mengendalikan bahagian tersebut. Who we are is how we pray? Siapakah kita ialah bagaimana kita berdoa? Inilah tabiat yang pertama yang saya cadangkan. Iaitu tabiat doa dan apabila kita berbicara tentang doa, kita tidak boleh tidak berbicara tentang puasa. Prayer and fasting comes hand in hand. Doa dan puasa, adalah sentiasanya seiring. Kehidupan suci kita bergantung kepada tabiat yang pertama ini, iaitu berdoa dan berpuasa.1026
- Lukas 6:45 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·16 July 2021Orang yang baik membuahkan hal-hal yang baik daripada khazanah simpanannya kerana hatinya penuh kebaikan; orang yang jahat membuahkan hal-hal yang jahat kerana hatinya penuh kejahatan. Yang diluahkan mulutnya, meluap daripada hatinya.105
- Siapakah Yesus Sebenarnya ?In Soalan Tentang Kekristianan·6 July 2021109
- Kecurangan SuamiIn Keluarga·8 July 2021Kecurangan boleh terjadi bila-bila masa dalam sebuah perkahwinan. Ada tiga tahap di mana kemungkinan ia akan terjadi. Tahap yang pertama adalah pada tahun pertama, ketika percintaan digantikan oleh tanggungjawab berat sebagai seorang suami. Tahap yang seterusnya ialah apabila di dalam kira-kira lima tahun setelah perkahwinan - apabila "kebaharuan" perkahwinan sudah menjadi pudar Kemudian muncul tahap yang ketiga. Tahap pertengahan hidup. Suami manjadi khuatir bahawa "hidupnya sudah berakhir" atau "dia ketinggalan sesuatu yang mengujakan," dan mempunyai keperluan untuk meningkatkan egonya. Ini akan mendorong seseorang untuk mengadakan hubungan sulit. Selalunya hubungan sulit tidak terancang. Hubungan yang tidak bersalah seperti hubungan antara wanita dan suami sahabat rapatnya, dapat berkembang menjadi hubungan sulit. Salah satu sebab hubungan sulit berlaku ialah kerana ada hubungan yang rapat dan kerap kali berlaku. Satu lagi sebab ialah terlalu keyakinan (overestimating) terhadap kemampuan mereka untuk menentang godaan. Mampukah seorang lelaki berasa bahagia apabila mendapati dirinya terlibat dalam hubungan luar nikah yang sukar diputuskan? Dia pasti akan mengalami pergolakan emosi. Apa yang boleh dilakukan oleh isteri untuk membantunya kembali kepadanya? Seorang suami mungkin mencari keselesaan dan keterujaan dalam pelukan wanita lain apabila perkahwinannya telah menjadi yang membosankan. Apakah perceraian adalah penyelesaian yang baik dalam situasi seperti itu? Haruskah seseorang meneruskan dengan perkahwinan itu hanya untuk kepentingan anak-anak? Bila kita mempertimbangan kesan buruk keluarga yang berpecah-belah terhadap anak-anak, saya berpendapat bahawa segala usaha harus dilakukan untuk menyelamatkan atau menghidupkan kembali perkahwinan, demi suami dan isteri dan juga anak-anak. Kos emosionalnya terlalu tinggi bagi semua anggota keluarga apabila suatu perkahwinan terputus. Perkataan Cina untuk kedamaian menggambarkan sebuah "bumbung dengan wanita di bawahnya." Terdapat banyak hikmah di dalamnya. Marilah kita ambil perhatian bahawa seorang wanita di bawah satu bumbung adalah kedamaian. Lebih daripada seorang wanita di bawah bumbung yang sama akan menimbulkan masalah. Soal-jawab #1: Soalan : Adakah anda merasakan ada semacam "kebutaan" yang boleh terjadi ketika mangsa hubungan sulit menafikan kebenaran? Saya seolah-olah mengalami ini ketika suami saya mengadakan hubungan sulit dengan sahabat terbaik saya. Hubungan sulit itu berlaku selama dua tahun sebelum saya dapat mengakuinya kepada diri sendiri. Tetapi mengapa saya menafikan kebenaran? Mengapa mangsa “memilih” untuk menjadi buta? Jawaban : Proses psikologi itu disebut penafian, dan ini terjadi untuk melindungi minda daripada fikiran atau kenyataan yang tidak dapat diterima. Setelah seseorang mengakui kepada diri sendiri bahawa pasangan yang dikasihi telah berlaku curang, maka dia terpaksa menangani keadaan itu. Pengalaman yang sangat menyakitkan yakni kesedihan, kegelisahan, dan insomnia tidak dapat dielakkan setelah kebenaran itu dihadapi. Tambahan pula, orang yang tercedera takut bahawa konfrontasi dengan pasangan yang curang mungkin mendorong pasangan itu kepada pelukan kekasih baru. Memandangkan kebimbangan ini, orang itu secara sedar atau tidak sedar memilih untuk tidak perasan hubungan sulit itu dengan harapan ia akan berakhir dan dilupakan. Jelasnya, ada banyak motivasi bagi orang yang rentan untuk menafikan apa yang dilihat oleh matanya. Apabila bukti kecurangan menjadi terlalu jelas, seorang lelaki atau wanita kadang-kadang akan "meminta" pasangan yang bersalah untuk membantu penafian tersebut. Ini dilakukan dengan membuat tuduhan dengan harapan dapat dibuktikan salah. Contohnya, seorang isteri akan bertanya, "Adakah anda dan Donna sedang berpacaran?" "Tidak, saya telah berkata seribu kali bahawa tiada apa-apa yang berlaku," dia berbohong. "Tetapi di mana anda sampai jam 2.00 pagi malam semalam?" "Saya menghadapi masalah kereta. Sekarang, bolehkah anda berhenti mengganggu saya? " Isteri ini tahu cerita suaminya itu palsu, tetapi dia terus memintanya untuk berbohong kepadanya. Dan apa yang menarik di sini, dia tidak berasa perlu untuk "meniup wisel" terhadapnya sehingga dia mengakui penglibatannya ... yang mungkin tidak akan berlaku. Perjanjian diam-diam ini membantunya mengekalkan khayalan bahawa semuanya baik-baik saja dan menyediakan persekitaran yang memungkinkan suami boleh berfoya-foya dengan wanita lain. Penafian mempunyai banyak aplikasi dan kegunaan dalam pengalaman manusia. Ini akan memungkinkan seorang wanita untuk mengabaikan benjolan yang mencurigakan di payudaranya atau dadah di bilik tidur anaknya atau hutang keluarga yang sedang meningkat. Melalui proses ini, pikirannya dilindungi untuk sementara waktu, tetapi ini sering kali membiarkan musibah yang lebih besar berlaku dalam kehidupan kita. Soal-jawab #2: Soalan: Beberapa bulan yang lalu suami saya mengumumkan bahawa dia meninggalkan saya untuk wanita lain. Sejak itu, dia kerap berpacaran dengannya, tetapi dia tidak meninggalkan rumah dan kelihatan seperti kebingungan. Dia kehilangan lima belas paun dan kelihatan teruk. Apa yang anda fikir sedang berlaku di fikirannya? Dia tidak mahu bercakap dengan saya tentang perasaannya, dan dia menjadi marah ketika saya bertanya kepadanya. Jawaban: Besar kemungkinan suami anda mengalami rasa bersalah dan konflik yang sering mengiringi perbuatan mementingkan diri dan berdosa seperti perbuatan curang. Terdapat suara kecil yang mengganggu kita pada saat-saat seperti itu, walaupun ada di antara kita yang belajar untuk menyekatnya. Walaupun kita mengabaikan kutukannya, hati nurani terus menusuk kita dan tidak akan membenarkan pelanggaran undang-undang moral tanpa pergelutan batin. Agak biasa untuk seseorang dalam situasi ini mengalami semacam perang dalaman yang hanya dapat diselesaikan dengan salah satu daripada tiga cara: 1. Hati nurani menang dan orang itu kembali ke kehidupan yang betul. 2. Orang itu memberi alasan kepada dirinya sehingga tingkah lakunya mula kelihatan "suci" dan "tidak bersalah". 3. Hati nurani menang tetapi orang itu tetap melakukan apa yang dia mahu. Orang dalam kategori ketiga, termasuk suami anda, boleh menjadi antara lelaki dan wanita yang paling sengsara di muka bumi ini. Tingkah laku mereka bertentangan dengan kod etika peribadi mereka, dan semua usaha untuk menyelaraskan kedua-duanya adalah sia-sia. Dalam kata lain, individu-individu ini berada dalam situasi konflik dengan hati nurani mereka. Bukan hanya gangguan psikologi tetapi juga penyakit fizikal mungkin timbul dari ketidakharmonian seperti itu! Seseorang yang mengalami konflik dalamannya sering mengalami kemurungan, penurunan berat badan, malam tanpa tidur, menggigit kuku, dan lain-lain. Pengalaman pahit ini sangat tidak selesa bagi individu yang sensitif. Sekiranya kami betul dalam penilaian pemikiran suami anda, anda boleh menjangkakan dia akan memberikan komitmen dengan cepat kepada anda atau kepada wanita lain. Adalah terlalu menyakitkan untuk tetap berada dalam keadaan serba salah antara yang baik dan yang jahat. Kami menasihati anda supaya mendapatkan nasihat profesional mengenai apakah ini adalah saat yang tepat untuk meminta suami anda membuat pilihan. Dengan beberapa fakta yang telah saya berikan, saya cenderung ke arah itu. Soal-jawab #3: Soalan : Perkahwinan saya kepada isteri saya merupakan perkara yang sangat tidak memuaskan bagi saya. Saya akan menceraikannya sekiranya bukan kerana keprihatinan saya terhadap tiga anak kami. Apa yang dinyatakan oleh kaji selidik mengenai kesan perceraian terhadap anak-anak? Jawapan : Buat masa ini kami tahu bahawa perkembangan emosi kanak-kanak secara langsung bergantung kepada kehadiran interaksi yang mesra, bersifat memelihara yang kekal dan berterusan dengan kedua ibu bapa. Apa-apa yang mengganggu hubungan penting dengan ibu atau bapa boleh membawa kesan yang berkekalan kepada anak. Satu kajian penting menunjukkan bahawa 90 peratus kanak-kanak dari keluarga yang berpecah mengalami perasaan kejutan yang hebat ketika perpisahan itu berlaku, termasuk kesedihan yang mendalam dan ketakutan yang tidak rasional. 50 peratus melaporkan perasaan ditolak dan ditinggalkan, dan sememangnya separuh daripada bapa tidak pernah datang berjumpa dengan anak-anak mereka tiga tahun selepas perceraian. Sepertiga lelaki dan perempuan khuatir akan ditinggalkan oleh ibu atau bapa yang satu lagi, dan 66 peratus mengalami kerinduan terhadap ibu bapa yang tidak hadir dengan intensiti yang digambarkan oleh penyelidikan sebagai sesuatu yang amat luar biasa. Paling ketara, 37 peratus kanak-kanak lebih tidak gembira dan tidak puas hati lima tahun selepas perceraian daripada jangka masa lapan belas bulan selepas perceraian tersebut. Dengan kata lain, masa tidak menyembuhkan luka mereka. Itulah maksud sebenar perceraian. Ini yang saya fikirkan dengan kemarahan yang beralasan kukuh, ketika saya melihat hubungan sulit dan tipu muslihat perkahwinan yang digambarkan di media sebagai semacam permainan menarik untuk dua orang. Pokoknya, anda harus mempertimbangkan kebajikan anak-anak anda dalam memutuskan sama ada mahu bercerai atau tidak. Walaupun hubungan perkahwinanmu tidak bermakna, kemungkinan, apa yang saya akan pilih ialah untuk meneruskannya. Artikel ini ditulis oleh Focus on the Family Malaysia dan Soalan dan Jawapan diambil dari "Panduan Rujukan Perkahwinan & Rumah Keluarga Lengkap" oleh Dr James Dobson dengan izin.1017
- Bagaimana Membuat Posting Di Forum Komuniti Digital?In Tips Komuniti Digital·9 July 2021Forum Komuniti Digital adalah bahagian "online comunity" di mana member Komuniti Digital boleh membuat sumbangan posting, perbincangan dan dorongan. Kita yang diberkati, haruslah memberkati ...1020
bottom of page







