Support Us
Support Us
Cari
3267 results found with an empty search
- Hidup Sebagai Komuniti Berpengharapan
Oleh Saudari Steffi Tabari
- Jadilah Generasi Penerus yang Percaya, Walaupun Tidak Melihat Mujizat Tuhan
Hakim-Hakim 2:6-7, 10 (BM) Selepas Yosua menyuruh umat Israel pergi, mereka pun berangkat ke tanah bahagian mereka masing-masing untuk mendudukinya. Selama Yosua hidup, umat Israel mengabdi kepada TUHAN. Setelah Yosua meninggal, umat Israel tetap mengabdi kepada TUHAN selama mereka dipimpin oleh para pemimpin Israel yang telah menyaksikan perbuatan besar TUHAN untuk umat Israel. Kemudian semua orang Israel daripada generasi itu meninggal. Generasi yang baru tidak mengenal TUHAN kerana mereka tidak mengalami apa yang telah dilakukan oleh TUHAN untuk Israel. Pengajaran/Refleksi Sekiranya orang tua saudara yang pernah mengalami kasih Tuhan dan pernah melihat mujizat atau kebangunan rohani dalam kehidupan mereka telah dipanggil Tuhan ke pangkuan-Nya, hari ini Tuhan memperingatkan kita supaya jangan meninggalkan Tuhan Yesus dalam kehidupan kita. Ingatlah akan sejarah yang pernah terjadi dengan mereka (orang tua atau nenek moyang kita), baik itu mujizat atau kebangunan rohani, dan tetaplah percaya serta berharap kepada Tuhan yang mereka sembah dan percayakan. Doa Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami dengan Firman-Mu hari ini, supaya kami sentiasa memperingati sejarah dalam hidup kami. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Tuhan Berfirman Melalui Malaikat kepada Umat-Nya
Hakim-Hakim 2:1-4 (BM) Malaikat TUHAN pergi dari Gilgal ke Bokhim, lalu berfirman kepada umat Israel, "Aku telah membawa kamu keluar dari Mesir dan memimpin kamu ke tanah yang Aku janjikan kepada nenek moyang kamu. Aku berfirman, 'Aku tidak sekali-kali akan membatalkan perjanjian-Ku dengan kamu. Oleh itu kamu tidak boleh membuat perjanjian apa-apa pun dengan penduduk negeri itu. Kamu mesti merobohkan mazbah-mazbah mereka.' Tetapi kamu tidak melakukan apa yang Aku perintahkan. Malah kamu melakukan yang sebaliknya! Oleh itu, sekarang dengarlah! Aku tidak akan mengusir penduduk negeri ini ketika kamu menyerang mereka. Mereka akan menjadi musuh kamu, dan kamu akan terperangkap sehingga kamu turut menyembah dewa-dewa mereka." Setelah malaikat itu berfirman demikian, semua orang Israel menangis dengan kuat. Pengajaran/Refleksi Malaikat TUHAN berfirman kepada umat TUHAN di Gilgal, mengatakan bahawa Dia yang telah membawa mereka keluar dari Mesir, tanah tempat mereka menjadi perbudakan atau hamba. Syukur kepada TUHAN kerana telah membebaskan kita daripada segala ikatan dosa. TUHAN tidak sekali-kali membatalkan perjanjian-Nya dengan umat-Nya kerana Dia mengasihi kita sepenuhnya. Umat-Nya harus merobohkan mazbah-mazbah atau penyembahan mereka yang lama. Sembahlah Yesus Kristus dalam hidupmu. Doa Terima kasih TUHAN, kerana Engkau berfirman kepada kami hari ini. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Upah atau Ganjaran bagi Orang yang Menolong Umat Tuhan
Hakim-Hakim 1:22, 24-25 (BM) Suku Efraim dan suku Manasye menyerang kota Betel, yang ketika itu bernama Lus. TUHAN menolong mereka. Pengintip-pengintip yang diutus ke kota itu, berjumpa dengan seorang lelaki yang datang dari kota itu. Mereka berkata kepadanya, "Tolong tunjukkan jalan masuk ke kota ini, dan kami akan memperlakukan kamu dengan baik." Lelaki itu menunjukkan jalan masuk ke kota itu kepada mereka. Kemudian orang daripada suku Efraim dan suku Manasye memasuki kota itu dan membunuh semua penduduknya, kecuali lelaki itu dan keluarganya. Pengajaran/Refleksi 1. Orang yang membantu atau menolong umat TUHAN pasti akan diberi ganjaran, seperti yang berlaku kepada seorang lelaki yang tidak disebut namanya menunjukkan jalan masuk ke kota Betel. 2. Hasil daripada perbuatannya yang membantu umat TUHAN, lelaki itu dan keluarganya diperlakukan dengan baik oleh umat TUHAN. Semua penduduk di sana dihapuskan, kecuali lelaki itu dan keluarganya. Sekali lagi TUHAN memperingatkan kita tentang upah atau ganjaran bagi orang yang melakukan kebaikan kepada umat TUHAN. Lakukanlah bahagian kita dan TUHAN akan melakukan bahagian-Nya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Ajar kami untuk melakukan segala yang baik. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Kau Melihat
Oleh Hezron Diman
- Apa yang Kita Perbuat kepada Orang Lain, Akan Orang Perbuat kepada Kita
Hakim-Hakim 1:6-7 (BM) Raja Adoni-Bezek melarikan diri, tetapi mereka mengejar dan menangkap baginda. Mereka memotong ibu jari tangan dan ibu jari kakinya. Raja Adoni-Bezek bertitah, "Dahulu beta memotong ibu jari tangan dan ibu jari kaki tujuh puluh orang raja, dan mereka memungut sisa makanan di bawah meja beta. Sekarang Allah memperlakukan beta seperti beta memperlakukan mereka." Kemudian Raja Adoni-Bezek dibawa ke Yerusalem, lalu baginda mangkat di sana. Pengajaran/Refleksi Firman TUHAN ini lebih kurang sama dengan hukum tabur dan tuai. Apa yang kita tabur atau tanam, itu juga yang akan kita tuai (Galatia 6:7; Amsal 22:8a). Ini memperingatkan kita supaya senantiasa berbuat baik kepada satu sama yang lain, supaya suatu masa nanti kita akan menerima segala sesuatu yang baik dan mulia. KITA MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN KERANA KITA MELAKUKANNYA UNTUK TUHAN BUKAN UNTUK MANUSIA DAN KITA BERBUAT BAIK KERANA IA ADALAH PERINTAH TUHAN.(KOLESE 3:23) JANGAN JEMU-JEMU BERBUAT BAIK. (2 TES 3:13; GAL 6:9) Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Ajar kami untuk melakukan segala perbuatan yang baik. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Tuhan Memberi Kita Kuasa untuk Menang
Hakim-Hakim 1:1-4 (BM) Selepas Yosua meninggal, umat Israel bertanya kepada TUHAN, "Ya TUHAN, suku yang manakah harus pertama pergi menyerang orang Kanaan?" TUHAN menjawab, "Suku Yehuda. Aku akan memberi mereka kuasa untuk merebut negeri itu." Suku Yehuda berkata kepada suku Simeon, "Bantulah kami memerangi orang Kanaan dan menduduki wilayah yang ditentukan TUHAN untuk kami. Selepas itu kami pula akan membantu kamu menduduki wilayah yang ditentukan TUHAN untuk kamu." Oleh itu suku Simeon pergi berperang bersama dengan suku Yehuda. TUHAN memberi mereka kemenangan atas orang Kanaan dan orang Feris. Mereka mengalahkan sepuluh ribu orang askar di Bezek. Pengajaran/Refleksi 1. Kita berdoa supaya TUHAN memberi kemenangan kepada kita umat-Nya dalam segala pencubaan yang kita hadapi. 2. Kiranya Tuhan memberikan kita kuasa untuk mengalahkan kuasa kejahatan dalam nama Yesus Kristus, seperti mana DIA membantu umat-Nya merebut tanah Kanaan. KAMI PERCAYA DAN YAKIN TUHAN BAHAWA ENGKAU AKAN MEMBERI KAMI KEMENANGAN DEMI KEMENANGAN ATAS SEGALA PENCUBAAN DAN MASALAH DALAM KEHIDUPAN KAMI. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya TUHAN kerana memberi kemenangan bagi kami. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Berjanjilah untuk Setia kepada Tuhan Allah Kita
Yosua 24:22-24, 27 (BM) Yosua berkata kepada mereka, "Kamu menjadi saksi kamu sendiri bahawa kamu telah memilih untuk mengabdi kepada TUHAN." Mereka menjawab, "Ya. Kami menjadi saksi." Yosua berkata lagi, "Jika demikian, buanglah tuhan-tuhan bangsa asing yang ada pada kamu dan berjanjilah untuk setia kepada TUHAN, Allah Israel." Kemudian umat itu berkata kepada Yosua, "Kami akan mengabdi kepada TUHAN, Allah kita. Kami akan mematuhi perintah-Nya." Yosua berkata kepada semua orang itu, "Batu ini saksi kita. Batu ini telah mendengar segala firman TUHAN kepada kita. Oleh itu batu ini menjadi saksi terhadap kamu untuk mengingatkan kamu supaya tidak melawan Allah kamu." Pengajaran/Refleksi 1. Biarlah saudara sendiri menjadi saksi bahawa saudara telah memilih untuk mengabdi kepada TUHAN Yesus. 2. Jika saudara telah berbuat demikian, buanglah tuhan-tuhan yang saudara sembah atau percayakan sebelum ini dan berjanjilah untuk setia kepada Tuhan Yesus dan patuhi segala perintah-Nya sampai selamanya. Ingatlah perjanjianmu dengan Tuhan dan jangan melawan TUHAN sepanjang hidupmu. BUATLAH KEPUTUSAN HARI INI KEPADA SIAPA SAUDARA MENGABDIKAN DIRI. KEPADA TUHAN YESUS ATAU KEPADA ILAH YANG LAIN. SUADARA SENDIRI AKAN MENJADI SAKSI DIHADAPAN TUHAN. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini. Kami berjanji, hanya tetap mengabdikan diri kepada TUHAN. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit












