Support Us
Support Us
Cari
3267 results found with an empty search
- Proses Lebih Penting Dari Hasil
Oleh Tama Eka Prasetya
- Lebih Hebat Dari Sebelumnya
Oleh Pr Derwin Philip
- Tuhan Akan Melindungi Umat-Nya yang Setia
1 Samuel 2:9-10 (BM) Dia melindungi hidup umat-Nya yang setia, tetapi orang jahat binasa dalam gelap gelita. Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat berjaya. Musuh-musuh TUHAN akan binasa; Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka. TUHAN akan menghakimi seluruh dunia; Dia akan memberikan kuasa kepada raja, Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya. Pengajaran/Refleksi TUHAN akan melindungi umat-Nya yang setia, tetapi orang jahat akan binasa. TUHAN akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka yang jahat. TUHAN memberikan kuasa kepada raja pilihan-Nya dan memberikan kemenangan kepadanya. Begitu juga dengan kita, TUHAN akan memberikan perlindungan dan kemenangan kepada umat-Nya yang setia kepada-Nya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya kami tidak sombong. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit
- Tetap Bersemangat Menjalani Hidup
Oleh Elesca Makaji
- Apa Kehendak Yesus
Oleh Pr Cyril Boniface
- Tuhan Boleh Melakukan Apa Saja yang Dia Suka
1 Samuel 2:6-8 (BM) TUHAN mematikan manusia, Dia juga menghidupkan mereka. Dia menghantar manusia ke dunia orang mati, dan Dia juga membawa mereka kembali. TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa, dan menjadikan yang lain kaya. Dia merendahkan sebilangan orang, dan meninggikan yang lain. Dia mengangkat orang miskin daripada penderitaan, Dia membebaskan orang hina daripada kesengsaraan. Mereka dijadikan kawan bangsawan yang berdarjat, dan diberikan tempat yang terhormat. Asas bumi adalah kepunyaan TUHAN, di atas asas itu, Dia mendirikan dunia. Pengajaran/Refleksi TUHAN boleh melakukan apa saja yang DIA suka. Dia adalah Allah yang Maha Kuasa: TUHAN mematikan dan menghidupkan manusia. DIA menghantar manusia ke dunia orang mati, dan juga membawa mereka kembali. TUHAN juga menyebabkan sebilangan orang papa (tersangat miskin), dan menjadikan yang lain menjadi kaya. Dia juga mengangkat orang miskin daripada penderitaan, dan Dia juga membebaskan orang hina daripada kesengsaraan. Maka dengan itu, takutlah kepada TUHAN dan percaya serta berharaplah hanya kepada-Nya. Jangan sombong!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya kami tidak sombong. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit
- Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tahu
1 Samuel 2:2-5 (BM) Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN; Dia tidak ada tandingan; hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan. Hentikanlah cakap besarmu, jangan keluarkan cakap angkuh. Oleh sebab TUHAN itu Allah Yang Maha Tahu, Dia menghakimi segala perbuatan orang. Busur askar yang perkasa sudah patah, tetapi orang yang lemah menjadi perkasa. Orang yang dahulu kenyang, sekarang harus bekerja untuk mencari makan; tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang. Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak, tetapi ibu yang mempunyai banyak anak, ditinggalkan dan dibiarkan merana. Pengajaran/Refleksi TUHAN Allah kita Maha Suci. Tidak ada sesiapa pun seperti DIA dan tidak ada tandingan-Nya. Hanya DIA yang dapat memberikan pertolongan bagi kita umat-Nya. Makanya, apabila engkau mencari tempat berlindung, carilah TUHAN Allah kita. Hai manusia, hentikanlah cakap besarmu. Jangan sombong atau angkuh! Sebab TUHAN Allah kita Maha Tahu yang menghakimi segala perbuatan semua orang, sama ada percaya kepada-Nya atau tidak. Orang yang lemah akan menjadi perkasa. Orang yang dahulu kenyang sekarang boleh menjadi lapar, dan yang dahulu lapar sekarang menjadi kenyang. Begitu juga isteri yang mandul akan melahirkan tujuh orang anak, tetapi ibu yang mempunyai banyak anak akan ditinggalkan dan dibiarkan merana. Maka, kita harus sentiasa bersyukur dan jangan sekali-kali menjadi sombong! Segala sesuatu ada musimnya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami tidak sombong. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit
- Tuhan Sumber Sukacita
1 Samuel 2:1 (BM) Kemudian Hana berdoa, "TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku." Pengajaran/Refleksi Pada waktu kita susah atau sedih, dan bahkan pada waktu senang, TUHAN pasti melihat. TUHAN menggembirakan hati kita, dan alangkah bahagianya kita kerana apa yang sudah TUHAN lakukan bagi kita. Kita bersyukur kepada TUHAN kerana telah mendengar doa kami. Engkau membuat kami tertawa terhadap musuh kami dan memberi kami sukacita yang luar biasa. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit
- Kesempatan Sebelum Waktunya
Oleh Tom Morris Jambi
- Generasi Badai
Oleh Pr Sam Surendran
- Hana Melakukan Apa Yang Dia Telah Janjikan
1 Samuel 1:26-28 (BM) Hana berkata kepada Eli, "Tuan, masih ingatkah tuan akan saya? Sayalah perempuan yang tuan nampak berdiri di sini dahulu, yang berdoa kepada TUHAN. Saya minta anak ini daripada TUHAN, dan Dia sudah mengabulkan permintaan saya. Oleh itu saya menyerahkan anak ini kepada TUHAN. Anak ini akan menjadi milik TUHAN seumur hidupnya." Selepas itu mereka beribadat kepada TUHAN di situ. Pengajaran/Refleksi Oleh kerana TUHAN telah mengabulkan doa Hana, iaitu ketika dia meminta anak daripada TUHAN, TUHAN menjawab doanya. Maka dengan itu, dia menyerahkan anaknya yang bernama Samuel kepada TUHAN seperti janji yang disebutnya kepada TUHAN. Anak itu akan menjadi milik TUHAN seumur hidupnya. Apakah saudara-i telah melakukan sesuatu yang telah saudara janjikan? Jika belum, lakukanlah sekarang. TUHAN pasti memberkati apa yang kita lakukan dengan sepenuhnya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit
- Kesusahan & Peluang
Oleh Pak Tang Hock Men












