top of page

Cari

3266 results found with an empty search

  • Kemahakuasaan Tuhan Ternyata dalam Tabut Perjanjian

    1 Samuel 5:2-5 (BM)Di kota itu, mereka membawa Tabut Perjanjian ke dalam kuil Dagon, dewa mereka. Mereka meletakkan Tabut itu di sisi patung dewa itu. Keesokan paginya, ketika penduduk Asdod pergi ke kuil itu, mereka nampak patung Dagon tertelungkup ke tanah di hadapan Tabut Perjanjian TUHAN. Kemudian mereka mengangkat patung itu dan mengembalikannya ke tempatnya. Pada keesokan harinya, mereka nampak patung itu terjatuh lagi di hadapan Tabut Perjanjian. Kali ini kepala patung itu dan kedua-dua lengannya terpenggal dan terletak di ambang pintu; hanya badan patung itu yang masih utuh. (Itulah sebabnya, hingga sekarang di Asdod para imam Dagon dan semua pemujanya melangkahi ambang pintu kuil Dagon dan tidak menginjaknya.) Pengajaran/Refleksi Kehadiran Tabut Perjanjian Tuhan bagi umat Tuhan pada zaman dahulu sangatlah penting, sebagai lambang kehadiran Tuhan yang nyata. Mereka harus menjaga dan melindunginya dengan penuh kesungguhan. Tanda kemahakuasaan Tuhan melalui Tabut Perjanjian begitu jelas terlihat ketika patung Dagon jatuh tertelungkup di hadapannya. Kali kedua, kepala dan lengan patung itu terpenggal, menunjukkan kekuatan luar biasa dari Tuhan yang hadir dalam Tabut Perjanjian. Maknanya bagi kita hari ini: Kemahakuasaan Tuhan saat ini hadir melalui Roh Kudus yang tinggal di dalam setiap orang percaya (1 Korintus 3:16; 6:19). Tubuh kita adalah tempat kediaman Tuhan, dan kita harus menjaganya dengan baik sebagai tempat tinggal-Nya. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami tentang kemahakuasaan-Mu dalam hidup kami. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Jangan Sampai Keluarga atau Kota Kita Kehilangan Kemuliaan Tuhan

    1 Samuel 4:20-22 (BM) Apabila dia sudah hampir meninggal, wanita-wanita yang menolong dia berkata kepadanya, "Tabahlah! Anakmu lelaki!" Namun dia tidak menjawab atau memperhatikan mereka. Dia menamakan anak itu Ikabod. Katanya, "Israel sudah kehilangan kemuliaan Allah." Dia berkata demikian kerana Tabut Perjanjian sudah dirampas dan bapa mentuanya serta suaminya sudah meninggal. Dia berkata, "Kemuliaan Allah sudah meninggalkan Israel, kerana Tabut Perjanjian Allah sudah dirampas." Pengajaran/Refleksi Menantu Eli, isteri Pinehas, menamakan anaknya Ikabod, bermaksud "Israel sudah kehilangan kemuliaan Allah," kerana Tabut Perjanjian dirampas oleh musuh. Kehilangan Tabut Perjanjian melambangkan hilangnya kehadiran dan kemuliaan Tuhan dari Israel. Seruan Jangan sampai kemuliaan Tuhan hilang dari keluarga atau kota kita kerana kita menjauhkan diri daripada-Nya. Seumpama Tabut Perjanjian yang dirampas oleh musuh, jika kita meninggalkan Tuhan, kita juga kehilangan kehadiran-Nya. Amalkan hubungan yang baik dengan Tuhan setiap waktu. Doa Terima kasih, Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami agar kami tidak menjauhkan diri daripada Engkau. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Jangan Lepaskan Tabut Perjanjian (Tuhan) Daripada Hidupmu

    1 Samuel 4:12-14, 18 (BM) Seorang daripada suku Benyamin lari dari medan peperangan lalu pergi ke Silo. Dia tiba di Silo pada hari itu juga. Dia sudah mengoyak-ngoyakkan pakaiannya dan menaruh tanah di atas kepala sebagai tanda berdukacita. Eli, yang sangat cemas memikirkan keselamatan Tabut Perjanjian itu sedang duduk di atas kerusi di tepi jalan, sambil termenung. Apabila orang itu menyebarkan berita kekalahan Israel di seluruh kota, semua orang menangis dengan kuat. Eli mendengar keriuhan itu, lalu bertanya, "Keriuhan apakah itu?" Sementara itu orang tadi berlari kepada Eli dan menyampaikan berita buruk itu. Apabila orang itu menyebut tentang Tabut Perjanjian, Eli jatuh terlentang dari kerusinya, di tepi pintu gerbang. Dia sangat tua dan gemuk, sehingga apabila dia jatuh lehernya patah. Ketika itu juga dia meninggal. Dia menjadi pemimpin Israel selama empat puluh tahun. Pengajaran/Refleksi Eli sangat cemas memikirkan keselamatan Tabut Perjanjian, lambang kehadiran Tuhan, yang takut akan dirampas oleh musuh. Tabut Perjanjian melambangkan kehadiran dan kekuatan Tuhan bersama mereka. Ketika Eli mendengar bahawa Tabut Perjanjian telah dirampas, dia jatuh dan meninggal kerana kesedihan yang mendalam. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kehadiran Tuhan dalam hidup kita. Seruan Tabut Perjanjian adalah lambang kehadiran Tuhan. Jangan sekali-kali melepaskan kehadiran-Nya daripada hidupmu. Di mana ada Tabut Perjanjian, di sana ada kemenangan, pemulihan, damai sejahtera, dan sukacita. Doa Terima kasih, Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami agar kami tidak menjauhkan diri daripada Engkau. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Iman Dan Perbuatan

    Oleh Pr Yusuf Anyi

  • Kehadiran Tabut Perjanjian (Tuhan) Memberi Kemenangan

    1 Samuel 4:7-9, 11 (BM) Mereka menjadi takut. Mereka berkata, "Ada dewa datang ke perkhemahan mereka! Celakalah kita! Belum pernah kita mengalami perkara seperti ini! Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada dewa-dewa yang kuat itu? Dewa-dewa itulah yang telah membinasakan orang Mesir di padang gurun dahulu. Jangan takut, hai tentera Filistin! Berperanglah seperti lelaki! Jika tidak, kita akan menjadi hamba orang Ibrani seperti mereka dahulu menjadi hamba kita. Oleh itu berperanglah dengan gagah berani!" Tabut Perjanjian Allah dirampas oleh musuh, dan kedua-dua orang anak Eli, Hofni dan Pinehas terbunuh. Pengajaran/Refleksi Di mana pun keberadaan Tabut Perjanjian, di situ terdapat kemenangan. Walaupun dalam pertempuran ini Tabut Perjanjian dirampas dan anak-anak Eli terbunuh, kekuatan umat Tuhan tetap nyata, begitu luar biasa sehingga musuh pun melihat mereka seperti "dewa-dewa yang kuat." Tabut Perjanjian adalah lambang kehadiran Tuhan. Di mana pun Tabut itu berada, kemenangan akan menyertai umat Tuhan. Oleh itu, jangan menjauh dari Tuhan, sebab Dia yang memberikan kekuatan dan kemenangan kepada kita. Seruan Kehadiran Tuhan adalah sumber kekuatan dan kemenangan bagi kita. Jangan pernah menjauh dari-Nya! Doa Terima kasih TUHAN, atas Firman-Mu yang mengajarkan kami untuk tidak menjauhkan diri dari-Mu. Bimbinglah kami agar selalu mentaati kehendak-Mu. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Firman Tuhan Tidak Boleh Dirahasiakan

    1 Samuel 3:17-21 (BM) Eli bertanya, "Apakah yang difirmankan TUHAN kepadamu? Ceritakanlah segalanya kepadaku. Jika ada sesuatu yang engkau rahsiakan, tentu engkau akan dihukum dengan berat oleh Allah." Oleh itu Samuel menceritakan segala-galanya. Dia tidak merahsiakan apa-apa pun. Kemudian Eli berkata, "Dialah TUHAN; biarlah Dia melakukan apa yang dianggap-Nya baik." Samuel bertambah besar. TUHAN menyertai dia dan membuat segala yang dikatakan Samuel benar-benar berlaku. Maka segenap umat Israel dari seluruh negeri itu mengakui bahawa Samuel ialah nabi TUHAN. TUHAN terus menampakkan diri di Silo. Di situlah Dia telah menampakkan diri kepada Samuel dan berfirman kepadanya. Pengajaran/Refleksi Tuhan telah berfirman kepada kita mengenai segala hal, baik yang ada di bumi maupun di Syurga, terutama tentang jalan keselamatan bagi seluruh umat manusia. Firman-Nya merupakan petunjuk hidup kita hari ini, menyampaikan keselamatan melalui Yesus Kristus. Yesus adalah jalan, kebenaran, dan hidup. Barang siapa yang percaya kepada-Nya akan memperoleh hidup yang kekal, dan yang tidak percaya akan dihukum (Yohanes 14:6; 3:16). Yesus adalah satu-satunya jalan menuju Bapa. Seruan Kabar baik ini tidak boleh dirahasiakan. Kita harus memberitakan Firman Tuhan kepada seluruh umat manusia. Segala yang difirmankan Tuhan pasti akan terjadi, maka kita harus percaya kepada Firman-Nya dan menyebarkan kabar baik ini. Doa Terima kasih TUHAN, atas Firman-Mu yang mengajarkan kami agar tidak menyembunyikan kabar baik-Mu kepada umat manusia. Bimbinglah kami agar selalu mentaati kehendak-Mu. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Belajar Untuk Mengenal Suara Yang Memanggilmu

    1 Samuel 3:2-6 (BM) Pada suatu malam, Eli yang sudah sangat tua dan hampir buta, sedang tidur di biliknya. Pada masa itu Samuel tidur di dalam rumah TUHAN, tempat letaknya Tabut Perjanjian Allah. Sebelum fajar, ketika pelita di atas mazbah masih menyala, TUHAN memanggil Samuel. Samuel menjawab, "Ya tuan!" Kemudian dia lari kepada Eli dan berkata, "Tuan memanggil saya, lalu saya datang." Tetapi Eli menjawab, "Aku tidak memanggil engkau. Pergilah tidur." Lalu Samuel pergi tidur semula. Kemudian TUHAN memanggil Samuel lagi. Samuel tidak tahu bahawa yang memanggilnya itu TUHAN, kerana belum pernah TUHAN berfirman kepadanya. Oleh itu dia bangun dan pergi kepada Eli, dan berkata, "Tuan memanggil saya, lalu saya datang." Tetapi Eli menjawab, "Aku tidak memanggil engkau, anakku. Pergilah tidur." Pengajaran/Refleksi Dalam cerita ini, Samuel tidak dapat mengenal suara TUHAN pada awalnya, dan mengira itu suara Eli. Meskipun dia tinggal bersama Eli untuk beberapa lama, Samuel memerlukan beberapa kali panggilan dari TUHAN untuk akhirnya mengenali-Nya. Pengajaran bagi kita adalah untuk belajar membezakan suara yang berbicara kepada kita—apakah itu suara dunia atau suara TUHAN. Bagi orang percaya, suara TUHAN datang dari dua sumber utama: TUHAN sendiri dan Firman-Nya yang tertulis dalam Alkitab. Itu sebabnya kita sering mendengar istilah "Alkitabiah," yang menandakan sesuatu yang berasal dari TUHAN. Sebaliknya, suara yang bukan daripada TUHAN adalah "bukan Alkitabiah." Mari kita belajar mengenal suara TUHAN, kerana suara yang bukan daripada-Nya akan menyakitkan kita, tetapi suara TUHAN akan membawa sukacita dan damai sejahtera. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami untuk mengenal suara-Mu. Ajarilah kami untuk selalu mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati kami umat-Mu secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Ciptaan Baru

    Oleh Chan Mei Yee

  • Akibat Daripada Menghina Tuhan

    1 Samuel 3:12-14 (BM) Pada hari itu Aku akan melaksanakan segala ancaman-Ku terhadap keluarga Eli, dari mula sampai akhir. Aku sudah memberitahu dia bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya, kerana anak-anaknya telah menghina Aku. Eli tahu akan perbuatan mereka itu, tetapi dia tidak melarang mereka. Oleh itu Aku bersumpah kepada keluarga Eli, bahawa untuk selama-lamanya tiada korban atau persembahan apa pun yang akan dapat menghapuskan dosa yang dahsyat itu." Pengajaran/Refleksi Sebagai pengajaran bagi kita hari ini daripada keluarga Eli, kita diajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dengan tidak melarang anak-anak atau ahli keluarga kita ketika mereka melakukan dosa. Apa akibatnya? Tuhan telah memberitahu Eli bahawa Dia akan mengancam keluarganya dari mula sampai akhir, tetapi Eli tidak memperdulikannya dan tidak bertindak terhadap anak-anaknya. Akibatnya, Tuhan bersumpah kepada keluarga Eli bahawa tiada korban atau persembahan apa pun yang akan dapat menghapuskan dosa mereka untuk selama-lamanya. Seruan Sebagai ibu bapa dan pemimpin, kita harus mengingatkan dan melarang anak-anak serta ahli keluarga kita agar tidak menghina Tuhan, Allah yang hidup. Tindakan ini bukan hanya untuk melindungi mereka tetapi juga untuk menjaga hubungan kita dengan Tuhan. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya tidak menghina-Mu. Ajarilah kami untuk senantiasa mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati kami umat-Mu secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Berdepan Dengan Ketakutan

    Oleh Jennifea Victor

  • Allah Memilih Orang yang Melayani-Nya

    1 Samuel 2:35-36 (BM) Aku akan memilih seorang imam yang setia kepada-Ku dan yang melakukan segala perintah-Ku. Aku akan memberi dia keturunan yang sentiasa bertugas sebagai imam kepada raja yang Aku pilih. Setiap keturunanmu yang masih hidup akan pergi kepada imam itu untuk minta wang dan makanan. Dia akan memohon supaya dibenarkan membantu para imam untuk mendapat makanan biar hanya sesuap. Pengajaran/Refleksi Allah memilih orang yang setia kepada-Nya untuk melakukan segala perintah-Nya. Jika saudara dan saudari dipilih oleh TUHAN untuk melakukan kehendak-Nya, baik menjadi Pekerja Penuh Masa, atau sebagai Pemimpin dan pelayanan-pelayan-Nya, lakukanlah tugasmu dengan setia. SAUDARA DALAM TUHAN YESUS KRISTUS, KETAHUILAH BAHWA TUHAN MEMILIH KITA UNTUK MENJADI PEKERJA-NYA UNTUK MELAKUKAN KEHENDAK-NYA DALAM KEHIDUPAN KITA. SETIALAH KEPADA TUHAN DALAM PELAYANAN KITA SAMPAI SELAMANYA. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya kami tetap melayani-Mu sepanjang hidup kami. Ajarilah kami untuk mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

bottom of page