Support Us
Support Us
Cari
3267 results found with an empty search
- Kuasa Dalam Doa Dan Pujian Membawa Penerobosan
Oleh Rev Ali Langgit
- Roboh Tempat Penyembahan yang Lama dan Dirikan Mazbah yang Baru untuk Tuhan
Hakim-Hakim 6:25-27 (BM) Pada malam itu TUHAN berfirman kepada Gideon, "Ambillah seekor lembu jantan milik bapamu, iaitu lembu jantan yang terbaik yang berumur tujuh tahun. Bongkarlah mazbah yang dibina oleh bapamu untuk Baal, dan robohlah tiang lambang Dewi Asyera yang di sisi mazbah itu. Binalah sebuah mazbah yang batunya disusun dengan baik di atas timbunan itu; mazbah itu bagi TUHAN, Allahmu. Kemudian ambillah lembu itu dan bakarlah seluruhnya sebagai korban. Gunakanlah tiang lambang Dewi Asyera yang telah engkau robohkan itu sebagai kayu api." Kemudian Gideon memilih sepuluh orang hambanya, lalu pergi melakukan apa yang diperintahkan TUHAN. Oleh sebab dia takut terhadap keluarganya dan penduduk kota itu, dia tidak berani melakukannya pada siang hari. Dia melakukannya pada waktu malam. Pengajaran/Refleksi 1. TUHAN memerintahkan supaya kita membongkar atau merobohkan tempat penyembahan yang lama, sebab TUHAN tidak mahu mereka menyembah berhala. - Ini bermaksud Tuhan mahu setiap kita meninggalkan penyembahan lama kita. 2. Setelah kita merobohkan tempat penyembahan itu, kita harus membina mazbah yang baru, tempat kita menyembah dan memuji TUHAN kita Yesus Kristus. - Mazmur 81:10 TB: "Janganlah ada di antaramu allah lain, dan janganlah engkau menyembah kepada allah asing." (Lihat Kel 20:3 dll) Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Beri kepada setiap kami kesejahteraan dan damai sukacita-Mu dalam kehidupan kami. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Roh Kecemerlangan
Oleh Rev Ali Langgit
- Tuhan Mengubah, Kita Menjadi Berguna
“…Dahulu dia tidak berguna bagimu, tetapi sekarang dia berguna bukan sahaja bagimu, tetapi bagiku juga...” Filemon 1:11 Paulus mengajukan permintaannya kepada Filemon untuk menerima Onesimus kembali kepadanya sebagai saudara yang dikasihi. Onesimus telah bertobat dan menerima Yesus dalam hidupnya. Oleh kerana pertobatannya, hidupnya telah berubah dan tidak lagi seperti dahulu. Oleh kerana pertobatan Onesimus, Paulus mahu Filemon menerima Onesimus kembali kepadanya sebagai saudara yang dikasihi. Dia kini sudah seperti anak bagi Paulus, kerana Onesimus telah percaya kepada Yesus melalui ajaran Paulus semasa mereka berada di dalam penjara. Pertobatan Onesimus menjadikannya sangat berguna, bukan sahaja bagi Paulus, tetapi juga untuk Filemon, walaupun dahulu dia tidak berguna. Perubahan yang Tuhan Yesus kerjakan dalam hidup Onesimus telah menyebabkan dirinya menjadi seorang yang berguna, walaupun pada masa lalu dia tidak berguna. Dengan kehadiran Tuhan Yesus dalam hidup kita, hidup kita juga akan menjadi berharga. Berilah hidup kita kepada Tuhan Yesus, dan hidup kita akan menjadi berharga. Doa: Bapa yang di syurga, saya datang kepada-Mu, mengucap syukur kerana menerima saya sebagaimana adanya saya. Engkau telah mengubah hidup saya menjadi berharga. Terima kasih, Tuhan. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin. Pr. Patrick Taie
- DOA NECF Hari 21: Harapan Pertumbuhan dalam Yesus
Kitab Suci: Ibrani 6:1 – 3 Renungan: Ramai orang percaya tidak bertumbuh di dalam Kristus kerana mereka hanya berpegang kepada doktrin asas. Sebenarnya masih banyak lagi yang harus dipelajari dan ini adalah proses yang memerlukan masa. Hanya dengan mengenal Yesus dengan lebih dalam lagi kita dapat bertumbuh dari kemuliaan ke kemuliaan dan menjalani kehidupan Kristian yang berkemenangan. Tuhan telah memberi kita Roh Kudus sebagai pendamping kita. Pekerjaan Roh Kudus adalah untuk mengajar kita, memberikan wahyu, membimbing dan bahkan menyedarkan kita akan dosa-dosa kita. Kita harus bertumbuh dalam Roh supaya kita akan mengetahui apa yang berasal dari Tuhan dan apa yang tidak berasal dari Tuhan. Roh Kudus mampu membawa kita ke tingkat yang lebih tinggi dan membantu kita melampaui prinsip-prinsip dasar dengan karunia-karunia-Nya dalam pengertian, kebijaksanaan, dan pemahaman. Dalam Yohanes 15:1-5, Yesus mengatakan kepada kita bahawa Dia adalah pokok anggur dan kita adalah ranting-rantingnya. Kesuburan kita bergantung pada ketaatan kita kepada-Nya. Dia memangkas kita agar menghasilkan lebih banyak buah. Pohon yang masih muda tidak dapat berbuah jika pohon itu belum dewasa. Yesus berkata dalam Yohanes 14:12, “Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang Aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu. Sebab Aku pergi kepada Bapa.” Kita tidak akan mampu melakukan pekerjaan yang lebih besar dan memenuhi panggilan-Nya kecuali kita bertumbuh dengan matang dalam Dia. Ketika kita menjadi matang dalam Dia dan berdiam dalam Roh Kudus, kita tidak akan jatuh kerana dosa. Doa: Bapa Syurgawi yang dikasihi, Engkau adalah Tukang kebun anggur, Yesus adalah Pokok Anggur dan kami adalah ranting-rantingnya. Terima kasih atas pengalaman yang memberi kehidupan yang kami alami dalam Kristus. Selama kami kekal dalam Kristus, kiranya Firman dan Roh-Nya menguatkan kami setiap hari supaya kami terus bertumbuh, berkembang, dan berbuah bagi kemuliaan-Mu. Dalam nama Yesus, Amin! Berdoa agar, di bawah kepimpinan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, isu perumahan dan alam sekitar bandar, seperti isu kepadatan penduduk dan pencemaran, dapat ditangani dengan sewajarnya untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik untuk masyarakat bandar. Berdoa agar hubungan yang kukuh akan dibina di antara gereja bandar dan komuniti mereka. Berdoa agar gereja-gereja tempatan akan lebih terlibat dan diintegrasikan ke dalam komuniti mereka semasa mereka menjangkau individu yang tidak bergereja. Rev James Doss
- Cemerlang dan Bersinar Bersama Yesus
Oleh Dkn Andrew Lee
- Berebut Tanah?
Kenapa orang kita suka betul bergaduh pasal tanah? Bapa mak baru hembuskan nafas terakhir, mula sudah bergaduh pasal tanah. Berapa besar, lebar dan luasnya tanah orang tua yang mahu dimiliki. Dari sana mula gaduh antara adik beradik. Ada yang sampai diam-diam curi tanah, alihkan pagar, ubah suai dokumen tanah, dan sebagainya. Yang tidak dapat, pandai pula mabuk... kemudian waktu mabuk sampai cakap yang tidak tentu arah dan singgung sini sana, lukai hati dan perasaan ahli keluarga lain. Hanya kerana tidak dapat apa yang dimahui. Pasal tanah, sampai sanggup fitnah dan bohong, curi dan rampas, dan teruk sekali sampai membunuh. Apa kata-kata Allah dalam Alkitab untuk mereka yang sebut diri mereka Kristian tetapi mempunyai penyakit seperti di atas? 1. Alkitab memberitahu sikap yang harus ada dalam soal tanah. Abraham dan Lot berhadapan dengan masalah kekurangan tanah untuk ternak mereka. Ternak itu sama dengan kemakmuran dan keuntungan; kegagalan untuk dapat cari makan di tanah untuk ternak merupakan suatu tragedi. Jadi bila hamba Abraham dan Lot bergaduh soal tanah untuk ternakan mereka, Abraham sebagai pakcik memberitahu Lot bahawa mereka tidak patut gaduh. Kemudian dia minta Lot memilih tanah yang dia inginkan. Sepatutnya Lot yang lebih muda memberi laluan dan keutamaan kepada orang tua, tetapi Abraham merendahkan diri, menyerahkan hak keputusan awal kepada Lot. Dia beritahu Lot, kalau kamu pilih ke kanan, saya akan ke kiri; kalau kamu pilih ke kiri, saya akan ke kanan. Lalu Lot memilih tanah di kawasan Sodom (yang memang subur). Melepaskan hak pada tanah, harta milik, merupakan sikap hati orang Kristian. Memberi keutamaan kepada orang lain ialah sikap hati orang Kristian. 2. Alkitab memberitahu supaya “Jangan engkau memindahkan batas tanah yang lama, yang ditetapkan oleh nenek moyangmu.” (Amsal 22:28) Sempadan, pagar, batas tanah, jangan diubahsuai. Jangan dipindahkan. Jangan dialihkan pagar seinci, sekaki, semeter ke dalam tanah saudara kamu untuk merampas apa yang adalah miliknya. Musa memberitahu bangsa Israel bahawa, “Terkutuklah orang yang menggeser batas tanah sesamanya manusia. Dan seluruh bangsa itu haruslah berkata: Amin!” (Ulangan 27:17) Terkutuklah pencuri, penipu, orang yang rakus dan gelojoh pada tanah orang lain! 3. Alkitab juga berkata, “Celakalah orang yang mengambil laba yang tidak halal untuk keperluan rumahnya, untuk menempatkan sarangnya di tempat yang tinggi, dengan maksud melepaskan dirinya dari genggaman malapetaka!” (Habakuk 2:9) Iaitu menggunakan tipu muslihat untuk memperkayakan diri, untuk meluaskan tanah, memperbanyakkan harta, supaya mendapat kedudukan yang lebih tinggi dan berpangkat. Ada garis panduan, ada teguran, ada amaran..... dan Paulus mengingatkan mereka yang rakus dan gelojoh pada harta dunia – “Sebab kita tidak membawa sesuatu apa ke dalam dunia dan kita pun tidak dapat membawa apa-apa ke luar.” (1 Timotius 6:7) Tanah boleh dibawa ke jannah? Harta boleh dibawa bersama ke firdaus? Duit boleh diangkut bersama ke pangkuan Abraham? Segala yang kita miliki di bumi ini tidak boleh dibandingkan dengan apa yang sudah disediakan Allah bagi kita di syurga – maka jangan bawa debu dan rumput ke tempat kediaman Allah. Sumber : Facebook Edmund Kumar
- Sentiasa Menolong Satu Sama Lain
“…Hendaklah jemaah kita mengamalkan perbuatan baik supaya dapat membantu orang yang memerlukan pertolongan. Dengan demikian hidup mereka berguna...” Yakobus 3:14 Paulus menasihati Titus supaya berusaha semampu yang dia boleh untuk menolong dalam perjalanan Zenas, seorang peguam, dan juga Apolos, supaya mereka memastikan semua yang mereka perlukan untuk memulakan perjalanan mereka tanpa kekurangan. Hal ini haruslah diajar oleh Titus kepada jemaah gereja di Kreta, supaya mereka belajar dengan tekun untuk melakukan pekerjaan yang baik kepada orang lain, iaitu menolong mereka yang dalam kekurangan agar keperluan kehidupan sehari-hari mereka dapat dipenuhi. Kehidupan Kristian adalah untuk memberkati; selagi kita mampu, kita perlu menolong orang lain, kerana memberi lebih diberkati daripada menerima. Oleh itu, marilah kita mengajar diri kita untuk menolong orang yang memerlukan. Doa: Bapa yang di syurga, saya datang kepada-Mu, memohon agar Engkau menolong saya untuk menjadi berkat kepada sebanyak mungkin orang. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin. Pr. Patrick Taie
- DOA NECF Hari 20: Belajar Ketaatan
Kitab Suci: Ibrani 5:8 – 14 Renungan:Istilah “belajar ketaatan” yang digunakan dalam Ibrani 5:8 tidak bermaksud Yesus memiliki kekurangan dalam ketaatan atau kepatuhan kepada Tuhan. Dalam konteks ini, istilah “belajar” lebih merujuk pada pengalaman hidup Yesus sebagai manusia di bumi dan penderitaan-Nya selama menjalani misi-Nya sebagai Juruselamat. Yesus, sebagai Tuhan yang menjelma dalam rupa manusia, memilih untuk mengalami kehidupan manusia dengan semua kecenderungan dan penderitaannya. Melalui pengalaman tersebut, Dia menjalani setiap aspek kemanusiaan, merasakan godaan, pencubaan, dan penderitaan seperti yang dialami manusia. Ini bukanlah proses “belajar” dalam erti kekurangan pengetahuan atau ketaatan, tetapi lebih sebagai pengalaman hidup-Nya sebagai manusia. Bagaimana dengan kita hari ini? Sering kali dengan pelbagai cabaran, godaan dan penderitaan hidup ini membuat kita menjadi tidak taat dan tidak setia. Kita gagal untuk taat kepada pengajaran Firman dan kehendak Tuhan. Akibatnya kita tidak lagi setia kepada Tuhan gara-gara tawaran dunia ini. Sebab itulah penulis kitab Ibrani berkata makanan keras adalah untuk mereka yang matang dalam iman. Hanya seseorang yang matang secara rohani boleh terus mempelajari ketaatan dan kesetiaan. Renungkan, di tahun 2024 ini sudah berapa tahun kita menjadi orang Kristian? Adakah kita masih mengambil susu rohani atau makanan keras rohani? Jika ditinjau dari sudut waktu, mungkin sepatutnya kita sudah menjadi guru atau teladan rohani kepada mereka Kristian yang masih “bayi” sekarang. Tetapi, jika kita tidak mahu taat dan setia pada Firman dan kehendak Tuhan maka kita masih tergolong sebagai “bayi Kristian”. Mari fikirkan bagaimana kita boleh terus bertumbuh dalam ketaatan kepada Kristus melalui pengalaman hidup kita. Juga, mari renungkan peranan kita dalam mengajar dan menerima ajaran rohani, dan bagaimana kita dapat membangun dan memperkuatkan satu sama lain. Doa: Tuhan Yesus, terima kasih atas Firman-Mu hari ini. Tolonglah kami untuk bertumbuh lebih kuat dalam ketaatan dan untuk memahami kebenaran rohani yang lebih mendalam melalui Roh Kudus. Kami berdoa kiranya kerinduan ini akan membantu kami menjadi lebih matang dalam iman kami sebagai orang percaya dan untuk menjalani kehidupan yang tak tergoncangkan dalam perjalanan kami bersama-Mu. Amin. Berdoa agar Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berusaha untuk memulihara alam sekitar kita dengan adanya pembangunan, ini akan menerima sokongan penuh daripada semua pihak berkepentingan untuk hasil yang berjaya. Berdoa agar, sebagai agen Tuhan di bumi, Gereja akan belajar untuk menyampaikan nilai-nilai yang sesuai dan beretika dan mewujudkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar supaya generasi kita sekarang dan akan datang menjaga alam sekitar kita sebagai amalan harian. Rev Rion Anjangkal
- Tuhan Menyelamatkan Kita Bukan kerana Perbuatan Baik
“…Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Allah menyelamatkan kita melalui Roh-Nya, yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita...” Titus 3:5 Firman Tuhan mengatakan kepada kita bahawa Tuhan Yesus menyelamatkan kita daripada hukuman dosa bukan kerana perbuatan baik yang telah kita lakukan, tetapi semuanya kerana belas kasihan-Nya kepada kita. Dia menyelamatkan kita daripada hukuman dosa melalui kematian-Nya di atas kayu salib, di mana Dia menyerahkan diri-Nya untuk dikorbankan bagi menebus dosa kita. Oleh itu, melalui kematian-Nya, kita diselamatkan. Yesus Kristus adalah penyelamat kita. Melalui Roh-Nya, Allah menyelamatkan kita dengan mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru. Kita diselamatkan oleh anugerah-Nya, dan kita menerima anugerah itu melalui iman. Ingatlah, kita diselamatkan bukan kerana perbuatan kita, kerana kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri. Keselamatan itu adalah pemberian daripada Allah. Doa: Bapa yang di syurga, saya datang kepada-Mu, mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, kerana anugerah-Mu saya diselamatkan. Ajar saya untuk sentiasa bersyukur kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin. Pr. Patrick Taie
- DOA NECF Hari 19: Yesus Kristus, Imam Besar yang Lebih Baik
Kitab Suci: Ibrani 5:1-7 Bahagian ayat ini mengajak kita untuk memahami peranan imam besar dalam Perjanjian Lama dan membandingkannya dengan peranan Kristus sebagai Imam Besar yang kekal. Imam besar adalah perantara antara manusia dan Tuhan, dipilih dari kalangan manusia dan terikat oleh kelemahan. Di sisi lain, Kristus, sebagai Imam Besar yang sempurna, tidak mengangkat diri-Nya, tetapi menerima gelaran itu daripada Tuhan. Ketidakupayaan imam besar manusia untuk menangani dosa mereka sendiri dan dosa orang lain memperlihatkan keperluan untuk Imam Besar yang lebih baik. Kristus adalah jawapan kepada keperluan itu. Dia bukan sahaja memahami kelemahan kita, tetapi juga telah mengalahkan maut melalui kebenaran dan kemenangan-Nya di kayu salib. Marilah kita merenungkan bagaimana peranan Kristus sebagai Imam Besar yang kekal telah memberi kesan kepada kita secara rohani untuk mengubah kita menjadi semakin serupa seperti Kristus. Yesus sebagai Imam Besar yang kekal seharusnya mengingatkan kita bahawa kita tidak dapat menyelamatkan diri sendiri, tetapi hanya melalui Yesus kita diselamatkan daripada dosa dan kematian. Memiliki jalan yang tidak tergoncangkan bukan bermakna hidup kita tidak akan ada cabaran dan penderitaan, tetapi ada Yesus, Imam Agung kita, yang akan senantiasa mendengarkan doa serta tangisan kita (lihat ayat 7). Sebagai anak-anak Tuhan, kita tidak dijanjikan kekebalan daripada dosa, tetapi kita dikuatkan oleh kasih karunia-Nya. Apabila kita menyedari ketidakmampuan kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita diundang untuk mendekat kepada Dia dalam keintiman dan menikmati kepenuhan-Nya dalam hidup kita. Doa: Tuhan Yesus, terima kasih kerana menjadi Imam Besar kami. Kami serahkan kepada-Mu mereka yang belum menerima-Mu sebagai Tuhan dan Juruselamat agar mereka menerima kasih karunia keselamatan melalui Engkau. Kiranya Engkau juga memberikan kami kekuatan, penghiburan, dan iman yang tak tergoncangkan, khususnya bagi mereka yang melayani dalam pelbagai pelayanan. Berdoa agar bantuan dan perkhidmatan kebajikan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat akan diperluaskan untuk memberi manfaat kepada sektor masyarakat yang lebih lemah seperti kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, orang miskin, NGO, dan mangsa bencana. Berdoa agar gereja-gereja Malaysia yang menjangkau komuniti yang kurang berupaya akan dilengkapi dengan baik untuk menangani cabaran mereka dan agar mereka akan memampukan komuniti ini berdikari. Rev Rion Anjangkal
- Jangan Mengumpat ataupun Bertengkar
“…Beritahu jemaahmu supaya tidak mengumpat ataupun bertengkar dengan sesiapa pun, tetapi bersikap ramah tamah dan lemah lembut kepada semua orang...” Titus 3:2 Paulus menasihati Titus supaya memberitahu jemaahnya agar tidak mengumpat ataupun bertengkar dengan sesiapa pun, tetapi mereka harus bersikap ramah tamah dan lemah lembut kepada semua orang. Ini kerana kita harus ingat bahawa pada masa lalu, kita juga pernah bersikap demikian—bodoh, tidak taat, sesat, dan diperhambakan oleh pelbagai nafsu dan keinginan. Namun, oleh kerana kita sudah hidup bersatu dengan Kristus, kehidupan kita haruslah berubah. Kita harus mengamalkan sikap yang tunduk dengan rela, mematuhi pemerintah, dan menjaga hubungan yang baik dengan semua orang. Sebagai seorang Kristian yang sesungguhnya sudah bersatu dengan Kristus, kita harus menunjukkan sikap dan tingkah laku yang membawa damai kepada semua orang, dan bukan mengumpat atau bertengkar dengan orang lain. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, memohon pengampunan daripada-Mu sekiranya saya mengatakan sesuatu yang tidak berkenan kepada-Mu tentang orang lain. Ajar saya untuk lebih banyak berkata tentang Engkau, Tuhan. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin. Pr Patrick Taie












