top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6135)
KD Post (3266)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Soalan dan Jawaban: Tanda-tanda amaran bunuh diri di kalangan RemajaIn Keluarga·13 September 2023Soalan: Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada anak remaja saya sedang mengalami kecenderungan untuk membunuh diri atau fikiran yang membinasakan diri? Saya bertanya kerana bimbang bahawa anak says mungkin menuju ke arah ini. Adakah terdapat sebarang tanda-tanda amaran yang perlu diberi perhatian? Adakah kemurungan selalunya membawa risiko bunuh diri? Jawaban: Walaupun kemurungan tidak selalunya mengakibatkan bunuh diri, ia adalah salah satu sebab utama yang membawa kepada perasaan ingin membunuh diri dan oleh itu, ia harus dipandang berat. Sekiranya anda mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa anak anda sedang mengalami kemurungan klinikal, anda harus prihatin dan memerhati sama ada terdapat apa-apa tanda dan penunjuk yang biasanya berlaku. Anda harus melihat sama ada terdapat penilaian diri yang menyakitkan, imej diri yang negatif, perubahan emosi yang dramatik, tingkah laku bermuram dan menangis, mengasingkan diri dan bersendirian, perasaan letih dan lain-lain penyakit fizikal yang tidak boleh dijelaskan, prestasi sekolah yang buruk, dan kejadian tiba-tiba naik berang dan tingkah laku buruk yang terang-terangan. Jika terdapat gejala tersebut yang berterusan selama lebih daripada dua minggu, anda harus segera mendapat bantuan yang sewajarnya. Anda mungkin mahu menghubungi doktor untuk nasihat dan rujukan kepada seorang pakar. Walaupun mungkin tiada bahaya bunuh diri pada masa tersebut, anda masih perlu menangani kemurungan tersebut. Anda tidak menyatakan mengapa anda percaya bahawa anak remaja mungkin berasa ingin membunuh diri, tetapi tanpa maklumat spesifik tentang situasi anda, kami masih boleh membuat kenyataan ini: selalunya adalah lebih baik berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Terutamanya, sebarang percakapan tentang bunuh diri oleh anak anda – kenyataan-kenyataan seperti “Lebih baik saya mati,” atau “Mungkin hidupmu akan lebih senang jika saya tiada lagi” – harus dipandang berat dan diberi penuh perhatian. Faktor risiko yang boleh dikenalpasti untuk bunuh diri di kalangan orang muda termasuk yang berikut: gangguan perasaan, penyalahgunaan dadah atau alcohol, beberapa jenis penyakit personaliti, taraf sosio-ekonomi yang rendah, penderaan kanak-kanak, perpisahan atau perceraian ibu bapa, konflik dengan orang lain atau kehilangan sesuatu yang berharga. Anda harus sangat berhati-hati sekiranya terdapat faktor-faktor peramal berikut untuk bunuh diri: • Percubaan membunuh diri sebelum ini. • Sejarah keluarga membunuh diri. • Kehadiran sakit kronik, penyakit degeneratif, atau beberapa penyakit mental yang serius seperti gangguan bipolar. • Luahan rasa bersalah atau putus asa. • Mengugut, bercakap atau bergurau tentang bunuh diri. • Seorang remaja yang telah bergelut dengan kemurungan, tekanan, kebimbangan atau kekecewaan yang mendalam tiba-tiba kelihatan lebih gembira dan tenang. Ini mungkin petanda bahawa dia telah membuat keputusan untuk menamatkan hidupnya. • “Pembersihan rumah” – iaitu, dorongan tiba-tiba untuk memberikan harta benda peribadi kepada orang lain. • Bunuh diri di kalangan remaja lain dalam komuniti anda. • Kehilangan atau penghinaan yang mendadak dan besar. Ibu bapa harus berwaspada untuk memastikan anak mereka tidak menjadi mangsa buli fizikal atau sosial. Putus cinta dengan teman lelaki atau teman wanita yang dramatik adalah satu lagi situasi yang harus dipandang berat. Elakkanlah kecenderungan memandang remeh perasaan remaja. Tidaklah penting jika masalah itu kelihatan remeh atau mudah diselesaikan. Apa yang penting ialah bagaimana dia melihatnya. Anda boleh menilai tahap risiko dan kemungkinan bahaya dengan mengingati akrostik berikut: S-L-A-P: • S = Rancangan spesifik. Adakah anak remaja anda sedang mempertimbangkan tindakan tertentu untuk mengambil nyawanya sendiri (sama ada dimaklumkan kepada anda secara langsung atau dengan cara lain)? Jika jawabannya ya, teruskan ke soalan seterusnya. • L = Pelan yang boleh membawa maut (lethal). Adakah rancangan khusus ini benar-benar boleh membawa maut? Jika ya, dia kini menghadapi risiko lima puluh peratus. Teruskan ke “A.” • A = Adanya pelan. Bolehkah rancangan itu dilaksanakan? Adakah dia mempunyai akses kepada cara dan/atau bahan yang diperlukan untuk melaksanakan niatnya? Sebagai contoh, adakah mudah baginya untuk mendapat sejumlah besar ubat preskripsi? Jika ya, dia berada dalam bahaya yang besar, dan anda harus mengambil tindakan segera. Pastikan anda membaca soalan akhir yang berikutnya. • P = Kedekatan (proximity) bantuan. Adakah terdapat orang yang cukup rapat untuk menghalangnya daripada melaksanakan rancangan spesifik, yang membawa maut dan tersedia ini? Dia mungkin tidak akan mencuba apa-apa semasa rakan, keluarga atau orang lain yang dia hormati berada di sekelilingnya. Kebanyakan kes bunuh diri berlaku apabila individu yang tertekan itu bersendirian atau bersama orang lain yang berasa hendak membunuh diri. Jika tiada bantuan berdekatan, bawa anak anda ke tempat di mana dia boleh dijaga dengan selamat. Jika anda tidak boleh menempatkannya di bawah pengawasan keluarga, hubungi 999 atau bawa dia terus ke Bilik Kecemasan tempatan. Jika anda tidak pasti tentang jawaban kepada soalan ini, langkah seterusnya yang bijak ialah duduk dan berbicara hati ke hati dengan anak remaja anda. Jangan takut untuk mendesaknya. Desakkannya dengan beberapa soalan. Anda mungkin bermula dengan soalan seperti, “Dari manakah perasaan negatif ini datang?” atau “Apakah yang menyebabkan anda bercakap begitu banyak tentang menamatkan hidup anda?” Soalan “Apa yang perlu diubah untuk anda berasa lebih baik?" mungkin dapat membantu dan mendedahkan maklumat yang penting. Anda juga mungkin harus mendapatkan diagnosis psikiatri untuk menentukan perkara sebenarnya di sebalik kemurungan dan percakapan tentang bunuh diri. Anak anda mungkin bergelut dengan perasaan cemas, penyakit bipolar, atau penyalahgunaan dadah atau akohol. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin.1042
- Mengaku Yesus Kristus Tuhan dan dengan Iman percayaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·10 June 2022Sebab, jika dengan mulut Saudara mengaku, bahwa Yesus Kristus itu Tuhan Saudara, dan dalam hati Saudara percaya, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka Saudara akan diselamatkan. Sebab dengan percaya dalam hati, orang dibenarkan di hadapan Allah, dan dengan mulutnya ia mengakui imannya ia akan diselamatkan. Roma 10:9-10 FAYH https://bible.com/bible/2727/rom.10.9-10.FAYH1020
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#17)In Manifesto Kerajaan Allah·26 November 2021MENDAMAIKAN MANUSIA: Dalam Konteks Perkahwinan (Bahagian 2) Dengan meletakkan standard kesucian yang begitu tinggi sekali sehingga ia melibatkan apa yang berlaku di dalam hati kita, Tuhan Yesus memberi kita kaedah untuk mendamaikan diri dengan pergelutan seksual. Kita mengikat perjanjian dengan bahagian-bahagian badan atau pintu-pintu deria kita seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, hidu dan rasa untuk tidak membenarkan rangsangan yang negatif masuk ke dalam hati kita. Contohnya, Ayub mengatakan: 1"Aku telah mengikat perjanjian dengan mataku, bagaimana mungkin kupandang anak dara dengan berahi? 7Jika langkahku menyimpang dari jalan dan hatiku menuruti pandangan mataku, atau jika noda melekat pada tanganku, 9Jika hatiku terpikat kepada perempuan, dan aku menunggu di pintu jiranku, (Ayub 31:1,7,9,AVB) Damai sejahtera dengan isteri kita akan tercapai sekiranya kita mengambil langkah-langkah untuk tidak mengkhianati isteri yang kita kahwin pada masa muda kita: 13Inilah lagi satu hal yang kamu lakukan: Kamu meliputi mazbah Tuhan dengan air mata, tangisan, dan rintihan, kerana Dia tidak lagi mengendahkan persembahanmu dan tidak berkenan menerimanya daripada tanganmu. 14Kamu bertanya, "Mengapakah demikian?" Kerana Tuhan telah menjadi saksi antara engkau dengan isteri yang kaukahwin pada masa mudamu. Engkau telah mengkhianatinya, padahal dialah teman hidupmu dan isterimu berasaskan ikrar. 15Bukankah Allah menjadikan mereka satu? Jiwa dan roh mereka milik-Nya. Apakah yang dicari-Nya? Dia mencari keturunan yang salih. Oleh sebab itu jagalah dirimu, dan janganlah ada antara kamu yang mengkhianati isteri dari masa mudamu. 16"Aku membenci perceraian," demikianlah firman Tuhan, Allah Israel, "juga orang yang menjadikan tindakan ganas sebagai pakaiannya," demikianlah firman Tuhan alam semesta. "Oleh sebab itu jagalah hatimu dan jangan berkhianat." (Maleakhi 2:13-16, AVB) Mengelak jauh lebih baik daripada mengubati. Jadi, kita sebenarnya bertindak sebagai pendamai di dalam perkahwinan kita apabila kita meletakkan kesucian yang tinggi di dalam hati dan perbuatan kita, terutamanya dalam hal seksual. Kita melindungi kemurnian perkahwinan dan ikrar yang telah dilafazkan apabila kita berkahwin dengan isteri atau suami kita. Allah benci perceraian kerana apa yang telah dipersatukan oleh-Nya jangan manusia pisahkan. Tuhan Yesus telah mengajar tentang hal ini di dalam interaksinya dengan beberapa orang Farisi: 3Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Yesus. Mereka bertanya, "Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?" 4Yesus menjawab, "Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suci yang menyatakan betapa pada mulanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan? 5Setelah itu, Allah berfirman, 'Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.' 6Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan." 7Kata orang Farisi itu, "Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?" 8Yesus menjawab mereka, "Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana hati kamu begitu tegar. Tetapi pada mulanya bukanlah begitu. 9Sesungguhnya, jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecuali kerana zina, lalu berkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina." 10Para murid Yesus berkata, "Kalau begitulah hidup suami isteri, lebih baiklah tidak berkahwin langsung." 11Yesus menjawab, "Tidak semua orang dapat menerima ajaran ini, hanya mereka yang dikurniai keupayaan untuk menerimanya. 12Ada beberapa sebabnya seseorang itu tidak berkahwin. Ada yang dilahirkan begitu, ada yang dibuat orang begitu, dan ada pula yang membuat dirinya begitu untuk mengabdikan diri kepada kerajaan syurga. Biarlah ajaran ini diterima oleh yang mampu menerimanya." (Matius 19:3-12, AVB) Jelas sekali, Tuhan Yesus menentang perceraian atas dasar bahawa suami-isteri telah menjadi satu secara rohani dan jasmani oleh Allah. Maka, perceraian adalah tindakan yang meniadakan kerja Allah di dalam kehidupan pasangan suami dan isteri. Orang Farisi telah membalas dengan merujuk kepada surat cerai yang dibenarkan oleh Musa sekiranya seorang suami ingin menceraikan isterinya. Hal ini dinyatakan di dalam petikan berikut: 1Seandainya seorang lelaki meminang seorang perempuan dan memperisterinya, tetapi kemudian dia tidak menyukai perempuan itu lagi setelah mendapati ada sesuatu aib padanya, maka dia boleh menulis serta menyerahkan surat cerai kepada perempuan itu dan menyuruh dia pergi dari rumahnya. 2Setelah perempuan itu keluar dari rumahnya dan pergi dari sana, dia boleh menjadi isteri orang lain. 3Tetapi jika suaminya yang kedua itu juga tidak menyukainya lalu menulis dan menyerahkan surat talak kepada perempuan itu serta menyuruh dia pergi dari rumahnya; atau sekiranya suaminya yang terakhir itu meninggal, 4maka suaminya yang pertama, yang dahulu telah menyuruhnya pergi, tidak boleh mengambilnya kembali menjadi isteri setelah perempuan itu ternajis, kerana hal itu keji di hadapan Tuhan. Janganlah kamu datangkan dosa atas negeri yang dikurniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu sebagai harta pusaka. (Ulangan 24:1-4, AVB) Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan petikan ini untuk menjustifikasikan perceraian, kerana itu bukan tujuan petikan ini. Tujuan peraturan ini adalah untuk melindungi hak para wanita. Peraturan ini melindungi reputasinya daripada dicemari oleh fitnah yang macam-macam, dan surat cerai itu memberi dia bukti serta pengesahan secara undang-undang bahawa dia bebas daripada suaminya dan boleh kahwin semula tanpa didakwa berzinah. Tetapi apa yang menjadi pertikaian ialah apakah dasarnya untuk seseorang suami menulis dan menyerahkan surat cerai kepada isterinya? Apa yang dikatakan di dalam petikan itu ialah suami mendapati ada sesuatu aib pada isterinya yang menyebabkannya tidak menyukainya. Apakah perbuatan aib yang dimaksudkan ini? Hal itu tidak dinyatakan tetapi kita boleh menganggapnya sebagai sesuatu perbuatan curang yang tidak melibatkan perzinahan secara fizikal. Ini ialah kerana perzinahan akan mengakibatkan kedua-dua orang yang berzinah dihukum mati: 10Seseorang lelaki yang berzina dengan isteri orang lain, iaitu isteri sesama jirannya, pastilah dia dihukum mati, dan begitu jugalah perempuan yang berzina itu dihukum mati. (Imamat 20:10, AVB) Jelas sekali bahawa terdapat konflik yang serius di dalam perkahwinan sebegini. Dalam situasi begini, pandangan Tuhan Yesus jelas - jangan pisahkan apa yang Allah telah satukan. Dalam kata lain, selesaikan masalah itu dan berdamai. Pandangan Tuhan Yesus yang tinggi tentang kesucian perkahwinan jelas dengan pendirian ini. Dia menyeru kedua-kedua pihak untuk berusaha berdamai satu dengan yang lain dan jangan bercerai. Apabila dia dipersoalkan tentang surat cerai yang dinyatakan oleh Musa dalam Ulangan 24, Tuhan Yesus mengatakan dengan jelas bahawa itu BUKAN kehendak Allah yang asal, tetapi adalah kompromi Musa untuk mereka yang tidak mahu berdamai. Hati mereka begitu tegar sehingga mereka tidak mahu mendengar nasihat, tidak mahu berubah dan saling mangampuni dan tidak mahu berusaha untuk berdamai. Maka, dalam kes yang ekstrem ini, Musa membenarkan surat cerai dikeluarkan untuk mengesahkan perpisahan itu. Tetapi, peraturan ini bukan justifikasi untuk bercerai atas sembarangan sebab. Apa yang dikatakan oleh Musa adalah dalam bentuk amaran, bukan syor. Amaran yang diberikan oleh Musa ialah jangan gunakan surat cerai secara sembarangan. Jangan ceraikan isteri, kemudian setelah isterinya telah kahwin semula, dan suami barunya meninggal pula, isteri itu diambil semula sebagai isteri. Perbuatan yang memandang perkahwinan dengan begitu rendah dan ringan sehingga diguna pakai sesuka hati adalah perbuatan yang menajiskan dan keji di mata Tuhan. Rancangan Allah yang terbaik dan asal ialah perkahwinan adalah untuk seumur hidup. Surat cerai adalah kompromi Musa untuk orang yang tegar dan keras hati sehingga tidak mahu berdamai, dan diberikan untuk melindungi para isteri daripada dipinggir seumur hidupnya daripada komuniti. Maka kita ketahui bahawa perceraian bukanlah kehendak sebenar Allah. Di dalam Perjanjian Baru, hanya diberikan dua kes sahaja yang mana perceraian dibenarkan, dan itu pun setelah semua percubaan untuk berdamai telah diusahakan tetapi akhirnya gagal juga (kes hati yang tegar dan keras). Dua kes itu ialah: Apabila terdapat perzinahan. 9Sesungguhnya, jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecuali kerana zina, lalu berkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina." (Matius 19:9, AVB) Apabila pasangan yang tidak beriman berkeras ingin menceraikan dan meninggalkannya. 12Kepada yang lain aku memberikan nasihat ini, iaitu nasihatku sendiri, bukan perintah Tuhan: Jika seorang lelaki beriman mempunyai isteri yang tidak beriman dan isteri itu bersetuju terus hidup bersamanya, maka lelaki itu tidak boleh menceraikan isterinya. 13Jika seorang wanita beriman mempunyai suami yang tidak beriman dan suami itu bersetuju untuk terus hidup bersamanya, maka wanita itu tidak boleh menceraikan suaminya. 14Seorang suami yang tidak beriman menjadi suci kerana isterinya. Demikian juga, seorang isteri yang tidak beriman menjadi suci kerana suami. Jika tidak, anak-anakmu akan menjadi anak-anak yang tercela. Tetapi dengan demikian mereka ialah anak-anak yang suci. 15Namun demikian, jika seseorang yang tidak beriman hendak meninggalkan isteri atau suaminya yang beriman, biarkanlah dia berbuat demikian. Jika ini terjadi, saudara atau saudari itu tidak terikat lagi. Allah mahu kamu semua hidup aman damai. 16Wahai isteri yang beriman, bagaimana kamu boleh pasti bahawa kamu tidak akan dapat menyelamatkan suamimu? Demikian juga, wahai suami yang beriman, bagaimana kamu boleh pasti bahawa kamu tidak akan dapat menyelamatkan isterimu? (1 Korintus 7:12-16, AVB) Namun begitu, kita perlu sedar bahawa apabila Tuhan Yesus meneruskan pengajaran-Nya di Matius Bab 5, dia bukan menumpu perhatian kepada hal perceraian, tetapi hal perzinahan, seperti yang dia telah mulakan di petikan sebelum ini. 31"Ada ajaran demikian: 'Sesiapa menceraikan isterinya hendaklah memberinya surat cerai.' 32Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang menceraikan isterinya kecuali kerana zina, menyebabkan wanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu, dia berzina." (Matius 5:31-32, AVB) Tuhan Yesus sebenarnya mengkritik amalan memberi surat cerai untuk sembarangan alasan. Seperti yang kita telah pertimbangkan, amalan ini sebenarnya tidak selaras dengan kehendak Allah yang asal. Sebaliknya, Tuhan Yesus mengatakan bahawa seorang yang menceraikan isterinya akan menyebabkan rantaian perzinahan berlaku jika wanita yang diceraikan itu berkahwin semula. Wanita itu akan berzina dan sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan juga berzina. Hal ini terjadi kerana surat cerai seperti yang diamalkan oleh orang Farisi untuk sebarang sebab adalah sebenarnya tidak sah di mata Tuhan, kecuali dalam kes berlakunya perzinahan. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Tuhan Yesus mendorong kita untuk berfungsi mengikut sikap indah seorang yang mendamaikan manusia. Cari jalan perdamaian, bukan perceraian. Saya sedar bahawa pada hari ini, terdapat orang Kristian yang telah melalui proses perceraian dan kahwin semula. Mereka tidak boleh patah balik kepada keadaan perkahwinan mereka yang asal, walaupun mereka kini sedar kehendak Allah yang sebenar. Apatah lagi, kalau mereka telah kahwin semula selepas perceraian. Apa yang saya telah menulis, sesuai dengan maksud firman Tuhan dan interpretasi yang telah diterangkan, bukan ditujukan kepada mereka. Saya harap kesedaran bahawa Allah begitu menghargai dan mementingkan kesucian perkahwinan yang baru ini akan mendorong mereka yang sudah berkahwin dan akan berkahwin untuk betul-betul menghargai perkahwinan dan pasangan mereka. Kepada anda yang telah berkahwin dan akan berkahwin, saya menyeru sesuai dengan firman Allah supaya memiliki pandangan yang tinggi untuk perkahwinan. Prinsip yang dipegang oleh anda sepatutnya sama dengan apa yang diajar oleh Tuhan Yesus, “Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan.” (Matius 19:6) Itulah janji yang anda telah atau akan buat semasa perkahwinan anda. Selepas Tuhan Yesus menyentuh tentang hal perzinahan (sekiranya bercerai untuk sembarangan kecuali dalam kes perbuatan zinah), dia terus menggesa kita untuk menunaikan janji yang telah dibuat, tanpa keperluan untuk bersumpah demi apa sahaja. 33"Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita: 'Jangan bersumpah palsu. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.' 34Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah. 35Jangan bersumpah demi bumi, kerana bumi ini alas kaki-Nya. Atau demi Yerusalem, kerana itu kota Raja Agung, iaitu Allah. 36Demi kepalamu pun jangan, kerana kamu tidak berkuasa memutihkan atau menghitamkan rambutmu walau sehelai. 37Katakan sahaja 'Ya' atau 'Tidak' dan kotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripada si durjana." (Matius 5:33-37, AVB) Orang yang hatinya suci akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk menunaikan apa yang dia telah berjanji (Kita telah pertimbangkan sikap hati ini dalam bahagian sebelum ini). Maka, dalam konteks perkahwinan dia akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk berdamai dengan pasangannya jika berlaku sebarang konflik. Perceraian tidak akan dipertimbangkan dan kedua-dua pihak mesti bersedia untuk bersikap pendamai untuk menyelesaikan apa jua masalah dalam perkahwinan mereka. Mereka perlu bertaubat daripada dosa mereka dan bersedia untuk membenarkan Roh Kudus mentahirkannya. Mereka mesti bersedia berubah demi kebaikan perkahwinan mereka. Malahan, Tuhan Yesus mengesyorkan supaya seseorang yang ingin membaik pulih perkahwinannya jangan degil dan tegar hatinya untuk membalas dendam dan menuntut keadilan 38"Kamu telah mendengar ajaran begini: 'Mata diganti mata, gigi diganti gigi.' 39Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu. Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya. 40Jika seseorang hendak mendakwamu untuk mendapatkan bajumu, berikanlah jubahmu juga. 41Jika sesiapa memaksamu berjalan sebatu dengannya, pergilah dua batu bersamanya. 42Jika seseorang meminta sesuatu daripadamu, berikanlah. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripadamu, usahlah berpaling daripadanya." (Matius 5:38-42, AVB) Berbuat baik dengan mengasihi pasangan anda, walaupun pada ketika itu dia seolah-olah seperti musuh anda 43"Kamu telah mendengar ajaran yang berikut: 'Kasihilah sesama manusia dan bencilah musuhmu.' 44Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu. 45Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari untuk orang yang jahat dan orang yang baik. Dia menurunkan hujan untuk orang yang benar dan orang yang tidak benar. 46Jika kamu mengasihi orang yang mengasihimu, apakah ganjaranmu? Bukankah pemungut cukai pun berbuat demikian? 47Jika kamu hanya beramah mesra dengan saudara-saudara selingkungan, apakah kelebihanmu daripada orang lain? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian. (Matius 5:43-47, AVB) Berdoalah dengan ikhlas supaya Tuhan akan memberkati “musuh” anda dan jika dilakukan ini, sedikit demi sedikit hati anda akan menjadi lembut terhadap dia. Begitulah ajaran Tuhan Yesus di dalam Matius 5 yang boleh diaplikasikan di dalam konteks perkahwinan. Dorongan kepada kita ialah untuk memupuk sikap mendamaikan manusia dan akhirnya kita akan dikenali sebagai anak Allah yang mirip dengan sifat Allah yang mendamaikan manusia juga. Hal ini sangat sesuai diaplikasikan di dalam perkahwinan yang dipandang sesuatu perhubungan yang cukup penting untuk dijaga dan dipelihara dengan teliti. Jangan biarkan apa jua pun untuk menghancurkan kesatuan di dalam perkahwinan anda!1038
- Maleakhi 4:2 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 December 2021Tetapi bagi kamu yang takut kepada nama-Ku, matahari yang penuh perbenaran akan terbit dengan membawa kesembuhan pada sayapnya. Sebagaimana anak lembu dari kandangnya, kamu akan keluar sambil melompat-lompat. 108
- Tabahlah dan setia walau hadapi cobaan, tetap beriman pada TUHANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 September 2021Berbahagialah orang yang tidak berbuat salah pada saat ia menghadapi cobaan, karena sebagai hadiahnya ia akan memperoleh mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada mereka yang mengasihi Dia. Yakobus 1:12 FAYH https://bible.com/bible/2727/jas.1.12.FAYH109
- ‘Kasih yang Tegas’ dalam Hubungan antara Orang Dewasa: Apa sifatnya, apa yang bukan kasih tegas dan bagaimana melaksanakannyaIn Keluarga·5 July 2023Soalan: Ketagihan pornografi suami saya sedang memusnahkannya serta perkahwinan dan keluarga kami. Para sahabat yang mengambil berat tentang kami menasihati saya menggunakan ‘kasih tegas’ dengannya. Namun demikian, saya telah membaca makalah yang menyatakan bahawa ini adalah pendekatan yang salah – dan belas kasihan dan kesabaran adalah cara yang lebih baik. Apa yang harus saya buat? Jawaban: Konsep tough love atau ‘kasih tegas’ sudah lama wujud – dan ia juga sekian lama disalahertikan dan disalahgunakan. Masalah dengan kasih tegas selalunya berkait dengan sebab seseorang menggunakannya dan bagaimana ia dilaksanakan. Inilah hakikatnya: Kasih tegas bukanlah formula atau penyelesaian mudah untuk perasaan sakit hati yang dialami-mu. Namun demikian, ia adalah tindakan yang betul dalam setengah situasi – dan satu-satunya pilihan yang sihat – walaupun perubahan yang dibawanya bukanlah apa yang anda harapkan. Kami berbesar hati menghuraikan dengan terperinci apa itu kasih tegas, apa bukan kasih tegas dan bagaimana mempraktikkannya. Apa bukan kasih tegas Bila orang yang dikasihi sedang mencederakan dirinya dan orang-orang lain, kami mempunyai tiga pilihan: · Berputus asa, mengalah dan memainkan peranan mangsa atau orang yang mengorbankan dirinya. · Merayu, meleter, mendesak atau menjadi orang yang terlalu bergantung kepada orang lain. · Memberikan kata dua dengan menetapkan batasan tingkah laku berasaskan kaedah kasih tegas. Petua: Hanya pilihan ketiga ialah keputusan yang sihat. Namun demikian, untuk memahami bagaimana kasih tegas berfungsi yakni keberkesanannya – kita mesti tahu apa yang bukan kasih tegas. Kasih tegas BUKAN perkara-perkara yang anda utamakan Keutamaan berbeza daripada tanda-tanda amaran. Manusia memang menghadapi kekecewaan dari masa ke semasa dan ada perkara yang mudah mengjengkelkan kita. Namun demikian, situasi seperti tidak suka bagaimana pasanganmu memuatkan mesin pembasuh pinggan, tidak bersetuju dengan cara anak perempuan mengemaskan rumahnya, atau berurusan dengan rakan sekerja yang malas, marah kerana kawan melupakan hari jadi anda, berbeza pendapat bagaimana membelanjakan bonus akhir tahun bukan situasi yang sesuai dengan kaedah kasih tegas. (Situasi sebegini adalah peluang untuk mencari cara penyelesaian konflik yang sihat atau mempelajari bagaimana bertolak ansur.) Kasih tegas BUKAN cara penyelesaian untuk segala masalah Tingkah laku yang sangat memudaratkan adalah kompleks – dari segi puncanya, impak dan pemulihan. Isu-isu seperti penderaan (fizikal, lisan, emosi dan seksual), ketagihan, kecurangan, sikap tidak bertanggungjawab dari segi kewangan dan lain-lain lagi tidak dapat diselesaikan dengan cepat. Kasih tegas adalah salah satu pendekatan yang sesuai dalam kes-kes sebegini dan boleh menjadi bahagian yang penting dalam usaha pemulihan. Namun demikian, setiap situasi adalah berlainan kerana setiap individu adalah berlainan. Ambillah sikap terbuka kerana kesudahannya mungkin bukan apa yang anda jangkakan. Kasih tegas TIDAK dilaksanakan atas sebab hukuman atau membalas dendam Jangan tersilap: Perasaan marah kerana ketidakadilan atau kezaliman adalah perasaan yang sihat. Masalah timbul apabila kita lupa bahawa kita semua melakukan kesilapan. Bila ini berlaku, kita mengalih dari sikap rendah diri kepada sikap bahawa kita lebih baik dari orang lain dan akibatnya, kasih tegas dilaksanakan kerana perasaan marah yang tidak sihat. Kita mungkin akan cuba menjatuhkan hukuman kerana kerosakan yang dilakukan oleh orang lain tanpa mempertimbangkan kebahagiaan mereka atau kesejahteraan jiwa kita. Kasih tegas tidak seharusnya diamalkan dengan sikap aku akan membalas dendam terhadap engkau kerana melukai aku. Kasih tegas BUKAN memanipulasi atau mengawal orang lain Tidak mengapa jika kita mengharapkan penyembuhan atau menginginkan kesejahteraan untuk semua orang yang terlibat. Tetapi manipulasi merupakan cubaan menghapuskan kebebasan memilih dan menggantikannya dengan kemahuan anda. Kasih tegas tidak dapat mengubah seseorang secara paksa, walaupun hidup mereka terancam. Kami memang tidak dapat mengawal hati atau tingkah laku orang lain. Kasih tegas TIDAK menafikan kepentingan garis sempadan tingkah laku Tanggapan salah yang sering berlaku ialah kasih tegas bersifat tindakan yang terlalu keras, bersikap dingin dan mengasingkan diri dari orang lain. Sesetengah orang tersangkut dengan ‘ketegasan’ dan gagal menyedari bahawa ‘kasih’ juga termasuk dalam proses tersebut. Mereka menyangka bahawa anda hanya perlu menetapkan garis sempadan tingkah laku walaupun dalam situasi yang berbahaya. Malangnya, pendekatan ini tidak berkesan dalam kes terbaik dan dalam kes terburuk, ia mendatangkan lebih banyak kemudaratan. Ya, garis sempadan tingkah laku adalah sebahagian besar kasih tegas. Namun demikian, tingkah laku yang merosakkan perlu ditangani dengan tegas – dan ini boleh dilakukan tanpa kekerasan. Kasih tegas BUKAN mudah Suatu lagi andaian yang salah ialah bahawa orang menggunakan kasih tegas kerana ia adalah jalan keluar yang mudah. Namun demikian, kasih tegas mungkin lebih sukar untuk orang yang melaksanakannya daripada orang yang menerimanya. Misalnya, orang yang memerlukan kasih tegas mempunyai garis sempadannya sendiri (walaupun ia tidak sihat) dan mereka biasa dengan keadaan di mana tiada orang yang mengganggunya. Sekiranya situasi semasa berubah, mereka mungkin bertindak balas dengan keras kerana cuba mengekalkan ilusi bahawa situasi adalah di bawah kawalan. Pergelutan ini akan dirasai oleh setiap orang. Kasih tegas bukanlah suatu cara penyelesaian mudah yang akan serta merta membetulkan hidup seseorang dan membaiki kelakuannya. Sebaliknya, ia adalah rancangan yang difikirkan dengan teliti untuk jangka masa panjang dan besar kemungkinannya adalah pedih untuk kedua-dua pihak sesuatu hubungan. Kasih selalunya menyatakan kebenaran, walaupun ia sukar. Dan walaupun ia adalah tindakan yang betul, ia tidaklah mudah. Apanya kasih tegas Salah satu fakta tentang kasih tegas ialah ia adalah terutamanya berkaitan dengan anda – bukan tentang orang yang melakukan kesalahan. Nanti. Apa?! Bukankah matlamat kasih tegas ialah membantu orang lain menyedari kemudaratan yang mereka lakukan dan mengubah tingkah laku mereka? Ya, tetapi satu-satunya cara untuk menggunakan kasih tegas dengan bijak – satu-satunya cara kasih tegas akan membawakan kesudahan sihat yang diharapkan – ialah menyedari siapakah diri anda. Untuk menjadi orang yang mempunyai keyakinan diri, teguh dan yang menyedari apa garis sempadan tingkah laku, keperluan dan tanggungjawab anda. Kasih tegas adalah cara menangani tingkah laku yang benar-benar memudaratkan Kecurangan. Pornografi. Penyalahgunaan dadah dan alkohol serta ketagihan. Penderaan emosi, lisan, fizikal, rohani dan seksual. Kemarahan yang bertindak ganas. Ketidajujuran. Sikap yang langsung tidak bertanggungjawab dalam hal kewangan. Keengganan mengakui kesilapan atau dosa. Itu adalah setengah tanda amaran yang tidak seharusnya diabaikan atau diterima semasa berpacaran, berkahwin atau memainkan peranan ibu bapa atau dalam apa-apa hubungan lain. Mereka mesti ditangani dan biasanya kasih tegas adalah jalan yang terbaik. Kami bukannya menyatakan bahawa anda seharusnya berlagak seperti anda tiada cacat cela dan itu bukan dosa yang anda tangani. Apa yang kami maksudkan ialah anda harus telus dan berterus terang tentang kerosakan yang didatangkan kepada hubungan anda. Kasih tegas adalah berkait dengan menambah keyakinan diri Menjadi lebih yakin diri bermakna bahawa anda tidak perlu bergantung kepada perkenan orang lain. Walaupun dalam keadaan sukar, anda masih boleh bergerak balas dengan yakin kerana jati diri. Dalam erti kata lain, anda mempunyai kekuatan ego – kesedaran diri yang kukuh bahawa harga diri anda tidak bergantung kepada orang lain. Kasih tegas adalah berkait dengan pembelajaran penerimaan diri Penerimaan diri berkait rapat dengan keyakinan diri. Misalnya, setengah orang menganggap pasangan seperti mentari hidup mereka. Namun demikian, orang lain tidak dapat menjana cahaya. Mereka boleh mencerminkan sesuatu kebenaran mengenai seseorang tetapi mereka tidak dapat mencipta kebenaran tersebut. Itulah sebabnya penerimaan diri adalah sangat penting: Suatu perkahwinan yang sihat sepatutnya berkait rapat dengan keutuhan pasangan – bukannya situasi kebergantungan di mana satu atau kedua-dua pihak bertindak dengan sikap, Saya bukanlah diri saya tanpamu. Kasih tegas adalah berkait dengan sifat berlandaskan realiti Anda harus mempunyai pertimbangan realistik tentang dirimu dan situasi yang dihadapi. Bukan sikap terlalu menekankan sifat kerohanian atau keengganan menghadapi realiti dengan anggapan bahawa situasi akan membetulkan diri. Sebaliknya, anda bertapak atas realiti (anda memberi fokus kepada) keadaan sebenar. Kamu tidak memandang remeh kerosakan yang sedang berlaku. Kasih tegas adalah berkait dengan pemahaman sebenar tentang garis sempadan Kita diajar mengambil berat dan membantu orang lain. Dan kita dikehendaki membantu mereka yang menanggung beban yang amat berat (balu, anak yatim, orang miskin dan kurang upaya). Tetapi ini tidak bermakna bahawa kita seharusnya diperhambakan kepada keperluan yang dirasakan penting oleh seseorang. (Ini adalah kehendak dan keinginan yang dirasakan penting – dan bukannya kekurangan keperluan asas yang sebenarnya.) Manusia harus menangani tanggungjawab kehidupan harian diri mereka. Kasih tegas adalah berkait dengan pengetahuan batasan dan tanggungjawab anda Batasan peribadi adalah tempat di mana anda berakhir dan bermulanya orang lain. Batasan menentukan siapa diri anda, melindungi apa yang berharga untuk anda, menunjukkan tanggungjawab anda dan menjaga keselamatan anda. Anda mempunyai hak dan tanggungjawab menjaga kesejahteraan diri anda. Anda seharusnya bersikap jujur tentang diri anda dan apa anda boleh tangani dan sebaliknya, apa tanggungjawab anda dan sebaliknya, dan anda mungkin perlu membetulkan halatuju interaksi hubungan anda dengan orang lain. Kasih tegas adalah berkait dengan belas kasihan tetapi bukan sebagaimana yang difikirkan oleh setengah orang Para pengkritik kasih tegas selalu menganggap bahawa belas kasihan bermakna bahawa kita mesti bertolak ansur dengan orang yang melakukan kesalahan. Malah mereka yang terperangkap dalam hubungan yang memudaratkan mungkin percaya bahawa mereka menunjukkan belas kasihan dengan memberi satu lagi peluang kepada pesalah laku (dan banyak lagi peluang selepas setiap kesalahan). Mereka salah anggap bahawa sikap tegas akan memburukkan lagi keadaan orang yang bermasalah. Tetapi ini bukannya maksud kasih yang sebenar. Kasih yang ikhlas bukan bermakna tidak mengendahkan kelakuan seseorang. Sebaliknya, kasih yang ikhlas berbelas kasihan terhadap kelemahan seseorang (dan kita semuanya ada kelemahan) tetapi memahami bahawa membolehkan kelakuan buruk tidak akan membantu seseorang. Kasih yang ikhlas membuat tuntutan supaya seseorang berkelakuan baik, hidup dengan bijaksana dengan sikap berterima kasih dan berkhidmat kepada orang lain. Kasih dan perkenan bukanlah perkara yang sama. Anggaplah ketegasan sebagai kebenaran. Kasih tegas yang dilaksanakan dengan berkesan adalah kasih sejati. Kasih tegas mengiktiraf pilihan bebas Kita mesti membenarkan orang lain membuat pilihan dengan bebas walaupun mereka membuat pilihan yang buruk dan menerima akibatnya. Dengan cara yang sama, walaupun menyaksikan orang yang dikasihi memusnahkan hidup mereka adalah sangat menyakitkan – walaupun tindakan mereka mencederakan kita – kita mesti mengiktiraf hak mereka untuk memilih. Kasih tegas adalah berkait dengan proses menjadi orang yang kuat Apakah yang anda rela hilang sekiranya garis sempadan yang anda tetapkan dalam sesuatu hubungan tidak dihormati? Adakah anda rela kehilangan hubungan tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan anda? Adalah penting untuk memupuk kekuatan rohaniah, emosi dan fizikal. Bidang-bidang ini akan terjejas dalam sesuatu hubungan yang rosak. Dan jika penderaan rumah tangga berlaku, si pendera akan sengaja menjejaskan identiti dan kekuatan pasangan mereka. Apakah yang anda lakukan untuk menjaga diri supaya anda tidak akan membuat keputusan yang terlalu dipengaruhi oleh emosi? Adakah anda sedang berjumpa dengan kawan yang dipercayai atau kaunselor berlesen untuk membantu anda menjadi kuat? Seseorang yang telah dilukai, diasingkan atau dipinggirkan oleh tindakan orang lain memerlukan orang yang bijaksana dan prihatin yang akan memupuk kesihatan dan keseimbangan dalam hidupnya. Kekuatanmu tidak perlu sempurna untuk membolehkan anda melaksanakan kasih tegas; kamu hanya perlu cukup kuat untuk melakukannya. Anda perlu kekuatan dalaman untuk menghadapi ribut yang bakal tiba bila anda menuntut akauntabiliti dari orang yang disayangi. Kasih tegas adalah berkait dengan keberanian mengambil tindakan – walaupun anda berasa takut Kasih tegas adalah berkait dengan menjaga kesejahteraan dirimu sambil mempertimbangkan kepentingan orang lain. Apabila anda memahami garis sempadan tingkah laku dan tanggungjawab anda, anda dapat berkata dengan berani, Tidak, kelakuanmu tidak boleh diterima. Anda tidak patut melayani saya (atau orang lain) sebegini. Kamu mungkin berasa takut tetapi masih cukup berani untuk mengambil tindakan yang sihat. Inilah masanya sistem sokongan anda menjadi sangat penting. Anda memerlukan orang-orang yang menyokong keputusan anda untuk bertindak. Dan anda memerlukan pendapat mereka yang tidak berat sebelah sama ada orang yang anda kasihi sedang membuat perubahan baik yang konkrit dan berkekalan. Langkah-langkah asas kasih tegas: 1. Pastikan bahawa anda mempunyai sistem sokongan yang baik yang termasuk kawan-kawan yang dipercayai dan kaunselor yang berlesen. 2. Kamu harus menguatkan dirimu untuk menghadapi tingkah laku yang memudaratkan. (Anda akan memerlukan kekuatan tersebut untuk meneruskan komitmen terhadap kasih tegas walaupun kesudahannya bukan apa yang anda harapkan.) 3. Anda harus bersikap jujur dengan dirimu sama ada anda sedang membantu atau saling bergantung dengan pesalah laku dan bagaimana anda harus berubah supaya anda dapat menggunakan kasih tegas dengan berkesan. (Berundinglah dengan kaunselor yang bertauliah.) 4. Buatlah keputusan terlebih awal apa yang tindakan yang anda inginkan dari orang lain. Tuliskannya. Sekiranya anda terpaksa menanggung sesuatu akibat, suatu rancangan yang sudah ditetapkan akan mengurangkan tekanan kerana anda tidak perlu berfikir dengan cepat. 5. Beritahulah orang lain dengan jelas bagaimana tindakan mereka memudaratkan. Gunakan perkataan ‘saya’ bila menerangkan garis sempadan anda dengan jelas, jujur dan dengan sikap hormat. Jelaskan apa langkah-langkah yang mesti diambil untuk mengubah tingkah laku mereka – dan akibatnya jika perubahan yang diharapkan tidak berlaku. 6. Berhenti seketika dan perhatikan tindak balas orang lain dalam bentuk tindakan yang diambil. Jangan mengejarnya, menekan, merayu, menghinakan diri, memanipulasi atau menuntut pematuhan. Sebaliknya, biarkan orang tersebut membuat keputusan sama ada dia akan bertanggungjawab atas apa yang boleh dikawalnya. 7. Terima-lah pilihan bebas orang lain dan jawaban mereka (dalam bentuk tindakan yang diambil) – sama ada jawaban (atau tindakan) itu adalah apa yang diharapkan. 8. Tuntutlah akauntabiliti dari orang lain dari segi akibat yang anda sudah nyatakan terlebih awal. Melihat kasih tegas dengan lebih dekat Suami Sarena*, Nick*, mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain – dan Sarena tahu bahawa kasih tegas adalah diperlukan. Beliau menyatakan apa yang mesti dibuat: Nick mesti menamatkan hubungan sulit tersebut dan sebarang perhubungan dengan wanita tersebut dan mendapat kaunseling. Apakah yang akan berlaku sekiranya Nick enggan berbuat sedemikian? Dia mesti meninggalkan rumah. Ya, Nick terus berkata, saya sudah tamatkan hubungan sulit itu. Namun demikian, Sarena mendapati bahawa ini tidak benar dan beliau telah menukar kunci rumah mereka. Walaupun keputusan tersebut memedihkan, Sarena telah menghasilkan akibat yang telah dinyatakan terlebih dahulu kepada Nick. Ia bukannya mudah; beliau percaya pada Nick bila dia memberitahunya bahawa hubungan sulit tersebut telah berakhir. Namun demikian, kaunselor Sarena mengingatinya bahawa kata-kata sahaja tidak boleh diambil kira; apa yang penting adalah tindakan yang diambil. Dan apabila dia ‘mendengar’ tingkah laku Nick, dia menyedari bahawa ia bukanlah seperti yang diberitahu kepadanya. Oleh itu, dia mengambil tindakan susulan dengan akibat yang dijanjikan – dan komitmennnya terhadap kasih tegas. Tindakan sebagai balasan kepada sesuatu tindakan adalah penting dalam pelaksanaan kasih tegas. Sebagai penjelasan, kasih tegas bukanlah bertindak balas dengan cara yang sama dengan salah laku. Dalam kata lain, anda tidak melayan seseorang dengan cara mereka melayani anda. (Ingat, kasih tegas bukan hukuman atau membalas dendam; ia adalah berkaitan dengan garis sempadan tingkah laku.) Sebaliknya, anda mengambil tindakan susulan yang telah dirancang terlebih dahulu (akibat) sebagai tindak balas terhadap kelakuan (pilihan) orang lain. Kasih tegas adalah umpama permainan dam. Apakah gerakan permainanmu? Dalam kes Nick dan Sarena, Nick telah membuat ‘gerakan’ (iaitu tidak mengubah kelakuannya). Walaupun dia tidak melakukan apa yang dikehendaki tetapi Sarena bertindak bijak dengan tidak merayu untuk perubahan. Sebaliknya, Sarena melakukan gerakannya dengan tenang untuk menghindarinya dari memasuki rumah seperti yang dinyatakan terlebih dahulu. Anda mesti dapat melihat bahawa orang yang dikasihi mengambil langkah yang perlu untuk disembuhkan – bukannya semata-mata percaya pada janji bahawa mereka tidak akan melakukannya lagi. Niat yang baik tidak penting jika tidak disertai dengan tindakan. Ini adalah penting dalam kes penderaan fizikal atau emosi dalam sesuatu hubungan. Pendekatan yang proaktif tidak bermaksud bahawa langkah yang betul adalah menghalau pesalah laku dengan segera dari rumah. Mungkin ia adalah Jika saya tidak melihat perubahan, saya akan berjumpa dengan kaunselor – atau memanggil pihak polis. Walau bagaimanapun, anda harus mengambil langkah-langkah berjaga-jaga tambahan untuk melindungi dirimu dan anak-anak sekiranya anda berada dalam suatu hubungan yang bersifat penderaan. Buatlah panggilan telefon 999 sekiranya anda berada dalam keadaan berbahaya. Akauntabiliti juga penting Melarikan diri ke arah kesihatan adalah istilah yang digunakan dalam profesion kaunseling untuk menggambarkan ‘pemulihan’ mendadak seseorang yang enggan berusaha untuk pemulihan jangka panjang. Misalnya seorang penagih alkohol mungkin berkata, saya sudah tidak mabuk selama dua minggu dan oleh itu, saya harus dibenarkan pulang ke rumah. Sebenarnya, mereka menipu diri mereka (dan orang lain) untuk menganggap bahawa terdapat penyelesaian yang mudah untuk masalah yang sudah berakar umbi dengan mendalam. Adalah mudah untuk mengatakan bahawa keadaan telah bertambah baik. Tetapi anda mesti dapat melihat bukti perubahan yang sebenar ke arah penyembuhan. Kasih tegas tidak boleh bersifat lemah. Pesalah laku mungkin berkata, Berilah saya sedikit penghargaan! Saya sudah jarang melakukan ‘xyz’! Walaupun demikian, tingkah laku mereka masih tidak boleh diterima. Anda telah menetapkan batasan tingkah laku. Anda telah memberitahu orang yang disayangi, Ini tidak boleh diterima. Ia mesti berakhir dan jika tidak, akibat buruk akan menyusul. Pertimbangkanlah semula garis sempadan peribadi anda. Jika orang lain dalam hubungan itu berkeras dalam pilihan mereka tanpa menghiraukan garis sempadan yang telah ditetapkan, anda terpaksa memilih: Sama ada menuntut akauntabiliti untuk kelakuan mereka, atau jangan ambil peduli tingkah laku mereka dan kekalkan status quo. Perlu diingati bahawa pilihan kedua tidak akan membantu sesiapa dan mungkin merupakan tanda kebergantungan bersama (motivasi yang bercelaru untuk membantu). Kasih tegas dalam perkahwinan mungkin memerlukan pencetusan krisis Kami tidak menyarankan anda memburukkan keadaan. Sebaliknya, anda mesti memberi motivasi kepada pasangan anda untuk mengakui masalahnya dan bersetuju untuk dirawati. Katakan sesuatu seperti Kamu mesti mengakui masalahmu dan bersetuju menerima pertolongan yang perlu atau kamu mesti mencari tempat tinggal yang lain sehingga masa anda bersedia untuk bekerjasama. Bukan sekadar tidak membenarkan seseorang pulang ke rumah, anda perlu berpisah dengannya secara terapeutik. Perpisahan terapeutik ialah perpisahan rasmi yang mempunyai garis sempadan yang jelas dan khusus mengenai hubungan sulit, kaunseling professional, keintiman seksual, peraturan komunikasi, susunan hidup, anak-anak dan kedudukan kewangan. Perceraian bukanlah matlamatnya; anda hanya mahu menghapuskan penafian realiti. Jika perpisahan diperlukan, dapatkan nasihat guaman yang bijak. Keadaan yang paling baik ialah pasangan anda keluar dari rumah. Namun demikian, jika dia tidak bersetuju, anda mungkin terpaksa berpindah bersama-sama dengan anak-anak. Jika ini berlaku, pastikan bahawa anda mempunyai sistem sokongan dan tempat tinggal. (Buatkan rancangan, sediakan sumber kewangan dan buat persediaan terlebih dahulu supaya anda tidak payah bertindak balas terhadap kelakuannya dan berpindah dengan tergopoh-gapah.) Beritahu pasanganmu bagaimana dia dapat berhubung dengan anda dan jelaskan kepadanya bahawa anda akan menyambung semula rundingan jika dia rela bekerjasama. Perpisahan terapeutik mungkin apa yang diperlukan untuk mendorong mereka mengakui betapa seriusnya keadaan semasa. Seperti yang sudah kami nyatakan, perhatikan kelakuannya. Kerapkali pasangan akan menabur janji-janji manis supaya dibenarkan pulang ke rumah tetapi kata-kata tidak sama dengan perubahan tingkah laku. AMBIL PERHATIAN: Perpisahan terapeutik semasa krisis berbeza dari beberapa segi dari perpisahan untuk tujuan pemulihan. Dalam kes perpisahan untuk tujuan pemulihan, terdapat andaian bahawa kedua-dua pasangan berniat untuk memulihkan perkahwinan mereka – dan ini tidak selalu begitu bila seorang pasangan sedang terjebak dalam kelakuan yang memudaratkan. Bagaimana kasih tegas berfungsi Kami tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menggambarkan secara terperinci semua situasi yang memerlukan kasih tegas. Dan usaha mencari kemajuan memerlukan khidmat seorang kaunselor berlesen yang pakar dalam bidang ini untuk mengenal pasti isu-isu yang tersirat dan corak hubungan yang mencetuskan kemelut ini. Namun demikian, kami ingin menyentuh dengan ringkas dua hubungan yang selalunya akan mendapat manfaat dari kasih tegas: perkahwinan dan penjagaan membimbing anak-anak yang sudah dewasa. Kasih tegas dalam perkahwinan Kasih tegas memang merupakan pendekatan yang betul jika pasangan anda terjebak dengan pornografi dan enggan berubah. Penagihannya tidak menghormati-mu, menghina janji-janji yang dibuat bila berkahwin, dan menyakitkan hati semua anggota keluarga. 1. Pertimbangkanlah apa garis sempadan tingkah laku yang boleh diterima oleh anda. Bincang dengan sistem sokongan anda bagaimana anda akan menjaga dirimu semasa proses ini. 2. Bentukkan suatu rancangan bagaimana anda akan mendekati isu ini. (Ingat: Suatu rancangan yang dibentuk terlebih dahulu akan menghindari anda daripada bertindak balas berlandaskan emosi semata-mata.) 3. Tetapkan masa untuk memberitahu suami anda pendapat anda mengenai isu ini dan apa perubahan yang dikehendaki olehmu – perubahan yang anda harapkan – dan akibatnya jika dia memilih untuk tidak mematuhi keputusan anda. Misalnya: · Penglibatanmu dalam pornografi menghindari keintiman sejati dalam perkahwinan kita, ia memalukan saya dan memberi teladan yang buruk kepada anak-anak. · Saya mahu kamu berhenti menggunakan pornografi. · Saya mahu melihat anda memadamkan segala yang tidak baik dari semua peranti. · Mulai sekarang, saya akan diberi akses kepada semua peranti dan kata laluan mereka. · Anda akan mendapat kaunseling. · Sekiranya anda enggan mengambil langkah-langkah ini, anda perlu mencari tempat tinggal yang lain sehingga anda membuat keputusan tentang masa depan kita. · Anda diberi tempoh satu hari untuk mengendalikan peranti-peranti anda. Dan satu minggu untuk mula mendapat kaunseling. Tiada kompromi. Tindakan anda akan menjadi jawabanmu. 4. Tunggu, perhatikan dan tuntut akauntabiliti dari pasangmu untuk tindakan yang telah dipersetujui. Teruskan dengan keputusanmu, minta kebijaksanaan dan kekuatan dari Tuhan dan terus berhubung dengan sistem sokongan anda. Kasih tegas dalam bimbingan anak yang telah dewasa Apabila anak anda semakin membesar, corak hubungan anda berdua harus bertukar dari ibu bapa-anak kepada orang dewasa dengan orang dewasa. Mereka bukan sekadar anak kecil yang telah dewasa tetapi merupakan anak lelaki atau perempuan dewasa. Mereka seolah-olah telah menjadi rakan sebaya anda. Namun demikian, memang sukar menghapuskan sentimen saya akan selalu merupakan ibu / bapa anda. Itulah sebabnya melihat anak lelaki atau perempuan anda bergelut – dan memilih supaya tidak menyelamatkan mereka – adalah keputusan yang menyakitkan. Mungkin mereka mempunyai masalah dengan dadah atau alkohol. Mungkin mereka meminta duit atau bantuan untuk masalah dengan pihak berkuasa. Mungkin mereka enggan menerima nasihat anda tetapi selalu meminta anda menyelesaikan masalah untuk mereka. Mungkin mereka telah memilih gaya hidup yang akan memusnahkan mereka. Mungkin mereka menggunakan cucu anda sebagai ‘perisai’ atau ‘alat rundingan’, melumpuhkan dan menghindari-mu dari mengambil tindakan yang betul kerana bimbang memudaratkan cucu. Ini memang menyakitkan. Dan ia pedih kerana anda sayang anak-anak anda. Namun demikian, kasihmu untuk mereka – dan hati anda yang baik yang mahukan yang terbaik untuk mereka – boleh diperalatkan. Memilih kasih tegas akan melindungi hati anda supaya tidak tertipu. Memilih kasih tegas tidak bermakna anda tidak mengasihi mereka; ia bermakna kasihmu tidak dapat digunakan sebagai senjata terhadap anda. Dengan mengikuti langkah-langkah asas yang telah digambarkan di atas, mari kita lihat bagaimana melaksanakan kasih tegas terhadap anak lelaki dewasa yang enggan mencari kerja. · Kami sayang padamu dan anda akan sentiasa menjadi anak kami. Tetapi anda sekarang sudah dewasa dan mesti mendapat pekerjaan supaya anda dapat mencapai potensi anda dengan sepenuhnya. · Seorang lelaki sejati boleh berdikari. Dia tahu bagaimana bekerja dengan orang lain dan dia tidak bergantung kepada orang lain untuk kebajikannnya. · Kami tidak akan membayar bil anda lagi. · Kamu akan mula membayar sewa kepada kami. · Jika anda enggan mencari kerja, anda mesti mencari tempat tinggal yang lain, dan anda akan bertanggungjawab untuk sebarang bayaran lewat dan pemungut bil. Bagaimana dengan anak yang menyalahgunakan dadah atau alkohol? · Pilihanmu untuk menyalahgunakan dadah dan alkohol memudaratkan anda dan keluarga. · Kami mahu melihat anda membuang kesemua botol dan pil. · Kami akan mendapatkan rakan untuk anda bagi tujuan akauntabiliti dan kami akan memintanya pada bila-bila masa untuk meneliti keadaanmu dan membuat carian di tempat tinggal anda. · Anda diberi tempoh satu minggu untuk pergi ke program pemulihan atau kami akan mencari program untukmu. · Sekiranya anda enggan mengambil langkah-langkah ini, anda akan bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat buruk dari segi undang-undang, kesihatan atau kewangan. Anda tidak akan dibenarkan kembali bersama kami. Tiada ibu bapa yang mahu menghalau anak-anak mereka dari rumah, tetapi ini mungkin merupakan tindakan yang paling penyayang. Bagaimana kalau kasih tegas tidak berkesan? Kasih tegas bukanlah suatu formula. Walaupun terdapat keadaan yang paling baik, doa bersungguh-sungguh dari keluarga dan para sahabat, atau nasihat yang paling bijak dari pakar terapi yang terlatih, pesalah laku adalah satu-satunya orang yang boleh memilih untuk berubah. Ya, kita akan sentiasa mengasihi mereka dan berdoa untuk pemulihan. Dan ya, kita berharap mereka akan sedar bahawa gaya hidup mereka berbahaya dan akan memilih untuk berubah. Tetapi apa yang boleh dibuat jika mereka enggan berbuat demikian? Adakah ini bermakna bahawa kasih tegas telah gagal – atau kita telah gagal? Tidak sama sekali. Kasih tegas selalunya berkesan dalam erti kata bahawa ia memberikan kita sesuatu cara bertindak balas yang jelas dari orang lain, dan ini bermakna bahawa kita tidak lagi berada dalam keadaan kebuntuan. Dalam kata lain, kita menjadi lebih yakin tentang diri kita dan kita tidak ragu-ragu tentang pendirian orang lain. Malangnya ini tidak menjaminkan kesudahan yang bahagia. Salah satu keadaan yang paling memedihkan ialah apabila orang yang dikasihi memilih gaya hidup yang memudaratkan walaupun kita sudah cuba sedaya upaya untuk membantunya. Ia menyakitkan hati. Ia sukar diterima, dan itulah sebabnya kita mahu memberi peluang kedua (ketiga, keempat – kesepuluh) – walaupun kita tahu dengan mendalam bahawa memberi peluang berulang kali tidak berkesan. Itulah sebabnya keyakinan diri dan kesedaran tentang identiti kita sendiri amat penting. Sekiranya anda percaya bahawa nilai diri anda adalah berdasarkan penerimaan orang lain, anda akan mengambil tindakan yang tidak berkesan. Walaupun penolakan dari orang lain mungkin sangat memedihkan, satu-satunya pilihan anda untuk masa depan yang sihat ialah kesedaran bahawa anda bernilai tidak kira apa yang mereka kata atau buat. Walau apa pun, tabahkan hati anda. Berpegang teguh kepada garis sempadan yang anda tetapkan, jaga dirimu, dan berhubung rapat dengan sistem sokongan anda. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.1028
- Semoga TUHAN memberkati kami dengan kekuatan dan kesejahteraanNYA.In Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 December 2021Tuhan akan memberikan kekuatan kepada umat-Nya; Tuhan akan memberkati umat-Nya dengan kesejahteraan. Mazmur 29:11 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.29.11.AVB1013
- Yesus adalah Jalan, Kebenaran dan HidupIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·20 September 2021https://bible.com/bible/2727/jhn.14.6.FAYH1010
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#18)In Manifesto Kerajaan Allah·4 December 2021MENDAMAIKAN MANUSIA: Dalam Konteks Perhubungan Sesama Manusia 1"Jangan hakimi orang lain, supaya kamu tidak dihakimi. 2Kerana sebagaimana kamu menghakimi orang, demikian jugalah kamu akan dihakimi. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu. 3Mengapakah kamu perhatikan selumbar di mata saudaramu, sedangkan kayu balak di matamu sendiri tidak kamu sedari? 4Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudaramu, 'Biarlah aku keluarkan selumbar daripada mata saudara,' sedangkan kayu balak terpampang di matamu sendiri? 5Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak daripada matamu, barulah penglihatanmu terang untuk mengeluarkan selumbar daripada mata saudaramu. 6Jangan berikan sesuatu yang suci kepada anjing, atau mutiara kepada babi, nanti dipijak-pijaknya lalu berpaling menyerangmu." (Matius 7:1-6, AVB) Daripada petikan ini, kita dapat mengenal pasti dua pendekatan yang berbeza untuk berinteraksi dengan orang lain. Pendekatan yang pertama adalah bermusuhan dengan orang lain dan yang kedua ialah berdamai dengan orang lain, iaitu sikap indah seperti yang diajar oleh Tuhan Yesus di dalam Khutbah di Atas Bukit. Gaya hidup orang yang bermusuhan bermaksud dia suka menghakimi orang lain. Dalam kata lain, dia suka menilai orang lain, memberi kritikan tanpa batas dan orang lain biasanya rasa orang itu sedang “menyerang dan meruntuhkannya.” Mereka biasanya menilai orang lain dengan keras menggunakan standard yang sangat tinggi (kesempurnaan) dengan begitu angkuh dan memandang rendah terhadap orang lain. Namun begitu, dia tidak menggunakan ukuran yang sama pada dirinya sendiri! Dalam kata lain, mereka menyuruh orang lain melakukan apa yang dia cakap tetapi bukan apa yang mereka tunjukkan sendiri. Maka, mereka berlagak seperti munafik. Itulah yang dimaksudkan oleh Tuhan Yesus apabila dia mengatakan, “Jangan menghakimi orang lain, supaya kamu tidak dihakimi.” Dalam pada itu, Tuhan Yesus tidak bermaksud langsung jangan membuat penilaian dan memberi kritikan. Apa yang dimaksudkan ialah jangan membuat penilaian sebagai seorang munafik. Dalam kata lain, jangan menghakimi orang lain jika kita sendiri tidak bersedia untuk memakai standard yang sama kepada diri sendiri. Penghakiman orang munafik begini mempunyai niat yang jahat untuk menyerang dan meruntuhkan orang lain. Jika seorang selalu menggunakan penghakiman orang munafik, dia hanya dapat melihat kesalahan atau kekurangan orang lain, walhal dia buta terhadap kesalahan dan kekurangan sendiri yang semakin menjadi besar dan ketara. Oleh sebab itu, Tuhan Yesus mengatakan bahawa situasi orang itu menjadi mengarut sekali, iaitu, seolah-olah dia mahu mengeluarkan selumbar (serpihan kayu yang halus dan tajam) daripada mata orang lain, walhal sebatang kayu balak jelas terpampang di matanya sendiri. Dalam kata lain, dia melihat kesalahan dan kekurangan orang lain tetapi dia buta kepada kesalahan atau kekurangan sendiri. Penghakiman orang munafik tidak mempunyai kredibiliti dan orang lain sukar menerimanya sebab gaya hidup orang itu bertentangan dengan apa yang dikatakannya. Lebih-lebih lagi, sikapnya mirip kepada seorang “musuh” dan itu mengakibatkan orang lain bertahan atau tidak terbuka untuk dengar atau menerimanya. Bagi orang munafik yang suka menghakimi orang lain, Tuhan Yesus mengatakan bahawa buang masa sahaja untuk memberi mereka tumpuan, apatah lagi untuk menggembirakan mereka. Ini ialah kerana usaha begini sama seperti memberi sesuatu yang suci (bersih) kepada anjing liar yang kotor, atau memberi mutiara kepada kawanan babi yang suka bermain dalam lumpur yang kotor. Akibatnya ialah binatang yang liar dan kotor ini tidak menghargai apa yang suci (bersih) dan cantik. Sebaliknya binatang-binatang ini akan memijak-mijak apa yang diberikan dan mungkin menyerang anda pula. Itulah realitinya apabila kita cuba membantu orang munafik yang suka menghakimi orang lain. Mereka tidak akan menerima nasihat kita yang baik dan betul, tetapi akan terus menolaknya dan membalas dengan serangan terhadap kita. Mereka memang memiliki sikap seorang yang bermusuhan dengan anda. Jadi, apakah alternatifnya? Tuhan Yesus mengesyorkan anda menjadi seorang pendamai yang selalu rendah hati bersandar kepada Tuhan. Orang yang sedemikian selalu ingin Allah menyemaknya supaya ditunjukkan di mana dia mempunyai kesalahan atau kekurangan yang boleh diperbaiki. 2Periksalah aku, ya Tuhan, dan dugalah aku, ujilah fikiran dan hatiku; 3kerana aku melihat belas kasih-Mu, dan aku telah hidup dalam kebenaran-Mu. (Mazmur 26:2-3, AVB) 23Telitilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku; dugalah aku dan ketahuilah kebimbanganku. 24Lihatlah jika ada kecenderungan durjana di dalamku, dan pimpinlah aku ke jalan yang kekal selama-lamanya. (Mazmur 139:23-24, AVB) Oleh itu, Tuhan Yesus telah melanjutkan pengajaran-Nya tentang seorang pendamai dengan penerangan berikut: 7"Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 8Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. 9Bapa manakah akan memberikan batu kepada anaknya yang meminta roti? 10Bapa manakah akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan? 11Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya. 12Segala sesuatu yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka, kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi." (Matius 7:7-12, AVB) Orang yang minta, cari dan ketuk pintu Allah begini secara konsisten untuk diuji dan dimurnikan akan mendapati doanya pasti akan dikabulkan dengan baik. Jika bapa di bumi yang berdosa boleh memberi yang baik apabila anak-anaknya meminta sesuatu daripada mereka, sudah tentu Allah Bapa kita di syurga akan memberi yang terbaik sekali sekiranya kita minta dan pohon untuk dibentuk sebegini. Mereka akan semakin diubahkan oleh Roh Kudus dan hati mereka menjadi lebih lembut. Orang yang begini akan sedar dan insaf bahawa Allah begitu murah hati, belas kasihan dan menunjukkan kasih kurnia kepadanya. Oleh sebab itu, hatinya tidak angkuh dan menjadi rendah hati kerana kemurahan yang dicurahkan di dalam hidupnya oleh Allah. Oleh sebab dia telah melalui proses diremukkan dan dibina semula oleh Allah, dia memahami kelemahan dan kekurangan orang lain yang sama. Maka, sikap hatinya adalah sebagai seorang pendamai yang ingin membina, menggalakkan dan mengasihi orang lain. Apabila dia kongsi bagaimana dia bergelut dan mengatasi kelemahan, kekurangan atau kesalahan yang dia hadapi dahulu, orang lain tidak rasa seperti mereka dihakimi. Sebaliknya mereka secara tidak langsung didorong untuk menangani kelemahan, kekurangan dan kesalahan mereka sendiri. Orang lain rasa selamat untuk minta bantuan dan nasihat daripada orang yang rendah hati dan memiliki sikap hati seorang pendamai. Dia tahu bahawa mereka tidak akan diserang, dilukai atau dihakimi dengan hati yang kejam. Inilah panduan yang diberikan oleh Tuhan Yesus kepada kita untuk berfungsi sebagai seorang pendamai: 12Segala sesuatu yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka, kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi." (Matius 7:12, AVB) Dalam konteks ini, jika kita tidak suka dikritik dan dikecam dengan keras tanpa batas, maka jangan menjadi penghakim yang munafik yang bertindak sedemikian terhadap orang lain. Sebaliknya, lakukan sebagaimana kita ingin orang lain lakukan terhadap kita, iaitu menjadi pendorong dan pendamai yang lemah lembut, orang yang memahami pergelutan yang juga dihadapi kita serta saling membantu cari jalan untuk berubah melalui bantuan dan kuasa Roh Kudus. Kita mendorong orang lain untuk berdoa kepada Bapa di syurga yang mengasihi dan sedia membantu. Kita saling menggalakkan untuk minta, cari dan ketuk sampai jawapan daripada Allah diperolehi, iaitu jawapan yang sesuai dengan kehendak Allah yang terbaik. Allah pasti akan menjawab mengikut masa dan kehendak-Nya yang sempurna. Seorang yang mendamaikan orang lain akan mengamalkan pendekatan ini di dalam semua perhubungannya sesama manusia. Melalui teladannya dan usahanya, orang lain juga akan belajar supaya tidak menjadi orang yang menghakimi orang lain mengikut gaya seorang munafik. Damai sejahtera dan kasih akan menjadi budaya yang menular dalam kalangan mereka. Merekalah yang akan dikenali sebagai anak-anak Allah kerana mereka mirip dengan Allah Pendamai di syurga. Walaupun hal ini nampaknya begitu mudah, namun begitu amalannya sangat mencabar. Kita lebih cenderung mengkritik dan menghakimi orang lain seperti orang munafik. Hal ini terjadi kerana jika kita dapat menghakimi orang lain, kita rasa diri lebih baik dan tinggi daripada mereka. Itu merupakan suatu pandangan yang palsu, salah dan angkuh. Setiap kali kita berbuat demikian, kayu balak di dalam mata kita menjadi semakin besar. Apabila kayu balak itu bertumbuh menjadi sangat besar, akhirnya ia akan membutakan pandangan kita. Jadi, biarlah kita sedar dan insaf tentang kecenderungan sendiri untuk menghakimi orang seperti orang munafik dan mengambil tindakan untuk mengikisnya dengan kuasa Roh Kudus. Setiap kali, Roh Kudus menunjukkan sikap negatif ini, kita mesti terus bertaubat dan menghentikan amalan itu. Selain itu, kita mesti minta maaf kepada orang yang kita telah lukai dan cederakan. Maka, dengan cara ini, kita akan memupuk sikap seorang pendamai di dalam hati kita. Jadi, saudara dan saudari yang dikasihi, fikirkan apakah anda memiliki kecenderungan untuk menghakimi sebagai orang munafik. Sekiranya anda dapati terdapat kecenderungan ini, berdoa (minta, cari dan ketuk) sehingga Allah membantu anda mengikis amalan ini. Setiap kali anda ingin menghakimi dengan keras, berhenti dan bertaubat. Memohon kepada Allah untuk mengubah hati anda menjadi seorang pendamai yang dapat mengasihi orang lain secara praktikal.1066
- TUHAN perisai pelindung semua yang bernaung kepadaNYAIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·24 July 2022Jalan Allah itu sempurna; firman Tuhan terbukti benar. Dialah perisai pelindung semua yang bernaung kepada-Nya. Mazmur 18:30 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.18.30.AVB1017
- Terpujilah TUHAN yang kasihNYA besar untuk mereka yang takut kepadaNYAIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·7 April 2022Hidup manusia seperti rumput, seperti bunga di padang, begitulah dia berkembang; angin meniupnya, maka tiadalah dia lagi, dan tempatnya dahulu tidak mengingatinya. Tetapi kasih Tuhan dari selama-lamanya sampai selama-lamanya bagi mereka yang takut kepada-Nya, dan perbenaran-Nya sampai anak cucu, kepada mereka yang mematuhi perjanjian-Nya dan kepada mereka yang mengingati ajaran-ajaran-Nya. Mazmur 103:15-18 AVB https://bible.com/bible/2271/psa.103.15-18.AVB1037
- Terimakasih TUHAN mengampunkan segala kesalahan kitaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·31 December 2021Aku akan menyucikan mereka daripada segala kesalahan yang dilakukan mereka dengan berdosa terhadap Aku. Aku akan mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan mereka dengan berdosa dan menderhaka terhadap Aku. Yeremia 33:8 AVB https://bible.com/bible/2271/jer.33.8.AVB1010
bottom of page












