top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Melalui Perkahwinan, Lelaki dan Perempuan Menjadi Satu
Setelah Tuhan Allah membentuk seorang perempuan daripada tulang rusuk lelaki itu, Dia membawanya kepada lelaki tersebut. Gambaran ini menunjukkan bahawa penyatuan lelaki dan perempuan dalam perkahwinan bermula daripada rancangan Tuhan sendiri. “Berkatalah manusia itu, ‘Ini dia! Tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Dia akan dipanggil Perempuan kerana dia diambil daripada Lelaki.’” Kejadian 2:23 (AVB) Lelaki itu mengenali perempuan tersebut sebagai seseorang


Tuhan Sentiasa Melindungi Orang Benar
Walaupun Abram telah berbohong kepada orang Mesir, sewaktu dia dan isterinya sedang melintasi sempadan negeri Mesir. Namun Tuhan tetap melindungi isterinya daripada dinodai oleh raja Mesir, demikian juga dengan diri Abram, dia tetap dilindungi oleh Tuhan daripada ancaman orang Mesir. Oleh kerana Sarai memberitahu orang Mesir bahawa dia adalah adik kepada Abram, oleh itu Sarai dibawa oleh beberapa orang pegawai istana pergi ke istana raja. Oleh kerana Tuhan sangat mengasihi Ab


Perkahwinan antara Seorang Lelaki dengan Seorang Perempuan
Pada permulaan penciptaan, Tuhan Allah menciptakan seorang lelaki dan seorang perempuan, lalu menyatukan mereka dalam hubungan perkahwinan. Gambaran pertama tentang perkahwinan dalam Alkitab bermula dengan Adam dan Hawa. Kitab Kejadian menceritakan bahawa Tuhan melihat keadaan manusia yang hidup bersendirian dan menyediakan seorang penolong yang sepadan baginya. “Maka TUHAN Allah membuat manusia itu tertidur dengan lena dan sewaktu itulah Dia mengambil sebatang tulang rusukny


Melalui Kristus Kita Diperdamaikan dengan Allah
“Juga melalui Dia, Allah mendamaikan segalanya dengan diri-Nya, baik yang di bumi mahupun di syurga, dengan mengadakan perdamaian melalui pencurahan darah-Nya di atas salib.” Kolose 1:20 (AVB) Paulus menjelaskan bahawa melalui Yesus Kristus, Allah melakukan karya pendamaian. Dosa telah memisahkan manusia daripada Allah. Manusia tidak mampu memulihkan hubungan tersebut melalui usaha, kebaikan, atau kekuatannya sendiri. Namun, Allah membuka jalan pendamaian melalui Kristus. Yes


Seluruh Kepenuhan Allah Berada dalam Kristus
“Kerana Allah berkenan bahawa seluruh diri-Nya berada dalam Dia.” Kolose 1:19 (AVB) Paulus menjelaskan kepada jemaat di Kolose tentang keunikan Yesus Kristus. Allah berkenan bahawa seluruh kepenuhan-Nya berada dalam Kristus. Hal ini menegaskan bahawa Yesus bukan sekadar manusia biasa, guru rohani, atau utusan Tuhan. Dalam diri Kristus terdapat kepenuhan ilahi. Pada masa yang sama, Yesus benar-benar datang sebagai manusia. Dia hidup di tengah-tengah manusia, mengalami lapar, l


Kristus, Anak Sulung yang Bangkit daripada Kematian
“Dan Dia ialah Kepala kepada tubuh iaitu jemaah; Dia adalah permulaan, anak sulung yang bangkit daripada kematian, supaya dalam segalanya Dialah yang terutama.” Kolose 1:18 (AVB) Paulus menyatakan bahawa Kristus ialah Anak sulung yang bangkit daripada kematian. Kebangkitan Yesus menunjukkan kemenangan-Nya atas maut. Dia tidak sekadar hidup kembali, tetapi bangkit untuk hidup selama-lamanya. Ungkapan “Anak sulung” dalam konteks ini menunjukkan bahawa kebangkitan Kristus menjad


Kristuslah Kepala Jemaat
“Dan Dia ialah Kepala kepada tubuh iaitu jemaah; Dia adalah permulaan, anak sulung yang bangkit daripada kematian, supaya dalam segalanya Dialah yang terutama.” Kolose 1:18 (AVB) Paulus menggambarkan hubungan antara Kristus dengan jemaat seperti hubungan antara kepala dengan tubuh. Kristus ialah Kepala, manakala jemaat ialah tubuh-Nya. Gambaran ini menunjukkan bahawa jemaat bergantung kepada Kristus sebagai sumber pimpinan, kehidupan, dan pertumbuhan rohani. Sebagai Kepala je


Kristus Terdahulu daripada Segalanya
“Dia terdahulu daripada segalanya, dan setiap yang wujud ada dalam-Nya.” Kolose 1:17 (AVB) Paulus menjelaskan bahawa Kristus telah ada sebelum segala sesuatu wujud. Dia bukan sebahagian daripada ciptaan, tetapi terdahulu daripada segalanya. Sebelum dunia diciptakan, Kristus sudah ada. Kebenaran ini menegaskan kekekalan dan keutamaan-Nya. Segala sesuatu bukan sahaja diciptakan melalui Kristus, tetapi setiap yang wujud ada dalam-Nya. Seluruh ciptaan bergantung kepada kuasa dan


Kristus, Pencipta Segala Sesuatu
“Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik yang bertakhta mahupun yang berkuasa, baik pemerintah mahupun kerajaan; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya.” Kolose 1:16 (AVB) Paulus menegaskan bahawa melalui Yesus Kristus segala sesuatu telah diciptakan, sama ada yang di bumi mahupun di syurga, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan. Hal ini termasuk segala kuasa, pemerintahan, dan


Kristus, Anak Sulung antara Segala yang Diciptakan
“Dia ialah gambaran Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan.” Kolose 1:15 (AVB) Paulus menyatakan bahawa Kristus ialah Anak sulung antara segala yang diciptakan. Ungkapan ini menegaskan kedudukan-Nya yang tertinggi dan terutama atas seluruh ciptaan. “Anak sulung” dalam ayat ini tidak bermaksud bahawa Kristus ialah ciptaan pertama. Ayat-ayat seterusnya menjelaskan bahawa segala sesuatu diciptakan melalui-Nya dan untuk-Nya. Kristus wujud seb
bottom of page
