top of page

Cari

3267 results found with an empty search

  • Keputusan yang Salah Membawa Padah

    Teks Hakim-Hakim 11:35-37, 39 (BM) Ketika Yefta nampak anaknya, dia mengoyak-ngoyakkan pakaiannya kerana dukacita. Katanya, "Aduh anakku, hancurlah hatiku! Mengapakah harus anakku yang menjadikan hatiku pedih? Aku telah bersumpah kepada TUHAN dan aku tidak dapat memungkiri janjiku!" Anaknya menjawab, "Jika ayah telah bersumpah kepada TUHAN, lakukanlah apa saja terhadap diri saya untuk memenuhi janji ayah itu. TUHAN telah memperkenankan ayah membalas dendam terhadap orang Amon, musuh ayah itu." Anak perempuan itu berkata lagi kepada bapanya, "Saya cuma mohon satu hal: Berilah saya masa dua bulan, supaya saya dapat mengembara di pergunungan bersama dengan sahabat-sahabat saya. Di sana saya akan bersedih kerana saya mesti meninggal ketika masih dara." Selepas dua bulan, dia kembali kepada bapanya, lalu bapanya melakukan apa yang telah dijanjikannya kepada TUHAN. Oleh itu anak perempuannya meninggal ketika masih dara. Pengajaran/Refleksi Yefta mengoyakkan pakaiannya kerana dukacita melihat anak perempuannya yang menyambut dia pulang dari berperang. Dia berdukacita kerana telah berjanji atau bersumpah kepada TUHAN bahawa orang yang pertama menyambut dia akan menjadi korban kepada TUHAN. Anak perempuan Yefta memberitahu ayahnya bahawa dia rela menyerahkan tubuhnya untuk menjadi korban. Anaknya berkata, "Jika ayah telah bersumpah kepada TUHAN, lakukanlah apa saja terhadap diri saya untuk memenuhi janji ayah itu. TUHAN telah memperkenankan ayah membalas dendam terhadap musuh ayah itu." DALAM FIRMAN TUHAN INI, YEFTA HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI, ASAL DIA PUAS MENGALAHKAN MUSUHNYA. DIA TIDAK MENGIRA AKIBAT DARIPADA PERJANJIAN YANG DIBUATNYA DENGAN TUHAN, SEHINGGA ANAK KESAYANGANNYA MENJADI KORBAN. MAKA ITU KITA HARUS BERHATI-HATI SEBELUM MEMBUAT SUATU PERJANJIAN DENGAN TUHAN ATAUPUN MANUSIA. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami tidak membuat perjanjian terlalu cepat tanpa berdoa atau berfikir panjang terlebih dulu, supaya tidak mengorbankan orang lain untuk kepuasan diri kami. Hamba berdoa kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 35: Janji-Janji Iman

    Kitab Suci: Ibrani 11:39-40 Renungan: Dalam Ibrani 11:1, iman ditakrifkan sebagai “...kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan...”. Iman ini berbeza dengan kepercayaan-kepercayaan duniawi, dan terbina atas pengharapan dan janji-janji yang disebut dalam fasal-fasal yang sebelumnya. Maka, iman itu datang daripada Tuhan dan berakar umbi dalam Firman Tuhan dan janji-janji. Ia bermula dengan wahyu Tuhan, arahan, panggilan, dan janji-janji, dan kemudian diikuti oleh “keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat” yang diteladani oleh ketaatan dan ketekunan kita sebagai ungkapan iman kita. Tuhan tidak hanya menjanjikan kehidupan kepada kita tetapi juga kehidupan yang berkelimpahan. Kehidupan berkelimpahan ini pada asasnya berkait rapat dengan iman yang kita pegang kepada Tuhan. Iman kita seharusnya tidak kaku pada tingkat yang sekadar “percaya kepada Tuhan” tetapi harus maju untuk “percaya bahawa Tuhan memberi ganjaran kepada sesiapa yang mencari Dia.” Paulus mengatakan, “Yesus adalah ‘ya’ bagi semua janji Allah.” (2 Korintus 1:20) Sudahkah kamu mencari Tuhan? Adakah kamu yakin bahawa janji-janji-Nya akan digenapi? Sejauh manakah nilai yang kamu letakkan bagi janji-janji Tuhan? Wira-wira iman telah menjalani kehidupan yang luar biasa, mereka dengan teguh percaya bahawa Tuhan tidak akan gagal memberikan ganjaran kepada mereka. Hari ini, Tuhan masih mencari bejana-bejana yang boleh Dia gunakan. Dia menginginkan untuk campur tangan dalam kehidupan kita, supaya janji-janji-Nya dinyatakan dalam kita ketika Dia melaksanakan pekerjaan-Nya yang indah. Orang-orang yang rohani sangat diperlukan segera untuk menjalankan kuasa Tuhan yang berpengaruh pada masa yang genting ini. Adakah kamu sudi untuk mempercayakan pemilikan kehidupan kamu kepada Tuhan dan menjadi bejana iman bagi generasi ini? Doa: Tuhan, kurniakanlah kami iman yang melampaui batas tembok pemahaman kami. Kami percaya kepada Tuhan dan kami juga percaya bahawa Engkau memberi ganjaran kepada orang yang mencari Engkau. Mampukan kami untuk bertekun dalam iman dan untuk menyenangkan Engkau sampai pada hari kami berdiri dengan penuh kebanggaan di alam syurgawi bersama dengan wira-wira iman, menerima hal-hal yang lebih baik yang tersedia bagi kami (lihat ayat 40). Dalam nama Yesus, Amin. Berdoa agar Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri berjaya menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur, mengekalkan pelaburan sedia ada serta menarik syarikat asing yang berkualiti dan bernilai tinggi. Berdoa agar kita, sebagai Gereja, menjadi pelabur yang baik semasa kita menjalankan perniagaan untuk Kerajaan Tuhan di bumi, dan kita akan tahu di mana untuk menabur dengan murah hati dan di mana untuk menuai hasil. Berdoalah agar setiap gereja akan mengalami pertumbuhan dan penggandaan di mana mereka telah melabur. Pr Grace Lee

  • Berdoa Terlebih Dahulu Sebelum Membuat Perjanjian Atau Bertekad

    Teks Hakim-Hakim 11:30-31, 34-35 (BM) Yefta berjanji kepada TUHAN, katanya, "Jika TUHAN membenarkan aku mengalahkan orang Amon, aku akan mempersembahkan orang yang pertama-tama keluar dari rumahku untuk menyambut aku, sekembalinya aku dari peperangan. Aku akan mempersembahkan orang itu kepada TUHAN sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN." Apabila Yefta kembali ke Mizpa, anak perempuannya datang menyambut dia, sambil menari dan memukul tamburin. Dia anak tunggal Yefta. Ketika Yefta nampak anaknya, dia mengoyak-ngoyakkan pakaiannya kerana dukacita. Katanya, "Aduh anakku, hancurlah hatiku! Mengapakah harus anakku yang menjadikan hatiku pedih? Aku telah bersumpah kepada TUHAN dan aku tidak dapat memungkiri janjiku!" Pengajaran/Refleksi Orang yang telah berjanji dengan TUHAN harus melakukan perjanjian tersebut, seperti Yefta yang berjanji, "bahawa dia akan mempersembahkan orang yang pertama-tama dari rumahnya untuk menyambut dia sekembaliknya dari berperang. Pada waktu itu, anak perempuannya keluar untuk menyambut dia. Dia tidak dapat membatalkannya, oleh kerana dia telah berjanji demikian. Lebih baik berdoa terlebih dahulu, bertanya kepada TUHAN apa yang perlu dilakukan. Jangan membuat perjanjian tanpa berfikir panjang ataupun berdoa terlebih dulu, supaya tidak menyesal kemudian harinya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami tidak membuat perjanjian terlalu cepat tanpa berdoa atau berfikir panjang terlebih dulu. Hamba berdoa kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 34: Kepastian Iman

    Kitab Suci: Ibrani 11:1 Renungan: Kita memerlukan iman sebelum kita dapat berharap untuk masuk ke kerajaan Tuhan. Kita juga perlu bertumbuh dan maju dalam hidup. Seperti yang Paulus katakan, iman kita berasal daripada iman dan untuk iman. Oleh itu, bagaimana menjalani kehidupan beriman merupakan sebuah pelajaran yang harus terus kita pelajari sepanjang hidup kita. Iman ialah kemampuan rohani yang diberikan Tuhan kepada kita. Seperti mana lima deria yang kita miliki memungkinkan kita untuk melihat, iman adalah organ rohani yang dianugerahkan oleh Tuhan yang membolehkan kita berhubung dengan-Nya. Iman ini memerlukan latihan dan pertumbuhan yang berterusan agar kita dapat memahami isu-isu kerohanian dan dengan teguh menempuh jalan iman. Pancaran terang Firman Tuhan memang dapat menguatkan iman kita, menghindarkan kita daripada meraba-raba dalam kegelapan. Hal ini memungkinkan iman batin kita untuk terus dilatih, sehingga membolehkannya berfungsi secara berkesan. Dunia ini dipenuhi dengan hal-hal yang mempesona dan memikat, dan tanpa bimbingan Firman Tuhan, bagaimanakah kita dapat memiliki hati yang dibebaskan dan taat kepada Roh Kudus? Ketika kita berlatih dan berserah diri dalam berpuasa dan berdoa, kiranya Tuhan memperluaskan visi rohani kita, memampukan kita untuk mendapatkan penerobosan yang diperbaharui dalam perjalanan rohani kita. Semoga kita bersedia menerima cabaran yang mengagumkan yang Tuhan masih adakan untuk kita. Doa: Ya Tuhan, tolonglah kami berjalan dalam pimpinan-Mu dengan iman. Biarlah kami memanfaatkan janji-janji Firman-Mu, mengatasi semua serangan musuh dengan iman, dan tampil sebagai pemenang! Dalam nama Yesus, kami berdoa. Amin! Berdoa agar penyampaian dan penyebaran maklumat akan berkesan dan memuaskan di bawah Kementerian Komunikasi, serta berita yang tidak sahih dan komunikasi palsu akan dibanteras. Berdoa agar Roh Kudus memperkasakan setiap gereja semasa mereka menyampaikan Injil supaya ia menjadi jelas, tepat pada masanya, relevan, dan tanpa kompromi. Berdoalah agar Injil yang diberitakan akan menjangkau hati dan jiwa ramai orang. Pr Grace Lee

  • Telah Di Buang Ambil Kembali

    Teks Hakim-Hakim 11:1-2, 5-7 (BM) Yefta, orang Gilead, ialah seorang askar yang berani. Bapanya bernama Gilead, tetapi ibunya seorang pelacur. Gilead mempunyai anak-anak lain daripada isterinya yang sah. Setelah anak-anaknya itu dewasa, mereka mengusir Yefta dari rumah. Mereka berkata, "Engkau tidak akan mewarisi apa-apa daripada ayah kami, kerana engkau anak daripada perempuan lain." Ketika kejadian itu berlaku, para pemimpin Gilead menjemput Yefta kembali dari wilayah Tob. Mereka berkata kepadanya, "Jadilah panglima kami supaya kami dapat melawan orang Amon." Tetapi Yefta menjawab, "Tidakkah kamu membenci aku? Kamu mengusir aku dari rumah bapaku. Mengapakah sekarang, pada masa kesusahan, kamu datang kepadaku?" Pengajaran/Refleksi Kadang-kadang, kita juga mengalami pengalaman seperti yang dialami oleh Yefta, dihalau oleh ahli keluarganya dari rumah bapanya. Pada waktu orang senang, kadang-kadang kita diusir atau dibuang, tetapi pada waktu susah, orang mahu menggunakan kehidupan kita. Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya kita tetap bersabar, sekiranya perkara ini berlaku terhadap kita. Tuhan pasti akan menyediakan segala sesuatu yang terbaik bagi kita yang percaya kepada-Nya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami, supaya kami tetap sabar sekiranya kami ditolak oleh orang lain. Hamba berdoa kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 33: Orang yang Dunia Tidak Layak

    Kitab Suci: Ibrani 11 Renungan: Ibrani 11 memiliki daftar panjang nama orang-orang yang penuh iman, yang hidupnya bersinar dengan kecemerlangan keyakinan mereka. Kesaksian kemenangannya dinyatakan dalam sejarah Alkitab. Oleh itu, kita harus selalu ingat, “Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat.” (Ibrani 11:1) Beberapa kisah wira-wira iman ini mungkin sudah tidak asing lagi bagi kita. Kami amat mengagumi mereka dan kehidupan mereka yang luar biasa. Penulis kitab Ibrani mengibaratkan kehidupan kita di dalam Kristus seperti sebuah perlumbaan, di mana mereka yang telah masuk syurga mengawasi kita saat kita berlari. Para saksi, yang banyaknya bagaikan awan, akan terus memberikan kesaksian kepada kita sehingga kita mencapai garis penamat yang menanti kita di atas. Dengan iman, sudikah kita melepaskan berbagai-bagai beban dan membuang dosa-dosa yang mudah menjerat kita? Dengan iman, semoga kita bertekun dan berlari dalam perlumbaan yang diwajibkan bagi kita. Dengan iman, sudikah kita memilih jalan sempit yang berkenan kepada Tuhan? Adakah kita bersedia untuk tunduk kepada kehendak Tuhan, dan menganggap kegiatan duniawi hanya sekadar debu? Adakah kita sungguh-sungguh mencari kerajaan Tuhan dan kebenaran-Nya? “Orang yang dunia tidak layak” tidak hanya mencakup mereka yang disenaraikan dalam Daftar Senarai Iman tetapi juga individu-individu pada zaman ini yang sudi mengetepikan keperluan dan keinginan mereka sendiri, memilih untuk berfokus pada Tuhan dan berkomitmen kepada Kristus. Diberkatilah anda ketika menjadi salah seorang mereka ini! Doa: Ya Tuhan, kami berdoa agar kami dapat mempunyai lebih lagi daripada Engkau dalam hidup kami. Kiranya kami melihat sekilas kemuliaan-Mu. Biarlah pancaran kasih-Mu, kasih pengorbanan-Mu, dan misi Injil yang Engkau percayakan kepada kami, menjadi fokus hidup dan rencana kami. Kiranya kami dapat menghidupi penentuan yang Engkau berikan kepada kami dengan mengikuti tuntunan dan bimbingan-Mu. Dalam nama Yesus, kami berdoa. Amin! Berdoa agar Kementerian Perladangan dan Komoditi mengurus pembangunan perladangan komoditi seperti kelapa sawit, getah, kayu, dan koko dengan baiknya. Berdoa agar Gereja akan berkembang seperti pokok palma, dan tumbuh seperti pohon aras di Lebanon, dan, sebagai tanaman di rumah Tuhan, kita akan bertumbuh subur, berbuah, dan kekal segar dan hijau. Pr Grace Lee

  • Bertaubatlah dan Buanglah Berhala yang Ada Padamu

    Hakim-Hakim 10:10-16 (BM) Kemudian umat Israel berseru kepada TUHAN. Mereka berkata, “Kami telah berdosa terhadap-Mu, ya Allah, kerana kami meninggalkan Engkau lalu menyembah dewa-dewa Baal.” TUHAN menjawab umat Israel, “Orang Mesir, Amori, Amon, Filistin, Sidon, Amalek, dan Maon telah menindas kamu pada masa yang lalu, dan kamu telah berseru kepada-Ku. Tidakkah Aku menyelamatkan kamu daripada kuasa mereka? Tetapi meskipun begitu, kamu masih juga meninggalkan Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang Aku tidak mahu menyelamatkan kamu lagi. Pergilah minta tolong kepada dewa-dewa yang telah kamu pilih itu. Biarlah dewa-dewa itu menyelamatkan kamu apabila kamu dalam kesusahan." Tetapi umat Israel berkata kepada TUHAN, "Kami telah berdosa. Lakukanlah apa saja kepada kami, asal Engkau menolong kami hari ini.” Kemudian mereka membuang semua patung berhala, lalu menyembah TUHAN. Maka Dia pun terharu melihat kesusahan yang dialami oleh umat Israel. Pengajaran/Refleksi Pertobatan yang sungguh adalah kunci, Allah mendengar seruan kita. 1. Kita harus berseru kepada Allah mohon pertolongan daripada-Nya, dan jika kita telah berdosa terhadap-Nya, kita harus mengaku dosa kepada-Nya mohon pengampunan. 2. Jika dalam kehidupan saudara masih ada sesuatu yang saudara sembah, ia harus dibuang daripada kehidupan saudara, dan sembahlah TUHAN yang Maha Kuasa dan yang hidup. Maka Dia akan terharu melihat kesusahan yang sedang saudara alami dan Dia akan membebaskan saudara. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami bertobat dengan sesungguhnya. Hamba berdoa kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 32: Janganlah Buangkan Keyakinan Anda

    Kitab Suci: Ibrani 10:26-39 Renungan: Penulis Kitab Ibrani menyampaikan mesej, “Janganlah buangkan keyakinan” kepada orang-orang percaya masa kini yang sedang menghadapi pencubaan dan penganiayaan yang besar. Dalam masa pencubaan, ada yang mungkin mundur sementara yang lain mungkin lemah, ada yang tetap teguh bersandar pada Tuhan, sementara yang lain mungkin menunjukkan belas kasihan dengan menemani mereka yang menderita. Mereka yang dengan berani mengandalkan Tuhan dan mempertahankan pola fikir yang teguh sering kali harus mengerahkan lebih banyak upaya serta membayar harga yang tinggi dalam menghadapi pengawasan, cemuhan, dan penyalahfahaman oleh orang lain. Melalui orang-orang percaya seperti itulah Tuhan menyelesaikan pekerjaan-Nya yang indah. Pandemik COVID-19 yang terjadi sekali dalam satu abad telah menguji kita. Sejauh manakah kita sudi untuk melangkah maju membantu orang lain atau menjadi berkat bagi mereka sambil berusaha mencegah daripada dijangkiti? Dapatkah kita juga menjaga hati yang gagah berani sambil memberitakan Injil dengan mengesampingkan kesombongan kita dan dengan berani melibatkan diri dengan orang lain? Ketika kita berdoa dan memohon kebangunan rohani, Tuhan menunggu anak-anak-Nya dengan berani mengongsikan Injil-Nya. Kiranya Dia menolong kita untuk melihat orang lain bukan dengan mata kita sendiri melainkan melalui mata-Nya. Semoga kita memanfaatkan setiap kesempatan untuk mengongsikan berita baik kepada mereka dengan keyakinan. Selama 40 hari puasa dan doa ini, semoga kita menjangkau rakan-rakan yang belum percaya dan marilah kita mengongsikan Injil yang luar biasa ini kepada mereka tanpa rasa takut! Ingatlah: Setiap orang memerlukan Tuhan! Doa: Ya Tuhan, terima kasih kerana mengingatkan kami bahawa, selain berdoa, kami harus mengambil tindakan dan memberi kepada pekerjaan-Mu melalui pemberitaan Injil dengan hati yang tidak tergoncangkan dan berani. Tolonglah kami untuk dengan berani mengongsikan berita baik dengan ketekunan. Dalam nama Yesus, kami berdoa. Amin! Berdoa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memiliki pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam pengaturan harga dan kawalan barangan, dan hak pengguna akan dipelihara dan diutamakan. Berdoa agar Tuhan menyentuh ramai usahawan Kristian untuk melihat perniagaan mereka sebagai satu cara untuk melayani Tuhan dan Kerajaan-Nya, dan agar mereka didorong oleh agenda penyelamatan jiwa dan pemuridan. Berdoa agar kualiti produk dan perkhidmatan mereka memberi kesaksian akan kebesaran dan kebaikan Tuhan. Pr Grace Lee

bottom of page