top of page
pr weanger.jpg

Hello

Pastor Wagner Daniel

Pastor Wagner ialah Lead Pastor di gereja SIBLife, Petaling Jaya. Dia telah melayani sepenuh masa sejak 2015 di bawah pimpinan Senior Pastor SIBLife, Pastor Daniel Tan. Beliau adalah seorang pemuzik profesional sebelum melibatkan diri dalam pelayanan sepenuh masa.

 

Di SIBLife, Pastor Wagner melayani sebagai LifeGroup pastor (cell pastor), menggembala dan memimpin para pemimpin sel dan juga beliau adalah Pastor-In-Charge untuk LifeCreative, iaitu jabatan pelayanan ibadah Ahad.

 

Pastor Wagner sangat bersemangat dan berghairah untuk memuridkan jiwa-jiwa bagi Kristus, khususnya generasi muda dan para pemimpin dari Sabah dan Sarawak. Beliau rindu melihat umat Tuhan, khususnya anak-anak muda untuk memenuhi panggilan Tuhan dan melihat rahmat Tuhan bekerja dalam kehidupan mereka. Pastor Wagner telah berkahwin dengan Helena Ping dan dikurniakan 3 orang cahaya mata; David, 10 tahun, Gavin, 7 tahun dan seorang anak perempuan, Mikaela, 3 tahun.

267975262_3039496812961673_779210326381977586_n (1).jpg
bottom of page