Support Us
Support Us
Cari
3267 results found with an empty search
- Klips Live: Jelius Ating
Anda peminat bola sepak? Atau pemain bola sepak? Atau anda ingin menjadi jurulatih bola sepak? Jangan lepaskan peluang! Jurulatih Jelius Ating berkongsi mengenai pengalaman beliau dan bagaimana dia terus unggul dalam bidang yang dia ceburi di dalam arena sukan negara. Beliau bukan sahaja menjuarai Liga Perdana sebagai kapten pasukan bola sepak Sabah, tetapi juga mengukir nama sebagai seorang Jurulatih. Beliau merupakan salah satu inspirasi utama di sebalik kegemilangan pasukan bola sepak Sabah, meneruskan legasi dari zaman beraksi sebagai kapten pasukan hingga membina kekuatan pasukan sebagai seorang Jurulatih. Setkan alarm penggera anda agar tidak terlepas Live bersama kami! Jumpa anda di Klips Live seterusnya!
- Klips Live: Vince Chong
Podcast Live pertama dari Komuniti Digital kini tiba! Kali ini, kami menampilkan seorang artis tanahair yang merupakan pemenang Akademi Fantasia iaitu VINCE CHONG. Beliau akan berkongsi tentang cabaran dan bagaimana dia mengemudi perjalanan kariernya sebagai seorang artis di dunia hiburan. Jika anda belum subscribe, sila subscribe sekarang di YouTube dan Tiktok Komuniti Digital untuk memperbolehkan anda bertanya soalan bagi Podcast Live kami yang seterusnya! Setkan alarm penggera anda agar tidak terlepas Live seterusnya bersama kami! Jumpa anda di Klips Live seterusnya!
- Hati yang Ingin Menyenangkan Orang Lain
Saya dahulu seorang yang sangat ingin menyenangkan hati orang lain. Jika anda juga mengakuinya, ia adalah salah satu pertarungan yang paling sukar sebagai seorang Kristian. Ia tidak dapat dilihat oleh semua orang, tetapi Tuhan melihat hati kita. Saya sering bimbang tentang apa yang orang lain mungkin fikirkan tentang saya. Saya akan sentiasa memilih untuk membuat seseorang gembira, walaupun itu bermakna saya kehilangan batas sempadan saya. Saya mempunyai masalah dengan mengatakan "Tidak," jadi saya sentiasa berkata "Ya" hanya untuk menyenangkan mereka. Saya cuba untuk cemerlang dalam segala-galanya kerana itu bermakna mendapat penghargaan atau kelulusan daripada orang lain, dan ia membangkitkan keegoan kita. Berikut adalah peringatan lembut untuk anda: Menjadi baik adalah berbeza daripada menyenangkan hati orang. Ia tidak bermakna kehilangan sempadan kita atau berkata ya kepada semua orang untuk mendapatkan kasih sayang. Menyenangkan hati orang adalah berbeza daripada perhambaan kerana ia memfokuskan kepada keperluan orang lain, bukan keperluan kita sendiri. Yesus tidak menyenangkan hati orang, Dia hanya menyenangkan hati Tuhan Bapa. Kita tidak dapat menyenangkan hati semua orang, dan itulah kenyataannya. Suami saya dan saya mengupas hati yang ingin menyenangkan hati orang serta tanda-tanda dan ciri-cirinya yang awal. Menyenangkan hati orang sering membawa kita untuk mencari pengikhtirafan daripada orang lain daripada mencari identiti dan nilai kita dalam Kristus. PENYEMAKAN HATI ATAU SOALAN UNTUK DITANYA JIKA KITA CUBA MENYENANGKAN HATI ORANG SEKALI LAGI: - Apakah motif anda dalam melayani orang lain? - Adakah saya sentiasa menyesuaikan kata-kata dan tindakan saya untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain? - Apakah reaksi saya apabila orang lain tidak menyukai saya? - Pengikhtirafan dari siapakah yang saya sentiasa fikirkan, adakah orang lain atau Tuhan? - Adakah saya mengelak daripada konflik yang sihat walaupun ia diperlukan? - Adakah saya sentiasa meminta maaf untuk batas sempadan saya? - Adakah saya membuat keputusan berdasarkan kehendak dan keinginan orang lain? Jemimah dan Robby Rivera (Perkongsian penuh dalam podcast bahasa Inggeris)
- Komuniti Yang Berdoa
Oleh Pr Linda Misak
- Ku Temukan Kasih
oleh SIB Asia City, Kota Kinabalu
- Kita Diuji oleh Tuhan, Melalui Bangsa-Bangsa Lain yang Tinggal dengan Kita
Hakim-Hakim 3:1-2, 4-6 (BM) TUHAN membiarkan beberapa bangsa tinggal di negeri Kanaan untuk menguji umat Israel yang belum pernah mengalami peperangan di Kanaan. Dia hendak mengajar tiap-tiap generasi orang Israel untuk berperang, terutama mereka yang belum pernah ikut berperang. Bangsa-bangsa itu menjadi ujian bagi umat Israel, untuk mengetahui sama ada mereka taat ataupun tidak kepada perintah yang diberikan TUHAN kepada nenek moyang mereka melalui Musa. Itulah sebabnya orang Kanaan, Het, Amori, Feris, Hewi, dan Yebusi tetap tinggal di negeri itu bersama-sama umat Israel. Umat Israel berkahwin dengan bangsa-bangsa itu dan turut menyembah dewa-dewa mereka. Pengajaran/Refleksi 1. Firman TUHAN hari ini mengajar kita supaya tidak menyimpang ke kiri atau ke kanan dan menyembah tuhan-tuhan lain. Bangsa-bangsa itu ada di sekeliling kita untuk menjadi ujian bagi kita, untuk mengetahui sama ada kita taat ataupun tidak kepada perintah TUHAN dalam kehidupan kita. 2. Salah satu ujian yang ada, adalah dengan cara perkahwinan dan akhirnya mereka yang lemah akan jatuh dan turut menyembah dewa-dewa bangsa-bangsa itu. Maka itu, haruslah kita orang percaya pada Yesus Kristus berhati-hati bergaul dengan mereka, supaya tidak terjatuh ke dalam ujian tersebut. Jauhi penyembahan-penyembahan yang tidak benar sebab Tuhan mencari penyembah-penyembah yang benar. (Yoh 4:24). Bagaimana terang dapat bersatu dengan gelap? (2 Kor 6:14) Doa Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami sekali lagi dengan Firman-Mu hari ini. Berikan kekuatan bagi kami umat-Mu supaya kami dan ahli keluarga kami tidak terjatuh ke dalam ujian itu. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Kemurahan Hati
Oleh Elder Ann Wan Kuan
- Jangan Memberontak Terhadap Tuhan atau Mengabdi kepada Ilah Lain
Hakim-Hakim 2:19-20, 22-23 (BM) Tetapi selepas pemimpin itu meninggal, umat Israel berkelakuan lebih jahat daripada generasi yang sebelumnya. Mereka menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Mereka kembali kepada kebiasaan-kebiasaan yang jahat dan tidak mahu mengubah kelakuan mereka. Oleh itu TUHAN sangat murka terhadap umat Israel dan berfirman, "Bangsa ini sudah memungkiri perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka. Mereka memberontak terhadap Aku. Aku akan menggunakan bangsa-bangsa itu untuk menguji umat Israel, supaya Aku tahu sama ada umat Israel menurut perintah-Ku seperti nenek moyang mereka, ataupun tidak." Itulah sebabnya TUHAN tidak memberikan kemenangan kepada Yosua atas bangsa-bangsa itu. Sebaliknya, TUHAN membiarkan mereka tinggal di negeri itu dan tidak segera mengusir mereka. Pengajaran/Refleksi Firman TUHAN hari ini mengajar kita supaya tidak menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain yang ada di sekeliling kita. Jangan memberontak terhadap TUHAN dengan kembali kepada kebiasaan-kebiasaan yang jahat dan tidak mahu mengubah kelakuan. TUHAN akan murka terhadap mereka yang memberontak dan mengabdikan diri kepada tuhan-tuhan lain. TUHAN tidak memberi kemenangan kepada mereka. SYARAT UNTUK KITA MENANG DALAM KEHIDUPAN ADALAH JANGAN MEMBERONTAK KEPADA TUHAN DAN MENYEMBAH ILAH-ILAH LAIN. Doa Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami dengan Firman-Mu hari ini. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Edisi Khas : Kebaktian Tahunan Pelayanan Doa Gunung Murud 2024
Oleh Rev Bina Agong
- Hormati dan Taatilah Tuhan dan Para Pemimpinmu
Hakim-Hakim 2:16-18 (BM) Berulang kali TUHAN memberi bangsa Israel pemimpin untuk membebaskan mereka daripada gerombolan perompak. Tetapi orang Israel tidak mempedulikan para pemimpin itu. Mereka tidak setia kepada TUHAN; mereka menyembah tuhan-tuhan lain. Nenek moyang mereka taat kepada perintah TUHAN, tetapi generasi baru itu tidak berbuat demikian. Apabila TUHAN memberi mereka seorang pemimpin, TUHAN menolong pemimpin itu dan menyelamatkan mereka daripada musuh selama pemimpin itu hidup. TUHAN mengasihani mereka apabila mereka mengeluh kerana dianiaya dan ditindas. Pengajaran/Refleksi Firman TUHAN hari ini mengajar setiap kita supaya menghormati dan mentaati TUHAN serta para pemimpin jemaat kita yang sentiasa membentuk, mengajar, menegur, dan membimbing kita ke jalan kebenaran. Seperti para pemimpin dalam teks ini, mereka membebaskan umat TUHAN daripada gerombolan perompak. Janganlah kita seperti umat TUHAN zaman dulu yang tidak mempedulikan para pemimpin mereka dan bahkan tidak setia kepada TUHAN serta menyembah tuhan-tuhan lain. Keuntungan mereka yang mentaati TUHAN dan para pemimpin mereka adalah: i) Mereka akan diselamatkan daripada musuh selama pemimpin itu masih hidup. ii) TUHAN mengasihani dan mendengarkan doa mereka semasa mereka berseru kepada-Nya. Doa Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami dengan Firman-Mu hari ini, supaya kami jemaat-Mu menghormati dan taat kepada-Mu dan para pemimpin rohani kami, supaya kami diberkati dengan janji-janji-Mu. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Edisi Khas : Kebaktian Tahunan Pelayanan Doa Gunung Murud 2024
Oleh Pak Pudun Tadam
- Jangan Menyembah Tuhan yang Lain
Hakim-Hakim 2:11, 15 (BM) Kemudian umat Israel berdosa terhadap TUHAN. Mereka tidak lagi menyembah TUHAN, Allah nenek moyang mereka, iaitu Allah yang telah membawa mereka keluar dari Mesir. Mereka mula menyembah Baal dan Asytoret serta dewa-dewa yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekitar mereka. Oleh itu TUHAN murka kepada mereka dan membiarkan perompak menyerang serta merompak mereka. Mereka tidak berdaya menghadapi musuh di sekitar mereka. Tiap-tiap kali mereka pergi berperang, TUHAN menentang mereka, seperti yang sudah diperingatkan-Nya kepada mereka. Mereka mengalami kesusahan yang sangat besar. Pengajaran/Refleksi Firman TUHAN hari ini mengajar setiap kita supaya tidak menyembah ilah-ilah lain, tetapi sembahlah TUHAN yang hidup dan benar dalam Yesus Kristus. Sangat jelas bahawa orang yang menyimpang dan menyembah ilah-ilah lain akan menghadapi penentangan dari TUHAN seperti yang sudah diperingatkan dalam Firman-Nya. Untuk menghindari kemurkaan TUHAN dalam kehidupan kita, jangan menyembah allah lain. Walaupun demikian, TUHAN tetap membuka jalan bagi setiap manusia untuk kembali kepada-Nya dengan bertobat. Akuilah segala dosa-dosamu di hadapan TUHAN, maka Ia akan mengampuni segala dosa kita (lihat 1 Yohanes 1:8-9). Doa Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami dengan Firman-Mu hari ini, supaya kami jemaat-Mu tidak menyembah ilah-ilah lain. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit












