top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Memancarkan Kristus Melalui Kasih
Teks: Yohanes 13:35 “Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku.” Renungan Kasih merupakan bahasa Kristus yang paling jelas dan paling berkuasa. Dunia mungkin tidak sentiasa membaca Alkitab, namun dunia sentiasa memerhati kehidupan orang percaya. Melalui kehidupan kitalah Kristus dapat dikenal. Apabila kita mengasihi dengan tulus hati — melalui pengampunan, pelayanan, dan sikap mengambil berat terhadap sesama — maka Kristus dipancar


Memancarkan Kristus Melalui Kehidupan Kita
Teks: Matius 5:16 Biarlah cahayamu juga bersinar di hadapan orang ramai, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik lalu memuji Bapamu yang di syurga.” Renungan Sebagai orang percaya, kehidupan kita bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya untuk memancarkan Kristus melalui setiap aspek kehidupan. Dunia yang diliputi kegelapan memerlukan terang, dan Tuhan telah memilih kita untuk menjadi saluran terang-Nya kepada dunia. Kristus Terpancar Melalui Perubahan Kehidu


Jadikan Kristus Sebagai Pusat Kehidupan
Teks: Matius 6:33 “Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu.” Renungan Tahun baharu lazimnya dimulakan dengan pelbagai perancangan dan harapan, termasuk impian baharu, sasaran kewangan, perkembangan kerjaya, kehidupan keluarga, serta pelayanan. Semua perancangan ini tidaklah salah. Namun demikian, Yesus mengingatkan kita tentang satu keutamaan yang paling utama, iaitu mencari terlebih dahulu Kerajaan Allah dan kebenaran-Nya. Ha


Doa Adalah Kunci Untuk Bangkit Dan Bersinar
Teks: Yeremia 33:3 “Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau...” Renungan Doa merupakan nafas kehidupan bagi setiap orang percaya. Melalui doa, kita datang menghadap Tuhan dengan penuh kerendahan hati, mengakui kelemahan diri, serta memohon kekuatan dan pertolongan daripada-Nya. Ketika kita berdoa, Tuhan membangkitkan iman yang mungkin menjadi lemah dan menyalakan kembali terang-Nya dalam kehidupan kita. Jawapan Tuhan terhadap doa kita memberikan harapan yang bahar


Bangkit Dan Bersinarlah Dalam Tuhan
Teks: Yesaya 60:1 “Bangkitlah, bersinarlah, kerana terangmu sudah datang dan kemuliaan TUHAN terbit atasmu.” Renungan Seruan untuk “Bangkitlah, bersinarlah” merupakan panggilan Tuhan kepada setiap umat-Nya yang mungkin sedang keletihan, dilanda kekecewaan, atau terjatuh dalam dosa. Tuhan tidak menghendaki kita terus terbaring dalam kegagalan atau hidup dalam kegelapan. Sebaliknya, Dia memanggil kita untuk bangkit, berdiri kembali dengan iman, dan bersinar supaya memancarkan t


Percaya Bahawa Firman Tuhan Akan Menuntun Kehidupan Kita Sepanjang Tahun Ini
Teks: Amsal 3:5–6 “Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.” Renungan Pada tahun ini, masih terdapat banyak perkara yang belum kita ketahui dan fahami dengan sepenuhnya. Laluan kehidupan adakalanya kelihatan kabur, manakala keputusan yang perlu dibuat sering kali mencabar. Namun demikian, firman Tuhan dengan jelas menegaskan bahawa apabila kita menaru


Iblis Diizinkan Untuk Menguji Mereka
“Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah mengemukakan tuntutan untuk menampi kamu seperti gandum. ” Lukas 22:31 AVB Semasa jamuan Paskah yang terakhir, Tuhan Yesus makan bersama-sama dua belas orang murid-Nya. Yesus berkata bahawa Iblis telah mengemukakan tuntutan untuk menampi Simon, iaitu Petrus dan murid-murid yang lain seperti gandum. Tujuan Iblis sebagai musuh Allah adalah untuk menggoncangkan iman mereka supaya mereka berpaling tadah. Dengan kata lain, Yesus memberitah


Yang Terbesar Hendaklah Menjadi Seperti Yang Terkecil
“Tetapi kamu tidak sama seperti mereka. Orang yang terbesar dalam kalanganmu hendaklah menjadi seperti yang terkecil, dan seorang ketua haruslah melayan yang lain. ” Lukas 22:26 AVB Disebabkan perselisihan yang timbul dalam kalangan murid Tuhan Yesus tentang siapa yang dianggap terbesar, maka Dia berkata kepada mereka, “Raja-raja bangsa asing memerintah rakyat dengan kuku besi, dan mereka yang melaksanakan kekuasaan digelar pembawa kebajikan kepada rakyat. Tetapi kamu tidak


Jangan Berselisih Tentang Sesuatu Yang Tidak Kita Fahami
Satu perselisihan timbul dalam kalangan murid itu tentang siapa antara mereka yang dianggap terbesar. Lukas 22:24 AVB Selepas para murid Tuhan Yesus bertanya-tanya sesama diri tentang siapa antara mereka yang sampai hati mengkhianati-Nya, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Satu perselisihan timbul dalam kalangan murid itu tentang siapa antara mereka yang dianggap terbesar. Sebab mereka sangka bahawa Yesus tidak lama lagi akan menjadi raja dan masing-masing akan mendapat kedu


Selidikilah Diri Kita Terlebih Dahulu
Mereka mula bertanya-tanya sesama sendiri siapakah antara mereka yang akan berbuat demikian. Lukas 22:23 AVB Semua mutid Tuhan Yesus bersama-sama dengan-Nya untuk mengadakan jamuan Paskah terakhir. Sesudah makan, Dia mengambil cawan sambil berkata, “Cawan ini perjanjian baru dengan darah-Ku yang ditumpahkan bagimu. Tengoklah! Orang yang mengkhianati Aku ada bersama-sama di meja ini. Anak Manusia memanglah harus pergi seperti yang ditetapkan, tetapi malangnya orang yang me
bottom of page
