Support Us
Support Us
Cari
3266 results found with an empty search
- GEMBALAKU
Oleh Vongco. Lagu Gembalaku di inspirasikan melalui Mazmur 23 yang memberikan gambaran Tuhan sebagai gembala yang baik. Dialah Tuhan yang memperlengkapi dan merupakan sumber segala berkat dan anugerah yang kita perolehi pada hari ini dan juga kepada semua suku-suku dan bangsa seperti yang diungkapkan di dalam lagu ini. Semasa mengungkapkan perkataan Gembala di dalam lagu ini, ianya memberikan gambaran Yesus sebagai gembala dan kita sebagai domba-domba-Nya yang bersatu membawa nama-Nya Yesus Kristus yang mulia kepada seluruh bangsa.
- Generasi Pemenang
oleh PMM SIB Sabah
- Kasih Yang Begitu Besar
Irama AVB
- Hidup Tetap Di Dalam Tuhan
“Sesiapa yang mengakui Yesus itu Anak Allah, nescaya Allah tetap di dalam orang itu dan dia pun di dalam Allah.” 1 Yohanes 4:15 AVB Ketika seseorang percaya dan mengakui bahawa Yesus ialah Anak Allah, dia bukan hanya menerima-Nya sebagai Penyelamat, tetapi juga menyerahkan seluruh hidupnya dalam ketaatan kepada Tuhan Yesus. Pengakuan ini merupakan pengakuan iman yang membuktikan bahawa kita percaya sama sekali kepada siapa Yesus Kristus sebenarnya, iaitu Anak Allah yang datang ke dunia untuk melaksanakan kehendak Allah dan mendamaikan kita dengan diri-Nya. Dengan pengakuan iman ini, kita mengalami hidup yang bersatu dengan Tuhan, kerana kita telah membuka hati kita kepada-Nya. Hubungan ini bukan sekadar kepercayaan, tetapi pengakuan hidup yang mengarah pada ketaatan yang nyata. Yesus sebagai Anak Allah satu-satunya jalan untuk datang kepada Allah Bapa, dan kita turut diberi akses untuk hidup bersatu dengan-Nya dalam kasih, hadirat, dan bimbingan-Nya. Sebagai orang percaya, kita diseru untuk menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat kita secara peribadi. Ini bukan semata-mata keyakinan, tetapi juga komitmen untuk hidup sesuai dengan kehendak-Nya dan menjalani hidup yang mencerminkan pengakuan iman kita. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu demi memohon agar Engkau memperkuat imanku untuk terus mengasihi dan mengikut-Mu dengan sepenuh hati. Berilah aku kekuatan untuk hidup bersatu dengan-Mu, meskipun aku menghadapi tentangan hidup. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Setiap Orang Percaya Dianugerahi Roh-Nya
“Oleh sebab Allah telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita, tahulah kita bahawa kita tetap ada di dalam Allah dan Allah di dalam kita.” 1 Yohanes 4:13 AVB Ketika seseorang menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat peribadi, Allah mengurniakan Roh Kudus ke dalam hati mereka. Roh Kudus ini bukan hanya tanda bahawa kita telah diselamatkan, tetapi juga bukti bahawa kita tetap ada di dalam Tuhan, dan Tuhan ada di dalam kita. Roh Kudus menjadi pembimbing kita selain memberikan keyakinan bahawa kita tidak sendirian dalam perjalanan iman kita. Dia menolong kita untuk hidup bersatu dengan Tuhan Yesus dan membantu kita menjalani hidup yang diperkenan-Nya. Hadirat Roh Kudus memberikan kekuatan kepada kita untuk tetap setia dan menjalin hubungan yang erat dengan Tuhan, tidak kira apa jua situasi hidup kita. Sebagai orang percaya, kita dipanggil untuk memelihara hubungan yang akrab dengan Tuhan melalui doa, membaca firman, dan bersatu hati dalam pelayanan. Dengan Roh Kudus sebagai penolong kita, kita dapat tetap hidup di dalam Tuhan. Doa: Ya Bapa yang di syurga, terima kasih atas pemberian Roh Kudus-Mu yang menyertai dan membimbing hidupku. Ajarlah aku untuk terus tetap di dalam-Mu, menjalani hidup yang diperkenan-Mu, dan taat setia kepada-Mu dalam senang atau susah. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Yesus dan Roh Jahat
Oleh Pr Saniel Angkot
- Kasihilah Sesama Seperti Tuhan Mengasihi Kita
“Saudara-saudara yang kukasihi, Allah amat mengasihi kita, maka haruslah kita kasih-mengasihi.” 1 Yohanes 4:11 AVB Tuhan telah menunjukkan kasih-Nya yang sempurna melalui pengorbanan Yesus Kristus di kayu salib. Kasih ini menjadi asas bagi kita untuk mengasihi sesama, seperti yang diperintahkan oleh Yesus: - “Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dan dengan sepenuh fikiranmu.” (Matius 22:37) - “Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.” (Matius 22:39) Mengasihi sesama bukan sekadar pilihan atau keinginan peribadi; inilah perintah baharu Tuhan bagi kita sebagai pengikut Kristus. Kasih sejati harus diwujudkan tanpa syarat, dengan sepenuh hati, dan tanpa mengharapkan imbalan. Ketika kita mengasihi sesama seperti diri kita sendiri, kita mencerminkan kasih Tuhan yang mulia dan sempurna dalam hidup kita. Kasih kepada sesama menjadi bukti nyata bahawa kita mengenal Tuhan dan bahawa Tuhan ada di dalam kita. Tuhan Yesus telah mengasihi kita terlebih dahulu dengan kasih yang tiada tolak banding. Oleh itu, marilah kita hidup dalam kasih yang sama demi membawa cahaya kasih-Nya kepada dunia. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku bersyukur atas kasih-Mu yang sempurna. Penuhilah hatiku dengan kasih-Mu, agar aku dapat mengasihi sesama seperti Engkau telah mengasihiku. Jadikanlah aku saluran kasih-Mu untuk memberkati orang di sekelilingku. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Kasih-Mengasihi Seperti Tuhan Mengasihi Kita
“Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Allah tetapi Allah mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita.” 1 Yohanes 4:10 AVB Kasih datang daripada Tuhan kerana Dialah sumber kasih . Kasih Tuhan dinyatakan melalui pengorbanan-Nya. Dia mengutus Anak-Nya, Yesus Kristus, untuk menjadi korban pendamaian bagi dosa kita di kayu salib, agar kita dapat didamaikan dengan diri-Nya. Tuhan Yesus menunjukkan kasih yang sempurna dan tanpa syarat. Oleh itu, kita harus meneladani kasih ini dengan mengasihi orang lain sebagaimana Tuhan telah mengasihi kita. Kasih Tuhan bukan di mulut sahaja tetapi juga dibuktikan melalui tindakan yang nyata. Sebagai orang percaya, kasih kita kepada sesama haruslah menyerupai kasih Tuhan—kasih yang tidak mementingkan diri sendiri dan rela berkorban. Kasihilah sesama tanpa syarat, tanpa memilih-milih, dan buktikan kasih itu melalui tindakan nyata yang membawa berkat kepada orang lain. Kasih merupakan inti hidup orang Kristian, dan kita dipanggil untuk memperlihatkan kasih itu kepada dunia, sama seperti Tuhan memperlihatkan kasih-Nya kepada kita. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu demi memohon bimbingan-Mu. Ajarlah aku untuk mengasihi semua orang tanpa memilih-milih, seperti Engkau telah mengasihiku. Pakailah aku sebagai alat-Mu untuk berkongsi kasih dan berkat kepada orang lain. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Tuhan Itu Kasih, Justeru Kita Harus Kasih-Mengasihi
“Saudara-saudara yang kukasihi, marilah kita kasih-mengasihi kerana kasih itu datang daripada Allah. Sesiapa yang kasih-mengasihi lahir daripada Allah dan mereka mengenal Allah.” 1 Yohanes 4:7 AVB Tuhan ialah sumber kasih, dan Dia sendiri ialah kasih. Hal ini menunjukkan bahawa kasih sejati hanya ada di dalam Tuhan. Tanpa Tuhan, kasih sejati tidak dapat wujud. Oleh itu, jika seseorang berkata bahawa dia hidup di dalam Tuhan tetapi tidak mengasihi sesama, dia sebenarnya tidak memiliki kasih. Yohanes menyeru semua orang yang hidup tetap di dalam Kristus untuk saling mengasihi. Saling mengasihi merupakan bukti nyata bahawa seseorang hidup di dalam Kristus. Sebaliknya, mereka yang tidak mengasihi sesama atau tidak menunjukkan kebaikan hati kepada orang lain, bukanlah orang yang sungguh-sungguh mengenal Tuhan. Sebab hidup mereka tidak mencerminkan kasih Tuhan yang sejati. Mengasihi sesama dengan sepenuh hati menjadi tanda bahawa seseorang itu milik Tuhan. Kasih ialah sifat Tuhan sendiri, dan mereka yang telah dilahirkan semula di dalam Tuhan akan menunjukkan kasih kepada orang lain dalam hidup sehari-hari. Marilah kita saling mengasihi, kerana kasih itu datang daripada Tuhan. Sesiapa yang kasih-mengasihi mengenal Tuhan dan merupakan anak Tuhan. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon pengampunan jika aku tidak mengasihi-Mu dan orang lain dengan sepenuh hati. Ampunilah aku, ya Tuhan, dan ajarlah aku untuk mengasihi-Mu dan sesamaku dengan segenap hati. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Cara Kita Membezakan Roh Yang Benar Daripada Roh Yang Menyesatkan
“Tetapi kita milik Allah. Sesiapa yang mengenal Allah mendengar kata-kata kita dan sesiapa yang bukan milik Allah tidak mahu mendengar kata-kata kita. Demikianlah caranya kita dapat mengenal pasti Roh yang membawa kebenaran dan roh yang menyesatkan.” 1 Yohanes 4:6 AVB Ajaran yang berasal daripada pemikiran dunia merupakan ajaran guru-guru atau nabi-nabi palsu yang menyesatkan, kerana ia bertentangan dengan dasar kebenaran firman Tuhan. Orang yang mendengar ajaran ini masih hidup secara duniawi, kerana ajaran tersebut berasal dari dunia dan tidak berdasarkan firman Tuhan. Sebagai orang percaya, kita perlu berhati-hati agar ajaran-ajaran yang menyesatkan ini tidak mempengaruhi hidup kita. Ajaran yang bertentangan dengan firman Tuhan dapat menghancurkan iman dan menjarakkan kita daripada Tuhan. Untuk membezakan ajaran yang benar daripada ajaran yang menyesatkan, kita harus mengenal pasti dasar kebenaran firman Tuhan dan menyerahkan diri kita kepada kuasa Roh Kudus. Dengan pertolongan Roh Kudus, kita akan dapat mengenal pasti ajaran benar dan menolak ajaran palsu. Ingatlah bahawa ajaran benar adalah selaras dengan firman Tuhan dan membawa kita semakin dekat kepada-Nya. Sebaliknya, ajaran palsu hanya bersifat sedap didengar, tetapi berdasarkan pemikiran dunia, yang akhirnya menjauhkan kita daripada kebenaran. Berhati-hatilah dan binalah hidup kita setiap hari berasaskan firman Tuhan agar kita tetap teguh dalam kebenaran. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon bimbingan-Mu. Kuasailah hidupku dengan firman-Mu dan pakailah aku sebagai alat-Mu. Berikanlah hikmah kepadaku untuk membezakan ajaran yang benar daripada ajaran yang menyesatkan. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie












