Support Us
Support Us
Cari
3267 results found with an empty search
- Peranan Gereja Menanti Akhir Zaman - Sesi 5
Oleh Pr Pudun Padan
- DOA NECF Hari 31: Ketekunan Dalam Keikhlasan dan Iman
Kitab Suci: Ibrani 10:1-25 Renungan: Yesus Kristus mempersembahkan diri-Nya sekali dan untuk selama-lamanya dan menjadi penebusan dosa yang kekal. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan Tuhan, di mana Dia menunggu musuh-musuh-Nya dijadikan tumpuan kaki-Nya. Kadang-kadang mungkin kerana kelemahan dalam kehidupan kita, kita teragak-agak untuk mencari Tuhan. Walau apa pun yang terjadi, yang perlu kita ketahui adalah bahawa Tuhan tidak mengingati kesalahan kita! Malah, Dia sangat rindu agar kita mencari Dia. Melalui darah Yesus yang berharga dan pengorbanan-Nya, Dia telah membuka jalan baru dan hidup bagi kita, memungkinkan kita dengan penuh yakin masuk ke hadirat-Nya. Marilah kita mendekatkan diri kepada Tuhan dengan hati yang ikhlas dan penuh keyakinan. Marilah kita berpegang teguh pada pengharapan yang kita percaya tanpa ragu-ragu, kerana Dia yang berjanji adalah setia. Dalam masa kesukaran, kita tidak perlu bimbang kerana kita dapat mengalahkan musuh melalui Yesus. Tambahan pula, marilah kita saling memperhatikan, membangkitkan kasih dan perbuatan baik, saling mendorong, dan memelihara persekutuan dalam Tuhan, terlebih lagi menjelang hari Kristus. Tidak ada seorang pun yang dapat menentang anak-anak Tuhan, kerana Yesus telah mengorbankan diri-Nya bagi kita. Tiada seorang pun dapat menuduh orang-orang pilihan Tuhan, kerana Dia telah mengisytiharkan mereka orang yang benar. Tiada seorang pun dapat mengutuk anak-anak Tuhan, kerana Yesus telah menyelesaikan pekerjaan besar penebusan. Haleluya! Doa: Ya Tuhan, kiranya kami, dengan keikhlasan dan iman, mencari wajah-Mu dengan tekun. Kami sangat yakin bahawa Engkau akan mendukung dan menguatkan kami, serta memampukan kami untuk meraih kemenangan tanpa mengira apa pun keadaan yang kami hadapi. Amin! Berdoa agar Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan peranan mereka dengan berkesan dalam memastikan ketenteraman awam dan sosial. Berdoalah agar mereka mempunyai kawalan yang baik terhadap pekerja asing di negara kita. Berdoa untuk pengampunan Tuhan bagi perpecahan gereja yang menyebabkan luka dan perpisahan dalam Tubuh Kristus. Berdoa untuk perdamaian dan pemulihan hubungan baik dan iman di kalangan mereka yang terluka. Pr Grace Lee
- Penyertaan Tuhan
Oleh Camelia
- DOA NECF Hari 30: Khemah yang Sejati
Kitab Suci: Ibrani 9:11; Matius 1:23; Yohanes 10:9; 1 Petrus 1:15-16; Ibrani 12:28; 2 Timotius 3:16; Roma 12:2 Renungan: Yesus Kristus ialah Khemah yang sejati dan sempurna (Ibrani 9:11). Banyak simbol dalam Khemah Suci diambil daripada nubuat dan janji Tuhan dalam Perjanjian Lama mengenai Yesus Kristus. Dalam Perjanjian Lama, Khemah Suci melambangkan hadirat Tuhan di kalangan umat Israel, manakala dalam Perjanjian Baru, ia melambangkan Tuhan Yesus Kristus bersama kita (Matius 1:23). Khemah Suci hanya mempunyai satu pintu masuk di sebelah timur untuk masuk ke hadirat Tuhan. Ini melambangkan Kristus, yang merupakan satu-satunya cara untuk memperoleh keselamatan. “Akulah pintu. Siapa masuk melalui Aku akan selamat” (Yohanes 10:9). Apabila kita berbicara tentang Khemah Suci, kita juga berbicara tentang kekudusan. Tuhan memerintahkan kita untuk menjadi kudus kerana Dia kudus (1 Petrus 1:15-16). Perkataan kudus, dalam bahasa Yunani **hagios**, bermaksud untuk diasingkan—diasingkan daripada dosa dan dimurnikan untuk Tuhan. Ia menandakan kualiti yang diperlukan untuk berhadapan dengan Tuhan dan untuk memenuhi syarat untuk melayani Dia. Sebagai anak-anak Tuhan, kita harus meresponi kekudusan Tuhan dengan mempraktikkan kekudusan dalam kehidupan kita. Kita perlu mengekalkan hubungan intim dengan Dia, dan takut serta menghormati Dia (Ibrani 12:28). Luangkanlah masa untuk belajar Firman Tuhan. Firman yang hidup sangat bermanfaat untuk mengajar, menyatakan kesalahan, memperbetulkan tingkah laku, dan mendidik kita tentang kebenaran (2 Timotius 3:16). Kita perlu memperbaharui fikiran kita supaya kita dapat membezakan kehendak Tuhan: “apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna” (Roma 12:2). Kita tidak dapat hidup dalam kekudusan dengan kekuatan kita sendiri tanpa kuasa Roh Kudus. Doa: Tuhan kami Yesus, murnikanlah hati kami melalui Roh Kudus-Mu. Kami berdoa agar kami menjadi bijak dan jujur, dan tidak jatuh ke dalam godaan. Kami juga berdoa untuk satu penerobosan dalam kehidupan kami supaya kami dapat hidup kudus dan benar di bumi, bersaksi kepada dunia kuasa dan kasih Tuhan yang membolehkan kami berbuat demikian. Amin. Berdoa agar Kementerian Pelancongan berjaya mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang budaya dan menonjolkan keunikannya dalam pasaran pelancongan yang kompetitif supaya industri pelancongan kita akan berkembang maju. Berdoa untuk pelancongan orang Kristian ke tapak ziarah dan tempat lain yang mempunyai kepentingan Kristian yang bersejarah seperti Tanah Suci, Perjalanan Rasul Paulus dan Camino de Santiago. Berdoa agar Tuhan menyalakan kembali api penginjilan dan misi ketika orang Kristian melawat, mengenang, dan mengagumi tempat-tempat di mana Yesus dan para Rasul telah berjalan.
- Persiapan Hati Saya
Oleh Saudara Billy
- TUHAN Tidak Berdiam Diri, Melihat Kejahatan Manusia
Teks Hakim-Hakim 9:52-54, 56-57 (BM) Kemudian Abimelekh tiba untuk menyerang menara itu. Apabila dia sampai ke pintu menara itu dan hendak membakarnya, seorang perempuan menjatuhkan sebuah batu kisaran ke atas kepala Abimelekh sehingga meretakkan tempurung kepalanya. Dengan segera Abimelekh memanggil pemuda yang membawa senjatanya, lalu berkata, "Hunuslah pedangmu dan bunuhlah aku. Aku tidak mahu dikatakan orang bahawa aku dibunuh oleh seorang perempuan." Pemuda itu menikamnya, lalu Abimelekh meninggal. Demikianlah Allah membalas kejahatan Abimelekh terhadap bapanya kerana membunuh tujuh puluh orang saudara Abimelekh. Allah juga menyebabkan penduduk Sikhem menderita kerana kejahatan mereka, sebagaimana yang dikatakan Yotam anak Gideon ketika dia mengutuk mereka. Pengajaran/Refleksi TUHAN tidak berdiam diri, melihat kejahatan manusia, tetapi Dia akan bertindak terhadap kejahatan! Abimelekh dihukum oleh TUHAN kerana kejahatan yang dilakukannya. Dia mati oleh kerana seorang perempuan menjatuhkan sebuah batu kisaran ke atas kepalanya sehingga tempurung kepalanya retak. Semuanya terjadi kerana kejahatan yang telah dilakukannya kepada keluarga Gideon. Firman TUHAN mengajar kita, supaya jangan berbuat jahat kepada orang lain, sebab TUHAN akan membalas kejahatan yang kita lakukan. Jika ada orang yang berbuat jahat terhadap dirimu, jangan balas, sebab TUHAN akan bertindak bagi pihakmu. Jaga hati, jaga fikiran, dan jaga perasaan dirimu. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami tidak berbuat jahat. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit
- DOA NECF Hari 29: Sebuah Perjanjian Baharu
Kitab Suci: Yeremia 3; Yesaya 49:15; Ibrani 8:10 Renungan: Tuhan sering menggambarkan hubungan-Nya dengan umat-Nya sebagai sebuah pernikahan. Ketika Tuhan menjalin hubungan dengan umat Israel, Dia secara khusus memilih mereka untuk menjadi milik-Nya yang eksklusif. Dalam hubungan perjanjian ini, Tuhan telah berjanji untuk setia dan memberkati umat-Nya. Namun, mereka berpaling dari-Nya dan terus-menerus mengkhianati-Nya. Yeremia fasal ketiga menyatakan bahawa Tuhan telah menceraikan Israel kerana ketidaksetiaan mereka. Di sini, kasih Tuhan mungkin kelihatan bersyarat. Namun, itu bukanlah keputusan terakhir Tuhan walaupun Dia berhak menceraikan Israel. Tuhan itu penuh belas kasihan; Dia tidak meninggalkan mereka (Yesaya 49:15). Ada dilema di sini, dan penyelesaian Tuhan adalah memberikan janji-janji yang lebih baik kepada umat-Nya melalui perjanjian yang baru, iaitu yang lebih baik. Ada empat janji dalam Perjanjian Baharu. Pertama, janji memberi keupayaan. Tuhan menaruhkan hukum-Nya dalam fikiran umat-Nya dan menuliskannya dalam hati mereka (Ibrani 8:10). Harus ada transformasi dari dalam, yang melibatkan hubungan batin dan peribadi dengan Tuhan. Kedua, janji bahawa Dia tidak akan meninggalkan kita. Ketiga, janji bahawa kita akan mengenal Dia secara peribadi. Jika Tuhan bekerja di dalam hati kita dan memberi kita hati yang baharu, kita akan mengetahui siapa Dia. Keempat, janji pengampunan dosa kita. Kini setelah kita menjadi milik Kristus, kita tidak boleh meremehkan kasih-Nya yang tidak ternilai harganya. Perjanjian baharu ini seharusnya menuntun kita menjadi lebih taat kepada Tuhan dan semakin membenci dosa. Doa: Tuhan Yesus, ajarlah kami untuk menepati perjanjian-Mu dengan setia. Ini kerana dalam Perjanjian-Mu, kami menemukan kekuatan, keamanan, kasih, dan jaminan keselamatan kami. Kiranya Engkau memberkati kami dengan iman yang memampukan kami menepati janji-janji-Mu meskipun ketika keadaan dalam kehidupan kami seakan-akan bertentangan dengan apa yang telah Engkau janjikan. Amin. Berdoa agar Kementerian Pengangkutan akan cekap dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar, serta menambah baik infrastruktur pengangkutan di kawasan pedalaman. Berdoa untuk orang yang tidak dapat mengikut ibadah atau aktiviti gereja kerana kekangan pengangkutan. Berdoa agar gereja dalam komuniti ini mempunyai tenaga kerja dan sumber daya yang mencukupi untuk mengatasi masalah ini. Pr Doris Mayven
- Terpanggil
Oleh Saudari Pristyrah
- Peranan Gereja Menanti Akhir Zaman - Sesi 3
Oleh Rev Peter Pengiran
- Peranan Gereja Menanti Akhir Zaman - Sesi 4
Oleh Pak Pudun Tadam
- Apa Yang Anda Lakukan Kepada Orang Lain, Itu Juga Orang Akan Lakukan Kepada Anda
Teks Hakim-Hakim 9:16, 22-24 (BM) "Ingatlah baik-baik," Yotam meneruskan lagi, "Adakah kamu tulus hati ketika kamu menabalkan Abimelekh menjadi raja? Adakah kamu menghormati Gideon dan memperlakukan keluarganya dengan sepatutnya kerana jasanya? Abimelekh memerintah Israel selama tiga tahun. Selepas itu TUHAN menimbulkan permusuhan antara Abimelekh dengan penduduk Sikhem, sehingga mereka memberontak terhadap Abimelekh. Hal itu berlaku supaya terbalas kejahatan Abimelekh dan penduduk Sikhem yang menghasut dia membunuh tujuh puluh orang anak lelaki Gideon." Pengajaran/Refleksi Abimelekh menabalkan diri menjadi raja dengan cara yang tidak tulus hati iaitu dengan membunuh tujuh puluh anak Gideon. Maka dengan itu, pemerintahannya hanya 3 tahun lamanya. TUHAN menimbulkan permusuhan antara Abimelekh dengan penduduk Sikhem, sehingga mereka memberontak terhadap dia. Pemerintahannya hanya sekejap saja kerana tidak tulus. Apa yang kita lakukan kepada orang lain, akan orang lakukan juga kepada kita. Maka itu, lakukan perkara yang baik, supaya kamu menerima kebaikan daripada TUHAN. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit
- DOA NECF Hari 28: Korban yang Hidup
Kitab Suci: Matius 6:33; Roma 12:1; Yohanes 13:34-35; Yesaya 9:5; Efesus 4:31-32 Renungan: Kematian Yesus di kayu salib memberi makna pengorbanan yang sejati dalam kehidupan orang Kristian. Sebagai pengikut-Nya, pengorbanan bererti melakukan apa yang diperintahkan Tuhan sama ada dari segi masa, harta, dan usaha kita untuk melakukan pekerjaan-Nya. Tuhan memerintahkan, “Carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya” (Matius 6:33). Kesanggupan kita untuk berkorban merupakan tanda pengabdian kita kepada-Nya. Inti pengorbanan sejati ialah kasih Yesus. Yesus telah menunjukkan kasih-Nya dengan memberikan nyawa-Nya. Inilah kasih yang sejati—untuk kepentingan orang lain, dilakukan dengan rela dan tanpa syarat. Ini adalah perintah Yesus. Dia memerintahkan kita untuk mengasihi satu sama lain seperti Dia telah mengasihi kita (Yohanes 13:34-35). Kasih bukan hanya perasaan tetapi keputusan untuk menunjukkan cinta kepada orang lain. Bagaimanakah kita mempersembahkan diri kita sebagai korban yang hidup kepada Tuhan? (Roma 12:1). Dengan menjalani kehidupan dengan penuh kasih Kristus, kita menjadi anak-anak terang di tengah-tengah kegelapan. Setiap hari, kita mempunyai peluang untuk melayani orang lain dan menyemai Firman Tuhan. Penting sekali bagi gereja untuk bangkit dari zon selesa kita dan menjangkau golongan yang memerlukan! Sebagai sebuah negara yang berbilang budaya, kita harus berdoa dan melakukan yang terbaik untuk memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara, sama seperti Yesus yang merupakan Raja Damai (Yesaya 9:5). Marilah kita membuang kepahitan, kegeraman, dan kemarahan terhadap orang lain walaupun kita, sebagai umat Tuhan, diuji, dihina, dan dibenci (Efesus 4:31-32). Doa: Bapa Syurgawi, ajarlah kami untuk memiliki hati yang rela menjadi korban yang hidup. Kami berdoa agar kami mengikuti Yesus dengan roh penyangkalan diri, dan kasih pengorbanan untuk orang lain, dan agar kami dapat mengasihi musuh kami, kerana itulah kasih yang telah Engkau tunjukkan kepada kami. Dalam nama Yesus, Amin. Berdoa agar apabila Kementerian Perpaduan Negara menjalankan kempen yang membantu memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia (seperti Kawasan Pengawasan Kejiranan, Semangat Nasionalisme, Semangat Perpaduan dan Komuniti Penyayang), kita akan memberi respon yang baik dan menyokong usaha tersebut dalam kehidupan peribadi dan masyarakat. Berdoa agar gereja-gereja di Malaysia mentaati Firman Tuhan dan berusaha untuk mengekalkan kesatuan Roh dalam ikatan perdamaian. Pr Doris Mayven












