Support Us
Support Us
Cari
3266 results found with an empty search
- Berserah Penuh Kepada Tuhan, Baru Dia Mendengar Doamu
1 Samuel 7:1-3 (BM) Kemudian penduduk Kiryat-Yearim mengambil Tabut Perjanjian TUHAN dan membawanya ke rumah seorang yang bernama Abinadab; rumah itu terletak di atas bukit. Mereka mentahbiskan Eleazar anak Abinadab untuk menjaga Tabut Perjanjian. Lama juga Tabut Perjanjian TUHAN berada di Kiryat-Yearim, kira-kira dua puluh tahun. Selama itu segenap umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN. Samuel berkata kepada umat Israel, "Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia dengan sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret. Serahkanlah diri kamu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdilah kepada Dia sahaja. Barulah Dia akan membebaskan kamu daripada kuasa orang Filistin." Pengajaran/Refleksi Setelah Tabut Perjanjian berada bersama umat-Nya di rumah Abinadab, mereka mentahbiskan anaknya, Eleazar, untuk menjaga Tabut tersebut selama kira-kira dua puluh tahun. Selama itu, segenap umat-Nya berseru minta tolong kepada TUHAN. Samuel berkata kepada umat TUHAN, "Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret, serta serahkan dirimu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdikan kepada-Nya sahaja. Barulah TUHAN membebaskan kamu dari kuasa musuh." Jika anda mahu TUHAN menolong anda untuk membebaskan diri daripada beban, masalah, sakit-penyakit dan sebagainya, anda harus berserah kepada TUHAN sepenuhnya dan mengabdikan diri hanya kepada-Nya sahaja. Barulah TUHAN akan mendengar doa dan menolong anda atau kita. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya menyerah sepenuhnya dan mengabdikan diri kepada-Mu sahaja. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Meresponi Akhir Zaman
Oleh Yeriko Kesuma
- Penjaga Di Dinding
Oleh Pr Helfidiana Paris
- Siapa yang Sanggup Menghadap Tuhan, Allah yang Suci
1 Samuel 6:20-21 (BM) Penduduk Bet-Semes berkata, "Siapakah yang sanggup menghadap TUHAN, Allah yang suci? Ke manakah harus kita hantarkan Dia supaya jauh daripada kita?" Mereka mengutus beberapa orang supaya memberitahu penduduk Kiryat-Yearim, "Orang Filistin sudah mengembalikan Tabut Perjanjian TUHAN. Datanglah untuk mengambil Tabut itu." Pengajaran/Refleksi Saudara dan saudari, kita harus mengetahui bahawa TUHAN, Allah kita adalah Allah yang Suci. Pada masa dalam Perjanjian Lama, umat-Nya tidak dapat menghadap Allah sesuka hati mereka, tetapi harus menghadap-Nya dengan persembahan kurban melalui para imam. Syukur kepada TUHAN Yesus Kristus kerana DIA rela menjadi Kurban yang hidup dan Berkenaan kepada BAPA, untuk mengampuni dan menebus segala dosa kita di kayu Salib. Kita boleh datang kepada Tuhan bila-bila masa dengan apa adanya kita. DIA sedia menerima dan merangkul kita, sebab DIA penuh kasih. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya datang kepada-Mu dan menghormati-Mu sepanjang hidup kami. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Bekerja Dengan Tekun
Oleh Steffi Ann Tabari
- Jangan Memfitnah Dan Menghakimi
Oleh Pr Helfidiana Paris
- Datanglah kepada Allah dan Hormatilah Dia Selama-lamanya
1 Samuel 6:1-3, 5 (BM) Selepas Tabut Perjanjian TUHAN berada di negeri orang Filistin selama tujuh bulan, orang Filistin memanggil para imam dan ahli sihir, lalu bertanya, "Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian TUHAN itu? Jika Tabut itu kita kembalikan ke tempatnya, apakah benda yang patut dikirim bersama-samanya?" Mereka menjawab, "Jangan kembalikan Tabut Perjanjian Allah Israel dengan tidak menyertakan apa-apa persembahan untuk Dia. Tabut itu mesti disertai persembahan untuk menebus dosa kamu. Dengan demikian kamu akan disembuhkan, dan kamu akan mengetahui apa sebabnya Allah Israel terus-menerus menghukum kamu." Kamu mesti membuat tiruan daripada bengkak-bengkak dan tikus yang sedang mengganas di negeri kamu. Dengan demikian kamu memberikan penghormatan kepada Allah Israel. Mungkin Dia akan berhenti menghukum kamu, dewa, dan tanah kamu. Pengajaran/Refleksi Selepas Tabut Perjanjian TUHAN berada di negeri orang Filistin selama tujuh bulan, mereka ingin mengembalikannya ke tempat asalnya dengan disertai persembahan untuk menebus dosa. Dengan persembahan tersebut, mereka akan disembuhkan dan memahami sebab Allah terus menerus menghukum mereka. Menghormati Allah adalah penting agar Dia berhenti menghukum mereka, dewa mereka, dan tanah mereka. Mereka harus memberi persembahan untuk pengampunan dosa dan menghormati-Nya, maka Allah berhenti untuk menghukum mereka. Begitu juga dengan kita hari ini, datanglah kepada Tuhan dalam doa dan ibadah kita. Hormatilah Dia dengan seluruh kehidupan kita sampai selama-lamanya. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya datang kepada-Mu dan menghormati-Mu sepanjang hidup kami. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Dengar
Oleh Anatasia Arine
- Generasi Yang Bangkit Dan Bersinar Untuk Tuhan
Oleh Pr Helfidiana Paris
- Jangan Mempermainkan Hadirat Tuhan
1 Samuel 5:6-12 (BM) Tuhan menghukum penduduk Asdod dengan berat sekali, dan menakutkan mereka. Dia menghukum mereka dan penduduk di daerah sekitar dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka. Ketika mereka nampak apa yang sedang berlaku, mereka berkata, "Allah Israel menghukum kita dan Dagon, dewa kita. Kita tidak boleh membiarkan Tabut Perjanjian itu tinggal di sini lagi." Oleh itu mereka menjemput kelima-lima orang raja Filistin supaya berkumpul, lalu bertanya, "Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian Allah umat Israel itu?" Raja-raja itu menjawab, "Pindahkanlah Tabut itu ke kota Gat." Lalu Tabut itu dipindahkan ke Gat, sebuah kota Filistin yang lain. Tetapi setelah Tabut itu sampai di sana, TUHAN menghukum penduduk kota itu juga dan menimbulkan keadaan yang sangat mencemaskan. TUHAN menghukum semua penduduk dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka, baik orang muda mahupun orang tua. Oleh itu mereka menghantar Tabut Perjanjian ke Ekron, sebuah kota Filistin yang lain lagi. Tetapi apabila Tabut tiba di sana, penduduk kota itu berkata, "Lihatlah, mereka membawa Tabut Perjanjian Allah Israel ke mari untuk membunuh kita semua!" Oleh itu mereka memanggil semua raja Filistin berkumpul, lalu berkata, "Hantarlah Tabut Perjanjian Allah Israel itu ke tempat asalnya, supaya tidak dapat membunuh kami dan keluarga kami." Segenap penduduk kota itu cemas kerana Allah menghukum mereka dengan sangat berat. Orang yang tidak mati, ditimpa penyakit bengkak-bengkak sehingga penduduk kota itu berteriak minta tolong kepada dewa-dewa mereka. Pengajaran/Refleksi Tuhan menghukum orang yang tidak percaya kepada-Nya karena mereka menyimpan Tabut Perjanjian dengan sembarangan, dan Tuhan menghukum mereka dengan penyakit bengkak-bengkak pada tubuh mereka. Mereka menyadari hukuman Allah Israel dan berusaha menghindari hadirat-Nya dengan memindahkan Tabut Perjanjian, tetapi Tuhan tetap menghukum mereka. Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengembalikan Tabut itu ke tempat asalnya supaya Tuhan tidak membunuh mereka. Maknanya bagi kita hari ini: Kuasa Tuhan itu nyata dan tidak boleh dipermainkan. Kita harus menghormati Tuhan dalam hidup kita, sebab Tuhan adalah hidup dan berkuasa. Sembahlah Dia dengan segenap hati dan takutlah akan Dia. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya tidak mempermainkan Engkau dalam kehidupan kami. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Setia
Oleh Pr Jeffery Saint
- Integriti Tanpa Kompromi
Oleh Pr Yusuf Anyi












