top of page

Cari

3266 results found with an empty search

  • Berbahagialah Orang Yang Menghormati Tuhan

    1 Samuel 12:12-15 (BM) Tetapi apabila kamu tahu bahawa Raja Nahas dari Amon itu hendak menyerang kamu, kamu menolak TUHAN sebagai raja kamu. Kamu berkata kepadaku, 'Kami mahu seorang raja untuk memerintah kami.' Sekarang, kamu mempunyai seorang raja pilihan kamu sendiri. Kamu minta seorang raja, dan TUHAN sudah memberikan raja kepada kamu. Berbahagialah kamu jika kamu menghormati TUHAN, mengabdi kepada-Nya, dan mendengarkan serta mentaati perintah-Nya, dan jika kamu serta raja kamu tetap setia kepada TUHAN Allah kamu. Tetapi jika kamu tidak mendengarkan TUHAN, malahan melawan perintah-Nya, tentu kamu dan raja kamu akan ditentang oleh TUHAN. Pengajaran/Refleksi Banyak agama mengajarkan bahwa hubungan yang saleh dengan Tuhan merupakan kunci menuju kebahagiaan sejati. Menghormati Tuhan melibatkan ketaatan kepada perintah-Nya, berdoa, beribadah, dan menjalani hidup sesuai ajaran-Nya. Kebahagiaan ini bukan sekadar kesenangan duniawi, melainkan kedamaian batin, kepuasan hidup, dan harapan akan kehidupan yang kekal. Contohnya, dalam Mazmur 146:5 disebutkan, "Berbahagialah orang yang mempunyai Allah Yakub sebagai penolongnya." Jika ingin hidup bahagia, hormatilah Tuhan dalam segala aspek kehidupanmu. Doa TUHAN, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, agar kami terus menghormati-Mu hingga selamanya. Jauhkan dan lindungi kami dari roh-roh jahat, Bapa. Kiranya Engkau memberkati setiap kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Sedar Akan Dosamu dan Kembali Kepada Tuhan

    1 Samuel 12:16-19 (BM) Sekarang, dengarlah baik-baik! Perhatikanlah keajaiban yang akan dilakukan TUHAN di depan mata kamu. Sekarang musim kemarau, bukan? Tetapi aku akan berdoa, lalu TUHAN akan menurunkan guruh dan hujan sebagai jawapan doaku. Apabila perkara itu berlaku, kamu akan sedar betapa besarnya dosa kamu terhadap TUHAN kerana minta seorang raja." Kemudian Samuel berdoa, dan pada hari itu juga TUHAN menurunkan guruh serta hujan. Oleh itu, segenap umat itu menjadi takut terhadap TUHAN dan Samuel. Mereka berkata kepada Samuel, "Tolonglah tuan, berdoalah kepada TUHAN Allah tuan untuk kami, supaya kami tidak mati. Sekarang kami sedar bahawa selain dosa kami yang banyak, kami sudah berdosa lagi apabila kami meminta seorang raja." Pengajaran/Refleksi Perhatikanlah keajaiban yang akan dilakukan TUHAN di depan mata kamu. Meski pada musim kemarau, TUHAN menurunkan guruh dan hujan sebagai jawapan doa mereka. Setelah menyedari kesalahan mereka, mereka memohon Samuel berdoa bagi mereka, dan TUHAN menjawab permohonan mereka. Umat TUHAN berdegil dengan meminta seorang raja untuk memimpin mereka, sehingga mereka lupa bergantung sepenuhnya kepada TUHAN. Mereka lupa akan Kemahakuasaan TUHAN yang telah membawa mereka keluar dari Mesir dan memimpin hidup mereka. Jangan bergantung kepada manusia tetapi hanya kepada TUHAN yang Maha Kuasa, yang dengan kasih sayang-Nya senantiasa mendengar doa kita ketika kita menyedari dosa kita dan bertaubat. Doa TUHAN, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, agar kami terus berharap kepada-Mu sampai selamanya. Pimpinlah dan kuasai hidup kami selalu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Pertaubatan yang Melembutkan Hati Tuhan

    1 Samuel 12:9-11, 14 (BM) Tetapi kemudian mereka lupa akan TUHAN, Allah mereka. Oleh sebab itu TUHAN membiarkan orang Filistin, raja negeri Moab, dan Sisera, iaitu panglima tentera kota Hazor, menyerang nenek moyang kamu dan mengalahkan mereka. Kemudian mereka berseru minta tolong kepada TUHAN, dan berkata, 'Kami sudah berdosa kerana kami membelakangi Engkau, ya TUHAN, dan menyembah patung-patung Dewa Baal dan Asytoret. Sekarang, selamatkanlah kami daripada musuh, maka kami akan mengabdi kepada-Mu!' Selepas itu TUHAN mengutus Gideon, kemudian Barak, lalu Yefta, dan akhir sekali aku. Kami masing-masing sudah membebaskan kamu daripada musuh, sehingga kamu dapat hidup dengan tenteram. Berbahagialah kamu jika kamu menghormati TUHAN, mengabdi kepada-Nya, dan mendengarkan serta mentaati perintah-Nya, dan jika kamu serta raja kamu tetap setia kepada TUHAN Allah kamu. Pengajaran/Refleksi Umat TUHAN telah melupakan DIA dalam kehidupan mereka setelah mereka memiliki seorang raja yang memerintah mereka. Oleh sebab itu, TUHAN membiarkan mereka dikalahkan oleh musuh mereka. Meskipun mereka telah meninggalkan TUHAN, saat mereka bertaubat dan mengakui segala dosa mereka serta berseru meminta pertolongan, TUHAN mendengar doa mereka dan mengutus nabi untuk membebaskan mereka. TUHAN membebaskan mereka dari musuh sehingga mereka bisa hidup dengan tenteram dan bahagia. Firman TUHAN hari ini  mengingatkan kita: jika telah berdosa terhadap TUHAN, datanglah kepada-Nya, bertaubatlah atas segala dosamu, dan mohonlah pertolongan-Nya. Doa TUHAN, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, agar kami selalu berharap kepada-Mu hingga selamanya. Lindungi kami dari roh jahat, Bapa. Kiranya Engkau memberkati kami semua secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Sebuah Perlumbaan

    Oleh Pr James Taju

  • Jangan Lupa Akan Tuhan Yang Telah Menyelamatkanmu

    1 Samuel 12:7-8 (BM) Sekarang, jangan pergi dahulu. Aku akan menuduh kamu di hadapan TUHAN dengan mengingatkan kamu akan segala perbuatan besar yang dilakukan oleh TUHAN untuk menyelamatkan kamu dan nenek moyang kamu. Ketika Yakub dan keluarganya pergi ke Mesir, dan apabila orang Mesir menindas mereka, nenek moyang kamu berseru minta tolong kepada TUHAN. Oleh itu TUHAN mengutus Musa dan Harun untuk memimpin mereka keluar dari Mesir, serta menolong mereka menetap di negeri ini. Pengajaran/Refleksi Mengapa kita tidak boleh melupakan Tuhan yang telah menyelamatkan kita? Karena Tuhan adalah Pencipta dan Penyelamat manusia. Tuhan adalah satu-satunya Allah yang Mahakuasa, Mahatahu, dan Maha Hadir. Dia adalah Pencipta alam semesta dan segala sesuatu di dalamnya. Tuhan Allah kita adalah Allah yang penuh Kasih Karunia. Dalam kasih-Nya yang besar, Tuhan telah menyelamatkan manusia dari dosa dan kematian melalui pengorbanan Yesus Kristus. Keselamatan kita adalah anugerah dari Tuhan, bukan hasil dari usaha kita sendiri. Firman Tuhan hari ini  mengajar kita supaya tidak melupakan Tuhan yang telah menyelamatkan dan memberkati kita setiap saat. Doa Tuhan, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, supaya kami tetap mengasihi dan setia kepada-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Ingat

    Oleh Pr Sandra Chin

  • Orang Yang Jujur Sedia Untuk Bertanggungjawab Atas Perbuatannya

    1 Samuel 12:1-4 (BM) Selepas itu Samuel berkata kepada segenap umat Israel, "Aku sudah memenuhi segala permintaan kamu. Aku sudah melantik seorang raja untuk memerintah kamu. Mulai sekarang dialah yang akan memimpin kamu. Lihatlah, aku ini sudah tua dan beruban; anak-anakku ada bersama dengan kamu. Aku memimpin kamu lama sekali - sejak masa mudaku sampai sekarang. Sekarang ini, aku berdiri di hadapan kamu. Jika aku sudah melakukan kesalahan, tuduhlah aku di hadapan TUHAN dan raja yang dipilih-Nya. Pernahkah aku merampas lembu atau keldai orang lain? Pernahkah aku menipu atau menindas orang lain? Pernahkah aku menerima rasuah daripada orang? Katakanlah, supaya apa saja yang sudah aku ambil dapat kukembalikan."Semua orang itu menjawab, "Tidak, tuan tidak pernah menipu ataupun menindas kami. Tuan tidak pernah mengambil apa-apa pun kepunyaan orang lain." Pengajaran/Refleksi Samuel mengaku bahawa dia telah memenuhi segala permintaan umat Tuhan dengan melantik seorang raja untuk memerintah mereka. Sebelum meninggalkan umat Tuhan kerana usianya yang lanjut, Samuel berdiri di hadapan mereka untuk bertanya jika ada yang pernah dirugikan atau dianiaya olehnya selama masa kepemimpinannya. Semua orang mengakui kejujuran dan integritas Samuel sebagai seorang pemimpin, membuktikan bahwa ia adalah teladan yang berintegritas tinggi. Firman Tuhan hari ini  mengajar kita agar memiliki sikap yang jujur dan bertanggungjawab atas segala tindakan kita. Tuhan mengetahui segala kelakuan dan kejujuran kita. Doa Tuhan, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, supaya kami memiliki hati yang takut akan Engkau. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Kenakanlah

    Oleh Pr Rachel Koh

  • Orang Sombong Selalu Dikalahkan

    1 Samuel 11:2, 9-11 (BM) Raja Nahas bertitah, "Beta akan membuat perjanjian dengan kamu dengan satu syarat: beta akan mencungkil biji mata kanan setiap orang untuk mempermalukan segenap umat Israel." Mereka berkata kepada para utusan dari Yabes itu, "Beritahulah penduduk Yabes bahawa esok, sebelum tengah hari, mereka akan mendapat pertolongan." Ketika penduduk Yabes mendengar berita itu, mereka sangat bersukacita lalu berkata kepada Raja Nahas, "Esok hamba semua akan menyerah dan tuanku boleh memperlakukan hamba sekalian dengan sesuka hati." Awal pagi keesokan harinya, Raja Saul membahagikan anak buahnya menjadi tiga pasukan. Kemudian, ketika fajar menyingsing, mereka menyerbu ke tengah-tengah perkhemahan orang Amon dan menyerang mereka. Sebelum tengah hari, tentera Raja Saul telah mengalahkan musuh. Orang Amon yang tidak terbunuh, tercerai-cerai sehingga tidak ada dua orang yang lari bersama-sama. Pengajaran/Refleksi Raja Nahas yang sombong itu bertitah untuk mempermalukan umat Tuhan dengan mencungkil biji mata kanan mereka sebagai syarat perjanjian. Namun, sebelum tengah hari, tentera Raja Saul telah mengalahkan orang Amon yang angkuh, yang ingin mencungkil biji mata umat Tuhan. Firman Tuhan hari ini  mengajar kita agar tidak menyombongkan diri, sebab orang sombong akan direndahkan oleh Tuhan yang Mahakuasa. Doa Ajarilah kami merendahkan diri ya Tuhan. Kami hanya berharap kepada-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Bertanyalah Kepada Tuhan Tentang Segala Hal

    1 Samuel 10:22, 26-27 (BM) Oleh itu mereka bertanya kepada TUHAN, "Ya TUHAN, adakah orang itu sudah di sini?" TUHAN menjawab, "Saul bersembunyi di belakang barang-barang." Raja Saul juga pulang ke rumahnya di Gibea, diiringi oleh beberapa orang yang gagah perkasa. TUHAN sudah menggerakkan hati mereka untuk mengiringi Raja Saul. Tetapi ada beberapa orang jahat yang berkata, "Mana mungkin orang ini akan berguna bagi kita?" Mereka menghina Raja Saul dan tidak memberikan hadiah kepadanya, tetapi Raja Saul berpura-pura tidak tahu. Pengajaran/Refleksi Mari kita belajar untuk selalu bertanya kepada Tuhan dalam segala hal yang kita perlu ketahui, karena Tuhan mengetahui segala sesuatu. Pengajaran ini mendorong kita untuk menjaga komunikasi yang intim dan terus-menerus dengan Tuhan, baik melalui doa, meditasi, maupun dengan terus-menerus memikirkan Tuhan dan Firman-Nya. Dengan begitu, kita dapat mengetahui kehendak Tuhan dan segala sesuatu yang perlu kita ketahui. Saudara dalam Kristus , apabila kita ingin mengetahui segala sesuatu, sangat baik bagi kita untuk bertanya kepada Tuhan, sebab Dia adalah Allah yang Mahatahu. Doa Tuhan Yesus, tolonglah kami untuk mengetahui segala sesuatu yang Engkau inginkan dalam kehidupan kami, supaya kami dapat melakukan kehendak-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

bottom of page